Kaulah Segalanya Episod 10

Keesokkan harinya Shawal bertemu dengan Asyrani di tempat biasa. Shawal bergegas berjumpa dengan Asyrani. Apabila tiba dia segera melihat kelibat Asyrani. Sedang mencari dia melihat seorang anak gadis bermain buaian lantas dia menuju ke situ. "Asy tak apa-apa? Ada tak orang ikut Asy ke mari?"tanya Shawal. Shawal melihat sekitar mereka kalau ada wajah yang mencurigakan. "Asy ok. Tak ada orang yang ikut Asy ke sini."jawab Asyrani tenang. Dia masih duduk di atas buaian sambil mengayunkan buaian itu. Shawal duduk di buaian sebelahnya. Asyrani kelihatan tenang. Dia tertanya-tanya bagaimana gadis itu boleh tenang sedangkan nyawanya terancam. "Shawal, don't worry about me ok. Smile sikit."kata Asyrani sambil tersenyum. Hilang sebentar kerisauan Shawal dek melihat senyuman Asyrani. Mereka bermain di taman itu bagaikan anak kecil.



Sudah hampir setahun Shawal dan Asyrani berkenalan. Sesekali ada juga salah faham namun masing-masing bertolak ansur. Setakat itu juga tiada sebarang ancaman dari Hafiz. Hubungan kekeluargaan antara mereka sangat rapat. Sebelum cuti semesternya, Asyrani membuat rancangan dengan abang dan kakaknya untuk berjumpa dengan neneknya. Perancangan itu dibincangkan pada kedua orang tuanya. Shawal juga mengetahuinya. Ayah dan Umi tidak membantah cuma mereka tidak turut sama datang. "abah takkan pergi selagi mereka tak boleh terima kehadiran umi."kata ayahnya keras. Asyrani memilih untuk melawat neneknya pada hari sekolah. Sampai di rumah ibu saudaranya. Mereka bertiga di sambut mesra oleh ibu saudaranya dan neneknya. Senyuman yang terpamer di bibir ibu saudaranya tidak dapat ditafsirkan. Segera Asyrani memeluk neneknya. Begitu juga abang dan kakaknya. Mereka amat merindui neneknya. Berderai air mata wanita yang hampir seabad usianya. Sejak kecil lagi arwah mamanya sering menghantar mereka ke rumah neneknya. Disebabkan itu juga mereka bertiga dengan neneknya agak manja berbanding dengan cucu-cucu yang lain.



Duduk di meja makan. Asyrani melihat wajah wanita yang sudah berusia di hadapannya. Jelas kelihatan garis-garis kedut di seluruh tubuhnya. Neneknya kelihatan lebih tua berbanding dahulu. Di wajahnya tampak gembira walau masih kelihatan air mata di pipinya. "atok apa khabar? " tanya abangnya. "macam nilah. Kadang-kadang sihat kadang-kadang sakit."jawab neneknya. Sayu Asyrani mendengar jawapan itu. Tiba-tiba pembantu rumah keluarga itu Kak Farah muncul dari dapur. "waduh Asyrani datang. Kenapa nggak kasi tahu sama kakak? Kapan kalian datang?"tanya Kak Farah dalam slanga Indonesianya. Dia amat gembira hingga memeluk tubuh Asyrani. Sepanjang Asyrani tinggal di situ dahulu memang dia amat manja dengan Kak Farah. Kakak itu dianggap seperti kakaknya sendiri. Pipinya dicium. "kakak kangan bangat sama kamu." kata kakak Farah lagi. "saya pun sama."balasnya. Selepas itu, kak Farah menyambung kerjanya. Banyak perkara yang mereka bualkan. Ibu saudaranya kadang-kadang mencelah perbualan mereka. Asyrani meminta diri untuk ke tandas. Dia masuk ke bilik sepupu perempuannya, Alya. Sepupunya berada di sekolah. Dia membuka tudungnya dan masuk ke tandas. Setelah itu, dia membuka beg sandangnya mengambil sikat. Rambutnya yang panjang itu disisir rapi. Sedang dia memakai tudung dia terdengar suara lelaki berdehem.



"oh mak kau, Ya Allah terkejut saya. Bad… awak buat apa kat sini?"tanya Asyrani. Dia cepat memakai tudung untuk menutup auratnya. "kenapa la mamat ni ada kat sini. Buat malu aku."desis hatinya. Badrul tersenyum. Dia sendiri terkejut apabila Asyrani masuk bilik tanpa diketuk. Belum sempat dia berkata apa-apa Asyrani membuka tudungnya dan menuju ke tandas. Dia sebenarnya terpesona dengan Asyrani. Lain wajahnya ketika tidak bertudung. Rambutnya yang hitam panjang berkilat. Asyrani menyumpah dirinya kerana terburu-buru. "sekarangkan cuti sem, saya bercuti kat sini. Kasi hilang tension sikit."ujar Badrul. Matanya dihalakan ke arah lain untuk mengelakkan degupan jantungnya berdetak kencang. "oh, kalau macam tu saya keluar dulu ya. Tak nak ganggu awak berehat."kata Asyrani sambil tergesa-gesa keluar meninggalkan Badrul terpinga-pinga. Asyrani berasa sangat malu. Dia menuju ke ruang tamu. Tiba-tiba Badrul terdengar bunyi deringan. Dia melihat telefon bimbit di atas katil. Dia pasti itu bukan hp milik Alya. Dia agak telefon itu milik Asyrani. Dia melihat nama yang tertera di skrin telefon "Shawal Sayang. " runtun hatinya ketika itu. Hati Asyrani sudah menjadi milik lelaki lain. Mungkin lelaki yang dia jumpa di restoran mamak dulu. Perlahan dia menjawab panggilan itu.




"Hello Asy!"sapa suara lelaki yang berada di hujung talian. "hello."jawab Badrul tersekat-sekat. "eh ni siapa? mana Asy? awak jangan apa-apakan dia!"jerit Shawal. Dia bimbang jika Asyrani di apa-apakan. Dia masih ingat ancaman Hafiz beberapa bulan yang lalu. "maafkan saya. Ni Badrul, sepupu Asyrani. Dia ada kat rumah mak sedara saya. Dia jumpa dengan atok. Tadi dia tertinggal telefonnya dalam bilik sepupu saya masa dia pergi tandas."jawab Badrul panjang lebarnya. Walaupun dia mempunyai satu perasaan yang aneh terhadap Asyrani, dia tidak mahu menghancurkan kasih sayang di antara pasangan itu. "oh maafkan saya."ujar Shawal. Dia tidak bimbang tentang hubungan Asyrani dengan Badrul. Baginya Asyrani dengan Badrul hanya sepupu tidak lebih dari itu. "awak nak cakap dengan dia sekarang ke? Nanti saya pass kat dia."kata Badrul. "tak apalah, saya sahaja nak call dia, nanti awak bagitau Asy yang saya call dia. Oklah assalamualaikum, bye."pesan Shawal. "insya Allah, waalaikumsalam."jawab Badrul. Dia segera menutup punat telefon Asy. Dia segera berjalan menuju ke ruang tamu.




"Asyrani, awak tertinggal hp dalam bilik tadi."kata Badrul. Asyrani berjalan menuju ke arahnya. Badrul menghulurkan telefon itu kembali kepada tuannya. "tadi Shawal call awak. Saya angkat, dia cakap saja-saja call awak."bisik Badrul. "ok thanks Bad."ucap Asyrani. Badrul hanya tersenyum sambil mengangguk kepalanya. Asyrani kembali duduk bersama nenek kesayangannya itu. "tok buat apa pagi-pagi lepas Alya pergi sekolah?"tanya Nana. "tak ada apa. Kadang-kadang jalan-jalan sekeliling rumah ni."jawab nenek mereka. "kamu semua selalulah datang sini, jumpa tok ya?"ujar neneknya. Mereka bertiga tidak tahu berkata apa-apa. Mereka tidak ingin memberi harapan yang tinggi kepada neneknya apatahlagi pada diri mereka sendiri. "ala tok, dia orang kan sibuk."kata Badrul. "insya Allah tok, kalau kami balik kuantan dan tak sibuk boleh la datang ya tok."ujar Khairul. Mungkin kata-kata itu dapat melegakan hati neneknya itu. Khairul dan adik beradik meminta diri untuk pulang. Mereka bersalaman dan berpelukan dengan nenek mereka.



Sebelum keluar, Asyrani mencari kelibat Kak Farah di dapur. "Kak Farah, saya udah mahu pulang."ujarnya sambil memandang Kak Farah. "waduh, tunggu dulu dik, mari makan di sini. Kita udah lama nggak makan sama. Ya benar? " kata Kak Farah. "nggak papa kok, adik mahu pulang dahulu. Ini ada kasi nombor telefon pada Kak Farah. Jangan hilangkan dan jangan beri pada sesiapa pun."ujar Asyrani sambil memberi sekeping kertas yang mengandungi nombor telefon bimbitnya. "bukan Asyrani pakai nombor yang lain? Alya bagi nombor Asyrani pada kakak nombor lain."ujar Kak Farah. "oh, itu yang lain kak, nombor ini hanya teman rapat sahaja yang tahu. Kalau ada emergency Kak Farah cepat telefon saya."kata Asyrani. "saya pulang dulu kak."ujar Asyrani lagi. "kapan Asyrani mahu ke sini?"tanya Kak Farah. "saya nggak tahu kak. Kak Farah sendiri tahu apa yang terjadi dalam famili ini."bilang Asyrani. Dia memang agak fasih bercakap Indonesia kerana belajar dari Kakak Farah dan berdasarkan drama-drama sinetron yang ditayangkan di televisyen. "nggak papa, akak paham. Kakak sentiasa doakan kita semua bersatu kembali seperti dulu."ujar Kak Farah. Mereka berpelukan lalu menghantar Asyrani ke muka pintu. Asyrani bersalaman dengan ibu saudaranya Aunty Mona. Aunty Mona mengucapkan selamat tinggal. Begitu juga dengan neneknya yang duduk di kerusi di anjung rumah. Neneknya melambaikan tangannya kepada mereka. Mereka bertiga membalas lambaian itu ketika dalam kereta. Kelihatan air mata mengalir dari mata wanita tua itu. Sayu rasa hati Asyrani.




Sampai di rumah ayah dan uminya sudah pun keluar bekerja. Khairul sibuk dengan computer ribanya. Dia sibuk dengan kerjanya manakala Nana pula sibuk dengan assignmentnya. Asyrani duduk di dalam biliknya sambil memasang pendingin hawa. Dingin amat terasa. Sedang dia berbaring, dia pun teringatkan Shawal lantas menelefonnya. "hello assalamualaikum sayang!"sapa Shawal ceria. "waalaikumsalam. Aik happy semacam ni, ada apa-apa ke?"tanya Asyrani. "tak ada apa-apa saja happy, takkan nak happy pun tak boleh. Nanti kalau muka masam cepat tua time tu Asy pun dah tak nak kat Shawal dah."ujar Shawal. Asyrani ketawa kuat. "adoi, ada sahaja Shawal ni. Tadi Asy nak mintak maaf sebab biarkan Bad jawab phone tadi. Asy sebenarnya tak tahu pun dia ada kat situ. Tengah je Asy baru keluar dari toilet terus dia sergah Asy. Terkejut gila time tu. Asy ingatkan hantu tau, tapi hantu tak ada siang hari. Lepas je Asy tegur dia. Asy terus cabut pi kat hall."terang Asyrani. Ketawa Shawal meledak kuat. "aik, Shawal tak jealous ke Asy jumpa dia?"usik Asyrani. "eleh, tak pun."kata Shawal. Asyrani pun menceritakan sepanjang dia berjumpa dengan neneknya tadi. Lama juga mereka berborak hingga panas telinga Asyrani dibuatnya.



Tengah hari itu, dia telah berjanji dengan Liyana untuk keluar makan bersama. Mereka bertemu di Restoran Sara Thai. Kakak Asyrani pun mengikut mereka. Kedua-dua orang tuanya sibuk bekerja manakala abangnya sudah pulang ke Kuala Lumpur, terpaksalah Nana mengikutnya. Sampai di sana, dia melihat Liyana sudah pun tiba. "assalamualaikum Yana. Sorrylah lambat traffic jam lah."kata Asyrani sambil melabuhkan punggungnya ke kerusi. "yelah, aku tahu kau bawak kereta macam-macam kura-kura kan."kata Liyana sambil ketawa. Masam muka Asyrani. "korang borak dulu, Nana nak tengok ikan apa yang ada?"kata Nana meninggalkan meja mereka. "wei, cam mana kau dengan mamat tu?"tanya Liyana. "so far ok lah. Tak payahlah tanya pasal Shawal. Ni aku nak cerita ni hari tu aku jumpa atok aku."kata Asyrani. "ye ke? Macam mana dengan dia? Kau pulak macam mana?"tanya Hasna. Belum sempat Asyrani menjawab, kakaknya sudah sampai di meja. "mmm kau kat matrix ok?"ujar Asyrani saja tidak ingin kakaknya tahu apa yang mereka bualkan sebentar tadi. Liyana yang paham maksud Asyrani segera menjawab "eh ok, tapi banyak kerja lah. Tension aku dibuatnya. Kau tahu tak hari-hari aku kena tidur 2 atau 3 pagi sebab assignment banyak."kata Liyana. Asyrani dan kakaknya tersenyum. "memang la banyak Liyana. Orang yang masuk matrik tak boleh nak rest. Selalu kena rushing."ujar Nana. "betul tu, nasib baik aku tak dapat matrik. Kalau tak botak kepala aku nanti."jawab Asyrani pula. Mereka bertiga ketawa serentak. Masing-masing menikmati makanan dengan penuh nikmat. "bila kau masuk UNISEL balik?"tanya Liyana sambil menyuap makanan. "2 minggu lagi cuti aku nak habis. Rasa tak sabar nak habis cuti."balas Asyrani. Liyana dan Nana yang mendengar jawapan Asyrani ketawa serentak. "eh, apa pasal korang ketawa?"tanya Asyrani kehairanan. "ye la aku tahu lah kau tak sabar nak balik UNISEL supaya boleh jumpa buah hati kau tu."usik Liyana. "mana ada? " jawab Asyrani malu-malu. "dah lah Liyana, muka dia dah merah tu. Baik kita makan lagi bagus."usik Nana pula. Selepas makan, mereka meminta diri. "oklah Yana aku balik dulu ok, kau tolong sampaikan salam aku kat geng kita yang lain. cuti kau kan panjang lagi. Nanti kalau ada masa aku call kau ye."ucap Asyrani sambil bersalaman. Liyana mengangguk. Dia bersalaman dengan Nana lalu terus pulang.




Cuti semesternya sudah pun tamat. Dia pulang ke kampusnya. Kali ini sendirian. Dia menaiki bas pada waktu tengah hari. Sebelum pulang uminya menasihatinya "dik, belajar elok-elok ya. Adik jangan selalu tension tau." "betul tu, abah nak kamu belajar.Jangan difikir perkara yang lain."pesan ayahnya pula. Dia sampai lewat petang. Sampai sahaja di Puduraya. Pandangan Asyani melilau mencari teksi yang kosong. Sedang mencari teksi, dia berasa dirinya diperhatikan. Dia merasakan ada seorang wanita memerhatikan di belakangnya. Asyrani memalingkan dirinya. Dilihat ibu saudaranya, Datin Julia, ibu kepada Badrul. Wanita tersenyum manis kepadanya. Wanita itu berjalan ke arahnya. Mereka bersalaman. "assalamualaikum Aunty Ju."ujar Asyrani. Dia tetap memaniskan mukanya. "waalaikumsalam adik, buat apa kat sini?"tanya Aunty Ju. "adik baru sampai. Naik bas dari kuantan."jawab Asyrani. Wajah wanita di hadapannya agak berkerut sikit. "kenapa tak naik flight? Kan senang."ujar Aunty Julia. "tak syok la naik fkight aunty. Naik bas ni adventure sikit pastu boleh tengok pemandangan and the ticket is very cheap."balas Asyrani. Aunty Ju hanya mengangguk kepala. Dia tahu gadis cilik di hadapannya agak berbeza dengan anak-anaknya atau anak-anak saudaranya yang lain. Kehidupan gadis d hadapannya cukup sederhana walau keluarganya agak berada. Bagi Asyrani dia suka perjalanan yang mencabar. "jom adik, kita makan dulu. Nanti Aunty hantar adik balik."ajak Aunty Ju sambil mengambil satu beg Asyrani untuk dibimbitnya. Asyrani hanya membontoti ibu saudaranya. Dalam diam Asyrani menyusun kata. Dia sudah dapat mengagak soalan yang bakal ditujukan kepadanya.


Sampai di restoran, Aunty Ju membuka kata. "adik ok sekarang?"tanya Aunty Ju. "adik ok, so far alhamdulillah."jawabnya tenang. "keluarga semua ok?"tanya Aunty Ju lagi. "ok aje."jawabnya ringkas. "sebenarnya Aunty nak tanya adik. Dah lama Aunty nak tanya tapi tak ada masa yang sesuai. Apa perasaan adik bila abah kahwin baru? ” tanya Aunty Ju. Asyrani tidak terkejut apabila disoal seperti itu. Dia sudah dapat mengagak soalan itu akan keluar dari mulut ibu saudaranya. "perasaan adik?...erm pada awalnya adiklah anak yang paling tentang abah nak kahwin. Adik juga yang paling bangkang bila abah nak kahwin dengan umi. Sebab bagi adik tiada siapa dapat gantikan tempat mama."jawab Asyrani tenang. Dia menyedut air teh o' aisnya seketika. Basahkan tekaknya yang kering. "tapi adik fikir balik, ni hanyalah pengorbanan yang kecil berbanding apa yang abah dah korbankan untuk besarkan kami semua. Lagipun bila kami semua dah tak ada kat rumah siapa nak jaga makan pakai dia? Siapa nak ganti tempat kerja mama? Nak harapkan Aunty semua mungkin sampai bila pun aunty semua tak datang. Entah-entah mati kering abah tu."kata Asyrani lagi. Dia ingin memulangkan paku buah keras kepada ibu saudaranya. Biar Datin Julia tahu. Aunty Ju hanya menundukkan kepalanya. "Aunty, kami tiga beradik telah pun korbankan perasaan kami untuk buat abah kami gembira. Dia dah tua biarlah dia gembira di penghujung usianya. Kami masih muda dan kuat. Biarpun abah kahwin baru 4 pun kami takkan bantah kerana tiada siapa yang dapat tandingi mama kami. Sejak umi kahwin abah tak pernah sehari dia merungut tak nak pergi kubur. Hari-hari dia ziarahi kubur dan sedekahkan Al-Fatihah. Everyday aunty."balas Asyrani.

"Aunty, tak bersedia dan tak kuat untuk ke kubur mama adik."kata Aunty Julia. Air matanya mengalir. "Aunty, macam mana pula dengan kami, kami duduk serumah, jaga masa dia sakit. Aunty rasa kami semua ni kuat dan bersedia?"tanya Asyrani lagi. "untuk pengetahuan aunty ataupun semua orang. Perasaan kami yang kosong tiada siapa yang tahu. Aunty tak tahu macam mana rasanya kehilangan seorang ibu. Adik tertekan, murung rasa macam nak bunuh diri pun ada. Tapi masa tu tak ada sesiapa pun yang datang hulurkan tangan untuk ringankan beban yang kami semua tanggung. Adik rasa tak berguna sangat. Masa mula-mula abah nak kahwin, adik lagi rasa stress. Adik pernah gaduh dengan abah. Tak ada siapa pun yang peduli. Masa tu mana aunty semua? Tak ada kan. Sekarang adik berada kat depan Aunty ni dan masih bernafas lagi hanya kerana semangat dan iman kepada Allah serta kekuatan yang adik kumpul sendiri."kata Asyrani lagi. Aunty Julia terkesima mendengar kata-kata anak gadis itu. Kini dia menyedari gadis itu sebenarnya terseksa di hati. Namun tidak setitis air mata pun yang mengalir. "sudahlah Aunty, adik nak kena balik ni, dah lewat ni, nak dekat maghrib dah. Nanti tak sempat nak solat. Aunty tak perlu hantar, adik balik sendiri.ujar Asyrani sambil meninggalkan ibu saudaranya terpinga-pinga. “kuatnya hatimu Asyrani.”dalam diam Datin Julia menjerit.

0 comments: