Izinku Pergi Episod 8

“Ain apa khabar hari ini?”Tanya Fariesh sebaik sahaja tiba di muka pintu. Ain hanya tersenyum. Senyuman manis itu sudah cukup menggambarkan keadaanya. “Riesh baru balik dari sekolah ye. Apa macam dengan sekolah hari ini? Ada banyak kerja tak?”Tanya Ain. Fariesh duduk di hujung katil. “Hari ini tak ada homework. Sekolah macam biasa. Cuma sunyilah tak dengar suara Ain menjerit dalam kelas. Fariesh menjawab selamba. Terjegil mata Ain mendengarnya. Mereka ketawa seiringan. Tiba – tiba terdengar suara orang berdehem. “assalamualaikum pak cik.” Fariesh bingkas bangun menyapa Encik Nordin yang baru sahaja tiba. “kamu baru sampai?”Tanya ayah Ain mesra. Fariesh bukan sahaja rapat dengan Ain malah dia rapat dengan semua ahli keluarga Ain. “a’ah pak cik, saya baru sampai. Pak cik singgah lama ke ni?”tanya Fariesh. Nordin hanya mengangguk kepala. “pak cik baru lepas tengok mak cik kamu tu.”jawabnya. “Mak cik cam mana pak cik?”soal kembali Fariesh. “macam tu je Riesh. Tak berubah. Doktor ada kata bila Ain boleh keluar?”Tanya Nordin pada Ain pula. “tadi doktor cakap esok Ain dah boleh keluar.”jawab Nur Ain. “baguslah”jawab Nordin perlahan. Keluhan kecil lelaki tua itu dapat dilihat Fariesh. Dia hanya mendiamkan diri. Nur Ain hanya melihat raut muram ayah kesayangannya itu. Dia faham benar akan sikap ayahnya. Lama Encik Nordin mendiamkan diri kemudian bersuara untuk pulang. “ayah pulang dulu ye.” Nur Ain hanya mengangguk. Fariesh membuntuti Nordin. “pak cik risaukan keadaan mak cik?”tanya Fariesh. “Entahlah Riesh, pak cik tak tahu nak buat apa sekarang. Semalam doktor cakap, dia kena jalani pembedahan dalam masa tersdekat. Kalau tak….”suara Encik Nordin tersekat-sekat untuk berkata – kata. Fariesh hanya mampu memandang raut wajah yang penuh kegusaran itu. Mata lelaki itu sudah pun berkaca menanti retak.“ sabarlah pak cik. Setiap perkara mesti ada hikmahnya. Kita kena percaya tu. Kita hanya mampu berusaha yang selebihnya kerja Allah.”Encik Nordin hanya mampu mengangguk. Mutiara jernih itu gugur juga. Fariesh mengusap belakang Nordin. “pak cik risaukan anak – anak. Takut dieorang tak boleh terima kalau mak mereka dah tak….”sendunya makin galak. “insya Allah mak cik akan sembuh kembali pak cik. Banyak – banyak kita berdoa. Riesh harap mak cik selamat.”jujur Fariesh berkata. “Riesh kalau sesuatu berlaku pada mak cik dan pak cik, tolong jaga Ain dan adik – adik dia. Pak cik tau kamu sayang dia. Kamu jaga dia baik – baik.”ungkap Encik Nordin. Fariesh hanya mengangguk sahaja. Selepas menghantar Encik Nordin ke kereta, dia pun meluncur keretanya pulang ke villanya.

Sudah dua jam dia duduk di kerusi belajarnya. Cuba untuk tumpu perhatian. Namun setiap muka surat diselaknya. Wajah Nur Ain menjelma. “kenapa dengan aku ni?”desis hatinya. Rasa rindu pada gadis itu mencurah – curah. Lebih – lebih lagi sudah dua hari tidak melihat kelibat gadis itu di sekolah. Dengar kata, dia masuk hospital. Itu yang dikatakan Linda. Risaunya bukan main. Hampir penat Linda menjawab soalan Hakim yang seperti machine gun bertanyakan Nur Ain. “eh, aku just tau dia pengsan je. Kau ni kenapa?”soal Linda. Aneh juga kerna selama ini dia tahu Hakim tak sukakan Nur Ain. “tak adalah aku just nak bincangkan pasal competition kami. Kan tarikh dah dekat.”cepat Hakim menjawab untuk elakkan Linda syak padanya. “persetankan semua ini!!”jerit hatinya. Tiba – tiba dia teringatkan Karmilla. Lantas telefon bimbitnya diraih. Lama telefon itu bordering. Hatinya gembira apabila suara merdu yang dulunya menjelma dalam setiap mimpi tidurnya. Wajah Nur Ain makin hilang di balik buku itu. “hello”sapa suara itu. “helo Milla.”riang suara Hakim menjawab. “ni siapa?”Tanya Milla. Hakim terdiam sebentar. Mana mungkin Milla boleh lupakan suaranya. “ni Qim la. Milla tak ingat ke?” “oh…ingat”hambar sahaja jawapannya. “you apa khabar? buat apa sekarang?”tanya Hakim. “sihat aje, I tengah sibuk study.”macam nak tak nak saja jawapan Milla. “oh sorry kalau I ganggu you. I rindu you Milla.”ucap Hakim. Dia sendiri tak pasti ucapan itu ikhlas atau tidak. “hmmm….Qim, sorry I ada hal, nanti I call you ok. Bye.”segera telefon dimatikan. Belum sempat Hakim berkata apa –apa lagi. Tidak mahu membalas ucapan Hakim.Terkedu Hakim sebentar. Adakah ini Karmilla yang dikenalinya? Kelihatan seperti Milla menyampah benar berbual dengannya. Tiada lagi ucapan sayang dan rindu. Tiada lagi rajuk mesra dan gelak ketawa. Hakim termenung. Mungkin jarak menyebabkan mereka seperti ini. “kenapa kau buat aku macam ni Milla? Kenapa? ”Hatinya diserang rasa kecewa teramat. Gadis kecil molek yang sering dipujanya bagai sudah menjauh darinya. Hatinya dirundung kecewa teramat. Bingkas dia bangun. Dia ingin keluar untuk tenangkan hatinya.

“Kim nak ke mana?”Tanya Haziq melihat wajah adiknya yang muram itu. “nak keluar. Jom abang. Kita jalan – jalan.”ajak Hakim. Mengharap benar bunyinya. Haziq tak sampai hati menolak. Dia hanya mengangguk. “Kim ni kenapa”Tanya Haziq. “tak ada apalah abang. Tension study jer.” Haziq membawa Hakim berjalan – jalan di pesisiran Pantai Teluk Chempedak. Hakim berjalan ke gigi air. Haziq hanya membiarkan adiknya melayan perasaan hati sendiri. Angin laut mengusap lembut pipi Hakim. Dia melihat burung – burung bertebangan. Alangkah bahagianya menjadi burung. Terbang bebas ke mana sahaja. Mengimbau kenangan lama, dia masih ingat di awal perkenalannya dengan Karmila. Tika itu waktu Hakim bertugas menjaga pagar sekolah, dia melihat kelibat gadis terkocoh – kocoh keluar dari kereta berlari menuju kea rah pintu pagar sekolah. “tunggu, jangan tutup pintu lagi.”jerit gadis itu tika Hakim hampir menutup pagar. Mendengar jeritan gadis itu, Hakim tak jadi berbuat demikian. “terima kasih sebab bagi saya masuk”ucap gadis itu malu – malu. “lain kali jangan buat lagi tau. Awak kena datang sebelum 7.30 pagi.”nasihat Hakim. “saya minta maaf, saya ni budak baru lagi so tak biasa dengan undang – undang sekolah ini. Hari ini pulak first day kat sekolah ini.”jelas gadis manis itu. “oh budak baru, tak apa lah dah la pergi kelas awak.”kata Hakim. “terima kasih.”ucap gadis itu sambil tersenyum. Terpana seketika Hakim. Hakim hanya melihat gadis itu berlalu. “sama - sama”balasnya dalam hati. “Kim, kamu ok tak ni?”suara Haziq memecah lamunannya. Hakim mengangguk sambil membetulkan rambutnya yang mesra ditiup angin. Hatinya diruntun pilu. Kenangan itu begitu perit di hatinya. Milla cinta pertamanya. Dia amat menyayangi gadis itu. Haziq mengajak adiknya singgah di restoran makanan segera yang berdekatan. Dia tahu adiknya sedang dilanda kecewa.

“terima kasih kerana berjumpa dengan saya.”ucap Doktor Siti yang merawat Puan Suraya. Sebelum Nur Ain keluar dari wad, Doktor Siti telah meminta untuk berjumpa dengan suami Puan Suraya dan anak-anaknya. Fariesh setia menemani Nur Ain. Dia tahu gadis itu sedang menempuhi saat yang sukar. “saya rasa semua orang tahu kenapa saya panggil anda semua.”kata Doktor Siti. Sesungguhnya saat ini merupakan antara saat yang sukar kerna sesiapa sahaja sukar untuk menerima kenyataan. Doktor Siti melepaskan keluhan berat. “Penyakit Puan Suraya bertambah serius. Dia perlu menjalani pembedahan secepat mungkin. Kalau tak, jantungnya akan menjadi lemah.”ungkap Doktor Siti. “berapa kosnya doktor?”soal Nordin perlahan. “lebih kurang RM30,000 termasuk rawatan intensif.”jawab Doktor Siti. Dia tahu wang sejumlah itu agak sukar untuk keluarga di hadapannya. Encik Nordin melepaskan keluhan berat. Mana nak cari wang sejumlah itu. Sedangkan kehidupan hariannya hanya cukup makan sahaja. Nur Ain yang mendengar hanya mampu tunduk sahaja. Sesudah itu mereka beredar dari bilik Doktor Siti. Masing – masing melangkah longlai menuju ke wad Puan Suraya. Tiba di muka pintu, kelihatan Puan Suraya terbaring lesu. Melihat kelibat keluarganya Puan Suraya yang hanya berendam air mata segera menyeka air mata lantas tersenyum walau senyumannya kelihatan benar perit. “abang, eh, kakak dah keluar wad. Fariesh pun ada. Baguslah kamu dah sihat, lepas ni boleh kamu jaga mak pulak.”Puan Suraya memegang tangannya. Nur Ain memandang ibunya. Menahan sendu. Tabahnya ibunya. Kelopak matanya panas. Segera dia tinggalkan ibunya. Puan Suraya hanya memandang anak sulungnya itu. Dia tahu anak itu berduka kerananya. “Riesh pergi tengokkan Ain.”ujar Puan Suraya. Fariesh yang dari tadi mendiamkan diri segera mengangguk dan meninggalkan Puan Suraya dan Encik Nordin. “doktor cakap apa bang?”Tanya Puan Suraya. “tak ada apa. Doktor cuma kata Su kena cepat sembuh boleh lekas balik rumah lagipun anak – anak kita kat rumah tu dah rindukan awak.”ucap Encik Nordin. Tangannya mengusap kepala isterinya yang amat dicintai. Jika dia ada wang, sudah lama pembedahan dijalankan namun bukan semua yang kita inginkan ada di depan mata. Sebaliknya usaha yang keras dan istiqamah sangat penting. Puan Suraya tersenyum. Bibir pucatnya melakar senyuman walau terasa payah.

Puas Fariesh mencari kelibat Nur Ain, akhirnya dia melihat Nur Ain teresak - esak menangis di suatu sudut di ruang menunggu. “Ain, jangan menangis macam ni.”pujuk Fariesh. Bahu Ain terhinjut – hinjut menangis. Hatinya pilu melihat keadaan ibunya begitu rupa. Dia sedar sukar bagi keluarganya mengumpul wang sejumlah RM 30,000 itu. Setakat gaji ayahnya dan dirinya berapalah sangat. Cukup untuk menanggung perbelanjaan seharian dan persekolahan. “Ain sedih tengok mak Riesh. Ain tak nak kehilangan dia. Ain tak nak.”tangisan Ain makin menjadi. Mukanya ditutup. Fariesh duduk disebelah Ain. Bahu gadis itu diusap lembut. “Ain tak boleh sedih macam ni. Ain kena kuat. Kalau Ain tak kuat macam mana mak Ain nak dapat kekuatan untuk jadi kuat. Ain tak boleh lemah. Ain harus kuat.”ujar Fariesh. “Ain tak tahu macam nak kuat lagi Riesh. Kenapa Ain ditimpa ujian sebegini hebat.”suara Nur Ain tersekat – sekat. “Ain, setiap manusia tak lari dari diuji dengan dugaan. Semakin kuat dugaan yang Allah berikan semakin sayang Dia pada kita.”tangan Nur Ain digenggam erat Fariesh. “Ain kena kuat. Riesh akan ada selalu di sisi Ain.”suara gemersik Fariesh menerjah ruang telinga Ain. Mata mereka beradu. Fariesh menghulurkan tisu. “Ain dah ok? Kalau dah tenang, jom kita balik.”ajak Fariesh. Dia sedar gadis di sisinya sedang bersedih. Dia akan cuba sedaya upaya untuk Nur Ain Nadhirah tersenyum.

0 comments: