Izinku pergi Episod 9

“Ain, lama tak nampak awak kat sekolah. Awak tak sihat ke?”Tanya Hakim ikhlas. Sudah lama dia merindui menatap wajah manis itu. “sihat. Ada hal keluarga sikit.”jelas Nur Ain. Jelas senyuman manis terpamir indah. “saya nak tanya awak, awak ada tulis sajak tak?”Tanya Hakim kembali. “sajak? Ya Allah saya betul – betul lupa Hakim. Maafkan saya. Saya agak sibuk sejak kebelakangan ni.”jawab Nur Ain. Sejak ibunya sakit, masanya terbatas. Selesai bekerja, dia terpaksa bergilir – gilir menjaga ibunya di hospital. Pelajarannya pun ambil endah tak endah aja. Mujur Fariesh sentiasa di sampingnya memberi sokongan. “hmmm tak apalah saya dah buat pun guna saya punya aja. Esok saya bagi pada cikgu.”kata Hakim lalu meninggalkan Nur Ain. Nur Ain kembali menatap bukunya. Sejak kebelakangan ini, Hakim tidak lagi berkasar dengannya. Mungkin dia masih teringat peristiwa yang lalu. Pertandingan sajak itu sudah makin dekat namun tiada persiapan yang dibuatnya. Nasib baik Hakim menyiapkan sajaknya. Jadi mereka boleh terus berlatih. Kemenangan bukanlah soal namun harapan gurunya dan Nur Ain tidak akan menghampakan Puan Syazana yang banyak menanam budi dalam hidupnya.

“Ain, macam mana mak cik? Dia baru keluar wad kan? Asal tak bagitau Riesh. Boleh hantar kat rumah.”ujar Fariesh yang sengaja mencebirkan bibirnya. “alah, Ain tak nak susahkan Riesh. Dah banyak Riesh tolong Ain sekeluarga. Ain tak nak makan budi terlalu banyak.”jawab Nur Ain lembut. Fariesh mengajaknya ke padang sekolah semasa rehat. Fariesh memegang tangan Nur Ain yang putih halus dan lembut. Serta mata mata mereka beradu. “Ain, Riesh tak pernah mintak balasan. Riesh benar – benar ikhlas. Kita dah kenal sejak kecil takkan Ain ingat Riesh ni jenis suka mengungkit.”jawab Fariesh. Dia memalingkan wajahnya melihat sekumpulan pelajar yang sedang bermain bola sepak. “eh tak, Ain tak cakap cam tu.”Nur Ain meningkah. “Riesh bukan mintak bayar pun. Tapi kalu Ain kahwin dengan Riesh settle lah semua tu.”Fariesh hanya tersengih. Nur Ain tertunduk malu. Panas mukanya. Satu cubitan singgah di lengan Fariesh. Ain segera bangun dari bangku lalu lari. Fariesh mangaduh kesakitan lantas mengejar Nur Ain. Ramai mata memandang mereka. Tersenyum.

Selepas waktu sekolah, Nur Ain bercadang untuk singgah ke perpustakaan awam untuk meminjam beberapa buku untuk rujukannya. Sampai sahaja, Nur Ain melangkah ke ruangan sains. Dia perlu gigih belajar supaya biasiswanya diteruskan. Sedang asyik berjalan sambil membaca, dia terlanggar. Semua bukunya terjatuh. “saya mintak maa En… eh Hakim. Awak buat apa kat sini.”Nur Ain Tanya soalan bodoh walhal dia sengaja ingin menutup malunya kerana melanggar Hakim. “baca bukulah takkan memancing kot.”jawab Hakim sambil tersengih. Nur Ain hanya tersenyum malu. Lantas dia mengutip buku – bukunya yang berselerak di lantai. Hakim juga mengutip buku – bukunya. Sempat dia curi – curi melihat wajah mulus itu. “jom study sama – sama.”Hakim mempelawanya. Nur Ain memandang Hakim. “biar benar mamat ni. Baik dia hari ini. Ada manner sikit.”bisik Nur Ain sendirian. “ape yang awak cakap sorang – sorang tu?” “tak da pape jom la.”Nur Ain membuntuti Hakim mencari tempat duduk. Hari itu tak ramai yang datang. Hakim memilih meja yang berhampiran dengan rak buku tadi. Sudah hampir dua jam mereka belajar bersama – sama. Nur Ain menilai sikap sebenar Hakim. Hakim seorang lelaki yang baik, peramah dan suka buat Nur Ain ketawa tak kering gusi. Hakim bukan seperti Hakim yang dikenali pada hari pertama berjumpa. Tidak lah Mungkin kerana persekitaran yang baru membuat Hakim kurang selesa dan lambat mesra dengan masyarakat sekeliling. Jarum jam tangan Nur Ain sudah menunjukkan pukul 5 petang. Nur Ain meminta diri untuk pulang. Dia risau jika tinggalkan ibunya lama – lama begitu. Bukan dia tak percaya pada Aleya namun bimbang adik keduanya tak menang tangan menguruskan hal di rumah dan menjaga ibunya. Hakim mempelawa Nur Ain untuk menghantar balik namun Nur Ain menolak dengan baik. Hati kecil Hakim tersinggung. “saya mintak maaf Hakim, tapi hari ini saya nak balik sendiri. Nanti menyusahkan awak aja.”kata Nur Ain. Dia bukannya apa, dia segan naik motor bersama Hakim. Nanti apa pulak orang kata. “tak apalah macam tu. Awak jalan elok – elok ye.”pesan Hakim. Sedikit keluhan kedengaran. “awak jangan salah faham Hakim. Saya bukan tak sudi naik motor dengan awak. Nanti apa pulak kata orang kampung nampak saya naik motor dengan awak. Dekat – dekat pulak tu.”Nur Ain cuba menjelaskan tanpa membuat Hakim tersinggung. “baiklah.”balas Hakim sambil tersenyum. Nur Ain meminta diri dulu. Hakim hanya melihat bayang Nur Ain hingga tak kelihatan lagi.

Nur Ain berjalan kaki menuju ke stesen bas melalui satu lorong yang agak sunyi. Fikirannya menerawang peristiwa tadi. Dia rasa seronok bersama dengan Hakim tadi. Nur Ain tersenyum sendirian. Tanpa dia sedar ada akar yang baru ingin bercambah dalam hatinya. Sedang asyik dia berjalan. “hai cik adik. Baru balik sekolah? Nak abang hantarkan.”ada suara garau menyapa telinga Nur Ain menghentikan lamunannya. Nur Ain hanya berjalan tanpa memandang lelaki itu. Mungkin lelaki itu mengacah sahaja. Kutu rayau kot. Lelaki berbadan tegap itu terus mengekori Nur Ain. “jual mahal nampak. Jom ikut abang.”lelaki itu memegang tangan Nur Ain. Nur Ain cuba menarik tangannya kembali namun kekuatan lelaki itu melebihi kekuatannya. “eiii apa ni…lepaslah!!!”jerit Nur Ain. “jeritlah tak ada siapa dengar.” Lelaki itu menarik tangannya hingga Nur Ain terjatuh dan terseret ke tepi. Baju sekolahnya terkoyak hingga ternampak bahunya. Lelaki itu memandangnya tajam. Kelihatan nafsu berahi jelas di matanya. Badan Nur Ain ditindih. Lelaki itu cuba untuk menciumnya. Nur Ain berusaha untuk mengelak. Lelaki itu menampar pipi Nur Ain hingga kepala gadis itu berpinar – pinar dan pandangannya bertambah gelap. Lelaki itu rakus ingin meratah tubuh kecil itu. Tiba – tiba ada suatu tangan menolak lelaki itu ke tepi. Lelaki itu di pukul hingga pengsan dan dibawa kepada polis. Tubuh Nur Ain di angkat lembut.

“kamu tak nak bawak dia ke hospital ke Kim?”soal Haziq yang melihat wajah Nur Ain terbujur pucat di bilik tetamu. “nanti kalau Kim bawak balik takut mak ayah dia salah faham pulak.”jelas Hakim. Mujur tadi secara kebetulan dia lalu di lorong itu sebagai jalan pintas. Patutlah berat hatinya melepaskan Nur Ain pulang sendirian. Hakim hanya melihat wajah Ain yang terlalu ayu. “nanti Kim bawak dia balik.”jawab Hakim. Mereka berdua meninggalkan Nur Ain terbaring sendirian. Ketika mereka menuruni anak – anak tangga ibu mereka menyapa. “siapa budak tu Hakim?”Tanya Datin Maimunah. “kawan kelas Kim mak. Tadi kami study bersama – sama. Kim ada offer nak hantar balik tapi dia tolak. Kebetulan masa nak balik Kim ada lalu satu lorong, Kim ternampak dia…”jawab Hakim separuh. Dia tak mahu menyebut perkara itu. Datin Maimunah hanya mampu memandang anak – anak lelakinya. Haziq hanya mendiamkan diri. Sedang dia berusaha menangkis bayangan gadis itu dalam hidupnya, Nur Ain muncul kembali. Namun dia sedar Hakim menaruh hati pada Nur Ain dan tak mungkin dia ingin berebut dengan adiknya sendiri.

Matanya terasa berat untuk dibuka. Perlahan – lahan matanya digosok lembut. “kat mana ni?”desis hati Nur Ain. Dia berada di sebuah bilik yang agak besar. “awak dah sedar?”kelibat Hakim di muka pintu. Perlahan Nur Ain cuba untuk bangun dari pembaringannya tapi badannya terasa berat. Hakim lantas meluru memegang bahu Nur Ain. “awak tak apa – apa? ”Tanya Hakim. Dia membaringkan Nur Ain kembali. Nur Ain menggelengkan kepalanya. “awak ada kat rumah saya. Tadi awak pengsan.”ujar Hakim sebelum Nur Ain bertanya. “macam mana dengan orang tu? Dia buat apa kat saya?”Tanya Nur Ain tersekat – sekat. Dia masih terbayang wajah lelaki yang bengis cuba menciumnya. “awak tak apa – apa. Kebetulan tadi saya lalu kat lorong tu, saya ternampak awak. Saya pun terus selamatkan awak. Lelaki tu takkan kacau lagi.”jawab Hakim panjang lebar. Dia masih terbayang kejadian tadi. Dia benar – benar tak sedap hati membiarkan Nur Ain pulang sendirian jadi dia mengekori Nur Ain. Sampai di lorong sunyi dia suara Nur Ain menjerit. Dia melihat seorang lelaki cuba memeluk Nur Ain yang sudah terkulai layu. Dia pantas berlari dan menerkam lelaki itu. Satu tumbukan padu hinggap di muka lelaki itu. Dia beterusan memukul lelaki itu sehingga pengsan. Tubuh pucat Nur Ain segera diangkat pulang.

“assalamualaikum, boleh bercakap dengan Fariesh?”suara Hakim bergema di corong telefon bimbitnya. “ya, Fariesh bercakap. Siapa ni?”jawab Fariesh. “ni Hakim. aku nak bagitau yang Ain ada kat rumah aku sekarag.”kata Hakim. Dia merasakan wajar bagi dirinya memberitahu pada Fariesh. Biarpun hati cemburunya membara tapi dia tahu Fariesh yang paling rapat dengan Nur Ain. “dia buat apa kat rumah kau?”Tanya Fariesh cemas. “tadi dia hampir kena rogol tadi. ”jawab Hakim pendek. “apa! Macam mana semua ni berlaku? Hmmm tak pa nanti kita cakap kemudian. Aku datang rumah kau sekarang.”Fariesh memberi kata putus.

Hampir 20 minit berlalu, Mazda Lancer merah berhenti di depan rumahnya. Kelibat Fariesh keluar dari kereta tergesa – gesa. Hakim menyambutnya. “dia ada kat atas. Tapi jangan ganggu dia sangat. Dia kena banyak rehat.”nasihat Hakim. Fariesh hanya mengangguk. Hakim membawa Fariesh ke bilik Nur Ain berehat. Fariesh mengetuk dahulu daun pintu lalu membukanya. Dia melihat Nur Ain terbaring lesu. Fariesh duduk di birai katil. Dia melihat wajah Nur Ain. Kenapa gadis ini ditimpa terlalu banyak dugaan menimpa. Fariesh keluar dari bilik diiringi Hakim. “macam mana perkara ni terjadi Kim?”Tanya Fariesh. “tadi lepas sekolah aku jumpa dia kat library awam. Kami study sama – sama. Time nak balik aku offer dia balik sekali tapi dia tak nak. Aku tak sedap hati so aku follow dia. Pastu aku dengar dia menjerit and aku nampak ada lelaki cuba buat benda buruk kat dia. Aku terus selamatkan dia dan bawak dia balik rumah sebab dia dah pengsan. Aku tak nak bawak balik rumah takut nanti parent dia salah paham pulak tu sebab aku telefon kau.”terang Hakim panjang lebar. “kau ada report polis?”Tanya Fariesh. Hakim menggeleng. “Ain tak nak. Dia tak nak mak ayah dia risau.”jawab Hakim lagi. Fariesh melepas keluhan kasar. “aku tunggu sampai dia bangun. Nanti aku bawak balik rumah dia. Adik dia dah risau kakak dia tak balik.”kata Fariesh ringkas. Hakim hanya mengangguk. “thanks Hakim”ucap Fariesh. Hakim hanya tersenyum tawar.

Nur Ain terjaga dari lenanya. Dia bangkit perlahan. Pantas benar hari ini berlalu. Nasibnya baik benar kerana diselamatkan Hakim. kalau tidak dirinya menjadi mangsa rakus nafsu syaitan bertopengkan manusia itu. Dia membetulkan rambutnya yang kusut masai itu. Tiba – tiba daun pintunya diketuk. “masuklah”Ain bersuara. Haziq muncul di muka pintu dengan senyuman. “Ain macam mana? Dah sihat?”Tanya Haziq. Nur Ain hanya mengangguk. “Ain rehatlah dulu. Kalau dah rasa sihat turunlah kat bawah. Fariesh dan Hakim ada sekali.”ujar Haziq yang sempat meniti penjuru wajah Nur Ain. “Ya Allah cantiknya ciptaanMu.”desis Haziq dalam hati. Nur Ain mengangguk lagi. Fariesh menunggunya di bawah. Mungkin Hakim memanggilnya.

“Kim, aku nak ucapkan terima kasih sebab selamatkan Ain. Kalau Ain diapa – apakan aku akan rasa bersalah seumur hidupku.”ucap Fariesh. Dia amat mencintai gadis itu. Dia tidak mahu Nur Ain mengalami kejadian buruk dalam hidupnya. Selagi dia bersamping Nur Ain hanya senyuman Nur Ain diharapkan bukan tangisan. “sama – sama. Korang semua aku dah anggap kawan. Lagipun aku terhutang budi dengan Nur Ain pasal duit tu.”jawab Hakim separuh hati. Mana mungkin Nur Ain dianggap teman biasa. Mustahil dia membiarkan gadis yang baru bermukim di hatinya diapa – apakan. Tidak sama sekali. “Ain dah bangun.”suara Haziq menghentikan lamunan mereka. Fariesh bingkas bangun dari sofa empuk itu. Begitu juga Hakim. masing – masing menuju ke bilik tetamu. Sampai di daun pintu, serentak tangan Fariesh dan Hakim membuka pintu. Mereka berpandangan. Lama. Akhirnya Hakim melepaskan tangannya. “kau pergilah masuk dulu.”ujar Hakim. Dia sedar kini Nur Ain memerlulan Fariesh lebih dari dirinya.

Kelibat Fariesh muncul di muka pintu. Nur Ain tersenyum. Fariesh duduk di sebelahnya. “Ain ok?”Tanya Fariesh sambil meraba dahi gadis itu. “ok, Ain da sihat. Tak demam pun.”rimas juga dengan Fariesh bagaikan dia menghidap penyakit berat saja. Hakim dan Haziq hanya melihat telatah pasangan itu. Masing – masing hati digamit rasa cemburu dan sedih. Sesudah mengemas barangnya, Nur Ain meminta diri untuk pulang ke rumahnya. Hari dah hamper malam. Mesti ibunya makin risau. Dia tidak mahu menambah beban Puan Suraya yang sudah terbeban dengan penyakitnya. “Kim terima kasih sebab selamatkan saya dan tumpangkan rumah awak.”ucap Nur Ain. “terima kasih kat abang Haziq sebab jaga Ain dan terima kasih banyak pada Datin sebab tolong bantu Ain. Jasa kalian semua tak terbalas oleh Ain.”ucap Ain ikhlas. Datin hanya tersenyum pada Nur Ain. Simpati menggunung terhadap gadis itu. Fariesh hanya tersenyum sahaja. Dia memimpin Nur Ain ke keretanya. Dua beradik itu hanya memandang Nur Ain dan Fariesh berdua dari muka pintu. Masing – masing melangkah longlai ke kamar masing – masing dengan wajah yang mendung.

0 comments: