“Nur Ain, saya nak jumpa awak dengan Hakim masa rehat nanti ya.”pesan Cikgu Syazana selesai tamat kelasnya tadi. Mereka berdua hampir mengangguk serentak. Mereka pasti ini mesti tentang pertandingan sajak itu. Nur Ain dan Hakim telah cuba sebaik mungkin berlatih dengan bantuan rakan mereka. Dengan bantuan rakannya yang bersetuju untuk bermain piano, mereka berharap itu dapat membantu mereka dalam penyampaian sajak itu.
Hakim mengeluarkan buku tulisnya. Dia membelek buku itu. Fikirannya melayang pada abangnya, Haziq. Dia perasan sejak kebelakangan ini, abangnya kelihatan selalu termenung bagai memikirkan sesuatu yang penting. Haziq telah pulang ke Manchester semalam. Tika di lapangan terbang, dua beradik itu berpelukan bagai itulah perjumpaan mereka yang terakhir. Dia teringat pesan Haziq agar menjaga dirinya dan keluarga serta melakukan yang terbaik untuk sajaknya. Dia juga heran dengan abangnya. Selalu juga dia mengusik abangnya dengan gelaran mamat romeo. Abangnya seorang yang baik dan kacak. Wajahnya hitam manis. Tinggi lampai. Badannya sasa. Pekertinya menyenangkan sesiapa yang melihatnya. Bagi Hakim, Haziq itu jejaka idaman dan ideal namun hingga kini abangnya masih belum berteman. Nak kata bab mengayat, rasanya Haziq lebih handal darinya kerna Haziq suka mempuitiskan bahasanya. Bila ditanya, Haziq cuma menjawab tiada yang berkenan di hati. “hei, Kim, jauhnya kau termenung, dah sampai Afrika ke belum?”Tanya Linda. Hakim hanya tersengih sambil membelek kertas sajak persembahan mereka. Dia mengambil penanya dan menulis “puisi untuk bidadariku” serta merta bayangan Nur Ain yang tersenyum manis memenuhi fikirannya biarpun tika itu Nur Ain ada disebelahnya.
“So macam mana dengan sajak kamu berdua? Saya harap kamu dah bersedia. Pertandingan tu sabtu ni. Dua hari saja lagi.”Tanya Cikgu Syazana. “sudah cikgu, saya dan Ain dah berlatih semana yang boleh. Siu Ting pun dah bersedia dengan piano. Kami hanya serahkan pada nasib selepas ini. Kalau kalah masuk angin keluar asap je lah.”ulah Hakim. Cikgu Syazana tertawa kecil. “jangan serahkan pada nasib saja tapi usaha tak ada. Saya harap awak berdua buat yang terbaik. Kalah dan menang itu soal kedua cuma saya mahu awak berdua seronok.”senyum rapi Cikgu Syazana menyenangkan Nur Ain dan Hakim. “kiranya kalau kita menang, kami dapat pergi KL cikgu?”Tanya Nur Ain. “ya, kamu berdua dan cikgu dapat tonton deklamasi sajak dekat Istana Budaya.”jawab wanita itu lagi. “cuba kamu berdua testing depan saya dulu.”pinta Cikgu Syazana. “mana boleh cikgu. Sajak kami limited edition. Dengar time pertandingan aje.”Hakim berseloroh sambil mengenyitkan matanya. Serentak mereka bertiga tertawa. “baiklah terpulang pada awak. Saya berharap awak dapat buat yang terbaik. Boleh naikkan nama sekolah kita.”kata Cikgu Syazana. Hampir serentak pelajar di depannya mengangguk.
“Hakim, awak rasa kita boleh menang ke? Dah la kita guna sajak cinta.”Tanya Nur Ain tika mengorak langkah pulang. Pandangannya dilemparkan kepada pelajar – pelajar yang lain yang berduyun – duyun pulang dengan segera. “insyaAllah, kita boleh menang. Kita bertiga dah berusaha kuat. Kalau kalah pun, kita sudah berusaha. Berbaloilah jugak. Saya rasa tak ada masalah kita ketengahkan sajak cinta. Lagipun tema bebas. So kita boleh sampaikan dalam macam – macam genre. “Hakim. Mereka berdua berjalan seiringan. Hari ini Hakim berhajat ingin berjalan kaki sahaja. Niat di hati ingin menghantar Nur Ain pulang. Awalnya gadis itu menolak. Setelah beri alasan untuk bincangkan hal pertandingan Nur Ain akur. “Hakim boleh saya tanya awak sesuatu?”Tanya Nur Ain. Hakim yang asyik memandang hadapan kalihkan wajahnya. Kening tebalnya terangkat. “kenapa dulu awak beria penting sangat nak menang dan pergi KL?”soal sekali lagi. Langkah Hakim terhenti. Keluhan berat kelihatan. Dia mengeluarkan sapu tangan mengelap keringat yang basah di dahinya. Hari ini panas. Sepanas soalan gadis dihadapannya ini. Desis hati Hakim. “saya kan asal KL. Kalau menang, saya dapat pergi sana. Saya rindukan kawan – kawan saya. Dah lama tak jumpa mereka.” Terbayang rakan – rakan sekolahnya. Sekilas bayangan Milla samar – samar sahaja. “oh, ke awak rindu kat girl friend awak? Nur Ain serkap jarang. Lagi sekali Hakim tersentap. “mustahil awak single, kurang – kurang mesti awek keliling pinggang.”usik Nur Ain. Hakim tersenyum namun tawar. “tak perlu dirindu orang yang tak rindu kat kita Nur Ain.”balas Hakim. Giliran Nur Ain pula terdiam. Otaknya bejat memikirkan ayat itu. Mungkin Hakim sudah ada teman wanita di sana. Masing – masing hanya mendiamkan diri selepas itu. Sesekali memandang anak kecil yang sibuk berkejar – kejaran di tepi jalan raya. Akhirnya hingga ke rumah mereka hanya mendiamkan diri.
Hakim merebahkan dirinya ke katil empuk birunya. Fikirannya menerawang, sudah beberapa bulan dia berada di sini. Awalnya semua dirasakan terlalu asing baginya. Sikap prejudisnya pada Nur Ain pun kini menjadi satu perasaan yang sukar untuk ditafsiri. Perasaan yang terlalu berbeza ketika dia bersama dengan Milla. Milla!! Gadis yang baginya hanya pernah dimiliki tapi bukan kini. Walau Milla tidak menzahirkan yang dia tidak lagi mencintai dirinya namun dari apa yang berlaku kini dia sedar Cuma sukar untuk terima kenyataan yang Milla tidak menyayangi dirinya seperti sebelum ini. Bagi Hakim selagi tidak berdepan dengan Milla dia tak mahu terima yang Milla bukan lagi miliknya. Jika dia menang dalam pertandingan sajak itu nanti, dia akan berjumpa dengan Milla. Dapatkan penjelasan dari gadis itu. Ego lelakinya tak mahu mengalah. Jauh dari sudut hatinya, cinta pada gadis genit itu sudah pun luntur. Bayangan Nur Ain pula kerap menghantuinya. Nur Ain Nadhirah, gadis yang terlalu sederhana namun ada sesuatu yang ada dalam gadis itu membuat naluri lelakinya tertarik. Mata Hakim dipejam rapat. Lelahnya dilepaskan.
Petang itu sungguh dingin. Puan Suraya duduk di buaian rumahnya. Menanti Aniq pulang dari sekolah. Aleya sedang asyik menanam pokok bunga ros di depan rumahnya. Memang itu hobinya. Nur Ain dari tadi berkurung dalam biliknya. Katanya berlatih untuk pertandingan sajak. Suaminya pula pergi ke rumah sepupunya. Puan Suraya keseorangan di luar. Angin kuat menampar pipinya. Terasa dingin tubuhnya. “Shazlan, mana kau anak emak? Emak nak tengok kamu membesar. Emak nak tengok kamu berjaya. Emak nak tengok kamu dalam keluarga kita. Emak nak keluarga kita lengkap. Bahgia macam orang lain.”halus suaranya. Bergetar. Dada wanita tua itu berombak kencang. Air matanya gugur. Segera disekanya. Dia ingin sangat Ameer Shazlan kembali ke pangkuan keluarganya. Aleya yang sedang menyapi di ruang lamannya terberhenti mendengar ibunya menyebut nama Shazlan. “siapa Shazlan?”soal Aleya dalam hati. Ingin ditanya namun terbantut. Bimbang ibunya bertambah sedih.
“kakak, perasaan tak mak sejak – sejak ini banyak termenung?”tegur Aleya. Ain ketika itu baru sahaja baring. Bangun kembali. “perasaan, mak kan tak sihat.” “yelah, tapi kan sejak kebelakangan ni, Leya tengok mak asyik menangis. Tadikan Leya dengar mak sebut nama Shazlan. Siapa tu? Akak kenal tak?”Tanya Aleya. “entahlah dik. Akak tak tahu pulak. “jawab Ain. “agaknya boyfriend lama mak kot.”usik Aleya. “ish, kau ni. Takkan la mak nak buat macam tu.Tak apa nanti, kita tahu jugak.”ujar Nur Ain. Matanya dipejam kembali. Keletihan yang melanda membuat fikirannya bejat memikirkan siapa Shazlan yang menjadi sebutan ibunya.
0 comments:
Post a Comment