Showing posts with label kaulah segalanya. Show all posts
Showing posts with label kaulah segalanya. Show all posts

cover kaulah segalanya...


Kaulah Segalanya Episod 15 Akhir..

Assalamualaikum semua. Bad rasa semua orang ada kat sini kan. Semasa kalian semua membaca surat ini, Bad mungkin tiada lagi di sisi semua. Mula-mula sekali Bad ingin sekali mengucap jutaan terima kasih kepada papa dan mama Bad yang sanggup menjaga Bad dari kecil hingga dewasa. Kalian berdua telah memberi Bad segala-galanya. Kemudahan hidup,kemewahan namun Badrul tidak sempat merasakan kasih sayang dari kalian berdua. Papa terlalu sibuk berkerja lepas tu selalu bertekak dengan mama. Bad kesian tengok Intan dengan Danish. Mereka tertekan. Bad harap lepas Bad tak ada nanti. Papa berbaiklah dengan mama. Biarlah kasih sayang yang tak sempat nak beri pada Bad, kalian curahkanlah pada adik-adik kesayangan Bad. Bad harap sangat. Kemudian Bad ingin ucapkan terima kasih pada Papa Yassin dan Mak cik Ani sebab layan Bad dengan baik. Semua tahu lepas Mak Wati meninggal hubungan kita sekeluarga putus macam tu aja. Badrul mengaku semua tu berpunca dari keluarga kami. Bad juga tahu sepatutnya selepas Mak Wati meninggal kami sepatutnya bertanggungjawab menjaga keluarga Papa Yassin. Tapi kami tidak jalankannya. Kami tinggalkan Papa Yassin 4 beranak sendirian. Perkara menjadi semakin parah apabila Papa Yassin kahwin dengan Mak Cik Ani. Yang menjadi mangsa, Asyrani dan adik beradiknya. Dia pernah beritahu Bad, dia sedih sangat dengan keadaan sekarang. Dia ingin keluarga kita bersatu kembali. Dia ingin hubungan kita seperti dulu. Seperti ada Mak Wati. Bad pasti Mak Wati amat gembira kalau keluarga bersatu kembali. Bad harap semua keluarga bersatu kembali. Buang yang keruh dan ambil yang jernih.





Shawal berhenti seketika. Dia melihat masing-masing menitiskan air mata mendengar isi kandung surat itu tak terkecuali dirinya sendiri. Ibu Badrul sudah teresak-esak menahan nangis. Suami disampingnya memaut tubuh isterinya untuk menenangkan diri isterinya."mulianya hati kau Bad."desis hatinya. Setelah berdehem, dia memulakan bacaannya kembali.





Seterusnya surat ini dituju kepada Atok. Bad sayang sangat dengan Atok. Bad ada sorang aja Atok. Bad tak nak kehilangan sorang lagi. Atok selalu cerita kat Bad pasal Asyrani. Dia sebenarnya nak sangat jumpa Atok namun dia tak berdaya. Dia takut kedatangannya tak di alu-alukan oleh Aunty Mona. Dia takut pelbagai soalan dihujani. Soalan yang dia sendiri tidak tahu jawapannya. Asyrani sangat sayang kat Atok. Sebenarnya Bad selalu jumpa dengan Asy untuk beritahu perkembangan Atok dari masa ke semasa. Maafkan Bad sebab tak beritahu. Bad harap lepas keluarga kita bersatu kembali, Atok dan Asyrani atau sesiapa sahaja dapat bergembira apabila berjumpa.





Seterusnya surat ini Bad tujukan khas pada Asyrani. Bad rasa mesti semua orang berasa aneh, kenapa Bad sanggup korbankan diri Bad sendiri semata-mata nak selamatkan Asyrani? sebenarnya Bad sudah lama memendam perasaan ini. Tak sangka Bad dapat luahkan ketika Bad sudah tiada lagi. Sebenarnya Bad amat mencintai Asy sejak kecil lagi tapi Asyrani hanya menganggap Bad sebagai kawan rapatnya tak lebih dari itu. 3 tahun yang lalu, Bad berjumpa dengan Asy kembali namun pada ketika itu, dia sudah mempunyai kekasih. Mula-mula Bad agak kecewa namun setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Beberapa bulan demikian, Bad sudah disahkan menghidap penyakit radang paru-paru tahap kritikal. Tiada apa lagi yang dapat menyembuhkan Bad lagi. Bad dijangka dapat hidup dalam beberapa bulan. Nyawa Bad bagai telur dihujung tanduk. Namun kuasa Allah yang Maha Hebat menyebabkan Bad masih lagi dapat hidup hingga 3 tahun lebih. Bad rasa bersukur sangat. Bad tahu kalau Bad menjadi kekasih hati Asyrani pun, Bad tak mungkin akan membahagiakannya. Bad tidak mahu Asy menangisi kematian Bad. Bad tidak mahu Asy menjadi balu pada usia yang muda. Disebabkan itu juga Bad sanggup menggadaikan nyawa Bad untuk selamatkan Asy. Biarlah Bad tidak dapat memiliki hati Asy namun sekurang-kurangnya Bad dapat berjasa dalam hidup dia. Asy, Bad nak minta maaf kat Asy kalau ucapan Bad tadi mengugat hubungan Asy dengan Shawal. Bad juga nak mintak maaf sekiranya Bad ada lakukan kesilapan. Bad susun 10 jari mintak maaf. Walaupun Bad dah tak ada di samping Asy, Bad sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan Asy.





Akhir sekali surat ini dituju kepada Shawal. Saya nak minta maaf kalau sejak saya bertemu kembali dengan Asyrani mengundang rasa cemburu tapi percayalah Asyrani hanya mencintai awak seorang. Bukan saya, bukan juga Hafiz tapi awak. Shawal, saya nak berterima kasih kerana awak telah berjaya mengukir senyuman di bibir Asyrani. Shawal telah membuat dia bahagia. Saya meminta tangan Shawal agar jagalah dia baik-baik. Saya doakan agar awak dengan Asy bahagia hingga ke akhir hayat. Bad rasa dah sebutkan semua. Bad harap semua berbahagia. Akhir sekali Bad nak minta maaf jika ada kesilapan yang Bad pernah lakukan tanpa Bad sedari. Bad juga harap janganlah sesiapa tangisi pemergian Bad. Doakan agar dipermudahkan perjalanan Bad di alam baqa’ ini. Sekian terima kasih wasallam.





Shawal menamatkan bacaan suratnya. Dia berasa cukup tersentuh. Kini baru dia sedar betapa baiknya sepupu kekasihnya itu. Dia melihat keluarga Asyrani dengan keluarga lain berpelukan. Mereka saling meminta maaf. Asyrani juga cukup tersentuh. Dia benar-benar tidak mengetahui Badrul menyimpan perasaan padanya. Naluri wanitanya cukup tersentuh mendengar isi surat yang dibaca oleh Shawal itu. Namun dia juga gembira disebabkan Badrul keluarganya telah bersatu kembali. Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Asyrani mengimbas kembali kata-kata Badrul. Asyrani berjanji bahawa dia tidak akan melupakan Badrul dan tidak akan mensia-siakan hidupnya.





Selepas 2 hari peristiwa itu berlalu, dia sudah dibenarkan pulang. Asyrani membuat keputusan untuk pulang ke Kuantan buat seketika. Shawal telah pun memohon cuti untuk menemani Asyrani pulang. Dia tidak mahu gadis itu berasa sunyi. Kali ini Shawal membawa seluruh keluarganya. Sampai di Kuantan, mereka terus ke Tanah Perkuburan untuk menziarahi kubur arwah Badrul dan mamanya. Ketika ingin pulang, Asyrani masih lagi berdiri di hadapan kubur Badrul yang masih lagi merah. Asyrani memandang sayu. Kakaknya memegang erat. Shawal hanya melihat Asyrani dari jauh. Dia benar-benar ingin Asyrani tenang. Ketika dalam perjalanan pulang, dia memasang radio. Tiba-tiba lagu Izinku Pergi berkemundang di corong radio kereta.






Sinaran mata cerita segalanya,
Duka lara terpendam,
Memori semalam,
Tinggal segala cinta,
Tiada kembalinya,
Abadi kasih kita,
Kau bawa bersama,

Impi indah mekar saat cinta bersemi,
Sedetik asmara syurga selamanya,

Pergilah rinduku,
Hilangkan dirimu,
Tak sanggup menanggung derita di kalbuku,
Pergilah sayangku,
Bermula semula,
Semangat cintaku membara,
Kerana dia tiada niatku.






Sayu dia mendengar lagu itu. Ayah Asyrani lantas menukar siaran radio. Dia tidak mahu anaknya bersedih hati. Sampai di rumah, Asyrani masuk ke biliknya. Shawal sekeluarga tinggal di hotel berdekatan. Dia baring di sisi katilnya. Dia teringat ucapan Badrul dalam suratnya. Dia masih tidak menyangka Badrul mencintainya. Asyrani mengeluh sendirian. Telefonnya menjerit kuat. "hello, assalamualaikum."ucap Asyrani. "waalaikumsalam, Asy macam mana? Asy ok? " tanya Shawal. "Asy ok, cuba kadang-kadang teringatkan arwah Badrul.”ucap Asyrani jujur. Dia tidak mahu berselindung dengan Shawal. “Macam mana hotel yang Shawal duduk tu ok? Apa namanya?" tanya Asyrani sambil membuka radio dalam biliknya. "ok, hotel ni best. Ayouk suka sangat sebab ada swimming pool. Hotel ni nama dia Hotel Grand Continental. Lagipun dekat dengan shopping complex boleh cuci mata."jawab Shawal nakal. Asyrani tertawa mendengar jawapan Shawal. Memang adik bongsu Shawal itu memang suka berenang. "Shawal malam ni, abah Asy buat kenduri doa selamat dengan tahlil. Shawal datang tau. Kalau tak nanti Asy nak mengajuk."kata Asyrani manja. "Insya Allah Shawal datang sekeluarga malam ni."jawab Shawal. Asyrani memutuskan talian. Dia memilih siaran radio ERA. Sedang asyik dia baring di katilnya, ada sebuah lagu berkumandang. Lagu tu amat menggamit hatinya.





Ku mengerti perpisahan ini
Bukan kerana kau membenci
Tapi kasih
Yang pernah ku beri
Tiada lagi bersamamu,






Asyrani mendengar tiap bait lagu itu. Dia terbayangkan Badrul. Namun Asyrani berusaha menghilangkan bayangan itu. Dia cuba menjadi kuat untuk menghadapi hari yang mendatang. Lantas dia bangun dari pembaringannya. Dia menolong keluarganya menyiapkan apa yang patut untuk kenduri malam ini. Banyak juga dia menolong keluarganya. Sekurang-kurangnya kesibukannya itu boleh menghilangkan fikirannya yang rungsing mengingatkan arwah Badrul. Petang itu, mereka makin sibuk. Shawal sekeluarga tiba sebelum maghrib lagi. "Asy, lawalah rumah awak. Patut abang beria-ia suruh kami cepat-cepat siap ke sini."puji Dafi. Asyrani hanya tersenyum. Shawal mencebik. "dahlah, kaum lelaki duduklah di hadapan, yang perempuan mari ikut Asy." kata Asyrani sambil menunjukkan laluan. Hampir waktu maghrib, orang ramai makin memenuhi rumah itu. Keluarga arwah mamanya pun hadir. Hubungan kekeluargaan mereka kembali kuat dan kukuh. Di dapur pula, ada yang sibuk memotong buah dan kuih. Riuh rendah suasana. Asyrani tidak lupa menjemputnya rakan-rakannya. Sempat juga Asyrani memperkenalkan buah hatinya itu kepada rakan-rakan karibnya. Cuma Shakirah tidak dapat hadir kerana ada masalah peribadi. Selepas solat maghrib dan hajat, mereka dihulurkan dengan sekeping buku Surah Yaasin. Sebelum memulakan bacaan, Encik Yassin meminta izin untuk berucap sedikit. "assalamualaikum semua. Saya selaku tuan rumah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan dan puan kerana hadir ke kenduri ini. Seperti mana yang kalian semua tahu, saya adakan kenduri ini untuk memanjat kesyukuran kepada Allah kerana anak perempuan saya yang diculik sudah selamat dan dalam masa yang sama kenduri itu juga sebagai tahlil arwah isteri saya serta anak saudara saya Badrul yang terkorban ketika menyelamatkan anak perempuan saya. Sama-samalah kita doakan agar Allahyarham dan Allahyarhamah diberkati Allah. Setelah selesai membaca surah Yaasin dan solat isyak, tetamu dijemput menjamu selera. Asyrani disuruh supaya makan dulu mengelakkan sakit perut.





"Asy, bila kau konvo?" tanya Amna. "2 minggu lagi. kau macam mana sekarang?"tanya Asyrani. "Aku macam ni lah."jawab Amna. Dia kini sedang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan perniagaan. "kau dengan Shawal tu bila nak makan nasi minyak?. Aku tengok dah rapat sangat dah."usik Liyana pula. "apa lah korang ni, aku ni kan still study, degree tak lepas lagi. Biarlah habis degree dulu baru fikir nak buat benda lain."jawab Asyrani sambil mengisi lauk ke dalam bekas buffet. Liyana dan Amna ketawa mendengar jawapan Asyrani. Majlis berakhir dengan lancar sekali. Dia melihat ayahnya duduk berbincang dengan Encik Ruslan bersama Shawal. Dia ingin tahu apa yang dibualkan oleh mereka. Namun Asyrani sibuk dengan kerjanya hingga terlupa niatnya itu.





"macam mana Shawal kamu bersedia?"tanya Encik Yassin. "saya cukup bersedia pak cik Cuma persiapan macam mana?" tanya Shawal. "yang itu kamu jangan risau. Pak cik dan mak cik akan uruskan dan yang penting Asy tak boleh tahu rancangan ini."ujar ayah Asyrani. Dia yakin rancangan ini baik untuk anaknya. Dia ingin anaknya berasa dekat bersama orang yang disayanginya. Shawal tersenyum gembira. Dia tidak sabar menunggu hari esok. Encik Ruslan dan Encik Yassin bersalaman.






Tetamu kian surut, Nana memanggil Asyrani, katanya ada seorang wanita ingin berjumpanya di luar pagar. Asyrani pergi ke luar pagar. Dia benar-benar terperanjat apabila melihat wanita yang muram itu. Walau sudah lama tidak berjumpa namun dia masih mengingati wanita. "Puan Maznah!"jerit hatinya. Dilihat wajah wanita itu tidak bermaya. Ada sedikit belas di dalam hati Asyrani. Wanita mendekati Asyrani. Asyrani memaniskan mukanya. Dia bersalaman dengan wanita itu dan mencium tangan wanita itu. Wanita itu terperanjat lalu menangis teresak-esak. "Asyrani, mak cik mintak maaf pada kamu. Mak cik berasa kesal atas kejadian dulu. Mak cik menyesal kerana Hafiz telah menyebabkan Asyrani sengsara. Kamu telah kehilangan saudara kamu. Kamu maafkanlah Hafiz."kata Puan Maznah teresak-esak. Suaranya dapat didengari oleh orang lain. Encik Yassin dan Puan Noraini berdiri di belakang Asyrani. "cikgu, tak apalah, benda dah lepas jangan dikenang lagi. Saya dah lama maafkan Hafiz."jawab Asyrani. "mak cik lah punca utama perkara ini berlaku. Kalau mak cik tak hina kamu dahulu, kamu takkan berpisah dan Hafiz takkan berdendam dengan kamu. Ni semua salah mak cik."kata Puan Maznah sambil menepuk dadanya. Dia seperti orang yang tidak waras. Asyrani memeluk wanita itu. Simpatinya melebihi amarahnya. Bagi Asyrani biarlah perkara itu berlalu. Dia sendiri tidak mahu mengimbau kembali peristiwa hitam yang kerap menerjah fikirannya itu Puan Maznah berlalu. Dia berjalan entah ke mana tujuannya. Asyrani hanya menggeleng kepalanya. Walau apa sekali pun, Puan Maznah tetap orang yang patut dia hormati. Setelah perkara itu selesai. Asyrani menyambung kembali kerjayanya dan selepas itu dia berehat.





Pagi itu, Asyrani berasa hairan. Kakak dan uminya asyik mengetawakannya. Dia benar-benar pelik dengan keluarganya pagi itu. Begitu juga dengan abangnya. Jam menunjukkan pukul 11 pagi.. Asyrani tiba-tiba diminta memakai baju kurung. Apabila dia bertanya kepada uminya. "ada kawan abah nak datang."jawab Umi. Asyrani menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tidak pernah sebelum ini apabila rakan ayahnya datang, dia harus memakai baju kurung. Namun dia tetap menyarungkan baju kurung ke badannya. Asyrani memakai baju kurung sutera berwarna unggu. Dia nampak anggun. Kakaknya pula beria menghiasnya. Asyrani semakin aneh. Pukul 12 tengah hari, dia mendengar ada orang memberi salam. Dia segera menuju ke pintu untuk membuka pintu namun Khairul melarangnya. Dia menyuruh adiknya masuk ke bilik.






"assalamualaikum pak cik dan mak cik."sapa Shawal. Dia bersalaman dengan ahli keluarganya. Shawal kelihatan segak menggayakan baju melayu bewarna unggu gelap. Adik beradik Shawal memegang dulang berisi tepak sirih, dan barangan hantaran. "amboi macam dah janji je."usik Khairul. Shawal tersengih. Tetamu itu dijemput duduk. Encik Ruslan memulakan bicara. "assalamualaikum kat Abang Yassin dan Kak Ani. Seperti mana yang abang dan kakak tahu, kami datang ni membawa hajat yang besar." Ayah Asyrani mengangguk tersenyum. "kami sekeluarga datang ni untuk memetik bunga dalam taman abang."kata lagi Encik Ruslan. Shawal hanya mendiamkan diri. Dalam urusan itu, dia tidak sepatutnya bersuara. "taman kami ada dua bunga. Kalau ada yang berkenan, petiklah salah satunya."jawab Encik Yassin. "kami ingin memetik bunga yang muda untuk kumbang kami yang sulung."kata Encik Ruslan. "Lan, saya tak reti nak bermadah ni, kita teruskan aja. Kalau benar anak kamu benar ingin mengikat anak kami. Pihak kami bersetuju.




"Nana, siapa yang datang? Tadi suruh aku beria-ia pakai lawa-lawa pastu tiba-tiba tak bagi aku keluar. Peliklah."kata Asyrani. Nana hanya ketawa sahaja. Tiba-tiba pintu baliknya dikuak. Asyrani terkejut ibu Shawal masuk ke biliknya. "eh Mak cik, bila sampai? " tanya Asyrani. "baru sampai." balas Puan Aishah. Dia ketawa melihat anak gadis disebelahnya itu. Ternyata jelas Asyrani belum mengetahui hajatnya tengah hari itu. Puan Aishah duduk di atas katil di sebelah Asyrani. "Nak, mak cik suka sangat bila kamu berkawan dengan Shawal. Yalah sebelum ni, dia ni tak banyak kawan perempuan. Kamu banyak melakar senyumannya. Mak cik tahu dia tu sangat sayangkan kamu. Hampir 3 tahun kamu dah kenal jadi kehadiran mak cik di sini ingin menyarungkan cincin ini sebagai tanda pertunangan kamu berdua."bicara ibu Shawal. Asyrani terperanjat. "ha! Kenapa Asy tak tahu pun? " tanya Asyrani. Dia bagaikan tidak percaya akan berita yang disampaikan oleh wanita itu. Uminya duduk disebelah kanannya hanya tersenyum. "sebenarnya pertunangan ini di rancang malam tadi. Alang-alang mak cik sekeluarga ada kat sini jadi bolehlah majlis ini dibuat."jawab Puan Aishah lagi. Asyrani terkedu. Dia masih terperanjat dan dalam masa yang sama dia gembira. "macam mana adik, terima atau tak? Takkan tak nak kot " tanya Umi. "kalau tak, masuk angin keluar asap lah Shawal umi."kata Nana. Mereka ketawa serentak. Asyrani tidak tahu ingin berkata apa lagi. Dia hanya mampu mengangguk kepala tanda setuju.






"dia setujulah bang."Ayouk berbisik ke telinga abangnya. Shawal tersenyum puas. Di dalam bilik Asyrani. Ibu Shawal menyarungkan cincin bertatahkan nilam ke jari manis Asyrani. Asyrani bersalaman dengan Puan Aishah dan mencium wanita itu. Abangnya menjadi jurugambar itu turut bersyukur. " nampak gayanya adiklah kahwin dulu. Kiranya langkah bendul ni. Abang dengan Nana membujang dulu. Setelah selesai majlis itu, Asyrani mendail nombor Shawal. "hello assalamualaikum sayang. " sapa Shawal riang. "waalaikumsalam. Oh sekarang pandai wat kezutan kat Asy. Nak pengsan Asy dibuatnya tadi tau. Asy tak sangka tau."kata Asyrani. "hehehe….ni semua ayah Shawal yang rancang, Shawal ikut aja, sekarang Asy dah jadi tunang Shawal." kata Shawal. Asyrani ketawa. Hingga kini dia tidak sangka dia sudah menjadi tunangan orang. Lepas berborak Asyrani mematikan talian. Asyrani telah menetapkan bahawa dia akan melangsungkan perkahwinanannya selepas dia menamatkan ijazahnya. Keluarga Shawal bersetuju dan memahami kehendak gadis itu.





"hai Asy, congratulation."sapa Anis. Asyrani memeluk Anis. "Asy, aku simpati kat kau atas apa yang terjadi. Baru2 ni aku terjumpa kawan Shawal, dia cerita kat aku. aku tak sangka kau dan Hafiz ada kisah dulu. Aku pun tak sangka yang Hafiz sanggup buat macam tu kat kau."kata Anis. "tak apalah Nis, perkara tu dah berlaku. Biarlah ia berlalu seperti angin membawa musim. Aku pun nak mintak maaf sebab rahsiakan dari kau."kata Asyrani. "aku faham kenapa kau buat macam tu."kata yang Anis tersenyum lebar. Dia melihat sebentuk cincin bertatahkan permata nilam di jarinya. "Asy, sejak bila kau pakai cincin tu?"tanya Anis. "sejak aku menjadi tunangan orang."kata Asyrani sambil membetulkan jubahnya. "ha! Kau dah bertunang ke? Dengan Shawal ke? " tanya Anis. Asyrani mengangguk kepalanya. Anis memeluk Asyrani. Akhirnya rakannya itu mendapat kebahagiaan yang dicarinya. Mereka kemudian beratur menanti penyampaian sijilnya. Ketika namanya disebut, dia berjalan ke pentas, dia memandang abah dan uminya yang duduk di kerusi di dalam dewan. Mereka tersenyum bahagia. Asyrani berharap jika mamanya ada sekali bersama namun dia sedar mimpinya takkan jadi realiti. Asyrani pasrah.





Sebaik sahaja pulang ke rumahnya, ramai yang datang ke rumahnya untuk mengucapkan tahniah. Termasuklah adik angkatnya, Amal. "hai kak Asy, Amal nak ucap congrates la sebab berjaya dalam pelajaran dan bertunang. Tak bagitau Amal pun."kata adiknya itu. Mulutnya dimuncungkan. "sorrylah dik, bukan kak Asy tak nak bagitahu masalahnya semuanya berlaku sekelip mata. Akak tak tahu pun pejam celik, rombongan datang."ujar Asyrani. Malam itu tetamu kian surut. Akibat terlalu letih, Asyrani tertidur. Keesokan paginya, Dia melabuhkan punggungnya ke kerusi sofa sambil minum air teh yang dibuatnya tadi. Dia sendirian di rumah. Dia menutup matanya. Ayah dan uminya serta kakaknya pergi membelah-belah di KLCC. Abangnya bekerja. Asyrani mengimbau kembali zamannya sewaktu memulakan pelajaran di UNISEL. Semuanya manis-manis belaka. Lamunannya terhenti apabila telefonnya berdering.





"hello Asy,ni Ebi. Awak kena pergi stadium futsal sekarang. Shawal pengsan!"ujar Ebi cemas. Asyrani tergamam mendengar khabar itu. "ha! Macam mana dia boleh macam tu?"tanya Asyrani. Dia sendiri cemas. "dia demam tadi tapi dia berkeras nak main. Sedang dia main tiba-tiba dia pitam. Awak datang sini cepat."ujar Ebi. "baiklah, saya dalam perjalanan."balas Asyrani. Dia memutuskan talian. Dia kelam kabut bersiap. Lantas dia mencapai kunci kereta dan memandu ke stadium futsal. Sebaik sahaja memarkir kereta Spectra milik abangnya. Dia berlari masuk ke bangunan. Dia melihat kelibat Ebi. "Ebi, mana Shawal? Dia ok?"tanya Asyrani. Ebi mendiamkan diri. Dia menarik tangan Asyrani. Asyrani hanya menurut Ebi sahaja. Ebi membawa Asyrani ke tengah gelanggang. Ebi meninggalkan Asyrani sendirian. Asyrani aneh kerana tiada sesiapa di situ apatah lagi gelanggang itu kelihatan gelap. Tiba-tiba ada suatu cahaya terang menghala ke arahnya. Asyrani menutup matanya kerana silau. Kedengaran suara garau menyanyi. Suara yang amat dikenalinya.



Kau mahu bak segala,
Cinta yang ku dahaga,
Kehadiran dirimu menyinari,
Mekar semula hatiku,

Kau lukis hidupku,
Kau hias hatiku,
Kau sambut cintaku,
Tulis ikhlas,
Suci hatimu kasih,

Kaulah segalanya,
yang menyinar hidupku kasih,
hanya satunya yang ku cintai
sambutlah cintaku,
jangan kau pergi dari sisiku,
cintaku padamu,
ikhlas sejati,

hulur tanganmu kasih,
sambut cintaku,
jangan tinggalkan daku,
sorang diri,
tak sanggup diri dilukai,

maafkan daku,
jika salahku,
peristiwa yang pernah ku alami dulu,
aku tahu betapa pahitmu,
menerima sejarah hidupku,

kaulah segalanya,
yang menyinar
hidupku kasih,
hanya satunya,
yang ku cintai,

sambutlah cintaku,
jangan kau pergi dari sisiku,
cintaku padamu,
ikhlas sejati.



Shawal menghabiskan bait lagu itu sambil menghulurkan bunga matahari kepada gadis dihadapannya. Asyrani masih lagi terperanjat. Shawal senyum kepadanya. Membariskan gigi putihnya. "Shawal, sampai hati Shawal tipu Asy, Ebi kata Shawal pengsan."marah Asyrani. "ala, janganlah marah, marahlah Ebi, dia yang bagi idea. Satu lagi kejutan untuk Asy. Tunggu ya."kata Shawal. Dia menepuk tangannya. Tiba-tiba semua lampu di stadium itu menyala. "surprise!!"jerit semua orang. Rupa-rupanya Shawal sudah berpakat dengan rakan-rakannya untuk mengadakan party surprise untuk Asyrani. Sekali lagi Asyrani terperanjat. Mereka duduk di satu ceruk sambil memegang sepanduk tahniah. "kenapa nak buat surprise kat Asy? " tanya Asyrani kebingungan. "la, diaorang nak ucap tahniah sebab Asy berjaya tamatkan diploma dengan cemerlang dan tahniah untuk pertunangan kita."ujar Shawal melirikkan mata ke arahnya. Asyrani tunduk ke lantai. Malu. Mereka menjemput Asyrani makan bersama-sama. Pelbagai juadah di sediakan. Semua rakan Shawal hadir, Ebi, Rafiq, Fahrin, Afiq, Faizal dan Ryzal juga turut hadir. "macam mana Asy, best tak kejutan ni?" tanya Shawal ketika menyuapkan mee goreng ke mulutnya. "ye la tu, nak gugur jantung Asy bila tahu Shawal pengsan." ujar Asyrani menjuihkan bibirnya. "amboi sayang gak Asy kat Shawal ya."usik Shawal. "kalau tak sayang dah lama Asy tolak Shawal mentah-mentah tau."Asyrani melirik manja.




3 tahun sudah berlalu. Asyrani juga sudah tamat belajar. Dia sudah mendapat tawaran untuk bekerja di sebuah syarikat swasta. Shawal pula telah berhenti kerja dan memulakan perniagaan. Dia telah membuka stadium futsal di Wangsa Maju. Sambutan amat menggalakkan. Khairul sudah mempunyai pemaisuri di istana hatinya, Fazira. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Ain Shafeeqah manakala kakaknya, Nana sudah bertunang dengan jejaka yang bernama Hasif. Mereka bakal berkahwin dalam masa beberapa bulan lagi. Kini tibalah waktu yang amat dinantinya. Asyrani dan Shawal juga selesai diijabkabulkan. Setelah selesai melayan tetamu, pengantin itu masuk ke dalam kamar peraduan mereka. "abang, Asy nak mintak maaf kalau sebelum ini, Asy pernah menyakiti hati abang."ujar Asyrani sambil mencium tangan suaminya. "sayang, abang tak pernah rasa begitu pun. Abang sentiasa rasa bahagia setiap kali disamping sayang. Hari ini kan hari pernikahan kita jangan rosakkannya."kata Shawal. Dia memeluk erat isterinya. Terasa kehangatan. Bibirnya dipagut Shawal. Asyrani bahagia di sisi suaminya. Siapa sangka pertemuan di kedai Body Shop membawa kepada pernikahannya. Dalam diam Asyrani berjanji untuk setia kepada Shawal. Baginya KAULAH SEGALANYA.


TAMAT


Watak-watak


Siti Nur Asyrani: cahaya periang
Mohd Shawal: bulan Syawal
Hafiz Azimie: penjaga
Badrul zaman: bulan purnama sentiasa
Anis Farhana: teman setia yang riang gembira
Khairul Lukman:cahaya bijaksana
Siti Nur Liyana: cahaya kelembutan





Pesanan dari penulis….
Terima kasih semua kerana sudi membaca novel saya. Novel ini ditulis berdasarkan pengalaman hidup. Di harap kalian semua menyokong perjalanan saya sebagai penulis muda.
salam sayang dari
asyrani.

Kaulah Segalanya Episod 14

"Doktor macam mana dengan keadaan anak saya?" tanya Encik Yassin kepada Doktor Abdullah. "dari segi fizikalnya, anak encik memang sihat sepenuhnya. Namun dari segi mentalnya, dia mengalami trauma yang teruk atas apa yang berlaku pada dirinya. Saya tak pasti bila dia akan sedar."jelas Doktor Abdullah. Encik Yassin terduduk mendengar penjelasan doktor dihadapannya itu. Dadanya sebak. Puan Noraini cuba menenangkan keadaan suaminya. "sabar ya bang. Insya Allah, adik akan sedar juga akhirnya."pujuk isterinya lagi. Sudah 3 hari kejadian itu berlaku. Jenazah Badrul sudah pun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Ubi, Kuantan. Hafiz pula sudah ditembak mati sekarang menunggu keluarganya menuntut mayatnya. Walaupun Asyrani tidak diperkosa namun perbuatan Hafiz itu memberi kesan yang hebat kepada Asyrani. Dia ditempatkan di unit rawatan rapi dan masih lagi menggunakan alat bantuan pernafasan.



Hampir seminggu Asyrani berada di hospital, selama itulah Shawal sentiasa menemaninya. Habis sahaja waktu kerja, dia terus memecut motornya ke Hospital Ampang Puteri. Saban malam dia menemani Asyrani. Saban malam, dia melihat Asyrani terbaring kaku. Saban hari juga dia bercerita pada Asyrani tentang apa yang berlaku dunia sekelilingnya. Kadang-kadang air matanya menitis melihat gadis yang di sayanginya tidak dapat bangkit dari tidurnya. Namun kata doktor, walaupun Asyrani tidak sedarkan diri namun dia dapat mendengar. Khairul juga menemaninya. Ibu bapa Asyrani telah pulang ke Kuantan untuk seketika atas urusan syarikat. Pada waktu siang, kakaknya Nana akan menjaganya. Khairul pula berjaga di waktu malam. Kadang-kadang Shawal menemaninya. Walaupun Asyrani masih lagi tidak sedarkan diri namun dia amat bersyukur kepada Illahi kerana menyelamatkan Asyrani dari menjadi mangsa perkosaan atau mangsa bunuh.


"Asy bangunlah sayang, Shawal datang ni." bisik Shawal ke telinga Asyrani. Air matanya gugur lagi. Air matanya begitu murah kini bagai dijaja di jalanan. Hilang ego kelakian di hadapan gadis yang terbujur kaku itu. Dia benar-benar rindukan gadis itu. Rindukan gelak tawanya, senyumannya, suaranya dan segala-galanya. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa saratnya rindunya itu. Lagu tema perncintaan mereka, KAULAH SEGALANYA berlegar-legar di minda Shawal. Dia menyeka air matanya. Tiba-tiba dia melihat tubuh Asyrani bergerak atas bawah. Nafasnya gadis itu tidak stabil. Dia menjerit "tidak!!! Jangan!!! Pergi!!!!"jerit Asyrani. Shawal memanggil jururawat. Jururawat segera memberi ubat penenang. Dalam masa beberapa minit, Asyrani berhenti semula dani tidur kembali dari seperti tiada apa yang berlaku. Namun di hujung mata gadis itu, titisan mutiara gugur. Mengikut kata nurse itu, sudah menjadi normal pesakit yang trauma memberi tindak balas refleks sedemikian.. Shawal hampa mendengar jawapan itu. "Sayang, Shawal balik dulu, malam besok Shawal datang lagi." bisik Shawal ke telinga gadis itu. Sebaik keluar dari bilik itu, Shawal tidak dapat mengawal perasaannya, dia menjerit menyebut nama gadis itu. "Asy!!". Khairul cuba menenteramkan. Dia sedar lelaki itu tertekan. Shawal berasa agak bimbang . Dia takut Asyrani tidak dapat menerima kenyataan Badrul sudah pergi meninggal dunia.



Shawal memandu keretanya pulang ke rumah. Sedang dia memandu kereta, dia mendengar sebuah lagu yang mengusik hatinya.


Tidak kesampaian cinta kita,
Di bawah harapan ku pendam rahsia,
Ku di kejauhan,
Mendoakan,
Agar kau bahagia tiada lagi duka,
Daku rela mengundur diri,
Ku pasti dikau kan fahami


Sayu Shawal mendengar lagu Harapan nyanyian Fazli Zainal itu. Dia bayangkan Badrul. Shawal melepaskan keluhan yang berat. Jika dia tidak muncul dalam hidup Asyrani tentu Badrul bahagia bersama Asyrani. Perasaan serba salah menerpa seketika. Namun masa tidak boleh diundur lagi. Badrul pergi menghadap Illahi dan takkan kembali. Shawal masih teringat permintaan Badrul supaya membaca surat yang ditulisnya dihadapan keluarga Asyrani dengan keluarganya sendiri. Kini surat itu sudah berada di tangannya. Shawal ingin sahaja dibuka surat itu untuk ketahui kandungannya namun itu adalah amanah dari Badrul yang harus dia hormati. Dia ingin menunggu Asyrani sihat sepenuhnya supaya apabila surat ini dibaca Asyrani dapat tenangkan diri. Sampai di rumah, Shawal melangkah lemah masuk ke biliknya. Selepas solat, dia terus baring di atas tilam mengharap dirinya tidur awal.


"Asy, awak kena kuatkan semangat. Asy kena keluar dari sini. Asyrani belum sedia lagi"kata seorang lelaki. Asyrani dapat melihat lelaki yang berada di di hadapannya itu. Dia melihat Badrul memakai baju putih. Wajah Badrul terpancar sinar. Badrul tersenyum. Asyrani berasa aneh. Tempat disekelilingnya tidak pernah dilihatnya. "saya ada kat mana ni?" tanya Asyrani. "awak ada kat tempat yang awak sendiri tak bersedia lalui. Lepas awak keluar dari sini, bahagiakanlah diri awak."ucap Badrul. Asyrani masih kurang mengerti. Dia berasa aneh kerana dia berada di suatu tempat yang amat putih. "saya pergi dahulu Asy, semoga awak bahagia di sisi Shawal. Sampaikan salam sayang pada keluarga saya."kata Badrul. "awak nak ke mana?"tanya Asyrani. "ke tempat yang saya sepatutnya pergi. Selamat tinggal."kata Badrul. Badrul tersenyum kepadanya. Tiba-tiba bayangan Badrul hilang. Semuanya gelap. Asyrani membuka matanya perlahan-lahan. Dilihat abangnya yang tertidur disebelahnya. Asyrani menggerakkan tangannya. Khairul tersedar. Dia menjerit apabila melihat adik kesayangannya itu membuka mata. "adik da sedar."kata abangnya sambil memegang tangan adiknya itu. Asyrani tersenyum hambar sambil berkata "nak air." Khairul tersenyum lantas menghulurkan straw berisi air kosong ke dalam mulut Asyrani. Khairul lekas memanggil jururawat yang bertugas.


"Alhamdulillah encik Khairul, akhirnya Cik Asyrani sudah sedar dari tahap komanya."ucap Doktor Abdullah apabila menjalankan pemeriksaan rutin kepada badan Asyrani pagi itu. "Syukurlah doktor, bila dia boleh pulang?" tanya Khairul. "belum lagi. Buat masa ini, saya nak observe dia. Dia sekarang sudah pulih, tapi kalau boleh jangan beri dia tekanan."ujar Khairul. "baik doktor, terima kasih doktor."ucap Khairul berkali-kali. Berita itu disampaikan kepada seluruh keluarganya. Dia mengucap syukur ke hadrat Illahi. Tengah hari, saudara maranya ramai mengunjungi Asyrani. Gadis itu sudah boleh tersenyum dan bercakap. Asyrani tidak pernah bertanyakan tentang Hafiz. Dia mahu seseorang memberitahunya kemudian. Seseorang yang telah menyelamatkannya. Asyrani meminta abangnya menyarungkan kepalanya tudung supaya senang jika tetamu datang. Asyrani berasa bahagia kerana ketika itu semua saudara maranya yang sudah lama tidak berjumpa dengannya datang melawatnya. Rakan-rakan karibnya juga datang, Liyana,Amna dan Shakirah. Neneknya juga datang melawatnya. Semasa pertemuan mereka, nenek Asyrani memeluknya. Asyrani benar-benar rindu pada wanita tua itu. Semua keluarga sebelah arwah mamanya hadir kecuali seorang. Asyrani mencari kelibat lelaki itu. Petang menjelma, seorang demi seorang meminta diri untuk pulang. Dia berasa amat letih lalu terlelap.


"Shawal, tadi Ebi call mak, katanya Asy dah sedar, pergilah jenguk dia." kata Puan Aishah. "a'ah betul tu bang, pergilah tengok Kak, Asy, Ummi dengan Ayouk rindu sangat kat dia."kata Ummi yang sedang membantu ibunya melipat kain. Shawal mendiamkan diri. Dia sedang menonton televisyen." Wal dah tahu tadi. Mmm nantilah mak. Wal penatlah. " jawab Shawal acuh tak acuh. Kemudian dia masuk ke biliknya. Puan Aishah dan Ummi berpandangan. "apa kena dengan abang tu mak? " tanya Farouk yang baru muncul di muka pintu rumahnya. Shawal memang amat gembira apabila mendengar Asyrani telah sedar. Ingin dia pergi melawat gadis itu namun dia masih lagi berasa serba salah atas kematian Badrul. Asyrani pasti sedih apabila mengetahuinya. Baginya jika dia tidak muncul dalam hidup gadis itu, Badrul tidak akan pergi. Rasa bersalah membelenggu dirinya. Sedang dia berbaring, daun pintu biliknya diketuk.


"abang, ni Ayouk, boleh masuk? " tanya Ayouk ketika di luar bilik. "masuklah."ujar Shawal ringkas. Ayouk masuk ke kamarnya, dia duduk di sisi Shawal. Dia melihat abangnya berwajah muram. "abang ni kenapa? " tanya Ayouk. Shawal menggelengkan kepalanya. "Ayouk tahu, abang tengah fikir pasal Kak Asy kan?"tanya Ayouk lagi. Shawal mendiamkan diri. Dia bangun dan duduk di sebelahnya adik bongsunya itu. "Entahlah, abang rasa bersalah sangat, abang rasa abanglah penyebab sepupu Kak Asyrani meninggal. Abanglah menghalang percintaan mereka. Abang yang bersalah."kata Shawal tersekat-sekat. Dadanya menahan sebak. Air matanya luruh lagi. Farouk mendekatkan badannya dengan abangnya. "abang tak boleh salahkan diri abang. Kan tu takdir Allah. Takdir menunjukkan Kak Asy milik abang."ujar Ayouk, lagaknya seperti orang dewasa walhalnya umurnya baru setahun jagung lagi. Shawal tersentuh mendengar kata-kata adiknya itu. Tubuh adiknya yang kecil itu dipeluk erat. Dirinya bagai ditusuki suara halilintar yang menyedarkan dia dari lamunannya. Dia harus menerima hakikat bahawa Badrul sudah meninggal kerana Allah telah menetapkan Asyrani akan menjadi suri hidupnya. Dia segera bangkit dan menuju ke bilik air. Dia ingin berjumpa dengan gadis yang amat dirinduinya itu.


"Assalamualaikum, apa khabar semua? " sapa Shawal ketika berada di ruang menunggu luar bilik Asyrani dengan wajah yang ceria. Dia bersalaman denga ahli keluarga Asyrani. "baik, mak cik dengan pak cik baru sampai. Kami bertolak bila dapat tahu, Asyrani dah sedar."ujar Encik Yassin. Di wajahnya sedikit ceria terpamer. "Shawal nak tengok Asy ke? Pergilah masuk tapi dia tengah tidur tu. Kamu mesti rindu kat dia."usik Nana. Shawal tersenyum. Dia melangkah ke bilik Asyrani. Dilihat Asyrani sedang tidur nyenyak. Dia meletakkan bunga matahari di atas meja. Dia melihat raut wajah gadis itu, ada tercalit sedikit ceria. Mungkin dia gembira kerana ramai yang telah berjumpa dengannya hari ini. Mengikut kata ayah Asyani, neneknya telah datang melawat Asyrani siang tadi. Shawal duduk di sebelah katil Asyrani. Dia dapat membayangkan betapa sedih Asyrani apabila mengetahui Badrul sudah lagi tiada. Shawal terbatuk lalu mengejutkan Asyrani dari tidurnya. "eh, Asy terjaga, sorrylah, tak apalah Shawal keluar dulu, Asy rehat la ye."bangun Shawal dari kerusi itu. "Shawal nanti, jangan pergi. Jangan tinggalkan Asy. Temankan Asy."kata Asyrani. Tangan Asyrani memegang erat tangan Shawal. Shawal tak jadi bangun. "Asy kena banyak-banyak berehat tau nanti baru ada tenaga kalau kita nak jalan-jalan."usik Shawal. "apalah Shawal ni. Shawal, Asy mengantuklah."ucap Asyrani. Matanya kuyu menahan mengantuk. "tak apalah Asy tidurlah, esok malam Shawal datang lagi ya sayang."ucap Shawal sambil menyelimutkan Asyrani. Dia mencuit hidung Asyrani. Asyrani tersenyum mesra. Dia keluar dari bilik itu. Dia berasa serba salah kerana masih merahsiakan kematian Badrul.


Ramai keluarga hadir malam itu. Semua itu atas kehendak Shawal. Shawal telah meminta kedua-dua keluarga Badrul dan Keluarga Asyrani datang sendiri. Sesak kawasan bilik Asyrani. Shawal masuk ke bilik Asyrani. Dia berlagak seperti biasa. "Shawal, kenapa ramai sangat orang kat luar tu?" tanya Asyrani. Dia sendiri aneh melihat kesemua keluarganya hadir. "dia orang kan nak tengok Asy."jawab Shawal. "Shawal sembunyikan sesuatu dari Asy ya? mana Badrul, dari semalam Asy tunggu namun tak datang lagi. Sampai hati dia tak jenguk Asy."kata Asy muram. Shawal berasa makin serba salah. "Asy sebenarnya Badrul bukan tak boleh datang tapi dia takkan datang."kata Shawal perlahan-lahan. Asyrani tersentak. "apa maksud Shawal? " tanya Asyrani. Dia benar-benar bingung. "sebenarnya semasa Asy hampir nak di….. oleh Hafiz, Shawal telah cuba menghalangnya. Hafiz cuba tembak Shawal tapi dengan tidak semena-mena Badrul telah muncul dan tolak Shawal ke tepi lalu dia yang terkena tembakan itu."ujar Shawal tersekat-sekat. Dilihat wajah Asyrani di hadapannya, terkejut dan kaku. Asyrani menjadi bungkam. "selepas itu, apa yang terjadi?"tanya Asyrani. Matanya sudah mula berkaca. "Badrul meninggal di tempat kejadian. Jenazahnya sudah selamat dikebumikan kat Kuantan."jawab Shawal. "tidak!!!" Asyrani meraung sekuat hatinya. Air mata jernih menitis. Dia telah kehilangan seorang rakan baiknya. Shawal berusaha untuk menenangkannya. Asyrani menangis sekuat hatinya. Ayah dan Umi Asyrani masuk ke dalam bilik. Mereka berusaha menenangkannya. Mereka bertanya kepada Shawal. Shawal berkata "saya beritahu dia perkara sebenar tentang Bad."jawab Shawal. Kedua orang tua itu hanya mendiamkan diri. Mereka tahu lambat laun Asyrani pasti mengetahuinya. Beberapa minit kemudian, Asyrani sudah mulai tenang. Dia mulakan bicaranya. "tak sangka Bad dah pergi tinggalkan Asy, rasanya baru semalam Asy jumpa dengan dia."kata Asyrani. Esakannya makin perlahan. Kini dia mengerti kenapa Badrul muncul dalam mimpinya itu.


"maafkan Asy, Aunty Ju. Disebabkan Asy, Aunty Ju dah kehilangan Badrul."ujar Asyrani tersekat-sekat. Aunty Julia memandang anak gadis itu. Baginya sudah takdir Yang Maha Esa. "tak apa adik, nak buat macam mana, Allah lebih sayangkan dia."ujar Aunty Julia sambil mengusap belakang anak gadis itu. Asyrani melihat wanita di hadapannya kelihatan tenang. Dia tahu Aunty Ju sedang menangis dalam hatinya. Aunty Ju memeluk Asyrani erat. Shawal hanya memerhatikan perbualan mereka berdua. "Adik jangan sedih, walaupun Bad tak ada kat sini namun dia tetap ada dalam hati kita."ujar Aunty Ju lagi. Asyrani hanya mendiamkan diri. Dia terbayang waktu dia bersama Badrul. Sungguh indah. Dia masih terbayang sewaktu mamanya baru meninggal, Badrul yang sentiasa memujuknya ketika dia sedih. Air mata Asyrani gugur lagi namun dia tahu walau tangisan berdarah sekalipun dia tangisi, Badrul tidak akan kembali menyinari harinya.

Malam kian larut, Asyrani sudah mulai tenang, Shawal memulakan bicara. Ketika itu dia menjemput keluarga Asyrani dan ibu bapa saudara-saudara Asyrani serta nenek Asyrani di ajak masuk ke dalam bilik itu. "sebenarnya tujuan Shawal kat sini bukan ingin mencampuri urusan keluarga kalian semua. Sebelum Badrul meninggal, dia berpesan supaya membaca surat ini di hadapan semua. Saya sendiri tidak tahu apa dalam isi kandungannya. Hanya Allah dan Badrul sahaja yang tahu."ujar Shawal. Dia melepaskan keluhan berat. Semua mata memandang ke arahnya. Asyrani juga turut memandangnya. Dia benar-benar ingin mengetahui isi surat itu. Shawal membuka sampul surat itu. Hatinya berat untuk membacanya. Namun dia cuba mencari kekuatannya.

Kaulah Segalanya Episod 13

"hello, ni siapa?"tanya Shawal sejurus menjawab panggilan itu. Di pastikan Tuan Ikhwan dapat mengesan lokasi Hafiz berada. "masakan kau tak kenal aku. sudah gaharu cendana pula, dah tahu bertanya pula."suara lelaki itu bermadah. "hei Hafiz, kau nak apa ha? Kau jangan cuba apa-apakan Asy. Apa yang kau dapat dengan culik dia. Lebih baik biar kita yang berdepan."jerit Shawal. "waduh tenang Shawal, Asyrani selamat kat sini bersama aku. Kau tanya aku apa yang aku dapat? Aku dah dapat apa yang aku nak selama ni, Asy."kata Hafiz membisik. "kau jangan nak apa-apakan dia, aku sanggup beri apa sahaja tapi pulangkan Asy pada aku!"kata Shawal. Dia berasa tersangat bimbang tentang keadaan Asyrani. Hafiz mendiamkan diri kemudian dia berkata. "baik, esok petang aku nak kau datang seorang diri kat Bandar Tasik Pemaisuri. Bawak duit jumlah RM 200,000. Ingat seorang aja tau. Kalau aku dapat tahu kau bawak polis atau sesiapa sahaja, kau akan jumpa mayat Asyrani sahaja."Hafiz memberi amaran. Shawal memandang kepada Tuan Ikhwan, dia memberi isyarat kepada Shawal agar menurut kata-kata Hafiz. Dia sudah dapat mengesan lokasi Hafiz berada. "baik, aku akan datang esok petang. Yang penting kau jangan apa-apakan Asyrani. Kalau kau cuba nak sentuh dia. Aku cincang kau!"jeritnya. "Shawal, kau jangan risau, aku tak akan apa-apakan Asy, ye la, mesti kau takut sebab kau kan nak kahwin dengan dia. Kau mesti tak nak isteri yang dah tak suci kan."Hafiz ketawa kuat. "celaka kau Hafiz!! Binatang!! " ujar Shawal. Belum sempat dia katakan apa lagi, Hafiz sudah memutuskan talian.




Pagi itu, Shawal memberitahu kepada orang tuanya serta Badrul.Tuan Ikhwan telah merancang untuk menangkap Hafiz di rumah yang dikesannya semalam."biarkan saya pergi Shawal. Biar saya tebus kesilapan saya."ujar Badrul. "tak boleh Bad, ni pergaduhan antara saya dengan Hafiz. Lagipun dia dah pesan agar saya datang seorang. Kalau tak nyawa Asy dalam bahaya."ujar Shawal. Dia menghargai pertolongan Badrul namun dia harus menyelesaikan sendiri. Badrul mengangguk lemah. "sekarang yang harus kita fikrkan mana nak cari duit RM 200,000 dalam masa sehari. Banyak tu."ujar Shawal kepada ibu bapa Asyrani. "Shawal jangan risau, pasal duit tu, kami akan uruskan."ujar Puan Noraini. "Sekarang Shawal pulang dulu,pergi bersihkan diri dan berehat. Shawal perlukan banyak tenaga nanti."ujar Encik Yassin sambil menepuk bahunya. Dia agak kesian dengan lelaki muda itu. Shawal langsung tak tidur malam tadi. Biarlah dia berehat sebentar. Shawal hanya mengangguk. Baginya selagi dia tidak dapat pastikan Asyrani berada di depan matanya, dia tidak dapat bertenang masakan berehat. "kalau macam tu, Shawal mintak diri dulu." kata Shawal sambil bersalam-salaman. Ebi mengikutnya pulang sekali. Sudah semalaman dia tidak pulang.




"Sabarlah Wal, semua ni ada hikmahnya."ujar Ebi sambil mengusap badan Shawal semasa berada dalam kereta. Tiba-tiba Shawal memberhentikan keretanya di tepi jalan. Dia mengeluh panjang. Dadanya terasa sebak. "aku tak sanggup kehilangan dia Ebi, aku terlalu sayangkan dia."ujar Shawal. Manik-manik mutiara gugur dari matanya mengalir ke pipinya. Dia menutup mukanya. Ebi cuba memujuk Shawal. Dia sendiri tidak tahu bagaimana cara untuk memujuk Shawal. Selepas menghantar Ebi ke rumah, Shawal terus ke rumahnya. Dia membawa bersama telefon bimbit Asy. Takut-takut kalau Hafiz menelefonnya. Lagipun dia belum tahu lokasi Hafiz ingin berjumpa dengannya. Sampai di rumah, jelas wajahnya muram dan tidak bermaya. "macam mana Wal, dapat tak cari Asy? " tanya Encik Ruslan sambil membaca surat khabar. "dapat abah, tapi abang kena bersemuka dengan penculik tu. Sebenarnya penculik tu tak puas hati dengan abang sebab abang rampas kekasih dia. Petang ni kami akan berjumpa. Dia nak duit RM 200,000."ujar Shawal tidak bermaya. Puan Aishah dan Encik Ruslan berpandangan. "mmm tak apalah, kamu pergilah berehat dulu. Nanti mak pesan supaya adik-adik kamu tu tak kacau kamu berehat. Mak tahu sekarang kamu tak mahu diganggu."kata ibunya lembut. Shawal memeluk ibunya sekuat hati. Ibunya amat memahaminya. Ayahnya hanya memerhatikan 2 beranak itu. Encik Ruslan turut berasa sedih melihat anak sulungnya itu. Shawal melangkah longlai masuk ke bilik.




"hei Asy!! bangun, hari dah siang!"jerit Hafiz. Asyrani tersedar dari tidurnya. Badannya sakit-sakit kerana lenguh diikat. Sudah berapa gelen darahnya dihisap oleh nyamuk malam tadi. Perutnya sakit kembali. "aduh sakitnya perut aku, gastrik tak tentu masa nak datang."desis hatinya. Dia memandang tajam kepada Hafiz yang sedang enak menjamu sarapan di hadapannya. "dari aku layan dia makan baik aku buat-buat puasa kan senang."fikirnya lagi. "hoi, kau nak makan tak?" tanya Hafiz. Dia sedang gelojoh makan nasi bungkus. Di sisi meja, ada sebuah pistol. Asyrani menelan air liur. "tak nak."jawab Asyrani kasar. "jual mahal pulak, aku beli nasi goreng kat kau. Kau tak nak makan sudah."kata Hafiz. "petang nanti, kau akan dapat jumpa dengan mata air kesayangan kau tu."kata Hafiz dengan nada mengejek. "Shawal?"tanya Asyrani. "ya, dia nak bagi duit kat aku supaya aku lepaskan kau. Tapi aku tak sebodoh itu, lepas aku dapat duit tebusan tu, aku akan bunuh kamu berdua. Boleh kau bersama-sama kat syurga nanti."ejek Hafiz lagi. Dia ketawa berdekah-dekah.





Shawal baring berbantalkan lengannya di atas katilnya. Dia memandang siling. Fikirannya kosong yang ada hanyalah bayangan Asyrani. Dia tergiang-ngiang suara Asyrani ketika menyanyikan lagu Kaulah Segalanya yang seperti menjadi lagu tema kasih mereka. "bang, macam mana ni bang, saya tengok Shawal tu macam orang bingung aja."kata Puan Aishah semasa memasak di dapur. "entahlah, saya pun tak tahu nak buat macam mana. Cuba awak cakap dengan dia. Dia mesti dengar cakap maknya."kata Encik Ruslan. Selepas selesai memasak, ibu Shawal mengajak Shawal makan. "abang, jom makan nasi. Kasi tenaga sikit badan tu."seloroh ibunya. Puan Aishah duduk di birai katil. Dia melihat anak sulungnya baring. "tak apalah mak, abang tak lapar. Mak makanlah dulu ya." tolak Shawal lembut. Selera makannya tertutup. "janganlah macam ni, mak dan abah risau tengok abang macam ni. Makanlah sikit. Nanti boleh abang belasah penculik tu."kata ibunya. Shawal mendengar seloroh ibunya sedikit tersenyum. Shawal bangun dari pembaringannya. Dia berjalan menuju ke meja makan. Dia memberitahu ibunya bahawa dia akan ke rumah abang Asyrani selepas makan tengah hari.





Badrul melihat keluarga di rumahnya. Dia berharap apabila dia sudah tiada, keluarganya akan aman bahagia dan akan bersatu kembali dengan keluarga Asyrani. Awal pagi tadi, dia telah ke rumah Asyrani.Badrul minta izin dari mamanya untuk ke rumah Asyrani. Badrul bersalaman dan mencium kedua orang tuanya. Dato' Khalil dan Datin Julia berasa amat harian. Dia juga beria-ia memeluk adik-adiknya, Intan dan Danish. "Mama, Bad pergi sana dulu. Kalau ada apa-apa terjadi kat Bad, ampunkan dosa Bad dan halalkan makan minum Bad."kata Badrul. Sayu mendengar suara anak lelakinya itu. Kedua orang tuanya berpandangan. Mereka agak hairan dengan sikap anaknya itu. Aunty Julia memeluk anak lelakinya. Badrul keluar dari rumahnya. Dia nekad Asyrani harus diselamatkan meskipun nyawanya digadaikan!. Dia sanggup berkorban untuk Asyrani apa sahaja.




Pukul 2 petang, semua berkumpul di rumah Khairul. Mereka menunggu panggilan dari penculik itu. Shawal dan Khairul mundar-mandir bimbang. Badrul pula kelihatan tenang sahaja. Kedua orang tua Asyrani juga bimbang dengan keselamatan anak bongsunya itu. Mereka sudahmenyiapkan duit yang Hafiz minta itu. Berkat hasil bantuan Badrul sekeluarga. Telefon bimbit Asyrani berbunyi. Shawal memberi isyarat agar semua yang berada di sana diam sebentar. "hello."kata Shawal. "hello Shawal, kau dah siapkan wang tu?"tanya Hafiz. "dah, bila aku boleh jumpa Asyrani?"tanya Shawal. "sabarlah, aku nak kau datang kat tempat aku tinggal ni, catat alamatnya."kata Hafiz. Shawal mengambil sebatang pen dan sehelai kertas dan mencatit alamat itu. "datang pukul 5 petang ni. Aku nak kau datang seorang aja. Awas kalau kau libatkan polis!, aku akan tembak dia!!!"Hafiz memberi amaran keras.




Tuan Ikhwan mula merancang strategi. Shawal tetap pergi seorang diri tapi polis dan Badrul akan mengikutnya dari jauh. Pukul 4 petang, mereka bertolak ke tempat persembunyian Hafiz. Shawal berasa agak gementar. Perasaannya bercampur baur. Dia ingin menyelesaikan pergaduah hari ini juga. Dia akan pastikan Hafiz akan ditangkap supaya tiada ancaman lagi untuk Asyrani. Dia tidak rela melihat kejadian buruk terjadi kepada gadis yang amat dicintainya. Tepat pukul 5 petang, Shawal tiba di sebuah rumah yang agak sunyi kawasannya. Rumah itu kelihatan kemas. Jauh dibelakang kereta Shawal, Badrul mengekorinya bersama Tuan Ikhwan dan Ebi. Shawal duduk diam dalam keretanya. Menanti arahan berikutnya. Tiba-tiba telefon Asyrani berbunyi lagi. "hello, aku dah sampai."kata Shawal. "bagus, sekarang keluar dari kereta tu. Bawak duit sekali, jalan ke pintu depan rumah tu."arah Hafiz. Shawal mengikut perintah Hafiz. Apabila Shawal masuk ke rumah itu, dia dapat rasakan sesuatu yang kuat menghentam belakangnya. Shawal tersentak lalu jatuh pengsan. Semuanya berpusing. Shawal terjaga, dia sendiri tidak sedar sudah berapa lama dia pengsan. Belakangnya masih terasa sakit. Dia melihat dirinya diikat. Asyrani juga berada di hadapannya. Dia tertidur. Shawal bersyukur gadis itu tidak apa-apa. Shawal mengesot badannya mendekati Asyrani. Dia mahu gadis itu berasa selamat dengannya walau di mana jua.




"hei Hafiz lepaskan aku, aku dah beri wang yang kau nak tu. Sekarang lepaskan kami berdua."jerit Shawal. Jeritan Shawal mengejutkan Asyrani dari tidur. "hah? Shawal, macam mana Shawal ada kat sini?"tanya Asyrani yang masih kebingungan. "Shawal bawak wang tebusan, tiba-tiba Shawal pengsan sedar-sedar dah kena ikat. Sayang tak apa-apa?"tanya Shawal. Asyrani menggelengkan kepalanya. "wah, romantiknya pasangan kekasih ni. Meluat aku tengok."ketawa Hafiz. Hafiz duduk dihadapan mereka sambil ketawa berdekah-dekah. "Hafiz, aku dah bawak duit yang kau nak, sekarang lepaskan kami berdua."ujar Shawal. Sekali lagi Hafiz ketawa terbahak-bahak. Lagaknya seperti tauke besar. "kau ingat kau berdua boleh lepas, kenapa kau ni bodoh sangat ha?"ejek Hafiz. "aku takkan biarkan kau berdua hidup bahagia."ujar Hafiz lagi. "kau dah mungkir janji Hafiz."jerit Shawal. "suka hati aku lah. Aku boleh buat apa yang aku suka."jawab Hafiz. Dia berjalan ke arah Asyrani. Dia mengusap wajah Asyrani kemudian menarik Asyrani ke suatu sudut di rumahnya. "apa ni Hafiz, kau jangan nak apa-apakan aku?"jerit Asyrani kuat. Shawal panik. Dia berusaha menanggalkan ikatan yang kemas itu. Hafiz membaringkan Asyrani. Asyrani berusaha menolak tubuh Hafiz. Shawal tetap berusaha menghalang Hafiz. Namun pergerakannya terbatas kerana diikat.





Hafiz menampar Asyrani banyak kali hingga gadis itu tidak sedarkan diri. Gadis itu sudah terkulai layu. Ketika itu, Shawal tidak tahu hendak buat apa. "hei, Hafiz kalau kau betul berani, lawanlah dengan aku."jerit Shawal. Hafiz yang sedang rakus ingin meratah Asyrani terhenti. "Shawal, kau ni betul cari nahas. Macam nilah. Apa kata aku tembak kau dulu. Pastu baru kekasih hati kau ni."kata Hafiz sambil mengeluarkan pistol yang terselit di punggungnya. Dia mengacukan pistol ke arah Shawal. "any last word?"kata Hafiz. Dia menarik picu pistol. Shawal memejamkan matanya. Dia rela ditembak namun dia berasa seperti ada sesuatu yang menolaknya ke tepi. "Ya Allah."jerit lelaki itu. Rupa-rupanya Badrul yang telah menolaknya. Badrul telah selamatkan dirinya dengan menggadaikan nyawanya. Peluru tembakan itu terkena perut Badrul. Tuan Ikhwan menembak Hafiz. Dia pengsan tak sedarkan diri. Tuan Ikhwan mengarahkan agar pasukannya membawa Hafiz pergi sementara dia membantu membuka ikatan Shawal. Shawal segera berlari ke Asyrani. Pakaiannya koyak rabak.Shawal mengambil selimut yang berada di rumah itu lalu menutup badan gadis itu.



"Shawal, saya nak awak jaga Asy lepas ni."kata Badrul tersekat-sekat. Darahnya membuak keluar dari mulut serta luka tembakannya. "awak tak perlu korbankan diri awak. Sabar ya, ambulans dalam perjalanan. Awak kena bertahan."ujar Shawal. Kepala Badrul di atas riba Shawal. "tak apalah Shawal, saya dapat rasakan nyawa saya akan berakhir di sini."kata Badrul. Banyak darah berlumuran di atas lantai. Begitu juga dengan tangan Shawal. "Shawal, sebelum saya pergi, saya ada sesuatu nak mengaku pada awak. Saya mencintai Asyrani."beritahu Badrul. Kenyataan Badrul itu mengejutkan Shawal namun dia ingin mendengar penjelasan Badrul. "saya mencintai dia sejak kecil lagi namun saya tak mampu bahagiakan dia. Sekarang saya nak awak jaga dia. Jangan sia-siakan dirinya."kata Badrul menahan kesakitan. Sesekali dia menyebut nama Allah. Darah Badrul masih keluar dari mulutnya. "ada satu lagi, selepas jasad saya di kebumikan nanti, saya nak awak pergi ke kereta saya. Dalam dashboard tu ada sekeping surat. Saya nak awak baca surat tu depan semua orang termasuk keluarga saya dan keluarga Asy sekali."kata Badrul. "Tapi…."Shawal ingin berkata namun Badrul memintasnya. "anggaplah ni permintaan terakhir saya."pinta Badrul. Sinar matanya mengharap Shawal memenuhi permintaannya itu. Tiba-tiba nafas Badrul menjadi laju. "Ya Allah."ucap Badrul. Shawal menjadi panik. Dia membisikkan kalimah syahadah ke telinga lelaki itu. Dadanya berasa sebak. Kelihatan mulut lelaki itu terkumat-kamit. Akhirnya mata lelaki terpejam. Badrul sudah pun meninggal dunia. Shawal tersentap dengan tidak semena-menanya air matanya keluar. Dia benar-benar tidak sangka yang Badrul menyimpan hati kepada Asyrani dan sanggup bekorban nyawa untuk selamatkannya. Mayat Badrul ditutup dan dibawa ke hospital begitu juga dengan Asyrani.

Kaulah Segalanya Episod 12

Lama Badrul menunggu tapi Asyrani tidak muncul juga. Hampir 30 minit dia menunggu Asyrani. Bimbang juga jika penyakit lama Asyrani kembali semula. Badrul memang sedia tahu tentang penyakit gastrik yang Asyrani alami. Dia juga tahu penyakit gadis itu bertambah serius. Akhirnya dia membuat keputusan untuk pergi ke tandas perempuan. Dia ternampak ada seorang wanita yang menyapu di luar pintu masuk tandas. "assalamualaikum mak cik, mak cik ada nampak ada seorang gadis yang pakai tudung berwarna putih, bajunya bewarna biru. Dia pergi ke tandas. Saya tunggu dia sampai sekarang tak keluar-keluar lagi."tanya Badrul sopan. "apa hubungan kamu dengan dia ?" tanya wanita itu. "dia sepupu saya. Mak cik ada nampak dia tak?" tanya Badrul lagi. "oh, bukan dia bersama suaminya ke? Tadi mak cik nampak ada seorang lelaki yang mendukungnya pergi. Katanya isterinya tak sihat. Agaknya mengandung kot."jawab wanita itu. "eh, sepupu saya tu tak kahwin lagi. Ini ke gadis yang mak cik cakap tu?"tanya Badrul lagi sambil mengeluarkan gambar Asyrani yang memang sedia ada di dalam dompetnya. Hatinya gelisah. Dia bimbang jika Asyrani diculik. Wanita itu meneliti gambar gadis yang diberi oleh lelaki di hadapannya itu. "ya nak, memang budak ini." jawab Mak cik itu mengesahkan lagi jawapan yang bermain di dalam minda Badrul. "Ya Allah, Asy diculik. Apa yang patut aku buat ni?"desis hatinya sendiri. Badrul meminta diri dan sebelum itu dia sempat bertanyakan tentang rupa lelaki yang menculik Asyrani itu.



Badrul berlari sekeliling stesen itu mencari kelibat Asyrani dan penculiknya. Dia mati akal. Apa yang patut dibuatnya sekarang. Merata tempat dia mencari Asyrani. Dia sendiri tidak dapat mengagak siapa yang menjadi dalang dalam penculikan itu. Dia menelefon abang Asyrani, Khairul tentang Asyrani. Abangnya sangat terkejut lantas dikhabarkan berita itu kepada keluarganya yang berada di Kuantan. Berita ini cukup menggemparkan keluarganya. Malam itu juga ayah dan uminya bertolak ke Kuala Lumpur. Keluarga Badrul juga mengetahuinya. Badrul berasa amat bersalah kerana tidak dapat menjaga Asyrani dengan baik. Walaubagaimanapun, neneknya tidak diberitahu kerana bimbang akan terkena serangan sakit jantung. Masing-masing bekerjasama mencarinya. Malam kian menjelma. Badrul kian risau dan gelisah. Dia merasakan dialah bertanggungjawab atas kehilangan gadis yang amat disayanginya itu.



Jam tangannya sudah menunjukkan pukul 10 malam "lambatnya Asy ni, dia tak pernah lambat." desis hati Shawal. Shawal sudah lama tiba di taman yang menjadi tempat biasa mereka berjumpa. Shawal berasa tidak sedap hati. Tak mungkin Asyrani melupakan janjinya. Dia menuju ke rumah Asyrani di Bangi. Apabila dia sampai di rumah Asyrani, dia melihat ramai orang disekitar rumah gadis itu. Hatinya berasa resah. Apabila dia melangkah dia melihat abang Asyrani berjalan mundar-mandir. "assalamualaikum Abang Khairul, ramai orang kat sini. Asy ada tak abang?"tanya Shawal sambil bersalaman. "eh, kamu tak tahu lagi ke? Adik kena culik " kata lelaki yang di hadapannya. Berderau darah Shawal mendengarnya. Jantungnya bagai berhenti seketika. "hah! Asy kena culik bila?" tanya Shawal. "petang tadi masa dia keluar dengan Badrul. Katanya adik nak pergi toilet lepas tu tak muncul-muncul dah. Lepas tu dia tanya mak cik tukang sapu dia kata ada seorang lelaki yang dukung Asy. kata lelaki tu Asy tu isterinya."jawab Khairul. Hatinya berkecamuk. Dia berasa terganggu. Ayahnya sebentar lagi sampai. Dia sepatutnya menjaga adiknya. Khairul menyalahkan diri sendiri.



Shawal berasa lemah lututnya. Dia nampak kelibat Badrul yang duduk di kerusi. Dirinya ditemani oleh seorang wanita disisinya. "Bad, macam perkara ini boleh berlaku? " tanya Shawal kepada Badrul. Ingin dimaki lelaki yang di hadapannya kerana tidak menjaga Asyrani dengan baik. "saya mintak maaf Shawal, saya tak jaga Asy dengan baik. Lepas mak cik tu beritahu saya, saya cari dia merata-rata tapi tak berjumpa. Bingung saya dibuatnya. Awak kalau nak marah saya. Silakanlah. Memang saya bersalah pun."jawab Badrul. "Badrul, kalau boleh memang saya nak marah, tapi marah tak boleh selesaikan segalanya. Dah report polis? " tanya Shawal. Badrul menggelengkan kepalanya. "abang Khai kata tunggu papa Yassin dulu. "jawab Badrul. "Bad tau macam mana rupa orang yang culik Asy tu?"tanya Shawal lagi. Wanita yang berada di sisi Badrul itu mendengar aja perbualan anak muda itu. "mengikut kata mak cik tu, lelaki itu putih, agak tinggi jugak, wajah dia macam anak cina sikit."jelas Badrul. Shawal tersentak. "saya tahu ni kerja siapa."jawab Shawal. Badrul dan wanita itu berpandangan. "saya nak call kawan saya dulu kejap ya."kata Shawal. "siapa tu Bad? Beria-ianya dia. Mama tak tahu dia tu family kita." ujar Aunty Ju. Pertama kali dia menjejakkan kaki ke rumah anak saudaranya itu. Dia berasa kasihan melihat anaknya. Dia tahu Badrul tertekan kerana baginya, dialah punca kehilangan Asyrani. "dia tu kekasih Asy."jawab Badrul ringkas. Fikirannya betul-betul bercelaru. Namun dia harus bijak menyusun strategi untuk menyelamatkan Asyrani.




"hello Ebi, kau kat mana tu? Aku nak jumpa kau sekarang boleh tak? emergency ni!" kata Shawal. "ada apa ni Shawal?"tanya Ebi. Dia mendengar suara Shawal agak tergopoh-gopoh. "Asy, Bi, dia kena culik. Kau kena tolong aku. kau kena datang kat rumah Asy ni " kata Shawal. "Astaghfirullahal a'zim, ok aku datang sekarang."jawab Ebi. Shawal duduk sendirian. "benarkah dia menculik Asy? " fikir Shawal. Shawal merasakan lelaki itu merupakan suspek utama dalam kes ini kerana lelaki itu pernah mengugut Asyrani. Shawal berjumpa dengan Khairul. "bang, saya rasa saya tahu ni kerja siapa? " kata Shawal. Khairul melopong mulutnya. "siapa dia Shawal?"tanya Khairul. Dia berasa geram dan juga hairan kerana setahunya adiknya tidak pernah bermusuh dengan sesiapa pun. "Hafiz."jawab Shawal ringkas. Khairul agak sedikit terkejut. Sudah lama dia tidak mendengar nama lelaki itu. Badrul yang turut berdiri di situ terkejut. "kenapa? " tanya Badrul. "mengikut sifat fizikal yang Bad cakap dan sebelum ni Asy pernah terima ugutan darinya tapi tu dah lama dah. Rasanya dah dekat 2 tahun lebih. Mula-mula saya nak report tapi dia tak bagi."balas Shawal panjang lebar. "tapi apa motifnya?"tanya Badrul lagi. "dia tu sebenarnya pernah menjadi teman lelaki Asyrani dulu. Lepas Asyrani putuskan hubungannya, mereka berjumpa kembali kat Port Dickson masa Asy bercuti kat sana. Hafiz tu kekasih kawan baik Asy kat UNISEL. Baru-baru ni, kami ada jumpa dengan dia kat Carrefour. Dia pandang kami macam nak makan je. Saya rasa dia tak boleh terima hati Asy tidak lagi padanya."jawab Shawal lagi. Dia semakin pasti yang Hafiz menjadi dalang semua ini. Dia sudah mememberitahu ayah dan emaknya tentang kehilangan Asyrani. Mereka dalam perjalanan ke sini.



"Khai macam mana perkara ini boleh terjadi? Kamu tak jaga adik ke?"tengking Encik Yassin di hadapan orang ramai. Kedua orang tua Asyrani baru sahaja tiba bersama kakak Asyrani. Khairul hanya mampu mendiamkan diri. Hatinya bungkam. Dia tidak tahu apa yang ingin dijawabnya. Dia terlalu sibuk bekerja hingga mengabaikan adiknya. "Sabarlah Yassin. Khairul tu tak bersalah. Keadaan dah jadi macam ni kita tak boleh salahkan siapa-siapa pun."Encik Ruslan cuba menenangkan Encik Yassin. "Sabarlah Aini, akak yakin Asyrani tu selamat."Puan Aishah memeluk Puan Noraini yang menangis tersedu-sedu. Walaupun Asyrani itu hanyalah anak tirinya, dia tetap sayangkan gadis itu dan yang lain seperti anaknya sendiri. "Ebi, macam mana nak buat sekarang ni?"tanya Shawal. Buat masa ini, dia langsung tak boleh berfikir. "aku rasa baik kita semua pergi laporkan pada pihak polis."kata Ebi. "saya rasa tak payah libatkan pihak polis. Saya takut penculik tu apa-apakan Asyrani. Macam ni, saya ada kawan. Dia polis bahagian jenayah. Saya akan panggil dia tolong."Badrul mencelah. "betul gak tu, yang penting sekarang keselamatan Asy. kalau ada apa-apa berlaku kat Asy, aku tak sanggup nak hadapinya.”jawab Shawal pada Ebi



"Kamu buat apa kat sini Julia?"tanya Encik Yassin. Wanita itu hanya mendiamkan diri. "kamu sukalah kan, dulu masa kakak kamu sakit, kamu tak pergi jenguk dia apalagi lepas dia meninggal. Baliklah Julia. Kamu tak diperlukan di sini. " ujar ayah Asyrani keras. "abang Yassin, maafkanlah Ju sekeluarga. Berilah peluang pada Ju untuk tebus kesalahan Ju. " kata Julia. Dia mula menangis. Encik Yassin hanya melihat tanpa bersura. Dia tidak pasti sama ada ini adalah kenyataan atau sandiwara sahaja. Hatinya cukup terluka akibat perbuatan mereka semua. Puan Noraini cuba memujuk suaminya. "abang, janganlah macam ni, kesian kak Ju ni. Yang sudah tu sudahlah." Encik Yassin merengus perlahan. Julia memeluk Puan Noraini. Dia menangis sekuat-kuatnya. Kini baru dia tahu, dia sudah berprasangka dengan wanita yang dipeluknya kini. Wanita yang disangka perampas kebahagian kakaknya sedang memeluk menenangkannya!




Asyrani tersedar dari pengsannya. Kepalanya terasa berat. Belakang kepalanya sakit, mungin kerana dipukul tadi. Dia melihat jam tangannya "sudah pukul 1 pagi."desis hatinya. Dia melihat dirinya. Tangan dan kakinya diikat oleh tali. Dia melihat keadaan sekelilingnya. Dia berada di rumah yang agak kemas. Semuanya tersusun rapi. Asyrani berasa hairan. Adakah ada orang ingin mengenakannya atau benar-benar ini kes culik. Tak mungkin penculik tinggal di rumah yang cantik seperti ini. "dah sedar sayang. " Asyrani mendengar kata-kata lelaki yang berada di belakangnya. Dia sedang mengelap pistolnya. "Hafiz!!" jeritnya. Hafiz tersenyum. Dia berasa puas. Dia takkan biarkan Shawal bahagia dengan Asyrani. "hei kau nak apa dari aku?"jerkah Asyrani. "jangan jerit sayang. Kalau kau jerit, tiada siapa yang dengar."kata Hafiz. Dia ketawa berdekah-dekah. "kau nak apa ha?"tengking Asyrani. "aku nak engkau. Kau tau tak disebabkab kau, aku berpisah dengan Anis, ayah dia dah tak tanggung pelajaran aku, aku gagal diploma, keluarga aku halau aku bila aku sebut nama kau. Semuanya kerana kau tahu tak."jerit Hafiz. "yang kau buat siapa suruh, aku pernah tak suruh pun. Kau kena ingat Fiz, kita dah tak ada apa2 lagi."jerit Asyrani. "diam! Aku tembak baru tau."kata Hafiz sambil mengangkat tangannya. "tembaklah, aku tak kisah pun, nanti polis cari kau."jerit Asyrani. Pang!! Satu tamparan hinggap di pipi kiri Asyrani. Terasa perit pipinya tika itu. Asyrani mengaduh perlahan. "kau ni berani sangatlah Asy. Nilah masalah kau main cakap lepas je. Aku rasa sekarang mesti family kau tengah cari kau dan semestinya Shawal kesayangan kau tu mesti tengah cari kau merata-rata tempat."ujar Hafiz lembut. Tangannya mengusap pipi Asyrani yang ditampar tadi. "hei, jangan sentuh aku!"kata Asyrani kasar. Hafiz berasa geram lalu menampar pipi Asyrani berulang kali hingga gadis itu pengsan. Lelaki itu tersenyum. Puas hatinya.




"apa yang kita kena buat sekarang ni?"tanya Encik Yassin. "buat masa sekarang ni, kita kena tunggu panggilan dari penculik it. Dia boleh telefon bila-bila masa sahaja. Apabila dia telefon, kami akan kesan dimana dia."jawab Tuan Ikhwan, rakan Badrul. "mak cik, pak cik berehatlah dulu. Nanti kalau ada apa-apa Shawal bagi tau ok."bilang Shawal. Dia cuba menghilangkan kegusaran mereka. Nana membawa mereka masuk ke bilik. Kini yang tinggal hanya, Shawal, Khairul, Badrul,Tuan Ikhwan dan Ebi. Aunty Julia sudah pun pulang. Masing-masing mendiamkan diri. Badrul masih lagi tebayang waktu dia bersama dengan Asyrani. Dia berasa amat gembira ketika bersama gadis itu. Walaupun gadis itu tidak mempunyai perasaan cinta kepadanya atau mengetahui perasaannya, dia sudah bersyukur kerana sudah dapat membuat Asyrani gembira ketika bersamanya. Badrul sedar walaupun Shawal tak muncul dalam hidup Asyrani, dia tetap tidak dapat bersama dengan Asyrani. Dia tidak dapat membahagiakan gadis itu. Lama-kelamaan, Badrul meminta diri pulang untuk mandi dan solat isyak. Khairul sudah terlelap di sofa. Tuan Ikhwan dan Ebi sibuk berbincang. Tinggal Shawal sendirian.




Waktu menunjukkan pukul 3 pagi. Shawal mengambil wuduk, dia solat hajat di bilik tetamu. Dia berdoa menghadap kepada Yang Esa.

"Ya Allah, Ya Tuhanku kau ampunilah dosa-dosa kedua ibu bapaku dan keluargaku, ampunilah dosa-dosa ku. Ya Allah berilah aku kekuatan untuk menempuhi segala dugaan yang kau takdirkan untuk aku. aku pasrah Ya Allah. Wahai Tuhanku yang Maha Pemurah, kau selamatkanlah kekasihku dari segala bahaya. Berilah dia kekuatan dan keselamatan. Kau selamatkanlah dia Ya Allah. Sesungguhnya aku amat sayangkannya. Ya Allah yang Maha berkuasa, kau berilah petunjuk agar aku dapat selamatkannya. Ya Allah yang Maha pengasih kau perkenanlah doa hambaMu ini. Di sini hambaMu yang kerdil meminta agar Asyrani selamat. Sesungguhnya Kaulah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Aamin.


"Shawal berdoa. Gugur air matanya. Dia masih duduk bersimpuh di atas tikar sejadah. Shawal bangkit dari duduknya. Dia melipat sejadahnya. Tiba-tiba Ebi menerpa masuk ke bilik. Shawal terkejut, dia membetulkan songkoknya. "Wal, telefon Asy berbunyi, nombor itu tak dikenali. Tuan kata mungkin Hafiz." Shawal segera ke ruang tamu. Khairul menyuruh dia menjawab panggilan itu.

Kaulah Segalanya Episod 11

Pejam celik sudah 3 tahun Asyrani belajar di UNISEL. Dia berjaya menamatkan pelajarannya dengan cemerlang. Kini dia menanti hari penyampaian sijilnya. Sementara itu, dia tinggal di rumah abangnya di Bangi. Hubungannya dengan Shawal juga bertambah erat. Kasih sayang dan cinta mereka makin hebat. Walaupun mereka jarang berjumpa namun hubungan mereka masih baik. Shawal segan untuk membawa Asyrani keluar berjalan-jalan jika abangnya ada. Namun sudah menjadi keperluan bagi Asyrani untuk berjumpa dengan Shawal setiap minggu. Anis Farhana kini sudah bekerja di syarikat ayahnya buat sementara menunggu panggilan temu duga berdasarkan resume yang dihantarnya. Sehingga saat itu, Anis Farhana masih lagi tidak mengetahui siapakah Hafiz Azimie yang sebenarnya di hati Asyrani. Namun bagi Asyrani, kenangannya bersama lelaki itu sudah terkubur dan lenyap apabila Shawal muncul dalam hidupnya. Kadang kala hatinya agak gusar akan ancaman Hafiz beberapa tahun lalu. Dia tahu Hafiz seorang yang mengotakan janjinya. Asyrani sering juga pulang ke Kuantan. Kerap juga dia melawat neneknya. Hubungan Asyrani dengan Aunty Julia agak hambar manakala hubungan dia bersama Badrul bertambah rapat. Badrul juga sudah menamatkan pengajiannya di Universiti Malaya dalam jurusan pengurusan perniagaan. Dia kini membantu perniagaan ayahnya. Asyrani cukup selesa berkawan dengan dia.



Shawal pula kini di naikkan pangkat. Itu cukup memadai baginya. Dia berasa gembira dengan hidupnya kini. Dia mempunyai keluarga yang bahagia dan kekasih yang menyayanginya sepenuh hati. Shawal juga tidak lagi bimbang tentang kewujudan Hafiz mahupun Badrul. Meskipun perasaan cemburu terhadap mereka masih ada tetapi dia masih lagi boleh mengawalnya. Hujung minggu itu, dia mengajak Asyrani dan abangnya makan tengah hari bersama keluarganya. Asyrani bersetuju namun abangnya tidak dapat pergi kerana terpaksa ke Terengganu kerana menghadiri mesyuarat di sana. Shawal terpaksa mengambilnya kerana abangnya menggunakan kereta.



"assalamualaikum Shawal."sapa Asyrani ketika masuk ke dalam kereta. "waalaikumsalam Asy. Abang Khai mana?"tanya Shawal. "abang tak habis-habis dengan meetingnya. Dia tu macam abah Asy gila kerja."adu Asyrani pada Shawal. "ala kesiannya sayang abang ni, meh Shawal kiss sikit." usik Shawal sambil merapatkan badannya ke tubuhnya. Asyrani menolak Shawal. Dia kurang selesa. "Shawal ni melebih-lebih la pulak. Nanti Asy balik baru tau." kata Asyrani memuncungkan bibirnya. Shawal tersengih. Dia berasa bangga walaupun sudah lama kenal dengan gadis itu. Gadis itu masih mampu menjaga batas-batas pergaulannya. "ok sorry la Asy. Shawal main-main aja."ujar Shawal.



"assalamualaikum semua."ucap Asyrani apabila tiba di muka pintu. Semua yang berada di ruang tamu tersenyum ke arahnya. Ibu Shawal menuju ke muka pintu. "apa khabar mak cik? ni saya bawakkan buah."kata Asyrani sambil bersalaman dengan wanita itu. "la, buat susah-susah aja Asy ni."balas Puan Aishah. Asyrani masuk ke dalam rumah itu. Dia bersalaman dengan adik beradik Shawal yang lain. "mari makan Asyrani."pelawa Encik Ruslan. Mereka menuju ke meja makan. Terhidang lauk-pauk kampung. Shawal makan dengan penuh nikmat. Selepas makan, Asyrani pergi ke ruang dapur untuk memotong buah yang dibawanya dan mencuci pinggan. Shawal turut membantunya sekali. "eh, Shawal tak payah tolong Asy, pergilah kat depan. Kita berdua kat dapur ni tak elok orang tengok. Asy malu." kata Asyrani sambil mengupas buah epal yang dibelinya tadi. "la, apa yang nak dimalukannya, bukannya kita bercium lagipun Shawal kesian kat Asyrani buat kerja sorang-sorang."ujar Shawal. Asyrani ketawa kecil. Sayang sungguh Shawal padanya. Selepas makan, Shawal mengajak Asyrani berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur. Mereka singgah di Pusat Beli-Belah Carrefour. Asyrani ingin membeli barang dapur rumahnya. Semasa mereka membeli, Shawal ternampak sepasang kekasih yang bermesra berpegang tangan. Dia mengenali lelaki itu. Lelaki itu pandang ke arah Shawal dan Asyrani. Pasangan kekasih itu berjalan menuju ke arah mereka. Shawal sedikit bimbang kerana sudah lama dia tidak mendengar khabar Hafiz. Kemunculan lelaki itu mengingatkan kembali kepada kad ugutan yang diberikan Hafiz.



"hai! Korang ni shopping kat sini ke?"tanya Hafiz sambil memandang Asyrani. "ni kan shopping complex mesti la orang nak shopping."jawab Asyrani kasar. Baginya tiada apa yang harus diperkatakan lagi. Shawal pula hanya mendiamkan diri. "amboi kasar nampak. Mentang-mentang orang ada boyfriend."sindir Hafiz lagi. Asyrani melihat gadis di sebelah Hafiz. Memang cukup seksi. Potongan badannya cukup mengiurkan mana-mana lelaki yang memandang. "Sayang, ni siapa?" tanya gadis disebelahnya itu dengan nada manja. "oh ni ex girlfriend I masa I kecil dulu."jawab Hafiz. "Asy ni girlfriend baru aku. Sally. Dia model baru. " kata Hafiz. Sally dan Asyrani bersalaman. Sally menunjukkan wajahnya yang masam. "tak sangka cepat benar kau cari pengganti Anis. " Asyrani senyum sinis. Sally tersenyum hambar. Masam muka Sally dibuatnya. "kau dengan Shawal macam mana sekarang?"tanya Hafiz. Dalam hatinya cemburu membuak. Tak senang hatinya melihat Asyrani dan Shawal bersama. "seperti mana yang kau nampak, aku dengan dia ok."jawab Asyrani. Shawal hanya membatukan diri. Dia tidak mahu jadi busy body. "dah la Asy, jom kita pergi."ucap Shawal. "mari." sambut Asyrani. "aku pergi dahulu Fiz, one more thing semoga kau bahagia." ucap Asyrani kepada Hafiz. Mereka meninggalkan Hafiz dan Sally begitu saja. Hafiz berasa geram "tak apa Asy, satu hari nanti kau akan ku balas!"desis hatinya.




"geli betul lah diaorang tu. Dah la tak malu peluk-peluk kat tempat awam. Asy tak sangka yang dia boleh jadi macam ni. Setahu Asy dia ada asas agama yang kuat. Tapi orang dah playboy macam-macam boleh buat."bebel Asyrani ketika dalam perjalanan pulang. "ye kah atau Asy cemburu?"Shawal serkap jarang. "cemburu? Tolonglah, Asy tak perlu cemburukan lelaki itu. Asy dah ada lelaki yang Asy sayang buat apa nak cemburu dengan Hafiz tu lagi. "cerita Asy dengan dia dah lama tamat. Dah berkurun dah."jawab Asyrani panjang lebar. "Shawal gurau aja la. Shawal tahu Asy takkan kecewakan Shawal." bisik Shawal perlahan. Asyrani tertawa. "dah lah tu, jom kita balik, dah nak malam ni, nanti jam pulak Shawal nak balik rumah."ujar Asyrani. "ye lah Tuan Puteri. Tapi kalau dah lewat Shawal kan boleh tumpang solat kat rumah Asy."usik Shawal lagi. Asyrani membeliakkan matanya. Shawal ketawa. Dia tahu Asyrani tidak selesa jika dia berdua-duaan di dalam rumah. Ini boleh membawa umpatan jiran tetangga. Sampai di rumah Asyrani, Shawal membantu dia menyimpan barang di dalam rumah. Selepas itu Shawal pulang ke rumahnya.




"Wal, petang ni aku and the gang nak pergi main futsal kat tempat biasa jom la ikut."ajak Ebi ketika bercakap dalam telefon semasa Shawal berada di tempat kerjanya. "erm ok gak macam tu nanti lepas aku balik kerja aku terus ke sana ok."ujar Shawal. Dia memang sukakan sukan futsal ini. Selepas bercakap dengan Ebi, Shawal menaip pesanan ringkas kepada Asyrani.



Salam Asy….
Petang ni Shawal nak main futsal kat tempat biasa,
Asy nak ikut tak?
Kalau nak nanti Shawal ambik.

Beberapa minit kemudian Asyrani membalas:

Salam Shawal.
Sorry la Asy tak boleh ikut.
Asy dah janji dengan Bad nak jumpa hari ini
Dia kata dia nak sampaikan sesuatu dari atok.
Tapi malam nanti kita jumpa tempat biasa ye.


Shawal mengeluh sendirian. Asyrani mahu berjumpa dengan Badrul. Sudah hampir 2 minggu mereka tidak berjumpa. Ini kerana Shawal agak sibuk dengan kerjanya di pejabat. Namun Shawal tidak menghalang pertemuan itu kerana ini berkenaan dengan neneknya. Lantas dia membalasnya.


Oklah sayang…
Shawal tunggu kat tempat biasa tau
Pukul 9 malam.
I’ll wait 4 u honey….
C you….
Luv u…..



Asyrani telah berjanji dengan Badrul untuk berjumpa dengan Badrul pada pukul 5 petang di stesen KL Sentral. Abangnya telah menghantar Asyrani ke sana supaya senang adiknya ingin pulang dengan komuter nanti. Sebaik sahaja bertemu dengan Badrul, mereka memilih sebuah restoran yang kurang ramai pelanggan. Asyrani tidak suka tempat yang sesak. Rimas katanya. "erm Badrul apa khabar?"tanya Asyrani. Badrul melihat wajah gadis dihadapannya. Masih tidak berubah. Wajah itu masih keanak- anakkan lagi. Masih lagi comel. Jika diikutkan hatinya nahu sahaja dia luahkan apa yang terbuku di hatinya sejak sekian lama. Namun apakan daya, Asyrani milik Shawal dan dia tidak mahu mereka berpisah hanya berpunca darinya. Lagipun dia tahu dia tidak dapat memberi kebahagiaan sepenuh kepada Asyrani."Bad sihat cuma sibuk sikit dengan company papa. Awal tahun depan Bad nak pergi London. Sambung degree n master kat sana terus."ujar Badrul. "baguslah cam tu. Belajar tinggi-tinggi nanti senang nak kahwin. "ujar Asyrani. Badrul hanya tersenyum nipis. Dia tidak pasti sama ada dia sempat untuk mengecapi saat itu atau tidak.




"apa tujuan Bad datang nak jumpa saya ni?"tanya Asyrani. "sebenarnya atok mintak saya ajak awak pergi kenduri tahlil kat rumah aunty Mona. Awak nak pergi ke?"tanya Badrul. Lama Asyrani mendiamkan diri. "Bad, bukan saya tak nak pergi tapi biarlah mereka menjemput ayah saya datang bukan saya seorang sahaja."luah Asyrani. Dia tidak mahu keluarga mamanya menyisihkan ayah dan uminya itu. "emmm tak apalah awak cakap macam tu, saya tak boleh paksa awak."ujar Badrul. Asyrani tersenyum hambar. "so bila saya nak merasa makan nasi minyak ni?"tanya Badrul. Asyrani bertanya "nasi minyak? la kan hari-hari ada jual nasi minyak. Kat mana-mana pun ada jual kan."balas Asyrani. "la maksud saya nasi minyak kenduri awak?"usik Badrul. Asyrani membeliakkan matanya. "merepeklah awak ni, saya ni masih muda lagi. Banyak lagi perlu saya timba sebelum berkahwin."jawab Asyrani malu-malu. Pipinya merona merah. "awak dah bercinta dengan Shawal tu dah dekat 3 tahun da, apa yang nak ditunggu lagi. Kalau Shawal tak nak saya masuk meminang."usik Badrul lagi. Namun dalam hatinya, hanya Allah sahaja tahu dadanya bergelojak. Asyrani hanya tersenyum. Badrul memang pandai membuat dia tertawa. Baginya mana mungkin mereka dapat bersama, mereka kan sepupu.



"mama awak macam mana?"tanya Asyrani. "mama?, dia macam tu la, selalu gaduh dengan papa, kadang-kadang kesian dengan adik-adik saya yang lain."ujar Badrul. Badrul merupakan anak sulung dari 3 adik beradik. Tanggungjawab yang dipikulnya amat berat memandangkan hubungan kedua orang tuanya agak tegang sejak kebelakangan ini. Dia pun naik tension melihat keadaan mereka. "sabarlah, setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Awak yang masih ada ibu bapa, hargailah mereka hingga ke penghujung usia mereka."nasihat Asyrani. "ya saya tahu, cuma kadang-kadang saya rasa tertekan dengan mereka. Kesian saya tengok adik-adik saya terpaksa melihat pergaduhan mereka."ujar Badrul menunduk. Asyrani merenung mata Badrul yang redup itu. Dia tahu Badrul seorang yang perahsia. Sukar dijangka apa yang berada di kepala jejaka kacak itu. Badrul memang seorang yang kacak. Wajahnya ada sedikit kacukan arab. Hidungnya mancung. Pakaiannya berjenama. Namun begitu, dia tidak pernah meninggikan asal-usulnya. Dia seorang yang peramah dan pemurah. Dia agak berbeza daripada sepupu-sepupunya yang lain yang bersikap materialistik. Ini membuatkan Asyrani berasa selesa apabila bersama dengan Badrul. Lama juga mereka berborak, hari sudah makin gelap, Asyrani meminta diri untuk pulang. Badrul menawarkan diri untuk menghantarnya pulang namun Asyrani menolak dengan mengatakan dia lebih selesa pulang dengan kereta api. Sebelum pulang, dia ke tandas. Dia meninggalkan begnya kepada Badrul. Sedang Asyrani berjalan ke tandas, dia merasakan pergerakannya diekori. Dia mempercepatkan langkahnya ke tandas. Lorong itu agak sunyi. Tiba-tiba lengannya disentap kuat. Ada sesuatu yang kuat memukul kepalanya. Asyrani menjerit kesakitan. Dia dapat merasakan ada sesuatu tenaga yang mengangkatnya dan membawanya pergi. Asyrani meronta agar dirinya dilepaskan namun kepalanya sekali lagi diketuk dengan sesuatu yang keras hingga membuat kepalanya pusing dan berpinar. Pandangan matanya semakin gelap. Dia pengsan tidak sedarkan diri.

Kaulah Segalanya Episod 10

Keesokkan harinya Shawal bertemu dengan Asyrani di tempat biasa. Shawal bergegas berjumpa dengan Asyrani. Apabila tiba dia segera melihat kelibat Asyrani. Sedang mencari dia melihat seorang anak gadis bermain buaian lantas dia menuju ke situ. "Asy tak apa-apa? Ada tak orang ikut Asy ke mari?"tanya Shawal. Shawal melihat sekitar mereka kalau ada wajah yang mencurigakan. "Asy ok. Tak ada orang yang ikut Asy ke sini."jawab Asyrani tenang. Dia masih duduk di atas buaian sambil mengayunkan buaian itu. Shawal duduk di buaian sebelahnya. Asyrani kelihatan tenang. Dia tertanya-tanya bagaimana gadis itu boleh tenang sedangkan nyawanya terancam. "Shawal, don't worry about me ok. Smile sikit."kata Asyrani sambil tersenyum. Hilang sebentar kerisauan Shawal dek melihat senyuman Asyrani. Mereka bermain di taman itu bagaikan anak kecil.



Sudah hampir setahun Shawal dan Asyrani berkenalan. Sesekali ada juga salah faham namun masing-masing bertolak ansur. Setakat itu juga tiada sebarang ancaman dari Hafiz. Hubungan kekeluargaan antara mereka sangat rapat. Sebelum cuti semesternya, Asyrani membuat rancangan dengan abang dan kakaknya untuk berjumpa dengan neneknya. Perancangan itu dibincangkan pada kedua orang tuanya. Shawal juga mengetahuinya. Ayah dan Umi tidak membantah cuma mereka tidak turut sama datang. "abah takkan pergi selagi mereka tak boleh terima kehadiran umi."kata ayahnya keras. Asyrani memilih untuk melawat neneknya pada hari sekolah. Sampai di rumah ibu saudaranya. Mereka bertiga di sambut mesra oleh ibu saudaranya dan neneknya. Senyuman yang terpamer di bibir ibu saudaranya tidak dapat ditafsirkan. Segera Asyrani memeluk neneknya. Begitu juga abang dan kakaknya. Mereka amat merindui neneknya. Berderai air mata wanita yang hampir seabad usianya. Sejak kecil lagi arwah mamanya sering menghantar mereka ke rumah neneknya. Disebabkan itu juga mereka bertiga dengan neneknya agak manja berbanding dengan cucu-cucu yang lain.



Duduk di meja makan. Asyrani melihat wajah wanita yang sudah berusia di hadapannya. Jelas kelihatan garis-garis kedut di seluruh tubuhnya. Neneknya kelihatan lebih tua berbanding dahulu. Di wajahnya tampak gembira walau masih kelihatan air mata di pipinya. "atok apa khabar? " tanya abangnya. "macam nilah. Kadang-kadang sihat kadang-kadang sakit."jawab neneknya. Sayu Asyrani mendengar jawapan itu. Tiba-tiba pembantu rumah keluarga itu Kak Farah muncul dari dapur. "waduh Asyrani datang. Kenapa nggak kasi tahu sama kakak? Kapan kalian datang?"tanya Kak Farah dalam slanga Indonesianya. Dia amat gembira hingga memeluk tubuh Asyrani. Sepanjang Asyrani tinggal di situ dahulu memang dia amat manja dengan Kak Farah. Kakak itu dianggap seperti kakaknya sendiri. Pipinya dicium. "kakak kangan bangat sama kamu." kata kakak Farah lagi. "saya pun sama."balasnya. Selepas itu, kak Farah menyambung kerjanya. Banyak perkara yang mereka bualkan. Ibu saudaranya kadang-kadang mencelah perbualan mereka. Asyrani meminta diri untuk ke tandas. Dia masuk ke bilik sepupu perempuannya, Alya. Sepupunya berada di sekolah. Dia membuka tudungnya dan masuk ke tandas. Setelah itu, dia membuka beg sandangnya mengambil sikat. Rambutnya yang panjang itu disisir rapi. Sedang dia memakai tudung dia terdengar suara lelaki berdehem.



"oh mak kau, Ya Allah terkejut saya. Bad… awak buat apa kat sini?"tanya Asyrani. Dia cepat memakai tudung untuk menutup auratnya. "kenapa la mamat ni ada kat sini. Buat malu aku."desis hatinya. Badrul tersenyum. Dia sendiri terkejut apabila Asyrani masuk bilik tanpa diketuk. Belum sempat dia berkata apa-apa Asyrani membuka tudungnya dan menuju ke tandas. Dia sebenarnya terpesona dengan Asyrani. Lain wajahnya ketika tidak bertudung. Rambutnya yang hitam panjang berkilat. Asyrani menyumpah dirinya kerana terburu-buru. "sekarangkan cuti sem, saya bercuti kat sini. Kasi hilang tension sikit."ujar Badrul. Matanya dihalakan ke arah lain untuk mengelakkan degupan jantungnya berdetak kencang. "oh, kalau macam tu saya keluar dulu ya. Tak nak ganggu awak berehat."kata Asyrani sambil tergesa-gesa keluar meninggalkan Badrul terpinga-pinga. Asyrani berasa sangat malu. Dia menuju ke ruang tamu. Tiba-tiba Badrul terdengar bunyi deringan. Dia melihat telefon bimbit di atas katil. Dia pasti itu bukan hp milik Alya. Dia agak telefon itu milik Asyrani. Dia melihat nama yang tertera di skrin telefon "Shawal Sayang. " runtun hatinya ketika itu. Hati Asyrani sudah menjadi milik lelaki lain. Mungkin lelaki yang dia jumpa di restoran mamak dulu. Perlahan dia menjawab panggilan itu.




"Hello Asy!"sapa suara lelaki yang berada di hujung talian. "hello."jawab Badrul tersekat-sekat. "eh ni siapa? mana Asy? awak jangan apa-apakan dia!"jerit Shawal. Dia bimbang jika Asyrani di apa-apakan. Dia masih ingat ancaman Hafiz beberapa bulan yang lalu. "maafkan saya. Ni Badrul, sepupu Asyrani. Dia ada kat rumah mak sedara saya. Dia jumpa dengan atok. Tadi dia tertinggal telefonnya dalam bilik sepupu saya masa dia pergi tandas."jawab Badrul panjang lebarnya. Walaupun dia mempunyai satu perasaan yang aneh terhadap Asyrani, dia tidak mahu menghancurkan kasih sayang di antara pasangan itu. "oh maafkan saya."ujar Shawal. Dia tidak bimbang tentang hubungan Asyrani dengan Badrul. Baginya Asyrani dengan Badrul hanya sepupu tidak lebih dari itu. "awak nak cakap dengan dia sekarang ke? Nanti saya pass kat dia."kata Badrul. "tak apalah, saya sahaja nak call dia, nanti awak bagitau Asy yang saya call dia. Oklah assalamualaikum, bye."pesan Shawal. "insya Allah, waalaikumsalam."jawab Badrul. Dia segera menutup punat telefon Asy. Dia segera berjalan menuju ke ruang tamu.




"Asyrani, awak tertinggal hp dalam bilik tadi."kata Badrul. Asyrani berjalan menuju ke arahnya. Badrul menghulurkan telefon itu kembali kepada tuannya. "tadi Shawal call awak. Saya angkat, dia cakap saja-saja call awak."bisik Badrul. "ok thanks Bad."ucap Asyrani. Badrul hanya tersenyum sambil mengangguk kepalanya. Asyrani kembali duduk bersama nenek kesayangannya itu. "tok buat apa pagi-pagi lepas Alya pergi sekolah?"tanya Nana. "tak ada apa. Kadang-kadang jalan-jalan sekeliling rumah ni."jawab nenek mereka. "kamu semua selalulah datang sini, jumpa tok ya?"ujar neneknya. Mereka bertiga tidak tahu berkata apa-apa. Mereka tidak ingin memberi harapan yang tinggi kepada neneknya apatahlagi pada diri mereka sendiri. "ala tok, dia orang kan sibuk."kata Badrul. "insya Allah tok, kalau kami balik kuantan dan tak sibuk boleh la datang ya tok."ujar Khairul. Mungkin kata-kata itu dapat melegakan hati neneknya itu. Khairul dan adik beradik meminta diri untuk pulang. Mereka bersalaman dan berpelukan dengan nenek mereka.



Sebelum keluar, Asyrani mencari kelibat Kak Farah di dapur. "Kak Farah, saya udah mahu pulang."ujarnya sambil memandang Kak Farah. "waduh, tunggu dulu dik, mari makan di sini. Kita udah lama nggak makan sama. Ya benar? " kata Kak Farah. "nggak papa kok, adik mahu pulang dahulu. Ini ada kasi nombor telefon pada Kak Farah. Jangan hilangkan dan jangan beri pada sesiapa pun."ujar Asyrani sambil memberi sekeping kertas yang mengandungi nombor telefon bimbitnya. "bukan Asyrani pakai nombor yang lain? Alya bagi nombor Asyrani pada kakak nombor lain."ujar Kak Farah. "oh, itu yang lain kak, nombor ini hanya teman rapat sahaja yang tahu. Kalau ada emergency Kak Farah cepat telefon saya."kata Asyrani. "saya pulang dulu kak."ujar Asyrani lagi. "kapan Asyrani mahu ke sini?"tanya Kak Farah. "saya nggak tahu kak. Kak Farah sendiri tahu apa yang terjadi dalam famili ini."bilang Asyrani. Dia memang agak fasih bercakap Indonesia kerana belajar dari Kakak Farah dan berdasarkan drama-drama sinetron yang ditayangkan di televisyen. "nggak papa, akak paham. Kakak sentiasa doakan kita semua bersatu kembali seperti dulu."ujar Kak Farah. Mereka berpelukan lalu menghantar Asyrani ke muka pintu. Asyrani bersalaman dengan ibu saudaranya Aunty Mona. Aunty Mona mengucapkan selamat tinggal. Begitu juga dengan neneknya yang duduk di kerusi di anjung rumah. Neneknya melambaikan tangannya kepada mereka. Mereka bertiga membalas lambaian itu ketika dalam kereta. Kelihatan air mata mengalir dari mata wanita tua itu. Sayu rasa hati Asyrani.




Sampai di rumah ayah dan uminya sudah pun keluar bekerja. Khairul sibuk dengan computer ribanya. Dia sibuk dengan kerjanya manakala Nana pula sibuk dengan assignmentnya. Asyrani duduk di dalam biliknya sambil memasang pendingin hawa. Dingin amat terasa. Sedang dia berbaring, dia pun teringatkan Shawal lantas menelefonnya. "hello assalamualaikum sayang!"sapa Shawal ceria. "waalaikumsalam. Aik happy semacam ni, ada apa-apa ke?"tanya Asyrani. "tak ada apa-apa saja happy, takkan nak happy pun tak boleh. Nanti kalau muka masam cepat tua time tu Asy pun dah tak nak kat Shawal dah."ujar Shawal. Asyrani ketawa kuat. "adoi, ada sahaja Shawal ni. Tadi Asy nak mintak maaf sebab biarkan Bad jawab phone tadi. Asy sebenarnya tak tahu pun dia ada kat situ. Tengah je Asy baru keluar dari toilet terus dia sergah Asy. Terkejut gila time tu. Asy ingatkan hantu tau, tapi hantu tak ada siang hari. Lepas je Asy tegur dia. Asy terus cabut pi kat hall."terang Asyrani. Ketawa Shawal meledak kuat. "aik, Shawal tak jealous ke Asy jumpa dia?"usik Asyrani. "eleh, tak pun."kata Shawal. Asyrani pun menceritakan sepanjang dia berjumpa dengan neneknya tadi. Lama juga mereka berborak hingga panas telinga Asyrani dibuatnya.



Tengah hari itu, dia telah berjanji dengan Liyana untuk keluar makan bersama. Mereka bertemu di Restoran Sara Thai. Kakak Asyrani pun mengikut mereka. Kedua-dua orang tuanya sibuk bekerja manakala abangnya sudah pulang ke Kuala Lumpur, terpaksalah Nana mengikutnya. Sampai di sana, dia melihat Liyana sudah pun tiba. "assalamualaikum Yana. Sorrylah lambat traffic jam lah."kata Asyrani sambil melabuhkan punggungnya ke kerusi. "yelah, aku tahu kau bawak kereta macam-macam kura-kura kan."kata Liyana sambil ketawa. Masam muka Asyrani. "korang borak dulu, Nana nak tengok ikan apa yang ada?"kata Nana meninggalkan meja mereka. "wei, cam mana kau dengan mamat tu?"tanya Liyana. "so far ok lah. Tak payahlah tanya pasal Shawal. Ni aku nak cerita ni hari tu aku jumpa atok aku."kata Asyrani. "ye ke? Macam mana dengan dia? Kau pulak macam mana?"tanya Hasna. Belum sempat Asyrani menjawab, kakaknya sudah sampai di meja. "mmm kau kat matrix ok?"ujar Asyrani saja tidak ingin kakaknya tahu apa yang mereka bualkan sebentar tadi. Liyana yang paham maksud Asyrani segera menjawab "eh ok, tapi banyak kerja lah. Tension aku dibuatnya. Kau tahu tak hari-hari aku kena tidur 2 atau 3 pagi sebab assignment banyak."kata Liyana. Asyrani dan kakaknya tersenyum. "memang la banyak Liyana. Orang yang masuk matrik tak boleh nak rest. Selalu kena rushing."ujar Nana. "betul tu, nasib baik aku tak dapat matrik. Kalau tak botak kepala aku nanti."jawab Asyrani pula. Mereka bertiga ketawa serentak. Masing-masing menikmati makanan dengan penuh nikmat. "bila kau masuk UNISEL balik?"tanya Liyana sambil menyuap makanan. "2 minggu lagi cuti aku nak habis. Rasa tak sabar nak habis cuti."balas Asyrani. Liyana dan Nana yang mendengar jawapan Asyrani ketawa serentak. "eh, apa pasal korang ketawa?"tanya Asyrani kehairanan. "ye la aku tahu lah kau tak sabar nak balik UNISEL supaya boleh jumpa buah hati kau tu."usik Liyana. "mana ada? " jawab Asyrani malu-malu. "dah lah Liyana, muka dia dah merah tu. Baik kita makan lagi bagus."usik Nana pula. Selepas makan, mereka meminta diri. "oklah Yana aku balik dulu ok, kau tolong sampaikan salam aku kat geng kita yang lain. cuti kau kan panjang lagi. Nanti kalau ada masa aku call kau ye."ucap Asyrani sambil bersalaman. Liyana mengangguk. Dia bersalaman dengan Nana lalu terus pulang.




Cuti semesternya sudah pun tamat. Dia pulang ke kampusnya. Kali ini sendirian. Dia menaiki bas pada waktu tengah hari. Sebelum pulang uminya menasihatinya "dik, belajar elok-elok ya. Adik jangan selalu tension tau." "betul tu, abah nak kamu belajar.Jangan difikir perkara yang lain."pesan ayahnya pula. Dia sampai lewat petang. Sampai sahaja di Puduraya. Pandangan Asyani melilau mencari teksi yang kosong. Sedang mencari teksi, dia berasa dirinya diperhatikan. Dia merasakan ada seorang wanita memerhatikan di belakangnya. Asyrani memalingkan dirinya. Dilihat ibu saudaranya, Datin Julia, ibu kepada Badrul. Wanita tersenyum manis kepadanya. Wanita itu berjalan ke arahnya. Mereka bersalaman. "assalamualaikum Aunty Ju."ujar Asyrani. Dia tetap memaniskan mukanya. "waalaikumsalam adik, buat apa kat sini?"tanya Aunty Ju. "adik baru sampai. Naik bas dari kuantan."jawab Asyrani. Wajah wanita di hadapannya agak berkerut sikit. "kenapa tak naik flight? Kan senang."ujar Aunty Julia. "tak syok la naik fkight aunty. Naik bas ni adventure sikit pastu boleh tengok pemandangan and the ticket is very cheap."balas Asyrani. Aunty Ju hanya mengangguk kepala. Dia tahu gadis cilik di hadapannya agak berbeza dengan anak-anaknya atau anak-anak saudaranya yang lain. Kehidupan gadis d hadapannya cukup sederhana walau keluarganya agak berada. Bagi Asyrani dia suka perjalanan yang mencabar. "jom adik, kita makan dulu. Nanti Aunty hantar adik balik."ajak Aunty Ju sambil mengambil satu beg Asyrani untuk dibimbitnya. Asyrani hanya membontoti ibu saudaranya. Dalam diam Asyrani menyusun kata. Dia sudah dapat mengagak soalan yang bakal ditujukan kepadanya.


Sampai di restoran, Aunty Ju membuka kata. "adik ok sekarang?"tanya Aunty Ju. "adik ok, so far alhamdulillah."jawabnya tenang. "keluarga semua ok?"tanya Aunty Ju lagi. "ok aje."jawabnya ringkas. "sebenarnya Aunty nak tanya adik. Dah lama Aunty nak tanya tapi tak ada masa yang sesuai. Apa perasaan adik bila abah kahwin baru? ” tanya Aunty Ju. Asyrani tidak terkejut apabila disoal seperti itu. Dia sudah dapat mengagak soalan itu akan keluar dari mulut ibu saudaranya. "perasaan adik?...erm pada awalnya adiklah anak yang paling tentang abah nak kahwin. Adik juga yang paling bangkang bila abah nak kahwin dengan umi. Sebab bagi adik tiada siapa dapat gantikan tempat mama."jawab Asyrani tenang. Dia menyedut air teh o' aisnya seketika. Basahkan tekaknya yang kering. "tapi adik fikir balik, ni hanyalah pengorbanan yang kecil berbanding apa yang abah dah korbankan untuk besarkan kami semua. Lagipun bila kami semua dah tak ada kat rumah siapa nak jaga makan pakai dia? Siapa nak ganti tempat kerja mama? Nak harapkan Aunty semua mungkin sampai bila pun aunty semua tak datang. Entah-entah mati kering abah tu."kata Asyrani lagi. Dia ingin memulangkan paku buah keras kepada ibu saudaranya. Biar Datin Julia tahu. Aunty Ju hanya menundukkan kepalanya. "Aunty, kami tiga beradik telah pun korbankan perasaan kami untuk buat abah kami gembira. Dia dah tua biarlah dia gembira di penghujung usianya. Kami masih muda dan kuat. Biarpun abah kahwin baru 4 pun kami takkan bantah kerana tiada siapa yang dapat tandingi mama kami. Sejak umi kahwin abah tak pernah sehari dia merungut tak nak pergi kubur. Hari-hari dia ziarahi kubur dan sedekahkan Al-Fatihah. Everyday aunty."balas Asyrani.

"Aunty, tak bersedia dan tak kuat untuk ke kubur mama adik."kata Aunty Julia. Air matanya mengalir. "Aunty, macam mana pula dengan kami, kami duduk serumah, jaga masa dia sakit. Aunty rasa kami semua ni kuat dan bersedia?"tanya Asyrani lagi. "untuk pengetahuan aunty ataupun semua orang. Perasaan kami yang kosong tiada siapa yang tahu. Aunty tak tahu macam mana rasanya kehilangan seorang ibu. Adik tertekan, murung rasa macam nak bunuh diri pun ada. Tapi masa tu tak ada sesiapa pun yang datang hulurkan tangan untuk ringankan beban yang kami semua tanggung. Adik rasa tak berguna sangat. Masa mula-mula abah nak kahwin, adik lagi rasa stress. Adik pernah gaduh dengan abah. Tak ada siapa pun yang peduli. Masa tu mana aunty semua? Tak ada kan. Sekarang adik berada kat depan Aunty ni dan masih bernafas lagi hanya kerana semangat dan iman kepada Allah serta kekuatan yang adik kumpul sendiri."kata Asyrani lagi. Aunty Julia terkesima mendengar kata-kata anak gadis itu. Kini dia menyedari gadis itu sebenarnya terseksa di hati. Namun tidak setitis air mata pun yang mengalir. "sudahlah Aunty, adik nak kena balik ni, dah lewat ni, nak dekat maghrib dah. Nanti tak sempat nak solat. Aunty tak perlu hantar, adik balik sendiri.ujar Asyrani sambil meninggalkan ibu saudaranya terpinga-pinga. “kuatnya hatimu Asyrani.”dalam diam Datin Julia menjerit.

Kaulah Segalanya Episod 9

Hari itu, Asyrani berjanji dengan Anis untuk membawanya berjalan-jalan sekitar Bandar Kuala Lumpur. Dia ingin Anis gembira. Dia masih berasa serba salah kerna menjadi punca perpisahan Anis dengan Hafiz. Asyrani benar-benar tidak sampai hati untuk melukakan hati kawannya itu. Macam-macam yang dibelinya. Anis nampak gembira ketika keluar bersamanya. Sedang dia berjalan-jalan dia terserempak seorang lelaki yang memang dikenalinya. "Badrul!"jerit hatinya. Kali ini dia tidak keseorangan. Badrul bersama keluarganya membeli belah. Asyrani dapat melihat satu persatu wajah saudara maranya itu. Nasib baiklah mereka tidak perasaan. Asyrani menarik Anis yang terpinga-pinga ke tempat lain supaya tidak dilihat oleh mereka sekeluarga namun Badrul telah melihatnya namun begitu, Badrul tidak bergerak menuju ketempat gadis itu berdiri. Badrul faham masalah yang berlaku di antara keluarganya. "Papa, Bad nak pergi kat kedai Guess jap."pinta Badrul kepadanya ayahnya Dato Khalil. Ayahnya mengangguk kepala. Selepas Asyrani sudah tidak melihat keluarga Badrul lagi, dia mengajak Anis ke kedai buku. Tiba di kedai buku, dia mencari-cari keluaran novel PTS Publication terbaru. Anis pula mencari kaset album yang ingin dibelinya. Sedang asyik Asyrani membelek DARI KEPALA BATAS KE NEW HAVEN, bahunya ditepuk lembut.



"assalamualaikum Asyrani,"sapa lelaki itu. Lelaki itu menguntumkan senyuman hingga kelihatan barisan gigi yang tersusun putih. "waalaikumsalam er…. Bad. Err macam mana awak tahu saya ada kat sini?"tanya Asyrani. "saya ikut awak tadi, jangan risau mama and papa tak nampak awak."balas Badrul masih lagi tersenyum. Dia memahami jika gadis itu belum bersedia untuk menemui kedua ibu bapanya. Hubungan gadis itu dengan orang tuanya memang baik. Cuma gadis itu bimbang dihujani dengan pelbagai soalan yang tidak dapat dijawabnya. Badrul juga mengetahui yang Asyrani pernah mengalami tekanan perasaan. Pernah Asyrani mengambil ubat secara berlebihan selepas ibunya meninggal. Setelah Badrul menasihatinya, Asyrani masih mengambil ubat itu lagi namun tidak seperti selalu. Dia amat rapat dengan gadis itu sejak kecil lagi. Apa sahaja dibuat bersama. "thanks Bad, sebab faham masalah Asy. Asy tak…"belum sempat Asyrani mengahbiskan ayatnya. Jari Badrul hinggap di bibirnya. "Ssyy saya faham keadaan awak. Well, exam awak macam mana?”tanya Badrul berbasa-basi. Sebenarnya bukan soalan itu yang ingin diungkapkan. “oklah kot, entahlah…jangan kena repeat sudah. “Asyrani, boleh saya tanya sikit, lelaki saya jumpa kat kedai tu siapa? "tanya Badrul sedikit sebanyak ada jugak cemburu dihatinya. "oh, dia kawan saya."jawabnya. Baginya Badrul tidak perlu mengetahui statusnya. "bila Asy nak pergi jumpa atok? Dia selalu sebut nama Asy. Rindu sangat katanya."kata Badrul. Asyrani hanya mendiamkan diri sahaja. Dia tidak tahu apa yang ingin dijawabnya. "mmm, tak apalah Asy, ambil sebanyak masa yang ada. Cuma fikirlah atok yang sudah dimamah usia. Mmmm saya pergi dulu ya, awak jaga diri baik-baik. kirim salam kat Papa Yassin ya. "pesan Badrul. Dia tersenyum lalu terus berlalu.



"Asy tu bukan ke lelaki yang kau ..cuba elakkan diri tadi. Kenapa kau bercakap dengan dia. Siapa dia tu? " tanya Anis berkali-kali. Fikirannya diserang dengan pelbagai persoalan. "dia tu cousin aku, Badrul."jelas Asyrani. "habis tu kenapa kau elakkan diri daripada dia?"tanya Anis. "masalah keluarga Anis, entah bila boleh selesai."ujar Asyrani lagi. Anis hanya mendengar kata-kata Asyrani. Sayu sahaja bunyinya. Walaupun dia tidak tahu banyak tentang masalah yang Asyrani lalui namun dia tetap kagumi dengan kekuatan mentalnya rakan karibnya itu melawan masalah itu dengan tenang. Sebenarnya banyak perkara tentang Asyrani yang tidak Anis ketahui. Gadis itu terlalu berahsia. Selepas makan tengah hari, mereka pulang. Sebaik sahaja tiba di hostel, mereka sudah terbaring kepenatan. Walaupun tidak banyak yang dibeli mereka namun, mereka berasa puas hati. Asyrani kurang gemar membeli-belah namun dia suka melihat telatah dan kelibat orang lain yang lalu lalang. Berbeza dengan Anis pula, macam-macam yang dibelinya. Masing-masing tertidur.



"Dik, balik dik. Tok rindukan adik, balik ya."terdengar suatu suara. Kelihatan seorang wanita tua yang menangis mendayu-dayu meminta agar Asyrani pulang. Asyrani tersedar dari tidurnya. "Ya Allah, aku mimpikan nenek aku! " jerit hatinya. Lantas dia mengucap. Badannya berpeluh-pelih. Dilihat jam dindingnya itu. "Ya Allah dah pukul 5.30 ke, aku tak solat asar lagi. Inilah akibatnya tidur lepas asar, mimpi buruk-buruk."kata hatinya. Selepas solat, dia menggerakkan Anis. "woi, sembahyang dah lewat ni, bangun."kata Asyrani. Anis mengeliat manja. Keesokan harinya Shawal mengajaknya pergi menemaninya bermain futsal. Mereka tiba di Rio D'Futsal pada pukul 10 pagi. Sudah menjadi kebiasaan setiap hari ahad Shawal beriadah bersama temannya. Shawal berasa hairan Asyrani agak diam tak ceria seperti biasa, banyak celotehnya. Wajahnya ternyata muram. Namun Shawal tidak mahu menganggu mood kekasih hatinya itu. Selepas bermain, Ebi mendekati Shawal. "Wal, kenapa dengan Asy tu, dari tadi dia diam je."tanya Ebi. "entahlah aku pun tak tahu selalunya tak macam ni."jawab Shawal. "agaknya datang bulan kot."kata Ebi. "apalah kau ni, kesitu pulak difikirnya."ujar Shawal. Ebi hanya tersengih.




"Asy kenapa ni? Dari tadi Shawal tengok Asy diam je " tanya Shawal ketika mereka berjalan di sebuah taman rekreasi. Asyrani melihat anak-anak bermain dengan keluarga mereka. Hatinya tersentuh melihat sepasang ibu bapa menemani anak-anaknya bermain. Dia tidak pernah merasa seperti itu di waktu kecilnya. "tak ada apa." jawabnya ringkas. "Asy, Shawal sayangkan Asy tapi Shawal bimbang lihat Asy muram macam ni. Cuba bagitau apa yang runsing dalam fikiran Asy tu."ujar Shawal. Asyrani hanya mendiamkan diri. Dia tidak tahu sama ada harus dikhabarkan mimpinya itu kepada Shawal. Asyrani masih mendiamkan diri. "Asy, kenapa ni? Tiba-tiba nak berahsia dengan Shawal? Kalau tak nak cerita pun janganlah bua muka macam tu. Rosak mood Shawal tau tak."marah Shawal. Suaranya ditinggikan. Asyrani tersentak. Bungkam sebentar. Tangannya disentap kuat. Hatinya terkesima, dia tidak menyangka Shawal memarahinya. Air matanya bercucuran mengalir. Asyrani segera melepaskan tangan Shawal. Keadaan sungguh tegang waktu itu. Shawal menyedari perbuatannya yang kasar itu segera mendekati tubuhnya dengan tubuh Asyrani. "Asyrani, Shawal mintak maaf. Shawal tak sepatut marah Asy."kata Shawal sambil memegang bahu gadis itu. Asyrani terhenjut-henjut menangis. “you don’t love me. If you love me you’ll not do like this to me! I hate you!”ucap Asyrani. Dia mengundur ke belakang menjauhi Shawal. Dia terus berundur lalu berlari meninggalkan Shawal seorang diri. Asyrani segera mendapatkan teksi berdekatan. Shawal terpinga-pinga ingin dikejar gadis itu namun dia ingin Asyrani bertenang dahulu. Bukan dia tidak mahu memberitahu Shawal tapi buat masa ini biarlah dia sahaja mengetahui. Dia tidak mahu membebankan Shawal dengan masalahnya. Namun dia tidak menyangka Shawal boleh bertindak kasarnya. Hatinya sebal dan bercelaru.




Sudah beberapa hari dia tidak menerima panggilan dari Shawal. Anis hairan dengan sikap Asyrani yang agak berubah. Dia juga hairan yang Shawal tidak lagi menghubungi temannya itu. "Asy, kau ni kenapa? ada masalah dengan Shawal ke?"tanya Anis. "aku ok je."jawab Asyrani ringkas. Dia melontarkan pandangannya ke luar jendela. Dilihatnya banyak camar beterbangan. "yakah?"tanya Anis lagi. "aku ok kau jangan risau."jawabnya lagi. Tiba-tiba telefon tangannya berbunyi dilihat nombor yang tertera di skrin tidak pernah dilihatnya lantas Asyrani segera menjawabnya. "hello assalamualaikum "sapa Asyrani dahulu. "waalaikumsalam, Asyrani ni Bad. "jawab lelaki itu. "oh, Bad apa khabar? Mana awak dapat nombor saya? "tanya Asyrani. Anih juga Badrul mengetahui nombornya kerana sebelum dia memastikan tiada sesiapa saudara-maranya tahu nombornya. "khabar baik, kan hari tu kat kedai buku, saya ada mintak nombor kat awak." jelas Badrul. Anis memalingkan wajahnya ke Asyrani. Dia nampak Asyrani agak gembira berbual dengan lelaki yang dijumpainya dahulu. "oh ya kah? Saya tak ingat lah."jawab Asyrani sambil cuba mengimbas kembali pada hari dia bertemu Badrul tempoh hari. "awak apa khabar? Malam ni awak free tak?" tanya Badrul. "saya ok, malam ni? Saya tak da apa-apa rasanya kenapa?" tanya Asyrani. "saya ingat nak ajak awak keluar makan malam sama-sama jomlah."pujuk Badrul. Asyrani teragak-agak untuk menerima ajakan Badrul. Setelah berfikir lama Asyrani bersetuju. Badrul akan mengambilnya di hostel pada pukul 8 malam.



"Asyrani ni tak apa-apa ke? Saya nampak macam ada masalah aja."tanya Badrul ketika memandu kereta ke destinasinya. Mereka sampai di satu restoran makanan barat yang agak mewah yang terletak di Plaza Alam Sentral Semasa makan, hp Asyrani menjerit. Dilihatnya nama yang tertera di skrin telefon itu. "Shawal!"jerit hatinya. Lantas dia menekan butang merah dan menutup telefonnya. "siapa tu awak? "tanya Badrul ketika menyuap makanan. "entah, saya tak kenal nombor ni."jawab Asyrani selamba. "ya kah, ke pakwe call?"usik Badrul. "er..taklah."jawab Asyrani ringkas. "kenapa awak nak jumpa saya? " tanya Asyrani. "hari tu, saya balik jumpa atok. " kata Badrul. Asyrani yang sedang menyuapkan sudu dalam makanan itu tidak jadi. "apa khabar dengan atok? " tanya Asyrani tersekat-sekat dengan wanita tua itu. "atok sihat, cuma dia kurus sikit."kata Badrul lagi. "ya kah Bad, awak jagalah dia untuk saya. Susah saya nak kembali ke sana. Saya tak dihargai oleh semua orang. Walhal saya tak buat apa-apa pun."terang Asyrani. Badrul amat memahami masalah sepupunya. Dia juga serba salah kepada keluarga kerana merahsiakan perjumpaan dia dengan Asyrani. "sabarlah awak, sama-samalah kita doakan agar family kita ni bersatu kembali."ujar Badrul lembut. Selepas selesai makan, mereka keluar dari restoran. Tiba-tiba dia terserempak dengan seorang lelaki yang dikenalinya. "eh Asy, awak buat apa kat sini?"tanya lelaki itu. "oh. Ebi, saya saja-saja jalan-jalan kat sini. Ebi er..ni sepupu saya Badrul."ujar Asyrani. Ebi dan Badrul bersalaman. Kebetulan bertemu Ebi yang baru pulang dari pusat boling. Shawal memang ada menceritakan tentang hubungannya dengan Asyrani yang agak retak sejak kebelakangan ni. Ebi meminta diri meninggalkan pasangan itu. Selepas keluar dari restoran itu, Badrul dan Asyrani pulang. Sebaik sahaja sampai di hostelnya, Anis sudah menunggunya. "kau ke mana Asy?"soal Anis. "aku pergi makan dengan Bad."jelas Asyrani. "buat apa?"tanya Anis. "kami bincang pasal keluarga."jelas Asyrani lagi. Anis diam. Dia tidak mahu mencari gaduh dengan Asyrani.



"assalamualaikum Mak cik."sapa Ebi di muka pintu rumahnya. "waalaikumsalam Ebi masuklah. Shawal ada dalam bilik. Dia bad mood."kata Puan Aishah. Memang mood Shawal agak terganggu baru-baru ni. Ebi tahu apa sebabnya. Asyik berkurung dalam biliknya. "tak apalah mak cik saya masuk bilik dia."ujar Ebi. Ibu Shawal mengangguk kepalanya tanda beri keizinan kepada Ebi. Ebi mengetuk daun pintu bilik Shawal. "assalamualaikum Wal, ni aku Ebi."ujar Ebi sambil mengetuk pintu bilik. "masuklah pintu tak berkunci."kata Shawal. Ebi masuk dalam bilik Shawal. Shawal hanya baring di katil dengan berbantalkan lengan. "kau kenapa ni Shawal? Aku tengok kau ni tak bersemangat je."tanya Ebi. "aku ada masalah sikit dengan Asy la."ujar Shawal. Dia tidak mahu berselindung dengan rakan baiknya sejak di bangku sekolah lagi. "aku tahu, tadi aku nampak Asy kat Alam Sentral."ujar Ebi. Shawal yang sedang baring lantas bangun. "kau jumpa dia?"tanya Shawal. "Err...aku jumpa dia dengan…."Ebi berkata tersekat. "Ebi, cakap dengan siapa?!"jerit Shawal sehingga menarik baju Ebi. "sabar Wal, aku nampak dia dengan sepupu dia Badrul." kata Ebi. Shawal melepaskan Ebi. "patut dia tak nak angkat telefon aku. Rupa-rupanya dia keluar dengan orang lain! " desis hatinya. Hatinya teruji. Ego bagai dicabar. Dia ingin berjumpa dengan Asyrani untuk mendapat penjelasan.




Beberapa hari kemudian, setelah mendapat kekuatan, Shawal nekad untuk berjumpa dengan Asyrani. Dia inginkan penjelasan dari gadis itu. Walaubagaimanapun, Shawal telah berjanji pada dirinya supaya mengawal dirinya daripada marah kepada gadis itu. Shawal sedar Asyrani tidak bersalah sepenuhnya. Dia cuma menjadi mangsa keadaan. Petang itu setelah habis waktu kerja, dia terus meluncur keretanya ke UNISEL, Shah Alam. Sampai dipintu pagar, jaga yang bertugas sudah mengenalinya lalu membenarkan dia masuk. Shawal menunggu di bawah hostel Asyrani. Dia menelefon Asyrani, lama juga berdering, kemudian diangkat. "hello assalamualaikum Shawal."sapa Asyrani. Suaranya gementar namun dia amat rindukan suara itu. Sudah lama suara itu tidak menerjah ruang telinganya. "waalaikumsalam Asy ada kat mana ni?"tanya Shawal. "Asy ada kat dalam bilik."jawab Asyrani. "baguslah tu, Shawal ada kat bawah, Shawal nak jumpa sekejap."ujar Shawal dengan nadanya yang lembut. "ok, bagi Asy masa 10 minit ya."jawabnya. Asyrani berasa perasaannya bercampur baur. Dia amat gembira dengan pertemuannya dengan Shawal namun dia juga bimbang jika Shawal mempersoalkan tentang makan malam bersama Badrul tempoh hari. Dia pasti Ebi telah memberitahu Shawal.




Shawal memberhentikan mereka di taman yang biasa mereka singgah. Kebetulan pada waktu itu, tidak ramai kanak-kanak yang bermain. Shawal mengajak Asyrani duduk di bangku di bawah pokok yang agak rimbun. Masing-masing mendiamkan diri. Asyrani nekad untuk memberitahu kepada Shawal apa yang tersirat di hatinya. "Asy, sebenarnya Shawal nak mintak maaf . Shawal tak sepatut berbuat kasar hari tu. Shawal rasa macam tak berguna aja sebab Asy tak nak luahkan masalah Asy. Ego Shawal tercabar."ujar Shawal. "sepatutnya Asy percaya pada Shawal. Tu yang buat Shawal rasa macam Asy tak anggap Shawal ni…."belum semput Shawal menuturkan ayatnya, jari Asyrani hinggap di bibirnya. "Shawal sebenarnya Asy patut mintak maaf kat Shawal. Cuma masa tu Asy rasa tension sangat. Baru-baru ini masa Asy dengan Anis pergi jalan-jalan kt KL, Asy terserempak dengan Bad with his family. Asy cepat-cepat elakkan diri. Ingatkan dah selamat rupa-rupanya tak. Dia ikut Asy lepas tu dia bagitau keadaan atok Asy. Atok Asy sakit, dia ajak tengok tapi Asy tolak. Asy tak bersedia untuk berhadapan dengan sedara-mara Asy yang lain. akan banyak soalan mereka akan tanya yang Asy sendiri tak tahu nak cakap apa. Petang lepas jumpa Bad tu asy mimpi atok Asy. Dia nak jumpa Asy. Dia menangis kat Asy. Asy rasa sedih sangat. Walaupun keluarga Asy tak pernah larang dari berjumpa dengan mereka namun Asy masih ingat apa yang mereka lakukan pada Asy lepas mama meninggal. Baru-baru ini Asy jumpa Badrul sekali lagi. Dia kata dia nak ajak Asy balik Kuantan tapi Asy tolak sebab tak selesa balik dengan dia nanti apa kata mama dia. Jadi Asy tolak ajakan dia. Begitulah ceritanya." terang Asyrani panjang lebar. Air mata tidak berhenti mengalir keluar. Shawal berasa serba salah kerana cemburu membabi buta. Dia merapatkan badannya dengan gadis yang disebelahnya itu. "Asy, Shawal minta maaf sekali lagi pada Asy. Shawal tak sepatut bertindak melulu dan Shawal juga tidak harus cemburu membabi buta."Shawal mengaku kesilapannya. "Shawal jealous Asy dengan Bad?"usik Asyrani. Dia sudah mampu tersenyum. Bebannya rasa berkurang. "mestilah Shawal cemburu. Shawal sayangkan Asy mestilah Shawal tak nak Asy jatuh ke tangan orang lain."kata Shawal serius. “Shawal jangan bimbang hati Asy hanya milik Shawal. Kaulah segalanya.” Shawal hanya tersenyum. Banyak mereka berborak. Selepas itu mereka berdua pulang.




Sampai di hostel, kebetulan Anis berada di bawah. Dia melihat kelibat Asyrani dan Shawal pulang bersama. "dah berbaik dah tu."desis hatinya. Wajah Asyrani cukup ceria. Sampai dibiliknya Anis sudah mengusiknya. "ada orang tu bergaduh sakan sampai makan tak lalu tapi bila dah berbaik senyum tak ingat dunia."Anis ketawa terkekeh-kekeh. Keesokan harinya, Asyrani memang agak sibuk dengan tugasan yang diberikan. Seharian dia ada kelas dan tutorial. Memang penat. Sampai dibiliknya Anis sudah terbaring. Di atas mejanya terdapat sejambak bunga matahari kesukaannya. Dia hairan siapa yang berikan bunga itu. Jangkaannya Shawal lantas dia telefon Shawal. "hello assalamualaikum Shawal."sapa Asyrani. "waalaikumsalam sayang. Kenapa call Shawal ni?" tanya Shawal ketika itu dia baru sahaja sampai di rumahnya. "Asy nak ucapkan terima kasih kat Shawal sebab bagi bunga ni. Mana Shawal tahu Asy suka sunflower? "tanya Asy. "aik, bila masa Shawal bagi bunga. Shawal tak tahu pulak Asy suka bunga matahari."jawab Shawal. Setahu dia, dia tidak pernah memesan bunga untuk dihantar malah dia tidak tahu Asyrani gemarkan bunga matahari. "Shawal cakap betul-betul, siapa lagi yang nak bagi kat Asy selain Shawal."ujar Asyrani. Asyrani berkira-kira dalam fikirannya. Tak mungkin orang lain. "agaknya secret admire kot."kata Shawal. Perasaan ingin tahu siapa pengirim bunga itu membuak-buak. “isy tak ada maknanya tu.”kata Asyrani kembali. "cuba Asy kat celah-celah bunga, cari mana tau ada kad."arah Shawal. Asyrani melihat jika ada kelihatan kad. Di celah bunga itu, dia melihat sekeping kad bersampul surat putih. "ada kad la Shawal."beritahu Asyrani sambil mengambil kad itu untuk di baca. "bacalah isinya."kata Shawal. Dia sudah tidak sabar-sabar ingi tahu kandungan kad itu. Di bukanya kad itu, dia terkejut isinya serta nama pengirimnya.


Assalamualaikum Asy
Kau tak ingat aku lagi?
Aku yang pernah menjadi kekasih kau dulu,
Yang sekarang kau tolak aku mentah-mentah,
Aku tahu sekarang kau dah jadi milik orang lain
Aku cuma nak kata baik kau jaga diri kau elok2
Hati-hati tau……

"Hafiz!"jerit Asyrani. Shawal terkejut apabila Asyrani menyebut nama lelaki itu. Sudah lama lelaki itu tidak keluar dari bibir Asyrani. "dia kata apa? " tanya Shawal. Asyrani teragak-agak. "Dia ugut Asy."katanya tersekat-sekat. "ha! Asy report polis la."jerit Shawal. Dia bimbang keselamatan Asyrani. "tak payah la Shawal. Asy rasa dia main-main kot."kata Asyrani. Asyrani musykil Hafiz serius mengugutnya. "Asy ni, Shawal risau tau. Tak apalah esok Shawal datang ya."kata Shawal. Asyrani hanya mengiyakan sahaja. Shawal pun mematikan talian. Dia baring di atas katilnya. Dia bimbang akan keselamatan Asyrani. Namun gadis itu telah melarang dia melaporkan pada polis. Dia harus melakukan sesuatu agar Asyrani sentiasa selamat.