Izinku Pergi Episod 20
“Woi Akim!! Sampai hati tak perasan aku. Punyalah dari jauh aku panggil kau.”jejaka kacak tadi menegur Hakim. Hakim berpaling dari surat khabarnya. “eh Ian! Sorry la wei. Aku tak perasan tadi.”Hakim tersengih – sengih. Lantas mereka berdua berjabat salam. Nur Ain hanya memerhatikan kelibat dua lelaki di hadapannya. “kau apa cerita sekarang? Lama tak dengar cerita kau.”balas Hakim. “aku macam ni je la. Biasa aja. Masih lagi macam dulu.”Daniel tersenyum hingga kelihatan lesung pipit di pipi kirinya. Daniel merapati Hakim. “Akim, kau tanak kenalkan awek lawa ni ke kat aku?”Daniel memandang Nur Ain yang sedang asyik melihat kelibat rakyat kota raya bersesak di Puduraya. “oh, lupa pulak aku. Ain, ni saya kenalkan Ian Daniel. Kawan baik saya dari kecil lagi.”terang Hakim. Ian Daniel menanggalkan kaca mata hitamnya. Teserlah mata redup miliknya. “handsomenya kawan dia ni. Macam Hans Isaac.”gumam Nur Ain dalam hati. “Hai Ain, saya Ian Daniel dan saya bukan Hans Isacc.”Ian hanya tersenyum kepada Nur Ain. Tangannya dihulur. Nur Ain terpaku sebentar. Tersenyum malu. “ala macam mana tau apa yang aku fikir. Tangan Ian disambut sedikit. Hakim tergelak melihat situasi itu. “semua orang yang baru kenal dia akan cakap muka dia macam Hans Isaac.” Mendengar penjelasan, pipi Nur Ain bertambah merah. Ian Daniel hanya tersenyum melihat Nur Ain. Sebenarnya senyuman gadis di hadapannya sedikit sebanyak mengusik hati lelakinya. Situasi kaku sebentar. “hmm jom kita pergi. Kang lama – lama kena saman pulak.”suara Ian Daniel memecah kesunyian. Masing – masing membontoti Ian Daniel ke keretanya.
Puan Suraya merenung anak – anaknya dari jendela. Aleya yang sedang menyiram pokok bunga milik ibunya. Aniq pula menyapu halaman rumah mereka. Aleya memang mewarisi hobi ibunya. Gadis muda itu memang gemar bercucuk tanam. Berbeza dengan Ain. Ain tidak berapa gemarkan tanaman namun anak sulongnya juga rajin menolong ibunya bercucuk tanam. Puan Suraya merenung wajah anak – anaknya. Dia mengeluh perlahan. Kenangan silam kembali menerjah di mindanya. Alangkah indahnya jika mereka sekeluarga dapat bersama. Dia sangat berharap agar sebelum dia menutup matanya. Biarlah dia melihat wajah anak sulong lelakinya. Betapa rindu dia untuk mengoles wajah lembut itu.
“kita nak kemana Ian?”Tanya Hakim. “aku ikut je, aku kan driver kau kat sini.”balas Ian. Jalan di kota raya Kuala Lumpur sesak. Tambahan hujan lebat membasahi bumi. Ain di belakang hanya mendiamkan diri. Matanya terpesona melihat pesatnya Bandar Kuala Lumpur . Hakim berpaling ke belakang. Tersenyum melihat telatah Ain yang asyik melihat keindahan Kuala Lumpur. “kalau iya pun asyik tutup lah mulut tu dulu. Nanti masuk syaitan.” Nur Ain yang asyik berpaling ke tingkap hanya tersenyum. Pipinya merona merah. Ian Daniel yang asyik memandu melihat cermin keretanya memandang Nur Ain seketika. Dia juga turut tersenyum. “apa kata aku bawak korang pergi jalan – jalan kat Mid Valley?”Tanya Ian Daniel. “aku tak kisah aja, Ain?”Hakim berpaling ke belakang. “ermm, saya ikut saja.” Jawab Nur Ain. “ok set, let’s go!”Ian Daniel meneruskan perjalanan mereka ke Mid Valley. Hampir 30 minit, Nur Ain sudah berada dalam pusat beli belah Mid Valley. “besarnya.”Nur Ain bergumam sendirian. “jom pergi sushi king? Aku belanja!”Ian Daniel memandang dua rakannya. “Ain, awak makan sushi tak?”Tanya Hakim. “sushi? Manalah aku pernah makan.”jawab Ain dalam hati. “erm saya tak pernah makan lagi, tapi saya ikut aja.”balas Ain. “betul ni, kalau awak tak nak, kita pergi makan kat lain. Kat sini macam – macam ada.” “eh tak apa, kita pergi aja.”Nur Ain cuba meyakinkan Hakim walau dirinya sendiri serun ingin makan makanan jepun itu. Mana taknya, dalam fikirannya, makanan jepun merupakan makanan yang tidak dimasak. Sementara melangkah ke restoran, mereka melilau ke kedai berhampiran. Nur Ain hanya melihat. Diikutkan hatinya, dia ingin membeli beberapa barang untuk dibawa pulang,namun duit yang ada harus digunakan bila perlu sahaja. Dia berharap harga makanan restoran jepun ini murah.
Tibalah mereka di Restoran Sushi King. Dua orang penyambut tetamu menyambut mereka bertiga dengan tersenyum manis. Nur Ain terkedu melihat menu. “nak makan apa ini? Aku tak pernah dengar pun semua ini.”Nur Ain bergumam sendirian. Ian Daniel hanya melihat telatah Nur Ain. Dia tertawa kecil. “boleh ke tak budak ni makan makanan jepun.”soal Ian Daniel sendirian. “Awak nak makan apa Ain.”soal Hakim. “erm…saya ikut je lah awak makan apa.”balas Nur Ain. Nur Ain serum melihat pinggan sushi yang bergerak memusing mengelilingi meja mereka. Hakim mengambil beberapa pinggan sushi. Dia letak di hadapan Nur Ain. “makanlah.”kata Hakim. Nur Ain hanya menelan air liur. Lalu dia membuka penutup pinggan lalu dijamahnya sushi yang berintikan ketam. Mata Nur Ain tertutup rapat. Setelah ditelan. “hmmm peliknya rasa. Tapi taklah rasa macam nak muntah.”Nur Ain gumam sendirian lagi. “awak ok Ain.”Tanya Ian Daniel. Nur Ain hanya mengangguk. Bibirnya segera terukir senyuman. Kemudian masing – masing menikmati makanan. Setelah makan, mereka menuju ke Parkson pula. Hakim asyik melihat pakaian. Begitu juga Ian Daniel. Nur Ain hanya melihat telatah mereka. Nur Ain melangkah ke aksesori wanita. Ade sesuatu yang menarik. Jari runcingnya mencapai seutas gelang perak. Ada bentuk hati berjuntaian. Sedang asyik membelek tiba – tiba dia terlanggar seseorang. Nur Ain terjatuh di atasnya.
“hey, buta ke? Jalan tu pakai matalah.”jerkah perempuan yang dilanggarnya. “ssaya….mintak maaf cik. Saya tttaakkk sengaja.”Nur Ain ketar menjawab. “nasib baik I tak apa – apa, kalau I luka you sanggup bayar ganti rugi.”jerkah gadis itu lagi. Lelaki di sebelah gadis itu hanya mendiamkan diri. Dia memeluk pinggang gadis itu. Dia hanya menjeling angkuh. “saya minta maaf cik.”kata Ain lagi. “ni apa bising – bising ni. Kenapa Ain?”ada suara mencelah. “Karmilla?”Hakim terpaku melihat gadis di hadapan Nur Ain. “ermm Hakim? You buat apa kat sini? Bukan you kat Kuantan?”soal Karmilla. “I ada urusan kat sini. Kenapa I dah tak boleh datang kat KL lagi ke?”balas Hakim. Dia merengus perlahan. Kenapa itu yang dibalasnya. Bukankah dia merindui Karmilla? “ermm tak adalah. I terkejut tengok you kat sini.”balas Karmilla tersekat – sekat. Hakim melihat Karmilla. Matanya melilau melihat pinggang dipeluk erat oleh lelaki lain. “boyfriend baru? Tak nak kenalkan I ke?”soal Hakim. Nur Ain dan Ian Daniel hanya menjadi penonton. Tiba – tiba, Ian Daniel menarik tangan Nur Ain. “awak, jom kita pergi tempat lain.” Nur Ain hanya mengangguk. “ermm Hakim ni, Anson kawan err…boyfriend I .”balas Karmilla tersekat – sekat. Anson menghulurkan tangan kepada Hakim namun tidak pula Hakim membalasnya. “dah tak ada lelaki Melayu lagi ke? atau you nak kebas duit dia je?”sinis Hakim.”hei jaga mulut kau baik – baik.”gertak Anson. Hakim tertawa kecil. “you kenal ke perempuan tadi?”soal pula Karmilla. “ya.”balas Hakim. “kekasih you ke?”Karmilla serkap jarang. “kalau iya pun, kenapa you nak tahu?”balas Hakim. Karmilla mengetap bibir. “sekurang – kurang dia gadis yang tak pernah curang dan baik hati.” Balas Hakim.Karmilla hanya menunduk. “well have your nice day, I tak nak gangguhari bahgia orang lain.”balas Hakim. Lalu meninggalkan Karmilla dan Anson. “who is he baby?”soal Anson pula. “nothing, let’s go home. I dah tak ada mood.”Karmilla menunjukkan wajah masamnya. Anson hanya mengiyakan. Bahaya jika disoal lagi. Bukan dia tak tahu, baran Karmilla. Kelibat pasangan lenyap di khalayak ramai.
“awak tak nak tanya saya siapa perempuan tadi?”soal Ian Daniel. Nur Ain yang asyik melihat pengunjung membeli – belah menoleh Ian Daniel. Nur Ain menunduk. Ian Daniel tersenyum. “perempuan tu atau Karmilla tu sebenarnya girlfriend Hakim. Eh tak ex-girlfriend Hakim.”jelas Ian. Nur Ain hanya bermain dengan jarinya. “ Karmilla tu dah lama dengan Hakim sejak tingkatan tiga. Mereka memang love each other. Tapi lately sebelum Hakim pindah dia mula buat perangai. Lepas Hakim pindah dia lost contact dengan Hakim. Rupa – rupanya simpan jantan lain.”panjang lebar Ian Daniel bercerita. Nur Ain hanya mendiamkan diri. Patutlah wajah Hakim sedih bila dia bertanya tentang orang yang dirinduinya. Nur Ain hanya mengeluh kasar. “awak suka kat Hakim?”tanya Ian Daniel. Nur Ain terkejut. Bibirnya terkunci. “kalau awak suka kat dia, awak hargai dia.”Ian Daniel hanya memerhatikan pasangan yang lain sibuk membeli – belah. Nur Ain sendiri tidak mengerti apa perasaan dia terhadap Hakim. Apa yang dia tahu, dia selesa bersamanya.
Izinku Pergi Episod 19
Setelah semua barang siap kemas, Nur Ain mengangkat bagasinya ke ruang tamu rumahnya. Puan Suraya dan EncikNordin menanti anak sulongnya di ruang tamu. Hajat mereka untuk menghantar anaknya itu ke stesen bas tapi Nur Ain menghalang. Dia tak mahu menyusahkan keluarganya. Lagipun dia tak mahu keluarganya melihat wajahnya sedih meninggalkan mereka memandangkan ini kali pertama Nur Ain berjauhan dari keluarga. “ayah…mak, Ain pergi dulu iya.”Nur Ain bersalam dengan ayahnya lalu mengucup dengan penuh rasa hormat. “mak jaga diri elok-elok ia?”pesan Nur Ain pada ibunya. Segera dimaniskan romannya. Saat ini mata Nur Ain hampir berkaca. Puan Suraya hanya mengangguk sambil tersenyum manis. Kedengaran sayup – sayup enjin kereta tiba di perkarangan rumah memecahkan suasana sedih mereka.
Kelihatan Cikgu Syazana keluar dari keretanya. Beliau sempat member kalimah mulia kepada seluruh isu rumah itu. Cikgu Syazana tersenyum kepada Puan Suraya lalu bersalaman. “apa khabar kak?”Cikgu Syazana berbasa – basi. “baik.cikgu”Puan Suraya masih lagi tersenyum. “saya nak bawak Nur Ain pergi ke stesen bas. Kalau lambat nanti kena tinggal pulak.”ujar Cikgu Syazana. Segera tangannya mencapai beg Nur Ain ke bonet kereta. Nur Ain bersalaman dengan adik – adiknya. Aleya dan Aniq hanya tersenyum hambar melihat kakaknya pergi. “leya, jaga mak tau.”pesan Nur Ain sekali lagi. Entah berapa ribu kali dia berpesan pada adik kesayangannya itu. “akak, janganlah risau. Leya jaga mak first class punya.”Nur Ain tersenyum mendengar jawapan adiknya. Nur Ain melambai kepada keluarganya dari kereta Cikgu Syazana. Lama kelamaan imej keluarganya semakin kecil. Semakin jauh. “sudahlah Ain. Tak perlu bersedih. Awak pergi untuk 3 hari sahaja. Bukan lama sangat.”pujuk Cikgu Syazana melihat gadis disebelahnya bermuram durja. Nur Ain hanya tersenyum hambar.
Hampir 20 minit perjalanan, mereka tiba di Terminal Makmur. Hakim telah pun menunggu di sana. Setelah berbasa basi bas Plusliner telah pun membunyikan hon menandakan akan bertolak dalam beberapa detik lagi. Mereka berdua dengan cikgu mereka. Cikgu Syazana hanya memerhatikan kelibat Hakim dan Ain naik ke dalam bas. Setelah bas meninggalkan perkarangan terminal, Cikgu Syazana turut meninggalkan tempat itu.
Sepanjang dalam bas, Hakim banyak berbual dengan Ain. Nur Ain banyak mengetahui latar belakang Hakim. Serun pulak mendengar. tak berkelip mata Nur Ain mendengar cerita. Hakim yang melihat Ain begitu hanya ketawa kecil. “Ain, kalau awak buat macam tu, terkeluar pulak biji mata awak.”merah padam muka Nur Ain menahan malu. Hakim suka melihat Nur Ain malu – malu begitu. Dari situ Nur Ain tahu bahawa anggapan semasa mula – mula mengenali Hakim tesasar. Hakim seorang yang peramah malah ringan tulang membantu sesiapa yang memerlukan pertolongan. “banyak awak tahu pasal saya. Ceritalah pasal awak pulak.”ujar Hakim. “saya tak ada cerita menarik untuk orang dengar.”balas Ain. Ada mendung di wajahnya. “kenapa pulak awak cakap cam tu?”soal Hakim. “yelah. Saya orang susah.”balas Nur Ain. Terdengar dia mengeluh. “Nur Ain tak baik awak cakap macam tu. Setiap manusia dah diberikan ujian yang Allah tentukan. Dia takkan berikan kita ujian kalau kita tak mampu hadapinya. Setiap ujian yang Tuhan berikan pada kita pasti aka nada seribu rahmat dan hikmah di sebaliknya.”panjang lebar Hakim bercerita. Nur Ain hanya menunduk. Dia sentiasa reda dengan apa jua keadaan keluarganya. Cuma kadang – kadang ingin dia juga berasa hidup senang. Melihat kehidupan Hakim dan Fariesh membuat Ain agak sedikit cemburu. “lepas ni saya tak mahu dengar awak merungut lega. Kita hamba Allah harus terima cabaran baru dapat masuk syurga. Nanti insyaAllah kita berjumpa di sana.”Hakim tersenyum memandang Nur Ain. Pandangannya benar - benar menusuk kalbu Nur Ain hingga tiba – tiba hatinya berdetar. Perasaannya bergelora. Adakah ini cinta?
Bas Ekspress Plusliner sudah melewati Bentong untuk berhenti makan tengah hari. Nur Ain yang nyenyak tidur terjaga setelah diagah Hakim. Mereka berdua berjalan seiringan menuju ke ruang surau untuk menunaikan solat Zohor sebelum makan tengah hari. “Ain, petang ni saya nak bawak awak jalan – jalan area KLCC nak?”soal Hakim setelah menghabiskan makanannya. Nur Ain yang asyik menyuapkan nasi besinar – sinar matanya. “KLCC? Macam best je. Tak ganggu awak ke? Mana tau awak ada plan lain ke.”balas Nur Ain. “tak pun. Saya tak ada plan lain. Awak datang kat tempat saya. Biar saya jadi tourist guide awak ok.”Hakim mengenyitkan matanya kepada Nur Ain. Kemesraan mereka membuat beberapa mata memandang. Nur Ain hanya tersenyum. Dia mengangguk kecil. Hasrat hatinya memang ingin ke sana tapi dia segan. Lagipun dia tak mahu menyusahkan Hakim. Kini peluang sudah di depan mata. Dia mengikut sahaja. Setelah hampir 40 minit, bas ekpress bewarna hijau itu menyambung perjalanannya ke Bandaraya Kuala Lumpur. 2 jam kemudian mereka sudah pun berada di tengah – tengah Kuala Lumpur.
Bagai rusa masuk kampung, Nur Ain asyik melihat keadaan sekeliling Kuala Lumpur. Kamera di tangannya tak henti henti mengambil gambar. Hakim asyik melihat Nur Ain. Seketika dia ketawa kecil. Melihat ekpresi Nur Ain yang kagum melihat kepesatan pembangunan Kuala Lumpur. “awak janganlah jakon sangat. Nanti saya bawak awak pusing – pusing punya.”tegur Hakim. Pipi Nur Ain merah menahan malu. Terus dia menyimpan kamera dalam beg sandangnya. Hakim ketawa lagi. Lantas keluarkan telefon bimbit lalu mengambil gambar Nur Ain yang kusam itu. Nur Ain terkejut dan tergamam. Hakim ketawa lagi. “Hakim apa awak buat ni.”suara Nur Ain meninggi. “sshhh…jangan bising. Dalam bas mana boleh bising – bising nanti orang marah.”tegur Hakim. Namun dia masih lagi menahan ketawa. Dia suka melihat wajah Nur Ain merah menahan malu. “saya saja ambil gambar awak buat kenangan. Janganlah marah. Nanti bertambah lagi kedut kat muka awak.”Hakim mengusik lagi. Nur Ain pura – pura marah. Dia cuba ingin merampas telefon bimbit Hakim. “bagi saya handphone awak. Saya nak delete gambar tu.”tangan Nur Ain terkapai – kapai mengambil telefon bimbit Hakim. Hakim pula makin dijauhkan telefon bimbitnya menyukarkan lagi Nur Ain mengambil telefon bimbitnya. Tiba – tiba bas tersebut brek dengan tiba – tiba menyebabkan kepala Nur Ain terhantuk ke cermin tingkap.
“Ain awak tak apa – apa ke?”Hakim melihat Nur Ain meraba – raba kepalanya. Hakim lantas mengusap rambut Nur Ain. “biar saya tengok ada luka ke bengkak ke.”Nur Ain ingin menolak namun tangan Hakim lebih pantas. Setiap inci kepala Nur Ain dilihat. Takut – takut ada luka atau bengkak. “hmm nasib baik tak ada apa –apa. Lebam sikit kat tepi kepala. Itulah tak hati – hati dah terhantuk kepala.” Hakim membebel. Nur Ain hanya mendiamkan diri. Penumpang di sebelah mereka hanya melihat telatah pasangan remaja. Mereka hanya tersenyum. Mungkin mengingatkan kenangan zaman bercinta ketika remaja dulu. Mereka menjadi sepi sebentar. Masing – masing melayani diri sendiri.
Tak lama kemudian, mereka tiba di Hentian Puduraya. Kelibat orang ramai memenuhi Hentian Puduraya membuat Nur Ain berasa rimas. “Ain, jangan jauh sangat. Kat sini bukan macam kat tempat kita. Sini bahaya sikit.”Hakim berjalan merapati Nur Ain. Nur Ain memperkemas beg di tangannya. Takut di sambar orang. Disebabkan Cikgu Syazana mungkin tiba lewat di Kuala Lumpur. Terpaksalah mereka berdua pergi sendiri ke hotel yang disediakan. Turun sahaja dari Puduraya berderet teksi beratur di tepi jalan. “Ain, kita tunggu kawan saya ye. Dia janji nak amik kita.”Hakim sedang mengelap peluh membasahi dahinya. “kenapa kita tak naik teksi je? Kan senang.”Tanya Nur Ain. “tak apalah. Lagipun dia dah dekat. Dia bawak kita jalan – jalan. Lagipun Cikgu Syazana sampai lambat lagi. Nur Ain hanya mengangguk mendengar penjelasan Hakim. Mereka duduk di ruang menunggu teksi. Banyak kelibat memandang. Ada pandangan yang menakutkan membuat Nur Ain tak senang duduk. “awak, lambat lagi ke kawan awak datang?”Tanya Nur Ain. Wajahnya gusar. Hakim yang asyik membaca surat khabar memandang keadaan sekeliling bimbang ada wajah – wajah yang curiga. “tak apa Ain, awak jangan bimbang. Saya kan ada.”Hakim mengenyitkan matanya. Nur Ain hanya tersenyum malu. Pipinya terasa panas. Selang beberapa minit ada sebuah kereta Proton Gen2 berwarna putih berhenti di tepi jalan. Ada kelibat lelaki keluar dari kereta tersebut dan berjalan ke arah Hakim.
Izinku Pergi Episod 18
“Congratulations both of you, saya bangga dengan kamu berdua.”Puan Syazana ulah kepada Nur Ain dan Hakim. Nur Ain hanya gelak kecil sahaja. “so, sekolah ada beri sedikit penghargaan kerana kamu berdua berjaya mengharumkan nama sekolah kita. Khas dari pengetua kita.”sampul surat putih dihulurkan. 4 helai not RM50 dikeluarkan. “gunakan sebaiknya.”Hakim mengangguk. “terima kasih cikgu”.
Hakim menghulurkan sampul surat putih kepada Nur Ain. “nah untuk awak.” “eh, tapi bukan ke kita dah setuju nak bahagi sama rata? Kenapa awak bagi semua pada saya?”soal Nur Ain. “tak apa awak ambil. Saya tahu buat masa ini awak sangat perlukan duit.”jawab Hakim. “tak boleh duit ini untuk kita berdua. Tak adil untuk awak.” Nur Ain serahkan kembali sampul surat pada Hakim. “Hakim, saya tak suka mengharapkan simpati sesiapa. Saya ingin berusaha dengan titik peluh saya mencari rezeki.”Hakim mengeluh perlahan dengan jawapan Ain. “macam inilah, awak simpan dulu, nanti kita boleh pakai untuk perjalanan nanti.”jawab Hakim sambil menguntum senyuman. Nur Ain membalasnya. Lalu disimpan kembali sampul surat dalam poket unifomnya.
Sebaik sahaja tamat waktu kelas, semua pelajar meluru ke pagar sekolah pulang ke rumah. Nur Ain berjalan seiringan dengan Sarah. “Kau pergi dengan KL dengan apa nanti?”Tanya Sarah. “oh,aku naik dengan bas, Cikgu Syazana dah belikan tiket untuk kami. Aku gerak ke sana hari Jumaat ni.”terang Nur Ain. “Ain, aku tengok makin lama kau dengan Hakim makin rapat. Ada apa – apa ke?”Tanya Sarah lagi. Nur Ain tersenyum malu. Teserlah lesung pipi di belah kirinya. “ish…mana ada, aku dengan dia kawan je. Kami rapat pun sebab pertandingan tu saja.” Sarah hanya tersenyum mendengar jawapan Nur Ain. Jawapan selamat. Padahal dari jauh dia sudah tahu bahawa Nur Ain dan Hakim menyimpan perasaan antara satu sama lain. “hmm…kau tak teringatkan Fariesh?”mendengar nama teman baiknya disebut. Langkah Nur Ain terhenti. Fikirannya menerawang pada Fariesh yang selalu ada disisinya. Mungkin saat ini, temannya itu turut bangga dengan kejayaanya. Nur Ain tersenyum kelat. Dia selalu terkenangkan Fariesh. Sehingga kini, dia masih belum tahu apa salahnya pada Fariesh. Jauh benar dia pergi. Sarah hanya mendiamkan diri. Tak berani bertanya apa – apa lagi. Biar Nur Ain melayani fikirannya.
Keluhan berat dilepaskan. Hakim kini sendiri dalam kamarnya. Selepas makan tengah hari bersama ibunya. Hakim meminta diri untuk berehat dengan alasan tidak sihat. Fikirannya menerawang peristiwa tempoh hari. Pertemuan dia dengan Fariesh menyesakkannya.
Hakim yang baru sahaja sampai ke motorsikal kesayangannya yang diletakkan di belakang sekolah. Baru sahaja duduk di atas motornya ada kelibat menyapa dari belakang. “Assalamalaikum Hakim.”garau suara lelaki itu. Ditoleh kepala perlahan – lahan. Hakim menjawab kalimah mulia tersebut. Tiba – tiba darahnya berderau. “Fariesh?” “ya…aku Fariesh.”Fariesh menanggal kaca mata hitamnya. “terkejut aku kat sini?”soal Fariesh.
Hakim masih lagi dalam keadaan terkejut. Dia tak pernah menyangka bahawa Fariesh muncul di hadapannya setelah lama menghilangkan diri. “kenapa kau menghilangkan diri macam tu aja dulu? Kau ke mana selama ni?”soalan Fariesh berbalas dengan soalan Hakim. Farish melepaskan keluhan berat. Dibiarkan nafasnya diatur pelahan – lahan. “aku sekarang dah belajar kat Penang. Family aku kena pindah kat sana.”jawab Fariesh tenang. “masalahnya, kalau iya pun kau nak pindah, kenapa kau tak bagi tau Ain dulu. Kau tahu tak dia frust sangat bila kau tinggalkan dia macam tu je.”Hakim meninggikan suaranya. Fariesh menelan air liurnya. Matanya melilau kea rah beberapa pelajar yang berjalan ke tempat letak motosikal. “dia takkan frust lama – lama. Sebab dia ada kau Hakim.”Fariesh melemparkan pandangannya kepada pelajar tersebut. “maksud kau?”Hakim termangu seketika. “Aku dah kenal Ain lama sangat Hakim. Terlalu lama. Kami memang rapat dan kami memang bahgia sepanjang persahabatan kami.”Fariesh menarik nafas perlahan. Dia mendengus kasar. Kemudian Fariesh menyambung kembali.
“namun, sejak kehadiran kau dalam hidup dia. Aku dapat lihat dia bahgia. Aku dapat lihat dalam mata dia.”ujar Fariesh lagi. Hakim hanya diam mendengar penjelasan. “selepas tamat SPM, aku akan melanjut pelajaran di London so aku memang tak akan berjumpa dengan dia lagi.”kenyataan Fariesh membuat Hakim lebih terkejut. “takkan kau tak nak jumpa dia lagi Fariesh? Kau tak kesian kat dia?”soal Hakim. Gelora dalam hatinya terasa. Dia tahu Fariesh mempunyai perasaan pada Nur Ain namun pada saat ini dia tidak boleh mementingkan diri. Fariesh merupakan teman sepermainan dan teman rapat Nur Ain. Dia tidak terlalu kejam untuk memutuskan sebuah persahabatan yang telah lama terjalin. “tidak. Aku takut kalau aku jumpa dia. Aku tak sanggup nak pergi dari sini. Hakim, kau jagalah Ain. Sesungguhnya dia gadis yang sangat lurus dan baik. Hidupnya penuh dengan liku-liku hidup. Aku harap kau selalu di samping dia ketika dia perlukan kau.”Fariesh menepuk perlahan bahu Hakim. “mustahil untuk aku berjumpa dengan dia sekarang. Tapi satu hari aku akan kembali.”Fariesh kembali memakai cermin mata hitamnya. Hakim hanya mampu mengangguk kepalanya. Fariesh meminta diri. Hakim hanya mampu melihat kelibat Fariesh kian menghilang disebalik pagar sekolahnya yang bewarna biru itu.
“Mak, dua hari lagi Ain nak pergi KL. Mak betul – betul izinkan Ain pergi?”soal Ain yang baru sahaja selesai mencuci pinggan di dapur. Duduk bersimpuh dihadapan ibunya. Puan Suraya mengukir senyuman mesra buat anak sulongnya. “pergilah nak, lagipun Ain memang dari dulu nak pergi sana kan. Kalau nak tunggu mak dan abah. Lambat lagilah jawabnya. Ain melepaskan keluhan kecil. Dia bimbang akan ibunya. Dengan kesihatan ibunya yang kurang meyakinkan untuk dia berjauhan sukar bagi Ain untuk tinggalkan ibunya walaupun sekejap. “Ain, jangan risau, Alia dengan Aniq kan ada. Lagipun biasanya hujung minggu, ayah kamu tu kerja sekerat hari sahaja. Semua orang ada nak tengokkan mak. Pergilah Ain.”Puan Suraya membelai rambut ikal mayang anaknya. Ain tersenyum melihat ibunya. Dia masak benar dengan perangai ibunya. Puan Suraya tidak suka menyusahkan anaknya. Ain meminta diri untuk ke bilik. Tiba masa untuk mengulang kaji pelajaran. Lagipun petang ini dia harus bekerja. Puan Suraya hanya melihat kelibat anak sulongnya hilang dibalik langsir berenda biru bilik anak – anaknya.
Nur Ain melabuhkan punggungnya di hujung katil. Dia sebenarnya risau meninggalkan ibunya. Bukan tidak percaya akan Aleya. Tapi sudah menjadi kebiasaan bagi dirinya untuk menjaga ibu dan keluarganya. Walaupun pemergiannya hanya 3 hari namun tempoh itu cukup merisaukannya. Dia bimbang akan kesihatan Puan Suraya yang tidak menentu sejak kebelakang ini. Dia juga sedar ibunya selalu termenung dan menangis seorang diri. Nur Ain segera mengambil wudhu dan menjalankan tugasnya sebagai hamba Allah s.w.t. Selesai solat. Nur Ain bersiap untuk bekerja. Dia masih perlu bekerja untuk membantu keluarganya. Dia akan membantu selagi yang terdaya.
“Encik Aliff, saya nak mintak cuti hujung minggu ni boleh?”Tanya Nur Ain. Setelah restoran ditutup. Nur Ain cuba meminta keizinan bosnya itu. Lelaki india muslim dihadapannya tersenyum manis menampakkan garisan gigi putihnya. “boleh, tapi kenapa?”soal Encik Aliff. “oh, saya ada lawatan sekolah. Jadi saya nak mintak cuti hujung minggu ini.”Nur Ain membalas. “ok..ok…pergilah. Sekali sekala kamu kena berehat juga. Sudah lama bekerja. Badan itu letih. Saya benarkan kamu bercuti.”Encik Aliff tersenyum kembali. Nur Ain mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu. Nur Ain meminta diri untuk pulang. Encik Aliff hanya menggelengkan kepala. “muda-muda sudah ada masalah. Biarlah dia berehat.” Dia juga simpati dengan gadis tersebut. Sudah hampir setahun Nur Ain bekerja di restoran miliknya. Sepanjang kehadiran gadis itu, semua pekerja menyenanginya kerna perwatakan yang riang dan suka membantu antara satu sama lain. Malah ada pelanggan yang sanggup datang kerap ke restorannya kerana layanan dari Ain sangat memuaskan.
Izinku Pergi Episod 17
“saya rasa kalian semua ternanti siapa pemenang sajak yang bakal pergi ke Kuala Lumpur akan datang.”ucap pengerusi majlis memecah kesunyian dewan. Tika dada mereka berdetak kencang. Masing – masing menanti jawapan. “Baik tempat ketiga dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist. Dijemput wakil kehadapan.” Hela nafas dilepaskan. Nur Ain merasakan sekolah mereka tidak akan memenangi pertandingan itu. Pasrah. Itu sahaja yang dia mampu. “tempat kedua seterusnya, pemenangnya ialah Sekolah Menengah Tengku Panglima Perang Tengku Mohammed. Diminta wakil tampil.”ucap lagi pengerusi majlis. Tika itu kelihatan wajah muram Ain. “taka pa Ain, kita dah buat yang terbaik.”pujuk Hakim. Nur Ain hanya mengangguk lemah. “hmm ….tentu kalian semua tak sabar untuk tahu siapa pemenangnya. Tempat pertama dimenangi oleh wakil dari…..Sekolah Menengah Bukit Setongkol. Di jemput wakil kehadapan.” Nur Ain tersentap mendengar nama sekolah mereka. Adakah ini benar? Atau cuma mimpi sahaja. “Ain, kita menang. Mari.”ucap Hakim. mereka berdua bangun dari kerusi. Satu tepukan gemuruh memenuhi dewan itu. Masing – masing bersalaman dengan pengetua sekolah dan menerima hadiah serta mengambil gambar. Tak berapa lama kemudian majlis itu berakhir dengan jamuan ringan.
“tahniah awak berdua. Kan cikgu dah cakap, kalau kita buat yang terbaik pasti kita akan dapat tempat yang terbaik.”puji Cikgu Syazana. Ain dan Hakim hanya tersenyum ceria. Tak putus – putus ucapan tahniah dari rakan – rakannya. Nur Ain sedar dia cuma membantu, tapi sejujurnya Hakim selayaknya mendapat pujian. Dia yang bersusah payah menggembleng tenaga menyediakan sajak itu. Matahari kian terik, tengah hari mula menunjukkan kuatnya, waktu sekolah telah pun tamat. Semua pelajar mula beransur – ansur beredar dari sekolah itu. Nur Ain berjalan seiring dengan Linda dan Sarah. Rakan – rakan mereka mengajaknya ke bandar untuk meraikan kemenangannya. Hakim juga akan hadir, tapi katanya lewat sedikit. Ada urusan khabarnya.
“aku bangga dengan kau Ain, lepas ni boleh la kau jejak KL tu. Dari dulu itu yang kau impikan kan?”ulah Linda. Mereka bertiga duduk bersama di perhentian bas menanti bas ke bandar. Nur Ain hanya tersenyum. Ya, memang dia sentiasa mengimpikan untuk menjejak kaki ke kota besar itu. Jika dulu kewangan yang menjadi persoalan namun kini peluang sudah ada di depan mata. Cuma dia pasti Hakim yang lebih gembira kerana dapat pulang kepada kawan – kawan atau barangkali kekasih yang dirinduinya. Tidak semena – mena cemburunya membuak.
“hei Ain, kau termenung apa?... kita orang dari tadi cakap kau buat bodoh je.”sergah Sarah. Lamunannya terhenti. “eh, kau cakap pe?...aku tak dengar tadi.”soal Nur Ain. Dia hanya malu sendiri. Tak guna cemburu pada sesuatu yang bukan hak miliknya. Lagipun dia sendiri tak pasti dengan perasaannya. Yang dia pasti tika mata mereka bertentang tadi ada satu getar sepantas kilat di hatinya “ya Allah, Lin, aku rasa kawan kita ni, kena penyakit angau ni. Dari tadi asyik duk termenung. Kalau bas lalu pun dia tak sedar.”usik Sarah. Linda tergelak besar sehingga ada beberapa remaja melihat tingkah mereka bertiga. Nur Ain tersenyum malu. “mana ada, aku tengok bunga – bunga kat kedai mak cik tu lah.”balas Nur Ain. Memang dari tadi matanya tak lari memandang jambangan tulip putih. Linda dan Sarah tergelak lagi. “orang dilamun cinta, semuanya indah belaka kan Sarah.”usik Linda pula. Belum sempat Nur Ain ingin membalas, bas tiba.
Mereka bertiga berjalan seiring menaiki bas tersebut. Tiba – tiba Nur Ain merasakan ada mata yang melihatnya di balik cermin kereta Myvi bewarna hitam. Segera di paling wajahnya namun dia gagal melihatkan wajah pemandunya. “Ain, kenapa?”Tanya Linda yang duduk di sebelah Ain. “ermm…aku rasa macam ada orang tengok aku dari jauh.. mungkin perasaan kot.”Nur Ain cuba menenangkan hatinya. “orang?...ke Hakim?...kan kita nak jumpa kejap lagi tak payah lah nak intai buah hati dia.”usik lagi Linda. Nur Ain tergelak kecil. Dia menjeling Linda. Namun hatinya senang dengan usikan Linda. Risaunya tadi hilang di balik tawanya.
Mereka tiba di Pusat Beli Belah Megamall. Hakim berjanji untuk menunggu mereka di KFC. Nur Ain dan rakan – rakannya bersama – sama memesan makanan mereka. Sejenak mereka duduk bersama makanan, Hakim tiba dengan wajah yang serius.. “wei romeo, mari lah kat sini, panggil Linda. Hakim menuju ke meja mereka. Wajahnya yang serius segera dimaniskan. “kau ke mana?... puas kita orang bertiga. Nasib baik tak berjanggut lagi.”sambung Linda. Sarah dan Nur Ain masing – masing asyik dengan makanan mereka. “aku…aku ada hal tadi. Aku pergi order jap.”bangkit Hakim meninggalkan mereka. Seperti sembunyikan sesuatu. “kenapa pulak mamat tu? Dah datang bulan ke?”ulah Linda. Bibirnya dijuihkan. Sarah dan Nur Ain hanya memandang sahaja. Masing – masing memandang Hakim dengan tanda tanya. Ingin bertanya tak berani pula, bimbang Hakim naik angin. Panas barannya tak menentu sangat.
Macam – macam mereka berbual. Hampir dua jam mereka lepak di situ. Nur Ain meminta diri untuk pulang. Bimbang pula dengan adik – adiknya. “Ain, saya hantar awak balik iya?”Hakim menawarkan diri membantunya. “hmm tak apalah, nanti kesian pulak Linda dan Sarah kene balik sendiri.”Nur Ain memberi alasan. “eh, tak apa, kau baliklah dengan Hakim, aku dengan Sarah boleh balik sendiri. Macam tak biasa je.”balas Linda sambil tersenyum penuh makna. Lama kemudian Nur Ain hanya mengangguk.
“kenapa diam je?”soal Hakim. Tadi dia melihat Nur Ain membisu dalam kereta. “tak adalah, Cuma letih sikit jer. Tak tau nak cakap apa sebenarnya.”jawab Nur Ain. Hakim tergelak dengan jawapan Nur Ain. Lurusnya. “la, ni dah cakap ni…kira cakaplah tu.”kata Hakim. Hampir serentak mereka tergelak. “hmmm well, hujung minggu ni, dapatlah kita pergi KL.”ujar Hakim. “ya, tak sabar saya. Saya ni tak pernah sampai kat sana lagi.” Balas Nur Ain. Matanya tak henti melihat deretan sepanjang kedai. “saya pun dah lama tak balik sana.”jawab Hakim. “ha….dapatlah jumpa dengan orang yang tersayang kan?”Nur Ain cuba mengusik. Hakim terdiam. Dia cuba untuk mengetahui kisah hidup Hakim. Manalah tau dia sudah berpunya. Nur Ain sendiri tak pasti dengan soalannya itu. Berbaur cemburu atau hanya untuk soalan. Hakim sedar tak lama lagi dia akan pulang ke pangkuan Milla, gadis yang pernah bertapak dalam hatinya. Namun kini dia sedar gadis itu bukan miliknya. Ego lelakinya tak mahu menerima. Biarlah dia berdepan dengan Milla sendiri untuk mendapat jawapan.
Izinku Pergi Episod 16
Hari ini hari pertandingan sajak. Ruang dewan sekolah mereka hampir penuh dengan pelajar sekolah lain. Jantung Nur Ain berdetak kencang. Belum pernah dia akan berdepan dengan pelajar seramai ini. Kelibat Hakim masih belum kelihatan. Janjinya mahu datang awal. Mundar mandir Nur Ain dibuatnya. Melihat calon peserta dari sekolah lain berlatih. Rasanya semua yang hebat-hebat belaka. Tiba – tiba keyakinannya merudum. Rasanya tiada peluang untuk menang. “jauh termenung Nur Ain.” Bahu Nur Ain ditepuk lembut. “eh cikgu, tak ada apa nak dimenungkan just tengok peserta lain saja. Mereka Nampak hebat.”ulah Nur Ain. “kamu jangan begitu, kalau mereka hebat. Kamu pun hebat jugak. Saya pernah tengok kamu bersajak.”Cikgu Syazana memberi kata semangat. Lama kemudian kelibat Hakim pun tiba. “Nur Ain, asal nampak semacam aje?”soal Hakim. Terperanjat Nur Ain. “hei, terkejut saya.”terbeliak mata Nur Ain. Hakim cuma tersengih.
Satu demi satu pelajar dari sekolah lain membuat persembahan. Lepas ini tibaah giliran sekolah mereka. Perut Nur Ain bertambah kecut. Gamitan suara dan tepukan yang gemuruh untuk peserta yang lain buat dirinya kurang percaya untuk persembahkan sajak dengan baik. “Ain awak takut ker? Jangan takut ye. Saya ada.”Hakim memberi dorongan. “lepas ni giliran kita. Awak tarik nafas dalam. Tutup mata. Then awak hembus perlahan – lahan. Kalau awak takut sangat, awak pejam je mata awak. Kalau tidak pun pandang je mata saya. Hehehe.”usik Hakim. Nur Ain hanya mengangguk sambil menjeling Hakim. Bibir merahnya tersenyum membuat Hakim terkedu sebentar. “Hakim, Ain awak dah bersedia?”Tanya Puan Syazana. Hampir serentak dua pelajar itu mengangguk. “ok, be ready,lepas je mereka umum nama sekolah kita awak keluar ye.”arah Puan Syazana. Mereka cuba mengangguk tanpa kata. Hakim juga agak gugup tika itu namun untuk membuat Nur Ain tenang, dia juga harus bertenang. Hela nafasnya dilepaskan perlahan.
Nama mereka berdua dipanggil. Siu Ting telah mengambil tempatnya di kerusi piano. Kedua – dua pelajar berjalan perlahan keluar dari tabir pentas. Masing – masing kelihatan gugup. Kini mereka berdua berada di tengah – tengah pentas. Suasana diam hingga Hakim dapat mendengar dengusan kecil Nur Ain. Semua mata tertumpu pada kelibat mereka di atas pentas. Juri – juri juga sudah mengangguk memberi tanda agar mereka boleh mulakan sajak mereka. Hakim memandang Nur Ain, begitu juga sebaliknya. Tika itu Siu Ting memulakan alunan muzik pianonya. Hakim memandang Nur Ain. Nur Ain mengangguk lalu memejamkan matanya. Hakim mula menyampaikan sajaknya
Dari sinar matamu,
Ku lihat dirimu,
Begitu indah wajahmu
Seayu puteri di kayangan
Kau hadir dalam hatiku
Nyalakan api cinta yang membara
Kau hias warna hidupku
Bikin aku rasa bahgia
Ingin ku ungkap kata cinta
Tapi lidah ku kelu
Ingin ku ungkap rasa sayang
Tapi takut kau akan tolakku
Hidup kita singkat
Sesingkat azan dan solat
Sempatkah kita tutur kata cinta?
Sempatkah kita meniti bahgia
Ain membuka pejaman matanya. Hakim benar – benar memandang tepat ke wajahnya. Mata mereka beradu. Terasa satu aliran deras menyusup ke tubuhnya. Tika itu di berjalan jauh dari Hakim. Tubuhnya di kalihkan di hadapan barisan penonton. Semua mata memandang pada mereka berdua. Juri –juri kelihatan sibuk mencatat. Tiba – tiba gugupnya hilang. Dia menghampiri Hakim.
Kasih…dirimu tak salah
Sejujur aku sayang padamu
Sejujur aku cinta padamu
Sejujurnya aku ingin kamu
Ucaplah kata cinta
Agar hati ini berbunga
Ucaplah kata sayang
Agar diri ini tenang
Usah kaku…usah kelu
Ku tahu jawapanmu
Dan kau tahu jawapanku
Aku cinta padamu
Izinkan aku bahgia bersamamu
Izinkan aku gembira bersamamu
Izinkan aku sayang kamu
Izinkan aku chentai kamu
Alunan lagu instrumental membuat mereka berdua lebih menghayati sajak itu tambahan pula sorotan lampu yang agak malap. Dalam itu masing – masing merasai satu perasaan yang berbeza ketika mereka menjalani raptai sebelum ini. Ketika itu Hakim mengeluarkan sekuntum bunga mawar putih lalu melutut di hadapan Nur Ain. Ain sendiri terperanjat kerna babak ini tak dirancang. Tika itu terasa hatinya berdebar – debar kencang. Namun perasaan tenangnya cuba mengatasi. Mungkin gimik. Mawar putih itu dihulurkan. Nur Ain hanya memandang dengan penuh rasa cinta. Hakim menyambung bahagian terakhirnya.
Sayang…
Aku sayang kamu
Aku chenta kamu
Aku inginkan kamu
Aku ingin bahgiakan kamu
Sayang…ajal maut pasti tiba
Tika itu tiada kita bersama
Percayalah chenta kita tetap ada
Biarpun tubuhku berkubur dalam dunia
Kaseh….jika ku tiada kenanglah daku
Jika ku tiada carilah gantiku
izinkan pergi jika ku mati
Izinkan aku pergi untuk kau bahgia
Izinku pergi sayang….
Hakim menghabiskan bait terakhir sajaknya. Hakim membuka matanya. Dilihat beberapan titisan jernih mengalir dari pipi gadis dihadapannya. Lampu dewan dinyalakan .Tepukan gemuruh membuat dewan sekolah mereka gamat seketika. Ada yang berdiri dan ada juga yang mengalirkan air matanya. Nur Ain masih memandang Hakim. Bait sajak itu benar – benar menggamit hatinya. Tika itu ada satu rasa meresap ke dalam jiwa gadisnya. Rasa yang semakin sukar untuk diertikan. Tepukan gemuruh mengejutkan mereka berdua sejurus terkejut dan mengalihkan pandangan. Kedua – duanya tersipu malu. Mereka berdua kembali ke belakang tabir.
“tahniah Ain, Hakim, awak berdua memang hebat.”puji Cikgu Syazana. “amboi cikgu mereka saja kah?...saya tak dapat puji ke?...”Siu Ting mengusik gurunya. “kamu semua sangat hebat. Cikgu bangga dengan kamu berdua.”ucap Cikgu Syazana. Hakim dan Nur Ain hanya tersenyum. Masing – masing kelu lidah untuk berkata. Malah bagi Ain, untuk bertentang mata dengan Hakim sudah rasa malu. Sebentar lagi keputusan pemenang akan diumumkan. Nur Ain bersiap – siap untuk kembali ke dewan duduk bersama teman – teman yang lain.
“Ain, tunggu la saya sekejap.”panggil Hakim. Langkah Nur Ain terhenti. Segera dia palingkan wajahnya ke Hakim. Namun dia tidak memandang Hakim. “awak hebat tadi Ain.”ucap Hakim. Tika itu, Nur Ain memandang Hakim lalu tersenyum kecil. Manisnya senyuman itu. “awak pun sama….gimik tadi tu pun kita tak rancang.”balas Nur Ain. “memang kita tak rancang tapi saya yang rancang”jawab Hakim. Nur Ain tersentak. Ingin dibalas kembali namun rakan – rakan yang lain memanggil mereka untuk kembali duduk bersama – sama di bawah pentas menantikan keputusan pemenang. Persoalan di benak Nur Ain lenyap begitu saja.
Izinku Pergi Episod 15
“Nur Ain, saya nak jumpa awak dengan Hakim masa rehat nanti ya.”pesan Cikgu Syazana selesai tamat kelasnya tadi. Mereka berdua hampir mengangguk serentak. Mereka pasti ini mesti tentang pertandingan sajak itu. Nur Ain dan Hakim telah cuba sebaik mungkin berlatih dengan bantuan rakan mereka. Dengan bantuan rakannya yang bersetuju untuk bermain piano, mereka berharap itu dapat membantu mereka dalam penyampaian sajak itu.
Hakim mengeluarkan buku tulisnya. Dia membelek buku itu. Fikirannya melayang pada abangnya, Haziq. Dia perasan sejak kebelakangan ini, abangnya kelihatan selalu termenung bagai memikirkan sesuatu yang penting. Haziq telah pulang ke Manchester semalam. Tika di lapangan terbang, dua beradik itu berpelukan bagai itulah perjumpaan mereka yang terakhir. Dia teringat pesan Haziq agar menjaga dirinya dan keluarga serta melakukan yang terbaik untuk sajaknya. Dia juga heran dengan abangnya. Selalu juga dia mengusik abangnya dengan gelaran mamat romeo. Abangnya seorang yang baik dan kacak. Wajahnya hitam manis. Tinggi lampai. Badannya sasa. Pekertinya menyenangkan sesiapa yang melihatnya. Bagi Hakim, Haziq itu jejaka idaman dan ideal namun hingga kini abangnya masih belum berteman. Nak kata bab mengayat, rasanya Haziq lebih handal darinya kerna Haziq suka mempuitiskan bahasanya. Bila ditanya, Haziq cuma menjawab tiada yang berkenan di hati. “hei, Kim, jauhnya kau termenung, dah sampai Afrika ke belum?”Tanya Linda. Hakim hanya tersengih sambil membelek kertas sajak persembahan mereka. Dia mengambil penanya dan menulis “puisi untuk bidadariku” serta merta bayangan Nur Ain yang tersenyum manis memenuhi fikirannya biarpun tika itu Nur Ain ada disebelahnya.
“So macam mana dengan sajak kamu berdua? Saya harap kamu dah bersedia. Pertandingan tu sabtu ni. Dua hari saja lagi.”Tanya Cikgu Syazana. “sudah cikgu, saya dan Ain dah berlatih semana yang boleh. Siu Ting pun dah bersedia dengan piano. Kami hanya serahkan pada nasib selepas ini. Kalau kalah masuk angin keluar asap je lah.”ulah Hakim. Cikgu Syazana tertawa kecil. “jangan serahkan pada nasib saja tapi usaha tak ada. Saya harap awak berdua buat yang terbaik. Kalah dan menang itu soal kedua cuma saya mahu awak berdua seronok.”senyum rapi Cikgu Syazana menyenangkan Nur Ain dan Hakim. “kiranya kalau kita menang, kami dapat pergi KL cikgu?”Tanya Nur Ain. “ya, kamu berdua dan cikgu dapat tonton deklamasi sajak dekat Istana Budaya.”jawab wanita itu lagi. “cuba kamu berdua testing depan saya dulu.”pinta Cikgu Syazana. “mana boleh cikgu. Sajak kami limited edition. Dengar time pertandingan aje.”Hakim berseloroh sambil mengenyitkan matanya. Serentak mereka bertiga tertawa. “baiklah terpulang pada awak. Saya berharap awak dapat buat yang terbaik. Boleh naikkan nama sekolah kita.”kata Cikgu Syazana. Hampir serentak pelajar di depannya mengangguk.
“Hakim, awak rasa kita boleh menang ke? Dah la kita guna sajak cinta.”Tanya Nur Ain tika mengorak langkah pulang. Pandangannya dilemparkan kepada pelajar – pelajar yang lain yang berduyun – duyun pulang dengan segera. “insyaAllah, kita boleh menang. Kita bertiga dah berusaha kuat. Kalau kalah pun, kita sudah berusaha. Berbaloilah jugak. Saya rasa tak ada masalah kita ketengahkan sajak cinta. Lagipun tema bebas. So kita boleh sampaikan dalam macam – macam genre. “Hakim. Mereka berdua berjalan seiringan. Hari ini Hakim berhajat ingin berjalan kaki sahaja. Niat di hati ingin menghantar Nur Ain pulang. Awalnya gadis itu menolak. Setelah beri alasan untuk bincangkan hal pertandingan Nur Ain akur. “Hakim boleh saya tanya awak sesuatu?”Tanya Nur Ain. Hakim yang asyik memandang hadapan kalihkan wajahnya. Kening tebalnya terangkat. “kenapa dulu awak beria penting sangat nak menang dan pergi KL?”soal sekali lagi. Langkah Hakim terhenti. Keluhan berat kelihatan. Dia mengeluarkan sapu tangan mengelap keringat yang basah di dahinya. Hari ini panas. Sepanas soalan gadis dihadapannya ini. Desis hati Hakim. “saya kan asal KL. Kalau menang, saya dapat pergi sana. Saya rindukan kawan – kawan saya. Dah lama tak jumpa mereka.” Terbayang rakan – rakan sekolahnya. Sekilas bayangan Milla samar – samar sahaja. “oh, ke awak rindu kat girl friend awak? Nur Ain serkap jarang. Lagi sekali Hakim tersentap. “mustahil awak single, kurang – kurang mesti awek keliling pinggang.”usik Nur Ain. Hakim tersenyum namun tawar. “tak perlu dirindu orang yang tak rindu kat kita Nur Ain.”balas Hakim. Giliran Nur Ain pula terdiam. Otaknya bejat memikirkan ayat itu. Mungkin Hakim sudah ada teman wanita di sana. Masing – masing hanya mendiamkan diri selepas itu. Sesekali memandang anak kecil yang sibuk berkejar – kejaran di tepi jalan raya. Akhirnya hingga ke rumah mereka hanya mendiamkan diri.
Hakim merebahkan dirinya ke katil empuk birunya. Fikirannya menerawang, sudah beberapa bulan dia berada di sini. Awalnya semua dirasakan terlalu asing baginya. Sikap prejudisnya pada Nur Ain pun kini menjadi satu perasaan yang sukar untuk ditafsiri. Perasaan yang terlalu berbeza ketika dia bersama dengan Milla. Milla!! Gadis yang baginya hanya pernah dimiliki tapi bukan kini. Walau Milla tidak menzahirkan yang dia tidak lagi mencintai dirinya namun dari apa yang berlaku kini dia sedar Cuma sukar untuk terima kenyataan yang Milla tidak menyayangi dirinya seperti sebelum ini. Bagi Hakim selagi tidak berdepan dengan Milla dia tak mahu terima yang Milla bukan lagi miliknya. Jika dia menang dalam pertandingan sajak itu nanti, dia akan berjumpa dengan Milla. Dapatkan penjelasan dari gadis itu. Ego lelakinya tak mahu mengalah. Jauh dari sudut hatinya, cinta pada gadis genit itu sudah pun luntur. Bayangan Nur Ain pula kerap menghantuinya. Nur Ain Nadhirah, gadis yang terlalu sederhana namun ada sesuatu yang ada dalam gadis itu membuat naluri lelakinya tertarik. Mata Hakim dipejam rapat. Lelahnya dilepaskan.
Petang itu sungguh dingin. Puan Suraya duduk di buaian rumahnya. Menanti Aniq pulang dari sekolah. Aleya sedang asyik menanam pokok bunga ros di depan rumahnya. Memang itu hobinya. Nur Ain dari tadi berkurung dalam biliknya. Katanya berlatih untuk pertandingan sajak. Suaminya pula pergi ke rumah sepupunya. Puan Suraya keseorangan di luar. Angin kuat menampar pipinya. Terasa dingin tubuhnya. “Shazlan, mana kau anak emak? Emak nak tengok kamu membesar. Emak nak tengok kamu berjaya. Emak nak tengok kamu dalam keluarga kita. Emak nak keluarga kita lengkap. Bahgia macam orang lain.”halus suaranya. Bergetar. Dada wanita tua itu berombak kencang. Air matanya gugur. Segera disekanya. Dia ingin sangat Ameer Shazlan kembali ke pangkuan keluarganya. Aleya yang sedang menyapi di ruang lamannya terberhenti mendengar ibunya menyebut nama Shazlan. “siapa Shazlan?”soal Aleya dalam hati. Ingin ditanya namun terbantut. Bimbang ibunya bertambah sedih.
“kakak, perasaan tak mak sejak – sejak ini banyak termenung?”tegur Aleya. Ain ketika itu baru sahaja baring. Bangun kembali. “perasaan, mak kan tak sihat.” “yelah, tapi kan sejak kebelakangan ni, Leya tengok mak asyik menangis. Tadikan Leya dengar mak sebut nama Shazlan. Siapa tu? Akak kenal tak?”Tanya Aleya. “entahlah dik. Akak tak tahu pulak. “jawab Ain. “agaknya boyfriend lama mak kot.”usik Aleya. “ish, kau ni. Takkan la mak nak buat macam tu.Tak apa nanti, kita tahu jugak.”ujar Nur Ain. Matanya dipejam kembali. Keletihan yang melanda membuat fikirannya bejat memikirkan siapa Shazlan yang menjadi sebutan ibunya.
Izinku Pergi Episod 14
“Selamat pagi semua.”Puan Syazana melangkah masuk ke kelas 5 Kreatif. Semua pelajar bangun. Hampir serentak jawapan mereka. Masing – masing duduk kembali. “Nur Ain!”panggil Puan Syazana. Nur Ain segera bangun ke meja guru. Guru kelasnya membuka buku kedatangan. “hari ini hanya Fariesh tak hadir cikgu.”kata Nur Ain sebelum sempat Puan Syazana bertanya. Puan Syazana memandangnya dengan wajah kehairanan. “awak ni lupa kah Ain? Fariesh kan dah pindah. Dia ikut ayahnya ke Pulau Pinang. Semalam hari terakhir dia kat sekolah ni.”kata Puan Syazana. Nur Ain merasakan lututnya lemah. “oh…a’ah saya lupa lah cikgu.”Nur Ain cuba memaniskan romannya. Puan Syazana hanya tersenyum. Wanita itu juga tahu keakraban mereka. Mungkin Nur Ain tidak biasa lagi dengan pemergian Fariesh.
Sekembali pulang ke rumah, Nur Ain menjengah kamarnya. Dia duduk di katil. Fikirannya kini berserabut. Tudung sekolahnya ditanggalkan memperlihatkan rambutnya yang ikal panjang menghurai ke pinggang. Matanya dipejamkan teringat pertemuan mereka yang pertama.
“Hai! Nama saya Fariesh”tegur Fariesh. Nur Ain ketika itu duduk bersebelahan dengannya. Hanya tersenyum. Ketika itu mereka dalam darjah empat. Nur Ain baru berpindah ke sekolah itu. Hari pertama baginya amat menyusahkan. Tiada sesiapa yang dikenalinya. Tangan Fariesh dihulur segera Nur Ain menyambut tangan itu. “nama saya Ain.” Selepas itu bermulalah bibit persahabatan mereka.
Kelopak mata Nur Ain terasa panas. Matanya dibuka. Air jernih mengalir dari tubir matanya. Dalam hatinya memikirkan apa puncanya Fareish berbuat begitu. Sampai hati meninggalkan dirinya. Walhal mereka persahabatan mereka tak pernah dilanda badai kecuali perisriwa beberapa hari yang lalu. Tiba – tiba Nur Ain teresak – esak menangis. Galaunya sudah tak dapat dipujuk lagi. Bagi dirinya persahabatan mereka berdua membawa sinar dalam hidupnya. Fariesh selalu ada disisinya tika dia memerlukan rakan. Kini dia sendiri tempuhi hidupnya. Air matanya tidak dapat dibendung lagi. Mengalir deras bagai sungai dilanda banjir. Esaknya bertambah kuat. Segera dikatupkan mulutnya. Hingga badannya menggigil menahan sendu. Tidak mahu ibu ayahnya melihatnya begini. Dia sendiri tidak mahu membebankan masalahnya kepada kedua ibu bapanya.
Keesokkannya, Nur Ain melangkah longlai ke kelas. Matanya bengkak menangis malam tadi. Sarah hanya memerhati rakan karibnya. Timbul seribu penyesalan. Nur Ain melabuhkan punggungnya di kerusinya. Wajahnya kosong. Sejurus duduk, fikirannya menerawang pada Fariesh. Air matanya gugur namun belum sempat dia menyekanya Hakim pantas menyeka dengan tisu. Nur Ain meluru pandangannya pada Hakim. “Ain, saya tak tahu masalah apa yang awak alami tapi awak tak patut macam ni.”ujar Hakim. Nur Ain hanya mendiamkan diri. Belum sempat Hakim menuturkan kata. Puan Mary masuk. Pelajaran mereka berjalan seperti biasa namun kehadiran Puan Mary dihadapan Nur Ain bagai di angin lalu. Tumpuannya terganggu.
Loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan tamat. Nur Ain mengemas barangnya untuk pulang. Tika melangkah keluar, Hakim memanggilnya. “Ain, awak nak kemana tu? Kita ada latihan hari ini.”kata Hakim. “alahai dia nih, aku tak da mood la.”desis hati Nur Ain. Dia hanya mendiamkan diri. Nur Ain tetap melangkah pergi namun Hakim menarik tangannya. Nur Ain tersentak. “Nur Ain Nadhirah, saya tahu awak ada masalah tapi janganlah campur adukkan dengan hal pelajaran. Pertandingan ini penting buat kita semua. Hujung minggu ni dah pertandingan itu. Saya tak boleh buat seorang. Saya perlukan awak.” Nur Ain melepaskan keluhan berat. Dia hanya mengangguk pada Hakim tanda setuju.
Hakim cuba memberi keselesaan pada Nur Ain. Nur Ain juga cuba menumpukan perhatiannya. Dia mahu menang. Sekurang – kurang boleh merawat kesedihannya. Dia sedar Hakim cuba menggembirakannya. Dia juga tahu pertandingan ini penting bagi Hakim. Nur Ain cuba sedaya mungkin. Tatkala Nur Ain mengalunkan suaranya sudah cukup membuat Hakim terpesona. Bayangan Milla lenyap begitu sahaja. Setelah sekian lama gadis itu mendiamkan diri, tiada lagi cinta di hatinya. Yang ada cuma kenangan yang memedihkan.
“Ain, biar saya hantar awak balik ya?”ajak Hakim. Nur Ain hanya memandang seraut wajah tampan itu. Jika dulu setiap hari Fariesh yang akan hantar dia pulang. Kini…..berkaca matanya. Namun segera kembali ke alam nyata. Dia sedar kini di depannya Hakim bukan Fariesh. “Ain, are you ok?”Tanya Hakim. Ibu jarinya dipetik menghentikan lamunan Nur Ain. Nur Ain tersenyum malu dan hanya mengangguk. Mereka berdua berjalan menuju kea rah kereta Hakim. Dalam kereta Nur Ain tak banyak bercakap hanya mendengar Hakim dari tadi asyik berceloteh tentang penyampaian sajak mereka akan datang. Sebelum pulang ke rumah, Hakim mengajak Nur Ain ke kedai makan. Katanya ingin berbincang. “Ain, awak ni kenapa? Saya tengok awak ni macam ada masalah. Muka awak tak bersemangat sangat. Semua orang risaukan awak tau.”Hakim memulakan bicaranya.
“saya ok je lah Hakim. Mana ada masalah.”bidas Nur Ain sambil tersenyum biarpun jelas senyum itu dibuat – buat. Air teh o ais yang diminumnya bagai pasir kesat ditekak. “Ain, saya ada mata, saya dapat lihat apa yang terjadi sekeliling saya. Saya nampak awak muram. Mata awak bengkak , awak dah jadi seorang pendiam. Awak berubah Nur Ain.”panjang lebar Hakim ulah. Nur Ain hanya terdiam kaku. Matanya berkaca. “hmmm saya….saya..sebenarnya rindukan Fariesh.”ujar Nur Ain. Giliran Hakim pula terdiam. “baru - baru kami bergaduh lepas tu terus dia pindah dari sini. Saya sendiri tak tau apa salah saya kat dia.” Air mata mula bergenang di tubir matanya. “hmmm takkan dia tak beritahu apa – apa pada awak?”Tanya Hakim. Nur Ain hanya menggeleng. “dia pergi macam tu je, saya sayangkan dia.”hati Hakim pula yang sakit mendengar perkataan ‘sayang’ itu. “sayang?”Tanya Hakim. Tika itu Tuhan saja yang tahu apa perasaanya. “yelah, saya sayang dia. Dia kawan baik saya dari kecil. Kami sama sekolah rendah and menengah. Saya sayangkan persahabatan saya dengan dia. Dia banyak berada di samping saya. Sekarang saya dah sendiri.”jawab lagi Nur Ain. Sendunya ditahan. Hakim menarik nafas lagi. Rupa – rupanya mereka hanya teman sahaja bukanlah kekasih yang seperti mana dia anggap. Hakim memandang wajah Nur Ain. “Ain, awak sabar ya, mungkin semua ini ada hikmahnya. Izinkan saya berada di sisi awak. Saya nak bantu awak.”lancar saja Hakim menuturkan ayat itu. Dia sendiri tak sedar terpacul ayat itu. Dia membetulkan punggung di kerusi itu. Nur Ain berkerut mendengar kata –kata Hakim. “I mean, you my friend. Of course I will help you. Kita kan kawan.”ujar Hakim sambil tersengih. Nur Ain lantas tersenyum. Selamat aku. Desis hati Hakim. Nur Ain tersenyum mendengar kata- kata lelaki itu. Dalam tidak disedarinya, dia amat selesa dengan kata- kata Hakim.
Sampai di rumah, Nur Ain segera membersihkan diri dan tunaikan tanggungjawabnya ada yang Esa. Seusai solat. Dia kembali ke meja belajarnya. Buku matematik dibuka. Entah kenapa hatinya hari ini berbunga riang setelah Hakim memujuknya. Namun dalam riangnya tiba – tiba ingatannya melayang pada Fariesh. Entah apa yang dibuatnya kini.
Disini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru
Dan hidupku kini ceria
Kini dengarkanlah dendangan lagu
Tanda ingatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan bersimpul padu
Kenangan bersamamu takkan ku lupa walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa
Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita
Dipisahkan…mungkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan
Mungkinkah kita terlupa tuhan ada janjinya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasihnya
Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah derita hadirlah cahaya.
Lagu Untukmu Teman nyanyian merdu lunak milik kumpulan nasyid Brothers yang pernah popular satu masa dulu bermain di benaknya. Air mata Nur Ain kembali bergenang. Sehingga kini dia tertanya – tanya kenapa Fariesh menghilang. Tadi sempat Hakim sengaja lalu di depan rumah Fariesh. Kelihatan kosong dan berkunci. Nur Ain mendengus kecil. Tumpuannya terganggu. Segera buku itu ditutup. Lebih baik aku masak untuk makan malam. Nasib baik Aleeya rajin membantunya. Kadang kala tawa mereka kedengaran hingga ke ruang tamu. Encik Nordin dan Puan Suraya yang ketika itu sedang berehat hanya tersenyum melihat telatah anak dara mereka.
“eeiii kak, jangan lah nyanyi kat dapur.”kata Aleeya yang sedang asyik memotong daging untuk digoreng. “kenapa pulak?”tanya Nur Ain. “akak ni kalau nak sangat masuk akademi fantasia, tak perlulah nyanyi kat dapur. Nantikan kena kahwin dengan orang tua.”usik Aleeya. “oh, suka ya usik akak neh. Kang sudip ni melayang kat kepala hang kang.”balas Nur Ain mencengkak pinggang persis ibu yang garang. Serentak mereka ketawa berdekah. 20 minit kemudian semua makanan sudah tersedia di ruangan makan. Semua ahli keluarga mereka bersila dan menikmati makanan mereka.
Malam kian larut. Entah kenapa matanya terasa susah benar lena. Adiknya Aleeya baru sahaja siapakan kerja sekolahnya. “kak, tak tidur lagi ke?..teringat kat abang Fariesh ke?”usik Aleeya. Nur Ain hanya tersenyum. “akak, Leeya rasa lah, abang Fariesh buat macam tuh sebab dia frust kat akak.”kata Aleeya yang sedang asyik mengemas buku-bukunya dalam beg sekolah. “frust apa pulak nyer”soal Nur Ain. “la takkan akak tak tahu. Semua orang tahu abang Fariesh tu suka kat Kak Ain. Kak Ain jer buat tak tahu.”balas Aleeya panjang lebar. “hah,dia suka kat aku? Kalau dia suka kenapa dia tak beritahu aku.” Hati Ain terdetik sebentar. “hmmm ala, Leeya ni ada – ada saja. Sudahlah dah lewat ni. Pergi tidur.” Pujuk Nur Ain. Malas melayan adiknya. Sesekali kedengaran Aniq berdengkur. “betulkah Fariesh suka kat aku?”soal Nur Ain pada dirinya sendiri. Dia biarkan pertanyaan itu hilang sendiri. Nur Ain lena dalam pertanyaannya.
Izinku Pergi Episod 13
Hari dihitung , tinggal beberapa hari lagi pertandingan mereka. Nur Ain dan Hakim masih lagi cuba mengemaskan persembahan mereka. Rakan mereka Siu Ting bersetuju untuk bermain piano. Kebanyakan masa Nur Ain dihabiskan bersama Hakim. Fariesh kerap berasa terpinggir. Kerap juga api cemburu menyala marak melihat jelingan dan ketawa mereka berdua. Kedudukannya tergugat.
“Ain, asal macam nak jauhkan diri dari Riesh je. Riesh ada buat salah ke?”Fariesh memulakan bicara. Sengaja dia mengajak Nur Ain ke sebuah kedai makan berhampiran dengan sekolah sejurus tamat waktu persekolahan. Nur Ain yang sedang menyedut minumannya hampir tersedak. “aik mana ada? Ain kan sibuk dengan pertandingan tu. Riesh tak ada buat salah pun.”jelas Nur Ain. “hmmm bukan apa. Riesh tengok Ain selalu sangat berkepit dengan si Hakim. Sampai nak balik pun Ain tak nak balik Riesh.”Farieah menjuihkan bibirnya. “ala Riesh, kita orang kan berlatih. Ain nak sangat menang pertandingan tu. Dapat pergi KL tau. Tengok persembahan sajak kat Istana Budaya. Nanti kalau dah habis pertandingan tu Riesh nak bawa Ain pergi mana Ain ikut.”pujuk Nur Ain. Pujukan seperti ini mudah benar meruntuhkan pagar cemburunya. Dia hanya mengangguk.
“Riesh…Ain nak tanya sikit boleh tak? ”Nur Ain memulakan bicaranya. Dia teringat kata – kata Sarah dulu. “Tanyalah, banyak pun tak apa.”seloroh Fariesh. Hatinya terubat dengan pujukan Nur Ain tadi. “macam ni. Kita dah kenal lama kan. Banyak perkara kita kongsi bersama. Hmmm…macam mana nak cakap ni….sepanjang kita kenal ni pernah tak Riesh jatuh hati kat sesiapa.”terpacul juga ayat itu. Kali ini Fariesh pula yang tersentak. “maksud Ain, Riesh pernah suka kat seseorang tak?” Lama Fariesh mendiamkan diri. Ingin sahaja dia menjerit. “sejak mengenali dirimu, aku cinta padamu!!” tapi jeritan hanya di halkumnya. Tak berani dia meluahkan. Dia takut benar kehilangan Nur Ain. Fariesh menggeleng. “baguslah macam tu.”kata Nur Ain. Fariesh membulatkan matanya. Tak faham. “macam ni, ada seseorang suka kat Riesh tau. Dia suka kat Riesh sejak mula – mula kenal lagi”terang Nur Ain. Fariesh tak senang duduk. Gembiranya datang. Perkiraannya Nur Ain memaksudkan dirinya. Senyumannya melebar. Mungkin sebentar lagi dia akan meluahkan perasaannya.
“siapa? Ain ke?”Tanya Fariesh. “Hisy….Ain buat apa….Sarah lah.”Fariesh tergamam mendengar jawapan Nur Ain. Senyumannya tiba – tiba mati. Kegembiraanya lenyap serta merta. “Sarah?” “Ya, Sarah, baru – baru ni dia ada tanya Ain. Dia ingat kita berdua ni couple. Nak gelak pulak Ain. Kita kan kawan.” “kawan?!!!”desis hatinya. Tika itu hati Fariesh remuk. Berkecai. “So, kalau Riesh suka Sarah. Boleh lah Ain tolong rapatkan korang berdua. Mana tau sampai ke jinjang pelamin. Dapatlah Ain jadi pengapit.”usik Nur Ain. Wajah Fariesh merah menahan merah. Telinganya panas hingga tak sanggup lagi mendengar kata – kata dari mulut gadis itu. “cukup!”jerkah Fariesh. Terhenti tawa Nur Ain. “Riesh ni kenapa?”Tanya Nur Ain. Terkejut dengan perubahan Fariesh. “tak payah nak rapat – rapatkan kami. Aku tak suka. Jangan sibuk dalam hal aku.”jerit Fariesh lalu meninggalkan Nur Ain termanggu sendirian. Malu juga rasanya apabila Fariesh memarahinya. “aku?” tak pernah sebelum ni Fariesh membahasakan seperti dengannya. Mungkin dia tersilap langkah. Nur Ain mengeluh. Dia bangun dan pergi ke kaunter bayaran lalu berjalan longlai pulang.
“damn it!!!”Fariesh menyumpah. Dia menhenyakkan dirinya di sofa lembut dalam biliknya. Hatinya terlalu kecewa. Dia benar – benar mencinta gadis itu. Nur Ain pula menganggap hubungan mereka selama ini cuma kawan. Rupa – rupanya Sarah dalam diam meminatinya namun tiada sekelumit perasaan untuk gadis itu. Sarah juga cantik. Gadis itu juga anak orang berada. Dia juga bijak. Cuma dia bukan Nur Ain Nadhirah! Fikirannya benar – benar serabut. Lama dia berfikir. Muncul satu keputusan. Keputusan yang akan merubah hidupnya walau terseksa.
Pagi itu seperti biasa, Nur Ain menjalankan tugasnya sebagai Ketua Kelas untuk memeriksa kedatangan pelajar – pelajar 5 Kreatif. Dia melihat Fariesh yang duduk di tempat duduknya. Fariesh merenung Nur Ain tajam. Mukanya masam. Nur Ain pantas mengalih pandangan. Sewaktu rehat, Fariesh menjauhkan diri. Terpaksalah Nur Ain makan bersama Linda dan Sarah. Sarah perasan akan tingkah laku Fariesh dan Nur Ain. “Ain, asal aku tengok hari ni kau dengan Fariesh menjauhkan diri. Biasanya korang berdua macam ulat gonggok. Berkepit saja.”Tanya Sarah sementara Linda mendapatkan air untuk mereka. “mana ada. Kami ok je.”jawab Nur Ain sambil menyuap nasi goreng ke mulutnya. “korang tak gaduh pasal aku kan?”Sarah serkap jarang. “eh, pandai – pandai je kau ni. Tu Linda dah bawak air tu.”Nur Ain cuba menukar topik. Air sirap yang diambil oleh Linda diminum. Sarah hanya memandang rakannya itu. Dia dapat mengagak sesuatu berlaku antara Nur Ain dan Fariesh. Sesuatu yang membabitkan dirinya.
“Riesh, marah Ain lagi ke? I’m so sorry.”kata Nur Ain. Rasa serba salah juga. Tapi masalahnya dia tak memahami kenapa Fariesh harus memarahinya sedangkan sebelum ini Nur Ain pernah mengusik lebih dari itu tidak pula Fariesh marah. Fariesh hanya memandang Nur Ain. Pandangan itu di tatap puas – puas. Tangan Nur Ain pula diraih. Tangan halus itu digenggam. Nur Ain tergamam. “stay away from me.”kata Fariesh lalu meninggalkan Nur Ain. Terpaku sendirian gadis itu. Air mata berlinangan di tubir mata. Nur Ain terasa ada orang di belakangnya. Rupa – rupanya Hakim. Pantas Nur Ain menyeka air matanya. “Ain, kenapa ni? Awak nangis?”Tanya Hakim. sebenarnya. Dia terdengar perbualan mereka secara kebetulan ketika mahu ke tempat letak motosikal. “tak ada apa – apa. Saya okey. Hakim hari ini saya tak nak berlatih. Fikiran saya terganggu.”kata Nur Ain. Hakim hanya memandang Nur Ain. Ingin air mata gadis itu disekanya. Hakim mengangguk. Dia tidak mahu Nur Ain berlatih separuh hati. Biarlah dia tenangkan fikiran. Lagipun persiapan sudah disediakan. Hakim melihat kelibat Nur Ain melangkah longlai hingga bayangan gadis pujaannya hilang.
Dari jauh Fariesh hanya melihat pasangan itu. Dalam hatinya kosong. Persahabatannya selama ini hanyalah persahabatan. Nur Ain tak pernah mencintai dirinya seperti dia mencintai gadis itu. Fariesh menyumpah diri sendiri kerana tidak berani menyatakan perasaan di hadapan Nur Ain. Dia telah merugikan masa bertahun – tahun. Perasaan yang disimpan selama ini remuk begitu sahaja. Cintanya tak di balas. Fariesh berusaha untuk membenci gadis itu walaupun Nur Ain tidak pernah membuat salah kepadanya. Mungkin dengan cara itu dia dapat melupakan Nur Ain. Dia melangkah masuk ke kereta kesayangannya. Lantas dia meninggalkan perkarangan sekolahnya. Selamat tinggal sekolah. Selamat tinggal kenangan. Selamat tinggal Nur Ain Nadhirah.
Izinku Pergi Episod 12
Suasana Restoran Alif kelihatan sibuk. Kelibat pekerja – pekerja ke hulur – hilir menjalankan tugas mereka dan pengunjung datang. Sudah menjadi kebiasaan hujung minggu ramai pengunjung bertandang. Restoran Alif memang terkenal dengan roti canainya. Setiap pengunjung yang datang pasti memesan roti canai. Nur Ain juga tidak lepas menyibukkan diri dengan kerjanya.
“Good Morning mak , ayah, abang.”sapa Hakim memandang ahli keluarganya yang duduk di meja makan menanti untuk sarapan. Hampir serentak dijawab. Di meja, terhidang pelbagai hidangan disediakan. Hakim berjalan dan duduk di sebelah abangnya. Sekeping roti di ambil dan disapu dengan planta. Haziq melihat adiknya yang sedang makan. Ada sesuatu yang bermain difikirannya. Namun di bantutkan. Kebetulan hari ini Dato’ Kamarul Zaman berehat di rumah setelah pulang dari Langkawi atas urusan syarikat. “belajar kamu macam mana Hakim?”Tanya Dato’ Kamarul Zaman. “so far oklah. Minggu depan Kim ada pertandingan sajak. Kalau menang, kami akan pergi ke KL untuk pertandingan sajak.”jawab Hakim. “kamu pula macam mana Haziq? Bila kamu nak balik London?”soalnya kepada Haziq pula. Sudah tangunggjawab seorang ayah untuk mengambil berat perihal anak – anak meski Haziq bukan anak kandungnya. “Ziq pun ok aje. Ziq balik Manchester minggu depan. Nak balik awal sikit. Ziq ingat nak kerja kat sana.”jawab Haziq. Sambil menghirup kopi yang dibancuh. “kerja apa? Tak usahlah. Kalau tak cukup duit, kamu mintak dengan ayah sajalah.”pintas Datin Maimunah. “tak apalah mak, duit Ziq cukup cuma nak cari duit sendiri. Nak belajar berdikari.”jawapan itu sudah menjadi kebiasaan Haziq. Sejak mengetahui dia anak angkat , dia nekad untuk tidak menyusahkan ibu bapa angkatnya. “hmmm tak apalah, tapi kalau kamu nak apa – apa cakap kat ayah.” Haziq hanya mengangguk. Masing – masing menyambung menikmati sarapan.
“abang, macam mana dengan sajak yang Hakim mintak tu?”Tanya Hakim sejurus masuk ke kamar abangnya. “dah lama siap. Saja abang simpan dulu takut nak betulkan je. ” Haziq tertunduk – tunduk mencari buku catatannya di laci mejanya. Kelihatan sebuah buku bewarna biru dikeluarkan. Di balik helaian buku itu ada sehelai kertas yang telah dilipat di celah buku. Haziq menyerahkan kertas berwarna biru itu ke tangan adiknya. Sajak itu benar – benar menyatakan hasrat hatinya. Hasrat yang taK mungkin dia lakukan. “abang ni hebatlah.”puji Hakim. Mana taknya. Walaupun dia pandai bersajak namun untuk menulis barisan puitis bukan mudah baginya. Tidak seperti Haziq. Abangnya pandai menulis sajak. Semasa sekolah dulu, abangnya rajin menghantar sajak ke surat khabar. Hampir sebulan sekali kiriman abangnya dipaparkan di dada akhbar. Haziq hanya tersenyum mendengar pujian adiknya. Hakim meminta diri ke biliknya. Haziq merebahkan punggungnya ke katil. Badannya direbahkan. Dalam benaknya muncul satu nama. “Nur Ain Nadhirah.”
Hujung minggu sebegini, keluarga Fariesh banyak menghabiskan masa di rumah. Pagi itu Fariesh sibuk mencuci keretanya. Dia sanggup habiskan duitnya untuk kereta kesayangannya itu. Kereta itu dihadiahkan oleh ayahnya semasa hari lahir yang lalu. Selesai kerjanya, dia duduk di anjung rumahnya menghadap kolam renangnya. Dia melepaskan lelahnya di situ. Fikirannya menerawang kepada Nur Ain. Nur Ain Nadhirah Nordin. Namanya seindah rupanya. Tingkahnya seayu wajahnya. Sejak sekolah rendah mereka telah berkawan. Dia cukup senang berkawan dengan gadis itu. Sudah lama dia menyimpan perasaan pada gadis manis itu. Namun dia belum bersedia untuk meluahkannya. Dia tak sanggup kehilangan gadis itu. Baginya biarlah mereka begini.
Sedang asyik mengelamun, suara Tan Sri Abdullah menerjah ruang telinganya. “Fariesh, mengelamun nampak.” “eh papa, duduklah.”Fariesh menarik kerusi disebelahnya mempelawa ayahna duduk. Tan Sri Abdullah duduk disebelahnya. “sebenarnya papa ada hal nak cakap dengan Fariesh ni.”ayahnya memulakan bicara. “apa dia papa?”Tanya Fariesh. “sebenarnya macam ni, syarikat papa sekarang agak maju. Jadi pentadbiran syarikat papa pindah kat Pulau Pinang. Cawangan terbaru papa.” “jadi?”Fareish menanti kata – kata bapanya yang seterusnya. “So, papa ingat nak kita sekeluarga pindah ke sana.” Kata Tan Sri Abdullah. Fariesh yang sudah dapat mengagak kata – kata papanya hanya mengeluh kecil. “macam ni, papa dan mama dah berbincang. Kalau Riesh nak tinggal kat sini kami faham. Kamu kan nak SPM tahun ni. Tapi Riesh terpaksa tinggal dengan Mak Lang. Rumah ni papa akan jual. ”terang ayahnya lagi. Fariesh tahu perangai Mak Langnya. Wanita itu gemar berkira. Keluarga mereka memang tak sebulu. Pasti ada pertengkaran tiap kali bertemu. Fariesh mengeluh. “nanti Riesh fikir dulu” Tan Sri Abdullah hanya mengangguk. Dia meninggalkan anak tunggalnya untuk berfikir dulu.
Pagi itu, persekolahan berjalan lancar. Semua pelajar kelihatan lebih serius memandangkan peperiksaan SPM bakal tiba. “Hakim, macam mana dengan sajak tu?”soal Nur Ain. “oh, dah. Nanti petang nanti kita berlatih.”jawab Hakim sambil menuturkan senyuman. Senyuman yang ikhlas. Mata mereka bertaut Tak semena – mena Nur Ain hanya tertunduk. Ada gelora di hatinya. Nur Ain hanya mengangguk lembut lalu meninggalkan Hakim.
“Riesh nanti Ain tak balik ye.”kata Nur Ain sambil menggalas beg sekolahnya. “Ain nak pergi mana?”Tanya Fariesh. Masing - masing berkemas untuk pulang. “Ain ada latihan dengan Hakim. Mungkin petang sikit baru Ain balik.”jawab Nur Ain. Fariesh hanya mengeluh. Baru dia ingin memberitahu berita yang dikhabarkan ayahnya semalam. Fariesh hanya mengangguk lemah dan meninggalkan Nur Ain. Kemudian Hakim pun muncul. “Ain, awak dah siap? Kita start pukul 2.30 ye. Saya nak solat dan makan tengah hari. Kita makan sama – sama ya.”pelawa Hakim. Lama berfikir baru Nur Ain mengangguk setuju dengan pelawa Hakim. Setelah solat, Hakim mengajak mereka makan di kantin. Selesai makan, mereka menuju ke kelas mereka kembali. Nur Ain bercadang untuk buat latihan di kelas mereka memandangkan kelas mereka tidak digunakan oleh pelajar lain.
“ni sajaknya.”Hakim menghulurkan sehelai kertas biru kepada Nur Ain. “Izinku pergi? Boleh ke kita buat sajak cinta?”soal Nur Ain setelah membaca bait sajak itu. “Cikgu Syazana kata tema bebas. Jadi bagi saya sajak cinta tak ada masalah. Awak baca dulu. Lepas tu baru kita baca.” Balas Hakim. Nur Ain membaca kembali bait – bait sajak itu. Sungguh indah. Terdetik adakah benar Hakim yang menulis sajak ini. “saya dah habis baca. Sajak ni memang best. Sangat puitis.”puji Nur Ain. Hakim hanya tersenyum. “saya ada idea nak bagi mood untuk sajak ni.”kata Nur Ain. “apa kata kalau kita masukkan muzik.”kata gadis itu lagi. “muzik?” “ya. Macam ni. Masa kita present nanti kita masukkan muzik piano. Sebab bagi saya muzik piano mampu menyentuh hati. Sajak ini agak sedih kalau kita masukkan mood sedih lagi menarik persembahan kita.”Nur Ain memberi penerangan sambil menulis perancangannya dalam kertas tersebut. “saya setuju saja asalkan boleh buat kita menang.”balas Hakim. Matanya tak lepas melihat raut wajah yang sering menganggu tidurnya. Masing – masing memulakan latihan. Sedar tak sedar sudah lewat petang. Nur Ain meminta diri pulang. Hakim mempelawa untuk menghantarnya. Nur Ain menolak. Hakim keras mendesaknya pulang bersama. Bimbang jika kejadian lalu berulang kembali. Namun Nur Ain memberi alasan untuk pergi berjumpa majikannya. Hakim terpaksa mengalah. Dia tak mahu terlalu memaksa gadis itu.
Sebaik sampai di rumah, Nur Ain membersihkan diri dan menjalankan kewajipannya sebagai muslimah. Sesudah itu, dia mengemas rumahnya dan memasak untuk makan malam. Adik – adiknya masih belum pulang. Kata ibunya Aleya pergi menjemput Aniq pulang dari sekolah. Nur Ain perasan sejak kebelakangan ibunya kelihatan muram dan murung. Nasi dijamahnya sedikit. Kadang – kadang di waktu ibunya menangis seorang diri. Seperti menanggung beban yang berat. Pernah sewaktu ibunya di hospital Ain mendengar ibunya meracau menyebut satu nama. ‘Shazlan’. Bila ditanyakan kepada ayahnya, ayahnya pura – pura tidak mendengar seolah – olah merahsiakan sesuatu dari mereka adik – beradik. Perasaan ingin tahunya melonjak namun pantas dia padamkan. Dia tidak mahu memaksa ibunya. Dia tahu ibunya sakit. Dia tidak mahu kesihatan ibunya terganggu. Asyik dia memotong sayur kedengaran suara adik – adiknya di luar. Nur Ain menjengah di muka pintu. “assalamualaikum akak.”hampir serentak Aleya dan Aniq melafaz kalimah suci. Nur Ain menjawabnya dan tersenyum. “baru balik ya. Dah lah pergi mandi. Dah dekat maghrib nanti ada momok kacau kalau Aniq tak mandi.”usik Nur Ain. Aniq yang ketakutan percaya dengan kata – kata kakaknya berlari ke biliknya dan pantas mencapai tuala. Aleya dan Nur Ain terkekek – kekek ketawa. Puan Suraya hanya melihat dari jauh. Alangkah bahagianya jika anaknya seorang lagi. Dia pasti jika Shazlanl sudah besar pasti dia sebijak dan pintar seperti Nur AIn. Keluhan kasar kedengaran.
“dik, ni duit yang adik mintak hari itu.” Nur Ain menghulurkan beberapa keping duit ketika Aniq sibuk membuat kerja sekolahnya. Pantas Aniq mencapai duit itu. “terima kasih. Baru tadi cikgu Tanya. ”ucap Aniq. Nur Ain hanya tersenyum. Dia amat prihatin tentang adik – adiknya. Sebagai anak sulong sudah menjadi tanggungjawab menjaga adik – adiknya memandangkan kedua – dua orang tuanya tidak mampu untuk menjaga mereka. Dengan kondisi Puan Suraya yang tidak sihat dan kewangan Encik Nordin yang tidak menentu membuat Nur Ain merasakan dirinya bertanggungjawab menjaga mereka. Dia bersyukur kerana masih berkudrat menggunakan tulang empat keratnya. Mohd Aniq Ikhwan satu – satunya adik lelakinya. Dia berharap suatu hari nanti adik lelakinya berjaya dan dapat merubah nasib keluarganya.
Izinku Pergi Episod 11
Hari hujung minggu Nur Ain dipenuhi dengan timbunan kerja rumah dan kerjanya. Namun tiada sedikit keluhan yang lahir. Dia nekad untuk membantu keluarganya walau apa jua yang berlaku. Pagi – pagi lagi dia sudah bangun untuk menyediakan sarapan. Harapkan Aleya? Entah bila dia akan bangun. Adik keduanya memang agak liat sedikit untuk bangunan tambahan cuti hujung minggu. Aniq pula akan dikejutkan kemudian. Nur Ain sudah berkira – kira, selepas selesai menyelesaikan kerja – kerja di rumah dia berhasrat ke perpustakaan untuk mengulang kaji dan menyiapkan kerja rumah. Selepas itu bolehlah dia terus pergi bekerja. Begitulah kehidupan setiap hujung minggu.
Sedang asyik Nur Ain menggoreng mi hun, ibunya menyapa.“Ain masak apa?”Puan Suraya melihat mana – mana kerja yang boleh di buat untuk membantu anaknya. “eh mak rehatlah. Biar Ain yang buat. Mak kan tak sihat. Mak rehat aja. Nanti bila dah siap Ain panggil”tegah Ain. Puan Suraya hanya memandang anak gadisnya itu. Dia berlalu untuk kejutkan Aniq. Sesudah memasak, Nur Ain mengajak ahli keluarganya bersarapan. Beralaskan tikar masing – masing duduk bersila menatap makanan yang dihidang. Encik Nordin pula sibuk dengan mencuci teksinya. Itu rutinnya hujung minggu apabila tidak memandu teksi. Kadang – kadang lelaki itu mengambil upah membersih kawasan – kawasan kosong. Kelihatan masing – masing berselera menjamah sarapan.
Selesai sarapan, Aleya segera mengemas pinggan mangkuk di situ. Ruang makan itu jugalah tempat mereka untuk berehat. Rumah mereka terlalu sempit. Sebuah rumah papan yang hanya mempunyai dua buah bilik. Hanya itu yang mereka mampu. Nasib baik tuan rumah memberi sewa yang murah memandangkan Nordin mengambil upah membersihkan tanah kosong mereka.
Setelah selesai mengemas, Nur Ain mencari ibunya. “mak, ni gaji bulan ni. Mak ambil buat bayar sewa rumah.”hulur dua keping not RM 100 ke tangan Puan Suraya. “eh, tak apalah. Ain pakailah. Ain kan nak periksa tahun ni. Banyak pakai duit. Masuk tusyen kea tau beli buku ke.”tolak Puan Suraya. “tak apalah mak. Pasal Ain, biasiswa tanggung. Mak jangan risau. Ambillah. Ain ada lagi.”desak Nur Ain. Itulah jawapan setiap kali. Puan Suraya serba salah lalu dia mengambil duit itu dari telapak halus itu. Dia sedar anak gadisnya itu berhempas pulas membantu keluarganya biarpun ibu bapanya masih lagi mampu bekerja. Namun prinsip hidup Ain mengajar selagi tulang empat kerat berfungsi selagi itulah dia akan membantu keluarga ini.
Puan Suraya hanya memandang anak – anaknya yang sedang sibuk mengulang kaji pelajaran. “mak, Ain pergi kerja dulu ya.”Nur Ain mengucup tangan kasar itu. Ibunya hanya mampu melihat kelibat anaknya menghilang. Wanita tua itu duduk di kerusi malas usang. Dia melihat Aleya dan Aniq sibuk belajar. Suaminya pula telah keluar. Ke mana tidak pula diberitahunya. Hati wanita itu diselubungi resah akhir – akhir ini. Peristiwa silam menggamit hatinya. Tak semena – mena manik – manik jernih gugur dari tubir matanya. Matanya dikatup rapat. Imbauan memori menerawang di fikiran. 19 tahun yang dahulu. Suraya berkenalan dengan Nordin ketika menumpang teksi lelaki itu. Cinta pandang pertama membuat Nordin ingin melamar Suraya, gadis yang digilai ramai jejaka di kampungnya. Namun percintaan mereka tidak direstui keluarga Suraya. Nordin hanya driver teksi sedangkan Suraya anak guru terkemuka di kampungnya. Walhal keluarga Suraya telah menetapkan jodohnya dengan anak ketua kampung. Akhirnya pasangan itu lari dari kampung dan berkahwin. Walaupun mereka hidup dalam serba kekurangan namun kasih sayang mengatasi segala – galanya. Setelah setahun mereka melayarkan bahtera perkahwinan, Suraya disahkan hamil. Berita itu amat menggembirakan Nordin.
“Doktor, macam mana dengan isteri saya? Kenapa dia tak boleh melahirkan lagi. Dari petang tadi dia sakit doktor”. Cemas Nordin. Sejak petang tadi isterinya di dalam wad kecemasan. “sabar encik, isteri encik sebenar ada masalah kerana kandungannya songsang. Jadi ia mengambil masa lama sedikit.”jelas doktor itu. Kemudian dia masuk kembali diikuti jururawat muda. 3 jam kemudian kedengaran sayup – sayup tangisan bayi. Kelibat dua orang jururawat mendukung dua orang bayi. “encik, ni anak – anak encik. Tahniah.”ucap jururawat itu. “kembar?”desis hati Nordin. Dalam hatinya tak putus memanjatkan setinggi syukur ke hadrat Illahi. Tak terucap dek kata – kata. Seingatnya doktor sebelum ini memberitahu mereka bakal menimang anak perempuan. Dia melihat kedua – dua anaknya. Seorang lelaki dan seorang perempuan.
“Su, ni anak – anak kita.”Nodin masuk dengan membawa anak – anaknya. Dilihat isterinya terbaring lemah. Suraya hanya tersenyum lemah. Anak – anaknya di beri kepadanya. Dahi kedua – dua bayi itu dikucup lembut. Nordin mengazankan anak – anaknya. “abang nak beri nama apa?”Tanya Suraya sambil memandang kembar mereka. “yang abang ni abang namakan dia Ameer Shazlan Adiknya, hmmmm Nur Ain Nadhirah.”lama juga Nordin memikirkan nama – nama itu. Segera kembarnya di peluk erat. Wajah anak – anaknya di tatap dengan penuh kasih sayang. “moga anak kita murahkan rezeki kita.”kata Nordin sambil memandang wajah isterinya. Esok, abang bawak anak – anak kita pulang ke rumah. Suraya hanya tersenyum.
“abang ingat nak buat kenduri doa selamat sekali dengan potong jambul. Su macam mana?”pinta Nordin. “saya ikut saja abang”. Suraya tersenyum mesra kepada suaminya. Anak sulong katakana. Apa salahnya di sambut sedikit biarpun kecil – kecilan. Walaupun pasangan suami isteri masing – masing sebatang kara namun kehadiran mereka di kampung itu membuat mereka dihargai. Seminggu kehadiran bayi kembarnya, kenduri di adakan. Ramai juga jiran tetangga yang hadir. Masing – masing melihat kembarnya. Pada ketika itu kembarnya di letakkan di tengah ruang tamu rumah mereka. Suraya sibuk melayan tetamu yang hadir sehingga membiarkan anaknya bersendirian dengan tetamu. Nordin juga sibuk berborak dengan rakan – rakannya. Malam beransur sunyi. Ramai tetamu meminta diri. Suraya pergi ke ruang tamu. Dilihat Shazlan tiada di dalam buainya. Sangkanya anak lelakinya bersama suaminya. “abang, mana Shazlan?”Tanya Suraya setelah mendapati Shazlan tiada di sisi suaminya. “eh, bukan ke, dia ada dengan Ain ke?”Nordin membalas dengan soalan. Suraya mula berasa risau. Masing – masing mencari Shazlan di pelosok rumah kecil itu. “Su, ada tak?”Tanya Nordin. Renik – renik peluh membasahi tubuhnya. Risau dan gelisah menjadi satu. “tak ada bang. Macam mana ni? Takkan dia kena culik.”gumam Suraya sendirian. “hisy, jangan cakap bukan – bukan.”tingkah Nordin. Namun persoalan itu terbit juga di benaknya. Walaubagaimanapun, siapa yang ingin menculiknya.
“Din, ada surat kat katil.”panggil rakan Nordin, Zamri. Dia memegang sepucuk surat yang disisipkan di bawah bantal Shazlan. Nordin dan Suraya berpandangan lalu segera ke katil anaknya.
Nordin nampaknya dirimu sudah ada anak. Ku ucapkan tahniah bukan kerna mendapat anak tapi kehilangan anak. Jangan harap kau jumpa dengan dia lagi.. inilah balasan kerna rampas Suraya dari aku.
Salleh
“Ya Allah.”itu sahaja yang mampu diungkapkan oleh lelaki itu. Rasa sebal menyelubungi dirinya. Jika dia lebih berhati –hati tentu perkara ini takkan terjadi. Suraya bagai orang melihat hantu rupanya. Wajahnya pucat. Dia terjelopok pengsan. Nordin tersentak lalu segera mengangkatnya. Isterinya dibaringkan di biliknya. Jirannya, Mak Limah berusaha menyedarkan Suraya. Nordin berada di sisi isterinya. Air direnjis – renjis ke muka wanita itu. Lama – kelamaan kelopak mata Suraya terbuka – buka sedikit demi sedikit. Nordin dari tadi memegang erat tangan isterinya. “abang, mana anak kita abang?... mana Shazlan?”Tanya Suraya bersuara serak – serak basah. “Su, sabar Su. Su rehat dulu ya.”pujuk Nordin sambil membelai rambut isterinya. “mana Shazlan? Saya nak Shazlan!”jerit isterinya. Air mata merembes deras. “saya nak Shazlan.”jerit lagi. Nordin dan Mak Limah berusaha menenangkan. Lama juga. Mereka menunggu Suraya tidur.
“macam mana ni? Apa kita nak buat sekarang?”Tanya Zamri. Dia mengenali Nordin telah lama. Suka duka mereka melalui bersama. “aku rasa, baik kita cari sekitar kat sini. Kalau tak jugak pagi esok kita report kat balai polis.”jawab Nordin. Fikirannya serabut. Hatinya rawan. Mengapa harus menculik Shazlan jika mendendaminya. Anak itu tak bersalah. Jika benar Salleh mendendaminya sepatutnya lelaki itu berhadapan dengan dirinya. Malam itu, Nordin mengumpul orang kampung untuk mencari Shazlan. Manalah tahu jika Salleh meninggalkan Shazlan di tepi jalan ataupun melihat kelibat Salleh sendiri. Namun pencarian mereka hampa.
Pagi itu, Nordin dan Suraya pergi ke balai polis untuk mengadu kehilangan anak mereka. Polis memulakan pencarian. Hampir seminggu Shazlan telah hilang namun masih belum dijumpai. Suraya kelihatan makin murung. Nur Ain di biarkan begitu sahaja malah tidak menyusukannya. Setiap malam, Nur Ain menangis namun Nordin yang akan bangun dari tidur dan mendodoikannya. Saban hari Suraya hanya termenung dan menangis. Nama Shazlanl sering meniti di bibirnya. Satu hari Nordin membawa Suraya berjalan. Mereka singgah di Rumah Anak – Anak Yatim Kenanga. Nordin sengaja membawa isterinya di situ untuk mengubati luka Suraya. Suraya melihat kanak – kanak yang yatim piatu bermain bersama – sama. Timbul rasa simpati pada mereka. Dia bayangkan nasib Nur Ain jika bayi comel itu dibiarkan sahaja. Dia sedar bahawa peluang untuk berjumpa dengan Shazlanmakin tipis. Tak semena - mena air matanya mengalir lagi. “abang, maafkan Su. Selama ni Su dah susahkan abang. Su abaikan abang.”Suraya menggenggam erat tangan suaminya. “tak apalah. Abang maafkan. Kita balik ya. Ain tunggu.”pujuk Nordin. Sebaik sahaja tiba di rumah, Suraya mendapatkan anaknya. Tubuh bayi itu dipeluk dan dicium dengan mesra dan kasih sayang. “mak mintak maaf sayang.”ucap Suraya. Nur Ain yang tidak memahami butir kata ibunya hanya tersenyum comel.
Selepas hari itu, tiada siapa yang membangkitkan tentang Shazlan. Malah hingga ke hari ini Nur Ain dan adik beradiknya tidak mengetahui kebenaran itu. Hanya Mak Limah dan Zamri yang benar – benar mengetahui. Mata Suraya dibuka perlahan. Air mata jernih mengalir lagi. Segera dikesat apabila melihat kelibat suaminya baru pulang. “Su, kenapa ni?”Tanya Nordin. Dia mendekati isterinya yang amat disayangi. “tak ada apa – apa bang. Su teringatkan Shazlan. Su rindukan dia.”terang Suraya. Nordin hanya memandang Suraya. Dia hanya mengusap belakang isterinya. Nordin mengeluh kasar. Dia pasrah apa yang berlaku.
Izinku Pergi Episod 10
“Assalamualaikum mak ayah.”Nur Ain mengungkap kalimah suci tika menguak pintu masuk ke rumah. Kelihatan Puan Suraya terkocoh – kocoh. “Ain, kenapa balik lambat? Mak risau”kata Puan Suraya. Naluri keibuannya dilanda resah menunggu Nur Ain pulang. Selama ini Nur Ain tak pernah balik lambat. Malam pula. “Emmm ….Ain….er….Ain”Nur Ain cuba mencari ayat. “Ain jatuh tadi mak cik. Tadi kami pergi perpustakaan dan masa balik rumah tadi dia jatuh. Tu saya bawak pergi klinik dulu. Takut ada luka.”suara Fariesh tiba – tiba menerjah ruangan rumah kecil itu. “oh, Fariesh. Marilah masuk nak.”ajak Puan Suraya lembut. Dia kenal benar dengan anak muda itu. Malah dia berasa senang dengan kehadiran Fariesh dalam keluarganya. “tak apalah mak cik dah lewat ni. Saya balik dulu.” “yelah. Hati – hati bawak kereta.”pesan Puan Suraya. Tangan Puan Suraya segera disalam erat dan dikucup. “Riesh balik dulu yer Ain. Jumpa kat sekolah.”jerit Fariesh dari keretanya. Nur Ain hanya tersenyum. “Ain luka teruk ke? Sampai koyak baju ni.”Tanya ibunya sambil membelek tangan anak gadisnya itu. “tak adalah teruk sangat. Cuma calar sikit jer.”jawab Nur Ain. “baik betul Fariesh tu. Sanggup hantar kamu balik malam – malam ni. Kamu berdua ni ada apa – apa ke? Mak tengok rapat semacam aja.”Tanya Puan Suraya. “eh, mana ada. Kami ni kan kawan dari kecil. Mestilah rapat.”jawab Nur Ain. Ibunya hanya tersenyum melihat anaknya. Anak remaja katakan. Biarlah.
Kriiiiiing!!! Loceng sekolah berbunyi menandakan semua pelajar harus beratur. Nur Ain datang agak lewat. Semalaman dia telah berfikir tentang Fariesh. Dia seorang lelaki yang baik hati malah tidak pernah berkira dengannya. Namun tiada sedikit rasa cinta terpalit di hati hawanya. Sebaliknya dia dapat merasakan perasaan berbeza apabila bersama dengan Hakim. Pertama kali berjumpa dengannya ada rasa benci namun lama – kelamaan rasa itu bertukar menjadi sesuatu yang sukar difahami oleh hati Nur Ain sendiri. Semasa waktu pertama, Puan Syazana memanggilnya untuk berjumpa di bilik guru.
“kenapa awak tak datang Ain?”Tanya Puan Syazana. Dia membetulkan tudungnya. “saya tak sihat cikgu.”jawab Nur Ain. “ mak awak macam mana? Sihat?”sememangnya guru itu benar – benar mengambil berat akan pelajar yang seorang ini. Dia akan memastikan kebajikan Nur Ain terjaga dan akan membantu selagi termampu. Nur Ain menceritakan segalanya kepada guru kelasnya. “habistu awak tak apa - apa? Awak report polis tak?”Tanya Puan Syazana bertalu – talu. Nur Ain hanya mengangguk tanda baik. Nur Ain kembali ke kelasnya. “kenapa cikgu cari Ain?”Tanya Fariesh. “adalah. Mana boleh Riesh tahu. Ini hal orang perempuan.”usik Nur Ain sambil menjeling manja. Dalam masa yang sama mata Nur Ain bertamu dengan mata Hakim. Lama mata mereka bertaut. Masing – masing menguntumkan senyuman. “Ain…Ain…kenapa ni?”panggil Fariesh. Sempat dia melihat Hakim dan Nur Ain bermain mata. Sekilas Nur Ain memandang kembali pada Fariesh. Belum sempat Fariesh berkata seterusnya Puan Mary menjengah kelas mereka. Masing – masing kembali ke tempat duduk.
“Ain, aku nak tanya kau sikit boleh tak?”sudah lama persoalan ini membelenggu fikiran Sarah. Dia melihat wajah tenang Nur Ain ketika menjamah nasi gorengnya. Sunyi sedikit sebab Linda tiada bersama mereka. “jangan sikit, banyak pun tak ape.”balas Nur Ain sambil menguntumkan senyuman. Apa dia? “aku nak tanya hmmm… kau dengan Fariesh tu ada apa – apa ke?” hampir tersedak Nur Ain mendengar soalan Sarah. “amboi, tersedak kau di buatnya. Jadilah betul kau dengan dia couple?”Sarah serkap jarang. Nur Ain tidak menjangka soalan itu terpacul dari mulut gadis pendiam itu. Dalam fikiran Nur Ain sudah dapat mengagak perasaan Sarah. Wajahnya tak keruan. “apalah kau ni Sarah. Aku dengan Fariesh tu kawan baik dari kecil sampai sekarang. Kita orang memang rapat tapi tak adalah sampai nak bercinta. Jawab Nur Ain ikhlas.” Dari raut wajah Nur Ain yang tenang, Sarah yakin jawapan tadi benar dan jujur. “kau suka kat dia ke?”giliran Nur Ain pula bertanya. Wajah Sarah merah pedam. Perlahan dia mengangguk. Benar jangkaan Nur Ain. “nanti aku tolong kau cakap kat dia.”kata Nur Ain sambil meneguk minumannya. “eh tak payahlah Ain.”tingkah Sarah. Dari hari pertama mengenali Fariesh, hati Sarah sudah terpaut. Seorang lelaki yang kacak dan berada. Namun tak pernah sekali pun dia membangga diri malah sering membantu rakan – rakan tika dalam kesusahan. Namun sikap mesra yang dicurahkan kepada dia dan Nur Ain ada bezanya dan membuatkan Sarah merasakan Fariesh dan Nur Ain bercinta. Setelah mendengar pengakuan teman baiknya itu barulah hatinya sedikit tenang.
Pulang dari sekolah, Nur Ain menuju ke Restoran Aliff untuk bekerja. Sampai sahaja di sana, dia menukar pakaian seragamnya dan memulakan tugasnya. Ramai juga pelanggan petang itu. Penat Nur Ain kehulur – hilir. Jam tangannya sudah menunjukkan jam 11 malam. Sesudah mengemas, Nur Ain meminta diri untuk pulang. Nur Ain pulang ke rumah dengan berjalan kaki. Malam yang kian gelap dan hanya ditemani dengan cahaya bulan yang terang. Nasib baik juga Ain membawa torch lightnya. Kalau tau bagai orang buta kehilangan tongkat nanti. Sedang dia berjalan pulang, ada sebuah kereta berlalu. Kemudian kereta berhenti dan berundur di tempat Nur Ain. Perasaan takut menguasai Nur Ain. Takut peristiwa lalu berulang kembali. Kalau dulu siang ramai dapat melihatnya. Ini pula malam yang gelap dan sunyi. Perlahan – lahan pemandu itu keluar dari kereta Honda putihnya. Perasaan takut itu tiba –tiba hilang apabila bayangan Haziq yang muncul. Nur Ain melepas nafas lega.
“Assalamualaikum Nur Ain.”sapa Haziq memaniskan romannya. “waalaikumsalam”Nur Ain membalas senyumannya. “Ain baru balik dari kerja ke? Lewatnya ”tegur Haziq sambil melihat jam tangannya. Dah pukul 11.15. Nur Ain mengangguk lembut. Biar pun badannya berasa letih yang teramat namun dia tetap menghadiahkan senyuman yang manis kepada Haziq. “Ain balik sorang – sorang ni tak takut ker. Gelap pulak tu. Tak takut hantu kacau.”usik Haziq. Nur Ain hanya tersenyum sambil menggeleng kepalanya. “tak pun. Sini mana ada hantu. Hantu orang adalah.” “hmmm tak apalah. Bahayalah Ain balik sorang – sorang malam – malam ni. Biar abang hantarkan ye. ”pelawa Haziq ikhlas. Lama juga Nur Ain mendiamkan diri. Bukan dia tak mahu menerima pelawaan Haziq cuma dia bimbang apa pula kata ibunya nanti. “abang tak akan apakan Ain. Abang ikhlas hantar Ain balik. Kalau Ain tak nak terima pelawaan abang, abang akan rasa bersalah kalau ada sesuatu perkara buruk berlaku nanti.”jelas Haziq panjang lebar. Akhirnya Nur Ain bersetuju. Kelihatan wajah Haziq kegirangan.
Masing – masing mendiamkan diri dalam kereta. Hanya ditemani dengan muzik dari radio kereta Haziq. Sempat Haziq mencuri pandang pada gadis manis itu. Terpancar keletihan di wajah gadis itu. Namun Nur Ain tidak pernah mengeluh penat. Dia tekad ingin membantu keluarganya. Sunyinya dalam kereta itu. Haziq menguatkan volume radionya. Haziq menoleh kembali pada Nur Ain. Sudah terlelap. Kedengaran lagu Spider bertajuk Bila Naik Saksi berkumandang.
Wajah mu kerap ku mimpi
Wajah mu sering ku puja
Buatku terasa sepi
Kala ku bukakan mata
Kau masih belum pun ku punya
Rinduku masih kau tak peka
Cintamu kerap ku mimpi
Cintamu sering ku damba
Buatku terasa sedih
kala ku bukakan mata
Kau masih belum pun ku dakap
Rinduku masih kau tak singkap
Bila nak saksi
Kau datang terkulai
Bila nak saksi
Kau datang membelai
Bila nak saksi
Cintaku sampai
Dirimu kerap ku mimpi
Dirimu sering ku khayal
Aku angan-angankan
Kau dapat bersama
Nyatakan cinta yang terpendam
Membina istana tersergam
Bila nak saksi
Kau datang terkulai
Bila nak saksi
Kau datang membelai
Bila nak saksi
Cintaku sampai
Kau masih belum pun ku punya
Rinduku masih kau tak peka
Bila nak saksi
Kau datang terkulai
Bila nak saksi
Kau datang membelai
Bila nak saksi
Cintaku sampai
Bila nak saksi
Cintamu kugapai
Dirimu kerap ku mimpi
Dirimu sering ku khayal
Aku angan-angankan
Ingin sahaja tangan kasar itu mengusap halus pipi halus itu. Benar Ain dirimu memang kerap aku mimpi. Namun ku sedar kau bukan aku yang punya. Sebaik sahaja tiba di perkarangan rumah Ain. “Ain, bangun sayang.”kata – kata itu hanya kedengaran di benaknya. “Ain, bangun. Dah sampai rumah ni.”Haziq mengagah sedikit tubuh kecil Nur Ain. Terpisat – pisat Nur Ain mengusap mata. “dah sampai ke? Minta maaf abang. Ain letih sangat sampai tertidur.” “tak apa. Ain kan penat. Dahlah pergi masuk. Tidur tau. Esok kan sekolah pagi.”kata Haziq. Nur Ain hanya mengagguk. “terima kasih banyak abang Haziq.”ucap Nur Ain sambil tersenyum. Haziq membalas kembali.
Sebaik sahaja masuk di bilknya. Puan Suraya muncul. “eh mak tak tidur lagi ke?”Tanya Nur Ain sambil meletakkan beg sekolah lusuhnya di tepi katil. “siapa yang hantar kamu tadi?”Tanya ibunya tajam. Sejak kebelakangan ini, kelihatan ramai anak muda yang menghantarnya pulang. Kalau setakat Fariesh mungkin tidak menjadi hal baginya kerana terlalu mengenali anak muda itu. “kawan Ain mak. Dia tolong hantar Ain balik pun sebab hari dah jauh malam. bahaya balik sorang – sorang katanya”jelas Nur Ain jujur. Puan Suraya hanya mengeluh. Dia sedar anak gadisnya bukan berpoya – poya seperti gadis lain. Tetapi bekerja mencari rezeki untuk keluarga mereka. “hmmm tak apalah yang penting kamu pandai jaga diri.”nasihat ibu tua itu lagi. Takut benar jika sesuatu yang buruk menimpa anak sulungnya itu. Ibu tua itu membiarkan anak gadisnya sendiri dalam bilik. Puan Suraya kembali ke kamarnya. Suaminya telah tidur. Hari ini Encik Nordin pulang awal. Katanya kurang pelanggan.
Puan Suraya membuka almari usang. Ada sebuah kotak di balik timbunan pakaian. Dia mengambil kotak itu. Puan Suraya melabuhkan punggungnya di birai katil. Kotak kayu itu di buka. Ada beberapa surat termasuk surat beranak anak – anaknya. Satu persatu dibeleknya. Matanya terhenti pada suatu nama tertulis di surat beserta sekeping gambar. Sekilas ada suatu memori berlegar di tubir matanya. Hatinya digigit rasa sayu. Teresak – esak Puan Suraya menangis. Makin di lihat gambar hitam putih itu makin kuat tanggisannya. Bahunya terhenjut – henjut menahan tangis. Lama juga Puan Suraya berkelakuan seperti itu. Kemudian dia menutup kota itu dan menyimpannya kembali. Dia kembali ke pembaringannya. Dadanya terasa sakit. Namun Puan Suraya cuba menahan sakit itu dan memaksa untuk tidur. Akhirnya wanita itu tertidur dalam tangisan.


