“Assalamualaikum mak ayah.”Nur Ain mengungkap kalimah suci tika menguak pintu masuk ke rumah. Kelihatan Puan Suraya terkocoh – kocoh. “Ain, kenapa balik lambat? Mak risau”kata Puan Suraya. Naluri keibuannya dilanda resah menunggu Nur Ain pulang. Selama ini Nur Ain tak pernah balik lambat. Malam pula. “Emmm ….Ain….er….Ain”Nur Ain cuba mencari ayat. “Ain jatuh tadi mak cik. Tadi kami pergi perpustakaan dan masa balik rumah tadi dia jatuh. Tu saya bawak pergi klinik dulu. Takut ada luka.”suara Fariesh tiba – tiba menerjah ruangan rumah kecil itu. “oh, Fariesh. Marilah masuk nak.”ajak Puan Suraya lembut. Dia kenal benar dengan anak muda itu. Malah dia berasa senang dengan kehadiran Fariesh dalam keluarganya. “tak apalah mak cik dah lewat ni. Saya balik dulu.” “yelah. Hati – hati bawak kereta.”pesan Puan Suraya. Tangan Puan Suraya segera disalam erat dan dikucup. “Riesh balik dulu yer Ain. Jumpa kat sekolah.”jerit Fariesh dari keretanya. Nur Ain hanya tersenyum. “Ain luka teruk ke? Sampai koyak baju ni.”Tanya ibunya sambil membelek tangan anak gadisnya itu. “tak adalah teruk sangat. Cuma calar sikit jer.”jawab Nur Ain. “baik betul Fariesh tu. Sanggup hantar kamu balik malam – malam ni. Kamu berdua ni ada apa – apa ke? Mak tengok rapat semacam aja.”Tanya Puan Suraya. “eh, mana ada. Kami ni kan kawan dari kecil. Mestilah rapat.”jawab Nur Ain. Ibunya hanya tersenyum melihat anaknya. Anak remaja katakan. Biarlah.
Kriiiiiing!!! Loceng sekolah berbunyi menandakan semua pelajar harus beratur. Nur Ain datang agak lewat. Semalaman dia telah berfikir tentang Fariesh. Dia seorang lelaki yang baik hati malah tidak pernah berkira dengannya. Namun tiada sedikit rasa cinta terpalit di hati hawanya. Sebaliknya dia dapat merasakan perasaan berbeza apabila bersama dengan Hakim. Pertama kali berjumpa dengannya ada rasa benci namun lama – kelamaan rasa itu bertukar menjadi sesuatu yang sukar difahami oleh hati Nur Ain sendiri. Semasa waktu pertama, Puan Syazana memanggilnya untuk berjumpa di bilik guru.
“kenapa awak tak datang Ain?”Tanya Puan Syazana. Dia membetulkan tudungnya. “saya tak sihat cikgu.”jawab Nur Ain. “ mak awak macam mana? Sihat?”sememangnya guru itu benar – benar mengambil berat akan pelajar yang seorang ini. Dia akan memastikan kebajikan Nur Ain terjaga dan akan membantu selagi termampu. Nur Ain menceritakan segalanya kepada guru kelasnya. “habistu awak tak apa - apa? Awak report polis tak?”Tanya Puan Syazana bertalu – talu. Nur Ain hanya mengangguk tanda baik. Nur Ain kembali ke kelasnya. “kenapa cikgu cari Ain?”Tanya Fariesh. “adalah. Mana boleh Riesh tahu. Ini hal orang perempuan.”usik Nur Ain sambil menjeling manja. Dalam masa yang sama mata Nur Ain bertamu dengan mata Hakim. Lama mata mereka bertaut. Masing – masing menguntumkan senyuman. “Ain…Ain…kenapa ni?”panggil Fariesh. Sempat dia melihat Hakim dan Nur Ain bermain mata. Sekilas Nur Ain memandang kembali pada Fariesh. Belum sempat Fariesh berkata seterusnya Puan Mary menjengah kelas mereka. Masing – masing kembali ke tempat duduk.
“Ain, aku nak tanya kau sikit boleh tak?”sudah lama persoalan ini membelenggu fikiran Sarah. Dia melihat wajah tenang Nur Ain ketika menjamah nasi gorengnya. Sunyi sedikit sebab Linda tiada bersama mereka. “jangan sikit, banyak pun tak ape.”balas Nur Ain sambil menguntumkan senyuman. Apa dia? “aku nak tanya hmmm… kau dengan Fariesh tu ada apa – apa ke?” hampir tersedak Nur Ain mendengar soalan Sarah. “amboi, tersedak kau di buatnya. Jadilah betul kau dengan dia couple?”Sarah serkap jarang. Nur Ain tidak menjangka soalan itu terpacul dari mulut gadis pendiam itu. Dalam fikiran Nur Ain sudah dapat mengagak perasaan Sarah. Wajahnya tak keruan. “apalah kau ni Sarah. Aku dengan Fariesh tu kawan baik dari kecil sampai sekarang. Kita orang memang rapat tapi tak adalah sampai nak bercinta. Jawab Nur Ain ikhlas.” Dari raut wajah Nur Ain yang tenang, Sarah yakin jawapan tadi benar dan jujur. “kau suka kat dia ke?”giliran Nur Ain pula bertanya. Wajah Sarah merah pedam. Perlahan dia mengangguk. Benar jangkaan Nur Ain. “nanti aku tolong kau cakap kat dia.”kata Nur Ain sambil meneguk minumannya. “eh tak payahlah Ain.”tingkah Sarah. Dari hari pertama mengenali Fariesh, hati Sarah sudah terpaut. Seorang lelaki yang kacak dan berada. Namun tak pernah sekali pun dia membangga diri malah sering membantu rakan – rakan tika dalam kesusahan. Namun sikap mesra yang dicurahkan kepada dia dan Nur Ain ada bezanya dan membuatkan Sarah merasakan Fariesh dan Nur Ain bercinta. Setelah mendengar pengakuan teman baiknya itu barulah hatinya sedikit tenang.
Pulang dari sekolah, Nur Ain menuju ke Restoran Aliff untuk bekerja. Sampai sahaja di sana, dia menukar pakaian seragamnya dan memulakan tugasnya. Ramai juga pelanggan petang itu. Penat Nur Ain kehulur – hilir. Jam tangannya sudah menunjukkan jam 11 malam. Sesudah mengemas, Nur Ain meminta diri untuk pulang. Nur Ain pulang ke rumah dengan berjalan kaki. Malam yang kian gelap dan hanya ditemani dengan cahaya bulan yang terang. Nasib baik juga Ain membawa torch lightnya. Kalau tau bagai orang buta kehilangan tongkat nanti. Sedang dia berjalan pulang, ada sebuah kereta berlalu. Kemudian kereta berhenti dan berundur di tempat Nur Ain. Perasaan takut menguasai Nur Ain. Takut peristiwa lalu berulang kembali. Kalau dulu siang ramai dapat melihatnya. Ini pula malam yang gelap dan sunyi. Perlahan – lahan pemandu itu keluar dari kereta Honda putihnya. Perasaan takut itu tiba –tiba hilang apabila bayangan Haziq yang muncul. Nur Ain melepas nafas lega.
“Assalamualaikum Nur Ain.”sapa Haziq memaniskan romannya. “waalaikumsalam”Nur Ain membalas senyumannya. “Ain baru balik dari kerja ke? Lewatnya ”tegur Haziq sambil melihat jam tangannya. Dah pukul 11.15. Nur Ain mengangguk lembut. Biar pun badannya berasa letih yang teramat namun dia tetap menghadiahkan senyuman yang manis kepada Haziq. “Ain balik sorang – sorang ni tak takut ker. Gelap pulak tu. Tak takut hantu kacau.”usik Haziq. Nur Ain hanya tersenyum sambil menggeleng kepalanya. “tak pun. Sini mana ada hantu. Hantu orang adalah.” “hmmm tak apalah. Bahayalah Ain balik sorang – sorang malam – malam ni. Biar abang hantarkan ye. ”pelawa Haziq ikhlas. Lama juga Nur Ain mendiamkan diri. Bukan dia tak mahu menerima pelawaan Haziq cuma dia bimbang apa pula kata ibunya nanti. “abang tak akan apakan Ain. Abang ikhlas hantar Ain balik. Kalau Ain tak nak terima pelawaan abang, abang akan rasa bersalah kalau ada sesuatu perkara buruk berlaku nanti.”jelas Haziq panjang lebar. Akhirnya Nur Ain bersetuju. Kelihatan wajah Haziq kegirangan.
Masing – masing mendiamkan diri dalam kereta. Hanya ditemani dengan muzik dari radio kereta Haziq. Sempat Haziq mencuri pandang pada gadis manis itu. Terpancar keletihan di wajah gadis itu. Namun Nur Ain tidak pernah mengeluh penat. Dia tekad ingin membantu keluarganya. Sunyinya dalam kereta itu. Haziq menguatkan volume radionya. Haziq menoleh kembali pada Nur Ain. Sudah terlelap. Kedengaran lagu Spider bertajuk Bila Naik Saksi berkumandang.
Wajah mu kerap ku mimpi
Wajah mu sering ku puja
Buatku terasa sepi
Kala ku bukakan mata
Kau masih belum pun ku punya
Rinduku masih kau tak peka
Cintamu kerap ku mimpi
Cintamu sering ku damba
Buatku terasa sedih
kala ku bukakan mata
Kau masih belum pun ku dakap
Rinduku masih kau tak singkap
Bila nak saksi
Kau datang terkulai
Bila nak saksi
Kau datang membelai
Bila nak saksi
Cintaku sampai
Dirimu kerap ku mimpi
Dirimu sering ku khayal
Aku angan-angankan
Kau dapat bersama
Nyatakan cinta yang terpendam
Membina istana tersergam
Bila nak saksi
Kau datang terkulai
Bila nak saksi
Kau datang membelai
Bila nak saksi
Cintaku sampai
Kau masih belum pun ku punya
Rinduku masih kau tak peka
Bila nak saksi
Kau datang terkulai
Bila nak saksi
Kau datang membelai
Bila nak saksi
Cintaku sampai
Bila nak saksi
Cintamu kugapai
Dirimu kerap ku mimpi
Dirimu sering ku khayal
Aku angan-angankan
Ingin sahaja tangan kasar itu mengusap halus pipi halus itu. Benar Ain dirimu memang kerap aku mimpi. Namun ku sedar kau bukan aku yang punya. Sebaik sahaja tiba di perkarangan rumah Ain. “Ain, bangun sayang.”kata – kata itu hanya kedengaran di benaknya. “Ain, bangun. Dah sampai rumah ni.”Haziq mengagah sedikit tubuh kecil Nur Ain. Terpisat – pisat Nur Ain mengusap mata. “dah sampai ke? Minta maaf abang. Ain letih sangat sampai tertidur.” “tak apa. Ain kan penat. Dahlah pergi masuk. Tidur tau. Esok kan sekolah pagi.”kata Haziq. Nur Ain hanya mengagguk. “terima kasih banyak abang Haziq.”ucap Nur Ain sambil tersenyum. Haziq membalas kembali.
Sebaik sahaja masuk di bilknya. Puan Suraya muncul. “eh mak tak tidur lagi ke?”Tanya Nur Ain sambil meletakkan beg sekolah lusuhnya di tepi katil. “siapa yang hantar kamu tadi?”Tanya ibunya tajam. Sejak kebelakangan ini, kelihatan ramai anak muda yang menghantarnya pulang. Kalau setakat Fariesh mungkin tidak menjadi hal baginya kerana terlalu mengenali anak muda itu. “kawan Ain mak. Dia tolong hantar Ain balik pun sebab hari dah jauh malam. bahaya balik sorang – sorang katanya”jelas Nur Ain jujur. Puan Suraya hanya mengeluh. Dia sedar anak gadisnya bukan berpoya – poya seperti gadis lain. Tetapi bekerja mencari rezeki untuk keluarga mereka. “hmmm tak apalah yang penting kamu pandai jaga diri.”nasihat ibu tua itu lagi. Takut benar jika sesuatu yang buruk menimpa anak sulungnya itu. Ibu tua itu membiarkan anak gadisnya sendiri dalam bilik. Puan Suraya kembali ke kamarnya. Suaminya telah tidur. Hari ini Encik Nordin pulang awal. Katanya kurang pelanggan.
Puan Suraya membuka almari usang. Ada sebuah kotak di balik timbunan pakaian. Dia mengambil kotak itu. Puan Suraya melabuhkan punggungnya di birai katil. Kotak kayu itu di buka. Ada beberapa surat termasuk surat beranak anak – anaknya. Satu persatu dibeleknya. Matanya terhenti pada suatu nama tertulis di surat beserta sekeping gambar. Sekilas ada suatu memori berlegar di tubir matanya. Hatinya digigit rasa sayu. Teresak – esak Puan Suraya menangis. Makin di lihat gambar hitam putih itu makin kuat tanggisannya. Bahunya terhenjut – henjut menahan tangis. Lama juga Puan Suraya berkelakuan seperti itu. Kemudian dia menutup kota itu dan menyimpannya kembali. Dia kembali ke pembaringannya. Dadanya terasa sakit. Namun Puan Suraya cuba menahan sakit itu dan memaksa untuk tidur. Akhirnya wanita itu tertidur dalam tangisan.
0 comments:
Post a Comment