KUSANGKA panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Itulah yang dirasai oleh Zulaikha bila mahligai cintanya bersama Zamri musnah angkara orang kedua. Meski hatinya luluh terluka, namun demi anak-anak, dia bangkit semula daripada ke kecewaan semalam untuk meneruskan hidup.
Pengalaman pahit yang dilalui membuatkan Zulaikha berusaha menghindarkan diri daripada terjebak dalam percintaan. Namun tanpa diduga, kehadiran Nik Azhan, lelaki yang pernah me nyimpan perasaan padanya dulu kembali mengocak ketenangannya. Nik Azhan berusaha untuk merebut kembali hati Zulaikha. Zulaikha sedar, lelaki itu tegar tidak mahu melepaskannya lagi buat kali kedua. Namun, mana mungkin... kerana hatinya benar-benar telah tertutup untuk menerima cinta baru. Dia sudah penat dikecewakan!
Kasih sayang dan perhatian yang diberikan Nik Azhan amat di senangi anak-anak Zulaikha yang dahagakan perhatian daripada seorang bapa. Setiap hari nama Nik Azhan meniti di bibir mereka sehingga mengusik hati Zulaikha. Perlukah dia memaksa diri menyukai lelaki itu demi kebahagiaan anak-anaknya? Di manakah cinta Nik Azhan di sudut hatinya?
SYADIA TAQWA gelisah diburu cinta tiga jejaka. Ketika mengenali Emir, dia telah lama melupakan episod kasihnya bersama Irfan sewaktu di kolej dulu. Baginya, kisah kasih antara dia dan Irfan telah berakhir.
Selembar waktu berlalu, perwatakan Emir yang tenang mencuit hati wanitanya. Namun, perasaan itu cuba dihindari. Dalam pada itu, dapat dirasakan perhatian Afiq terhadapnya bukan sekadar sebagai seorang ketua dengan pekerja.
Tiga lelaki yang berbeza peribadi membuatkan Syadia lemas sendiri. Dia bingung dalam menilai erti cinta sebenar. Malah, dia bimbang jika tersilap pilihan. Adakalanya Syadia berasa bosan dan mahu sahaja menolak ketiga-tiga cinta itu untuk terus menyendiri. Namun, hati kecilnya mula menerima satu getaran kasih luhur yang meresap di sanubarinya. Sebagai gadis desa, Syadia belum berani mendengar bisikan hatinya.
SEKIAN lama menyulam kasih, cinta yang kian mekar diikat dengan tali pertunangan. Sejak itu, Asnida tidak sabar menantikan hari bahagianya bersama Zamarul. Tanpa diduga, istana yang bakal dibina tiba-tiba dilanda petaka. Dia kecewa apabila Zamarul berterus terang telah menikahi Milia, bekas kekasihnya secara rahsia. Asnida rasa tertipu dengan kecurangan
Zamarul. Dia menghadapi tekanan emosi dan sering merindui musim cinta mereka yang kini tinggal memori duka. Dia cuba membenci Zamarul dan minta pertunangan mereka diputuskan, tetapi Zamarul tetap bertegas mahu meneruskan perkahwinan mereka.
Kehadiran Helmy telah mengisi ruang kosong di hati Asnida. Helmy, lelaki yang menghargai kesetiaan seorang wanita. Helmy juga telah mengubati kelukaannya dengan kata-kata semangat. Dalam diam, dia merindui lelaki itu biarpun hatinya sering menidakkan kerana dia masih tunangan orang.
Hubungan Asnida dan Helmy telah menjeruk perasaan Zamarul. Dia bersemuka dengan Helmy dan memberikan kata putus yang Asnida tetap akan menjadi miliknya biar apa pun halangannya. Asnida pasrah. Biarlah takdir yang menentukan jalan hidupnya.
Suluk
5 years ago
0 comments:
Post a Comment