Izinku Pergi Episod 7

“Selamat pagi kelas.”suara lembut menyapa isi 5Kreatif. “Selamat pagi Puan Syazana.”balas mereka. Puan Syazana. “Nur Ain.”panggil Puan Syazana setelah melabuhkan punggungnya di kerusi empuk. Nur Ain dengan dadanya berdebar - debar melangkah longlai ke meja guru. “macam mana kedatangan kelas kita hari ini?”tanya Puan Syazana. “hari ni 3 orang tak datang cikgu.”jawab Nur Ain. Hakim yang dari tadi memandang reaksi Nur Ain bertambah resah kerana mengingatkan kata – kata Puan Syazana tempoh hari supaya dia harus meminta maaf pada Nur Ain di depan semua orang. Dia dapat merasakan Nur Ain tidak akan memaafkannya dan sekaligus memalukannya di hadapan semua pelajar 5 Kreatif. “ok kelas, hari ini saya ada mesyuarat so, kamu semua ulang kaji pelajaran masing – masing.”ujar Puan Syazana bersahaja seolah – olah tiada apa yang berlaku. Wanita itu berlalu dari kelasnya. “aik, bukan ke sepatutnya dia suruh aku mintak maaf depan semua orang?”gerutu hati Hakim. Kelas 5 Kreatif kembali bingit. Nur Ain menghela nafas lega.

“assalamualaikum Puan Syazana”sapa Nur Ain kepada Puan Syazana yang baru keluar dari Proton Satria birunya. “waalaikumsalam Nur Ain. Ada apa yang boleh saya bantu?” Tanya Puan Syazana. “macam mana ni cikgu, kalau boleh pasal Hakim tu cikgu lupakan saja. Saya dah maafkan dia. Tak payah suruh dia minta maaf depan semua orang.”ujar Nur Ain. Ada kerutan di dahi Puan Syazana. “kenapa? Awak tak marah dia ke?”Tanya Puan Syazana kembali. “”siapa yang tak marah jika maruah kita di canang-canang seperti tiada harga di mata khalayak namun saya hanya manusia biasa yang sentiasa memaafkan kesilapan orang lain.” kata Nur Ain panjang lebar. “terpulang pada awak Nur Ain, saya tak nak memaksa.” kata Puan Syazana. “terima kasih cikgu.”ucap Nur Ain. Puan Syazana tersenyum manis melihatkan giginya tersusun rapi. “satu lagi awak jangan lupa pertandingan sajak kita tau. Pertandingan tu dah tak lama lagi. Walaupun kamu berdua ada masalah tapi saya nak kamu berdua bersikap professional”ujar Puan Syazana. Nur Ain hanya mengangguk. “Ain, boleh tolong ajar aku buat add math tak?”lamunan Nur Ain tersentak apabila disapa oleh Sarah. “mana dia?”Tanya Nur Ain kembali. Sarah mengunjukkan buku kerjanya. Dari sudut tempat duduk Hakim, dia melihat kelibat 2 gadis yang sedang sibuk belajar. Sesekali kelihatan Nur Ain ketawa. “arghh manisnya senyuman tu”bisik hati Hakim. Dia sedar wujud perasaan aneh sejak mengenali gadis manis itu. “mana mungkin! Hati aku ini hanya untuk Milla!!”jerit hati Hakim. Dia tidak mahu biar akar yang baru tumbuh itu menjalar, biarkan ia mati di sana walau Hakim sedar Milla sudah lupakannya.

“Ain, jom makan, saya lapar.”ujar Fariesh. Fariesh memang seorang rakan yang baik di mata Nur Ain. Dia tak pernah berasa kekok dengan Nur Ain. Fariesh tak pernah sesekali merendahkannya walaupun Fariesh berasal dari keluarga yang berada. Nur Ain hanya mengangguk mengikut kemahuan Fariesh. Fariesh selalu membantunya terutama dalam sumber kewangan. Kadang – kadang rasa malu pun ada jika Fariesh kerap kali membantunya. Kerap juga Nur Ain menolak bantuan sahabat baiknya itu namun Fariesh memujuknya agar menerima. Suasana di kantin penuh dan bingit. Fariesh dan Nur Ain mencari tempat duduk yang sesuai. Mereka duduk di kerusi panjang bersama pelajar –pelajar yang lain.. “Ain nak makan pe? Nanti Riesh belikan”tanya Fariesh. Tak apalah Ain dah kenyang. “la, Ain ni meh la .jom Riesh belanja”ajak Fariesh. “tak naklah Riesh. Nanti menyusahkan Riesh lak.”jawab Nur Ain perlahan. Fariesh bingkas bangun dan menarik tangan Nur Ain. “Ain tak pernah menyusahkan Riesh. Malah Riesh rasa gembira sangat dapat tolong Ain, kita kan kawan baik. Best friend forever.” Ungkap Fariesh panjang lebar. Ain tiada pilihan lain lagi, dia hanya mengikut kehendak teman baiknya itu.

“geramnya”itu sahaja yang dapat Hakim melihat gelagat Nur Ain dan Fariesh. Sakit di hatinya dia seorang sahaja yang tahu. Namun dia sedar akan dirinya. Tak mungkin Nur Ain menerimanya setelah dia malukan gadis itu. Hakim sedar dia tidak layak untuk gadis semulia itu. Nur Ain Nadhirah, namamu seindah wajahmu, wajahmu seindah hati dan bicaramu. “kriiing!!!”loceng sudah menjerit menunjukkan waktu rehat sudah pun tamat. Semua pelajar bergegas menuju ke kelas untuk teruskan pembelajaran. Kelas berjalan dengan lancar. Hakim pulang dengan menunggang motosikal seperti biasa. Dalam perjalanan, kelihatan Fariesh dan Nur Ain dalam kereta Mazda Lancer merah yang di pandu oleh Fariesh. Kelihatan mereka berdua mesra. Hakim hanya melepaskan keluhan. Tiba sahaja di rumah salam diberi. “assalamualaikum, mak Kim dah balik.””waalaikumsalam”jawab Datin Maimunah. Suasana di rumah sepi sahaja. “mak mana abang?”Tanya Hakim pada ibunya yang sedang sibuk menyediakan makanan. Tiada kelibat Haziq di rumah. Dia ada dalam bilik. Setelah selesai bersiap, Hakim turun ke ruang makan. Sepanjang makan tengah hari, masing – masing mendiamkan diri. Datin Maimunah berasa aneh. Tak pernah dua beradik itu mendiamkan diri. Biasanya ada sahaja perkara yang dikatakan. Haziq hanya menjamah sedikit sahaja makanan. Seleranya tiada. Marahnya pada adiknya belum hilang lagi. Hakim hanya memandang abangnya. Seleranya juga mati. Haziq kembali ke kamarnya. Tangannya lantas mencapai pen dan sehelai kertas. Ada sesuatu yang dicoretkannya.

Tuk…tuk…tuk….pintu kayu bilik Haziq diketuk. “masuk”ujar Haziq. Kelihatan adiknya di muka pintu. Hakim melabuhkan punggunya di atas katil abangnya. Dia cuba untuk berbaik dengan abangnya. Dia sedar dia yang bersalah dalam situasi ini. “asal abang makan sikit tadi?”tanya Hakim. “abang dah kenyang. Kim ada apa – apa ke yang nak abang tolong?”tanya Haziq. Dia masih meneruskan coretannya tanpa memalingkan mukanya kepada adik kesayangannya itu.”Kim bukan apa, Kim just nak cakap Kim dah mintak maaf kat Ain. Kim sedar tu silap Kim. Kim tak patut merendahkan dia atau sesiapa pun. Kim tak bersyukur. Kalau Kim ada di tempat dia mesti Kim rasa sedih sangat. Dia sudi maafkan Kim pun dah cukup bagus. Apa yang Kim tahu sekarang Kim rasa menyesal sangat disebabkan Kim, abang pun dah tak nak cakap dengan Kim lagi. Abang benci Kim.”kata Hakim perlahan menahan sebak. Nafasnya turun naik. Haziq terkedu. Pen yang dari tadi dipegangnya diletak di atas meja. Bingkas dia bangun dan duduk di sebelah adiknya. “Kim, abang tak marah dengan kamu. Cuma abang rasa terkilan kenapa perangai Kim macam ni.dulu Kim tak cam ni pun. Kim kena ingat sementara kita hidup senang ni, kita harus sedar kesenangan yang kita dapat ni hanya pinjaman dari Allah”. Haziq berhenti sebentar. Hakim dari tadi hanya menundukkan kepalanya. “abang tak pernah benci Kim. Abang sayang sangat kat Kim sampai abang sanggup gadaikan untuk nyawa abang untuk Kim. Biarpun kita bukan sedarah dik.”ayat yang terakhir itu diucap perlahan namun Hakim dapat menangkap perkataan tersebut segera badan sasa abangnya dipeluk. “abang, Kim merayu kat abang tolong jangan sebut perkara tu. Abang tetap abang Kim sampai bila – bila pun. Sampai bila – bila!”ucap Hakim. Haziq terharu. Pelukan mereka bertambah erat.

“kaki kamu macam mana dik?”Tanya Nur Ain sambil membelek kaki Aniq yang masih berbalut. “dah boleh tahan lah, nasib baik abang Hakim ada. Dia tu sanggup tolong adik walau tak kenal adik.”Nur Ain biarkan adiknya mengomel sendirian. Dia malas ingin memikirkan soal lelaki itu. Biarlah Hakim dengan dunianya. Sedang dia asyik melayan karenah adik bongsunya. “akak! Mari sini cepat.”jerit Aleeya Farhana, adik kedua Nur Ain. Suaranya kelihatan cemas. Nur Ain bergegas ke dapur. Kelihatan adiknya sedang merangkul tubuh ibunya yang terkulai layu. “ya Allah kenapa dengan mak ni angah?” Tanya Nur Ain sambil mengagah tubuh kecil ibunya. Pucat wajah Puan Suraya. Bibirnya biru. “tadi angah solat. Sedar –sedar dia dah macam ni.”terang adiknya itu. Aniq tercengang melihat ibunya. Bermacam – macam perkara bermain fikiran di Nur Ain. “Angah, Aniq jaga mak, akak telefon teksi sekejap” Hendak telefon ayahnya, telefon ayahnya rosak. Terpaksa dia pergi ke pondok telefon berdekatan di rumahnya. Nur Ain bergegas berlari ke pondok telefon sebaik sampai di sana, hatinya dirundung kecewa. Ganggangnya putus. Fikirannya berkecemuk. Bingung. Nur Ain segera berlari ke rumahnya semula tiba – tiba sebuah kereta menghala ke arahnya. Nur Ain tergamam. Kereta itu sempat berhenti betul – betul di hadapannya. Kereta itu bagai dikenali Nur Ain namun kepalanya berpinar – pinar. Langkahnya terasa berat. Dia rebah di hadapan kereta tersebut. Pemandu kereta itu bingkas keluar. “ya Allah Ain”jerit lelaki itu. Segera mengangkat tubuh Nur Ain ke dalam keretanya. Sebaik sahaja ke rumah. “abang Riesh! Tolong mak Leeya!”jerit Leeya apabila melihat kelibat Fariesh di muka pintu. “kenapa Leeya? Kenapa dengan mak cik?”Tanya Fariesh. “mak pengsan kat dapur abang. Tolong.”rayu Aleeya. Fariesh lantas bergegas ke dapur. Dia mengusung Puan Suraya ke keretanya. Mazda Lancer laju meluncur ke hospital. Sampai ke hospital, Fariesh memanggil jururawat berdekatan di bilik kecemasan untuk membantu mengangkat Nur Ain dan Puan Suraya. Masing – masing panik. Fariesh dari tadi senang duduk. Dia bimbang kesihatan Nur Ain dan Puan Suraya yang telah di anggap ibu sendiri. Aleeya dan Aniq di hantar mereka pulang untuk mengambil barang – barang ibu mereka

Sekian lama menunggu, kelihatan kelibat jururawatkeluar dari bilik kecemasan. “nurse, macam mana keadaan Ain dan Mak Cik Suraya?”Tanya Fariesh. “encik ni siapa?”Tanya jururawat manis itu kembali. Saya kawan Ain, saya yang hantar mereka ke sini.”jawab Fariesh jujur. “macam ni encik Fariesh, keadaan cik Ain stabil cuma dia terkejut dan tertekan.”jawab jururawat itu. Macam mana keadaan Puan Suraya?”Tanya Fariesh kembali. “tentang Puan Suraya lebih baik saya bincang dengan ahli keluarganya dulu. Nanti apabila keadaan Cik Ain pulih, kami akan bincang.”jelas jururawat itu. “boleh saya jumpa Ain sekarang?” “boleh tapi jangan bagi dia tekanan.”jawabnya lagi dan terus berlalu.

Dari muka pintu, Fariesh melihat Nur Ain yang terbaring kaku. Dia duduk di birai katil. Wajah mulus Nur Ain diusapnya. Kini dia mengerti kenapa Nur Ain terlalu panik petang tadi. Dilihat wajah anak gadis itu, Fariesh menyumpah dalam hatinya. Jika dia tidak memandu terlalu laju tentu Nur Ain tidak jadi seperti ini. “maafkan Riesh Ain”bisik Fariesh di telinga Nur Ain. Rambut Nur Ain dibelai lembut. Ada gelojak hati yang tak teluah. Kelihatan mata Nur Ain bergerak. Perlahan-lahan Nur Ain membuka mata dan menyedari Fariesh berada di hadapannya. Fariesh segera menjauhkan tubuhnya dari Ain. “Riesh, Ain kat mana ni?”Tanya Nur Ain. “Ain kat hospital. Tadi Ain pengsan, Riesh nak mintak maaf. Riesh hampir nak langgar Ain.”jelas Riesh sambil menundukkan wajahnya. “tak apa. Riesh mak mana? ?tanya Nur Ain. “mak cik selamat. Nasib baik Riesh sempat bawa ke hospital.” Leya dengan Aniq ada kat rumah. Dieorang tunggu pak cik balik. Malam sikit baru datang.”jelas Fariesh. Nur Ain hanya mengangguk lesu. Dia bimbang dengan keadaan ibunya. Bimbang dengan penyakit ibunya. “Ain jangan risau sangat. Doktor cakap tekanan darah Ain rendah. Nanti kalau fikir banyak – banyak Ain pengsan lagi. Kesianlah kat Riesh kena angkat Ain.” Kata Fariesh. Satu cubitan singgah di lengan Fariesh. “jahatlah Riesh ni. Orang sakit – sakit ni dia nak kenakan pulak.”Nur Ain pura – pura merajuk. Fariesh hanya tersengih. “alah sayang janganlah merajuk nanti tak comel. Senyumlah sikit.” Fariesh kenal benar Nur Ain. Rajuknya tak pernah lama. Bibir kering Nur Ain terukir senyuman. Biarpun pucat namun ia amat ikhlas.

0 comments: