Izinku Pergi Episod 18
“Congratulations both of you, saya bangga dengan kamu berdua.”Puan Syazana ulah kepada Nur Ain dan Hakim. Nur Ain hanya gelak kecil sahaja. “so, sekolah ada beri sedikit penghargaan kerana kamu berdua berjaya mengharumkan nama sekolah kita. Khas dari pengetua kita.”sampul surat putih dihulurkan. 4 helai not RM50 dikeluarkan. “gunakan sebaiknya.”Hakim mengangguk. “terima kasih cikgu”.
Hakim menghulurkan sampul surat putih kepada Nur Ain. “nah untuk awak.” “eh, tapi bukan ke kita dah setuju nak bahagi sama rata? Kenapa awak bagi semua pada saya?”soal Nur Ain. “tak apa awak ambil. Saya tahu buat masa ini awak sangat perlukan duit.”jawab Hakim. “tak boleh duit ini untuk kita berdua. Tak adil untuk awak.” Nur Ain serahkan kembali sampul surat pada Hakim. “Hakim, saya tak suka mengharapkan simpati sesiapa. Saya ingin berusaha dengan titik peluh saya mencari rezeki.”Hakim mengeluh perlahan dengan jawapan Ain. “macam inilah, awak simpan dulu, nanti kita boleh pakai untuk perjalanan nanti.”jawab Hakim sambil menguntum senyuman. Nur Ain membalasnya. Lalu disimpan kembali sampul surat dalam poket unifomnya.
Sebaik sahaja tamat waktu kelas, semua pelajar meluru ke pagar sekolah pulang ke rumah. Nur Ain berjalan seiringan dengan Sarah. “Kau pergi dengan KL dengan apa nanti?”Tanya Sarah. “oh,aku naik dengan bas, Cikgu Syazana dah belikan tiket untuk kami. Aku gerak ke sana hari Jumaat ni.”terang Nur Ain. “Ain, aku tengok makin lama kau dengan Hakim makin rapat. Ada apa – apa ke?”Tanya Sarah lagi. Nur Ain tersenyum malu. Teserlah lesung pipi di belah kirinya. “ish…mana ada, aku dengan dia kawan je. Kami rapat pun sebab pertandingan tu saja.” Sarah hanya tersenyum mendengar jawapan Nur Ain. Jawapan selamat. Padahal dari jauh dia sudah tahu bahawa Nur Ain dan Hakim menyimpan perasaan antara satu sama lain. “hmm…kau tak teringatkan Fariesh?”mendengar nama teman baiknya disebut. Langkah Nur Ain terhenti. Fikirannya menerawang pada Fariesh yang selalu ada disisinya. Mungkin saat ini, temannya itu turut bangga dengan kejayaanya. Nur Ain tersenyum kelat. Dia selalu terkenangkan Fariesh. Sehingga kini, dia masih belum tahu apa salahnya pada Fariesh. Jauh benar dia pergi. Sarah hanya mendiamkan diri. Tak berani bertanya apa – apa lagi. Biar Nur Ain melayani fikirannya.
Keluhan berat dilepaskan. Hakim kini sendiri dalam kamarnya. Selepas makan tengah hari bersama ibunya. Hakim meminta diri untuk berehat dengan alasan tidak sihat. Fikirannya menerawang peristiwa tempoh hari. Pertemuan dia dengan Fariesh menyesakkannya.
Hakim yang baru sahaja sampai ke motorsikal kesayangannya yang diletakkan di belakang sekolah. Baru sahaja duduk di atas motornya ada kelibat menyapa dari belakang. “Assalamalaikum Hakim.”garau suara lelaki itu. Ditoleh kepala perlahan – lahan. Hakim menjawab kalimah mulia tersebut. Tiba – tiba darahnya berderau. “Fariesh?” “ya…aku Fariesh.”Fariesh menanggal kaca mata hitamnya. “terkejut aku kat sini?”soal Fariesh.
Hakim masih lagi dalam keadaan terkejut. Dia tak pernah menyangka bahawa Fariesh muncul di hadapannya setelah lama menghilangkan diri. “kenapa kau menghilangkan diri macam tu aja dulu? Kau ke mana selama ni?”soalan Fariesh berbalas dengan soalan Hakim. Farish melepaskan keluhan berat. Dibiarkan nafasnya diatur pelahan – lahan. “aku sekarang dah belajar kat Penang. Family aku kena pindah kat sana.”jawab Fariesh tenang. “masalahnya, kalau iya pun kau nak pindah, kenapa kau tak bagi tau Ain dulu. Kau tahu tak dia frust sangat bila kau tinggalkan dia macam tu je.”Hakim meninggikan suaranya. Fariesh menelan air liurnya. Matanya melilau kea rah beberapa pelajar yang berjalan ke tempat letak motosikal. “dia takkan frust lama – lama. Sebab dia ada kau Hakim.”Fariesh melemparkan pandangannya kepada pelajar tersebut. “maksud kau?”Hakim termangu seketika. “Aku dah kenal Ain lama sangat Hakim. Terlalu lama. Kami memang rapat dan kami memang bahgia sepanjang persahabatan kami.”Fariesh menarik nafas perlahan. Dia mendengus kasar. Kemudian Fariesh menyambung kembali.
“namun, sejak kehadiran kau dalam hidup dia. Aku dapat lihat dia bahgia. Aku dapat lihat dalam mata dia.”ujar Fariesh lagi. Hakim hanya diam mendengar penjelasan. “selepas tamat SPM, aku akan melanjut pelajaran di London so aku memang tak akan berjumpa dengan dia lagi.”kenyataan Fariesh membuat Hakim lebih terkejut. “takkan kau tak nak jumpa dia lagi Fariesh? Kau tak kesian kat dia?”soal Hakim. Gelora dalam hatinya terasa. Dia tahu Fariesh mempunyai perasaan pada Nur Ain namun pada saat ini dia tidak boleh mementingkan diri. Fariesh merupakan teman sepermainan dan teman rapat Nur Ain. Dia tidak terlalu kejam untuk memutuskan sebuah persahabatan yang telah lama terjalin. “tidak. Aku takut kalau aku jumpa dia. Aku tak sanggup nak pergi dari sini. Hakim, kau jagalah Ain. Sesungguhnya dia gadis yang sangat lurus dan baik. Hidupnya penuh dengan liku-liku hidup. Aku harap kau selalu di samping dia ketika dia perlukan kau.”Fariesh menepuk perlahan bahu Hakim. “mustahil untuk aku berjumpa dengan dia sekarang. Tapi satu hari aku akan kembali.”Fariesh kembali memakai cermin mata hitamnya. Hakim hanya mampu mengangguk kepalanya. Fariesh meminta diri. Hakim hanya mampu melihat kelibat Fariesh kian menghilang disebalik pagar sekolahnya yang bewarna biru itu.
“Mak, dua hari lagi Ain nak pergi KL. Mak betul – betul izinkan Ain pergi?”soal Ain yang baru sahaja selesai mencuci pinggan di dapur. Duduk bersimpuh dihadapan ibunya. Puan Suraya mengukir senyuman mesra buat anak sulongnya. “pergilah nak, lagipun Ain memang dari dulu nak pergi sana kan. Kalau nak tunggu mak dan abah. Lambat lagilah jawabnya. Ain melepaskan keluhan kecil. Dia bimbang akan ibunya. Dengan kesihatan ibunya yang kurang meyakinkan untuk dia berjauhan sukar bagi Ain untuk tinggalkan ibunya walaupun sekejap. “Ain, jangan risau, Alia dengan Aniq kan ada. Lagipun biasanya hujung minggu, ayah kamu tu kerja sekerat hari sahaja. Semua orang ada nak tengokkan mak. Pergilah Ain.”Puan Suraya membelai rambut ikal mayang anaknya. Ain tersenyum melihat ibunya. Dia masak benar dengan perangai ibunya. Puan Suraya tidak suka menyusahkan anaknya. Ain meminta diri untuk ke bilik. Tiba masa untuk mengulang kaji pelajaran. Lagipun petang ini dia harus bekerja. Puan Suraya hanya melihat kelibat anak sulongnya hilang dibalik langsir berenda biru bilik anak – anaknya.
Nur Ain melabuhkan punggungnya di hujung katil. Dia sebenarnya risau meninggalkan ibunya. Bukan tidak percaya akan Aleya. Tapi sudah menjadi kebiasaan bagi dirinya untuk menjaga ibu dan keluarganya. Walaupun pemergiannya hanya 3 hari namun tempoh itu cukup merisaukannya. Dia bimbang akan kesihatan Puan Suraya yang tidak menentu sejak kebelakang ini. Dia juga sedar ibunya selalu termenung dan menangis seorang diri. Nur Ain segera mengambil wudhu dan menjalankan tugasnya sebagai hamba Allah s.w.t. Selesai solat. Nur Ain bersiap untuk bekerja. Dia masih perlu bekerja untuk membantu keluarganya. Dia akan membantu selagi yang terdaya.
“Encik Aliff, saya nak mintak cuti hujung minggu ni boleh?”Tanya Nur Ain. Setelah restoran ditutup. Nur Ain cuba meminta keizinan bosnya itu. Lelaki india muslim dihadapannya tersenyum manis menampakkan garisan gigi putihnya. “boleh, tapi kenapa?”soal Encik Aliff. “oh, saya ada lawatan sekolah. Jadi saya nak mintak cuti hujung minggu ini.”Nur Ain membalas. “ok..ok…pergilah. Sekali sekala kamu kena berehat juga. Sudah lama bekerja. Badan itu letih. Saya benarkan kamu bercuti.”Encik Aliff tersenyum kembali. Nur Ain mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu. Nur Ain meminta diri untuk pulang. Encik Aliff hanya menggelengkan kepala. “muda-muda sudah ada masalah. Biarlah dia berehat.” Dia juga simpati dengan gadis tersebut. Sudah hampir setahun Nur Ain bekerja di restoran miliknya. Sepanjang kehadiran gadis itu, semua pekerja menyenanginya kerna perwatakan yang riang dan suka membantu antara satu sama lain. Malah ada pelanggan yang sanggup datang kerap ke restorannya kerana layanan dari Ain sangat memuaskan.
Suluk
5 years ago
0 comments:
Post a Comment