
heheh...wujud ku buku neh?
Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu..... Apabila hatiku gundah Izinkan aku bermadah
KUSANGKA panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Itulah yang dirasai oleh Zulaikha bila mahligai cintanya bersama Zamri musnah angkara orang kedua. Meski hatinya luluh terluka, namun demi anak-anak, dia bangkit semula daripada ke kecewaan semalam untuk meneruskan hidup.
SEKIAN lama menyulam kasih, cinta yang kian mekar diikat dengan tali pertunangan. Sejak itu, Asnida tidak sabar menantikan hari bahagianya bersama Zamarul. Tanpa diduga, istana yang bakal dibina tiba-tiba dilanda petaka. Dia kecewa apabila Zamarul berterus terang telah menikahi Milia, bekas kekasihnya secara rahsia. Asnida rasa tertipu dengan kecurangan



Bibit-bibit cinta Eliana dengan Amri berputik sejak mereka sama-sama terlibat dalam aktiviti perkhemahan. Rimbunan kenangan manis bersama-sama Amri menguatkan lagi rasa cinta Eliana. Diri yang selama ini kontang dengan kasih sayang mula diresapi bara asmara, menghangatkan lagi seluruh musim dingin di hatinya.
Entah apa silapnya, sedang asyik dilambung rindu, bermulalah satu episod hitam dalam hidupnya. Amri tiba-tiba menghilangkan diri sekali gus mengubah seluruh cerita cinta yang terlakar. Hatinya jadi rawan
Tatkala itu, Imran Syakir menghadirkan diri. Jejaka sebelah rumah itu pada awalnya dipandang sinis oleh Eliana. Namun Imran tetap tegar mencelah, menjadikan kehadirannya mula dirasai. Datangnya untuk menyembuh lara hati, memberinya satu pengalaman cinta yang berbeza.
Resam hidup, dugaan akan sentiasa datang menguji ketabahan dan keimanan setiap insan. Tahun berganti tahun...Amri kembali menuntut haknya setelah Eliana dibiar sendirian melalui trauma. Eliana keliru. Kerana Amri juga, dia hampir menemui ajalnya!
Perlukah dia setia pada janji semalam yang telah berlalu pergi ataupun berpaut pada harapan esok yang belum pasti?

Cinta tidak bererti memiliki. Tetapi cinta juga bukan bermaksud melukai. Bagi Hani, cintanya bersama Raiz rupanya hanya sebuah mimpi. Dia benar-benar kecewa bila ditinggalkan terkapai-kapai mencari haluan sendiri.
“Cinta pertama dengan kau tapi malam pertama dengan Meriam!” Sindiran itu bagai memetir di telinga Hani. Jiwanya hangus terbakar. Maruahnya terasa dipijak-pijak!
Benarkah cuma dia yang setia sedangkan Raiz hanya bijak bermain kata-kata? Dia berusaha memujuk diri melupakan semuanya tentang Raiz. Tapi, batinnya terseksa menanggung rindu mengejar bayang lelaki itu.
Di langit sana... Raiz pula menangisi setiap malamnya di sisi Meriam. Dia menikahi sepupunya itu untuk melunaskan hutang emaknya. Hanya sekali dia menyentuh Meriam. Itulah yang pertama dan terakhir setelah beratus kali
Meriam menyindirnya suami dayus dan serba-serbi tidak mampu.
Kasih mereka kasih terhalang, tapi rindu mereka tidak pernah terlarang. Hani dan Raiz dipertemukan semula dalam episod kedua. Janji mereka untuk hidup sebagai suami isteri akhirnya dimaterai dengan ijab kabul tanpa restu keluarga.
Bagaimana dengan Meriam?

KELAHIRAN Asha tidak dinantikan kerana dianggap membawa sial. Perniagaan keluarga yang sebelum ini sukses, akhirnya merudum. Kecewa dengan kenyataan
itu, Asha sering bertindak di luar batasan. Bukan niatnya untuk menconteng arang, dia cuma mengharapkan sedikit perhatian.
Kehadiran Zaiffudin membawa seribu makna dalam hidupnya. Bukan saja terhutang nyawa dan budi, bahkan lelaki itu telah memberi nafas baru dalam denyutan nadinya. Kerana lelaki itu juga, dia bangkit membina kecemerlangan diri. Tanpa sedar, perasaan aneh itu kian bercambah dengan sendirinya.
Kepulangannya dari London membawa sejuta impian. Impian yang tergantung selama ini harus disandarkan. Apatah lagi nur Islam telah menyinari jiwanya. Kini, nama Asha sudah tiada. Yang ada adalah sebuah nama yang cukup indah... Aisyah.
Detik yang berlalu menjadikan Aisyah seorang pencinta yang setia. Namun, siapa sangka saat bahagia berlegar di depan mata, akhirnya musnah dalam sekelipan saja. Bakal ibu mertua yang diharap dapat menyirami hatinya yang
ketandusan kasih sayang rupa-rupanya meracun diri.
Mampukah Aisyah bertahan sedangkan dia tahu syurga suami terletak di bawah telapak ibunya?

Entah apa silapnya, sedang asyik dilambung rindu, bermulalah satu episod hitam dalam hidupnya. Amri tiba-tiba menghilangkan diri sekali gus mengubah seluruh cerita cinta yang terlakar. Hatinya jadi rawan.
Tatkala itu, Imran Syakir menghadirkan diri. Jejaka sebelah rumah itu pada awalnya dipandang sinis oleh Eliana. Namun Imran tetap tegar mencelah, menjadikan kehadirannya mula dirasai. Datangnya untuk menyembuh lara hati, memberinya satu pengalaman cinta yang berbeza.
Resam hidup, dugaan akan sentiasa datang menguji ketabahan dan keimanan setiap insan. Tahun berganti tahun... Amri kembali menuntut haknya setelah Eliana dibiar sendirian melalui trauma. Eliana keliru. Kerana Amri, dia hampir gila. Kerana Amri juga, dia hampir menemui ajalnya!
Perlukah dia setia pada janji semalam yang telah berlalu pergi ataupun berpaut pada harapan esok yang belum pasti?
kemunculan hijab sang pecinta....pelengkap trilogi bagaikan puteri dan cinta sang ratu....dengan kuasa Allah, hijab waktu dibuka...terungkai lah laksamana sunan pertemuan mata dengan haryani....lafaz cinta mereka temetarai kembali....dani akhirnya berjumpa cinta hatinya...Saleha....tika lafaz cinta terungkap walau sang ratna masih di mata namun cinta pada haryani juga ada....tika akad....jasad sunan kembali ke kurun 15....sesungguhnya dendam itu bara..marah itu api....sebagai manusia aku sayang padamu....




