Hari hujung minggu Nur Ain dipenuhi dengan timbunan kerja rumah dan kerjanya. Namun tiada sedikit keluhan yang lahir. Dia nekad untuk membantu keluarganya walau apa jua yang berlaku. Pagi – pagi lagi dia sudah bangun untuk menyediakan sarapan. Harapkan Aleya? Entah bila dia akan bangun. Adik keduanya memang agak liat sedikit untuk bangunan tambahan cuti hujung minggu. Aniq pula akan dikejutkan kemudian. Nur Ain sudah berkira – kira, selepas selesai menyelesaikan kerja – kerja di rumah dia berhasrat ke perpustakaan untuk mengulang kaji dan menyiapkan kerja rumah. Selepas itu bolehlah dia terus pergi bekerja. Begitulah kehidupan setiap hujung minggu.
Sedang asyik Nur Ain menggoreng mi hun, ibunya menyapa.“Ain masak apa?”Puan Suraya melihat mana – mana kerja yang boleh di buat untuk membantu anaknya. “eh mak rehatlah. Biar Ain yang buat. Mak kan tak sihat. Mak rehat aja. Nanti bila dah siap Ain panggil”tegah Ain. Puan Suraya hanya memandang anak gadisnya itu. Dia berlalu untuk kejutkan Aniq. Sesudah memasak, Nur Ain mengajak ahli keluarganya bersarapan. Beralaskan tikar masing – masing duduk bersila menatap makanan yang dihidang. Encik Nordin pula sibuk dengan mencuci teksinya. Itu rutinnya hujung minggu apabila tidak memandu teksi. Kadang – kadang lelaki itu mengambil upah membersih kawasan – kawasan kosong. Kelihatan masing – masing berselera menjamah sarapan.
Selesai sarapan, Aleya segera mengemas pinggan mangkuk di situ. Ruang makan itu jugalah tempat mereka untuk berehat. Rumah mereka terlalu sempit. Sebuah rumah papan yang hanya mempunyai dua buah bilik. Hanya itu yang mereka mampu. Nasib baik tuan rumah memberi sewa yang murah memandangkan Nordin mengambil upah membersihkan tanah kosong mereka.
Setelah selesai mengemas, Nur Ain mencari ibunya. “mak, ni gaji bulan ni. Mak ambil buat bayar sewa rumah.”hulur dua keping not RM 100 ke tangan Puan Suraya. “eh, tak apalah. Ain pakailah. Ain kan nak periksa tahun ni. Banyak pakai duit. Masuk tusyen kea tau beli buku ke.”tolak Puan Suraya. “tak apalah mak. Pasal Ain, biasiswa tanggung. Mak jangan risau. Ambillah. Ain ada lagi.”desak Nur Ain. Itulah jawapan setiap kali. Puan Suraya serba salah lalu dia mengambil duit itu dari telapak halus itu. Dia sedar anak gadisnya itu berhempas pulas membantu keluarganya biarpun ibu bapanya masih lagi mampu bekerja. Namun prinsip hidup Ain mengajar selagi tulang empat kerat berfungsi selagi itulah dia akan membantu keluarga ini.
Puan Suraya hanya memandang anak – anaknya yang sedang sibuk mengulang kaji pelajaran. “mak, Ain pergi kerja dulu ya.”Nur Ain mengucup tangan kasar itu. Ibunya hanya mampu melihat kelibat anaknya menghilang. Wanita tua itu duduk di kerusi malas usang. Dia melihat Aleya dan Aniq sibuk belajar. Suaminya pula telah keluar. Ke mana tidak pula diberitahunya. Hati wanita itu diselubungi resah akhir – akhir ini. Peristiwa silam menggamit hatinya. Tak semena – mena manik – manik jernih gugur dari tubir matanya. Matanya dikatup rapat. Imbauan memori menerawang di fikiran. 19 tahun yang dahulu. Suraya berkenalan dengan Nordin ketika menumpang teksi lelaki itu. Cinta pandang pertama membuat Nordin ingin melamar Suraya, gadis yang digilai ramai jejaka di kampungnya. Namun percintaan mereka tidak direstui keluarga Suraya. Nordin hanya driver teksi sedangkan Suraya anak guru terkemuka di kampungnya. Walhal keluarga Suraya telah menetapkan jodohnya dengan anak ketua kampung. Akhirnya pasangan itu lari dari kampung dan berkahwin. Walaupun mereka hidup dalam serba kekurangan namun kasih sayang mengatasi segala – galanya. Setelah setahun mereka melayarkan bahtera perkahwinan, Suraya disahkan hamil. Berita itu amat menggembirakan Nordin.
“Doktor, macam mana dengan isteri saya? Kenapa dia tak boleh melahirkan lagi. Dari petang tadi dia sakit doktor”. Cemas Nordin. Sejak petang tadi isterinya di dalam wad kecemasan. “sabar encik, isteri encik sebenar ada masalah kerana kandungannya songsang. Jadi ia mengambil masa lama sedikit.”jelas doktor itu. Kemudian dia masuk kembali diikuti jururawat muda. 3 jam kemudian kedengaran sayup – sayup tangisan bayi. Kelibat dua orang jururawat mendukung dua orang bayi. “encik, ni anak – anak encik. Tahniah.”ucap jururawat itu. “kembar?”desis hati Nordin. Dalam hatinya tak putus memanjatkan setinggi syukur ke hadrat Illahi. Tak terucap dek kata – kata. Seingatnya doktor sebelum ini memberitahu mereka bakal menimang anak perempuan. Dia melihat kedua – dua anaknya. Seorang lelaki dan seorang perempuan.
“Su, ni anak – anak kita.”Nodin masuk dengan membawa anak – anaknya. Dilihat isterinya terbaring lemah. Suraya hanya tersenyum lemah. Anak – anaknya di beri kepadanya. Dahi kedua – dua bayi itu dikucup lembut. Nordin mengazankan anak – anaknya. “abang nak beri nama apa?”Tanya Suraya sambil memandang kembar mereka. “yang abang ni abang namakan dia Ameer Shazlan Adiknya, hmmmm Nur Ain Nadhirah.”lama juga Nordin memikirkan nama – nama itu. Segera kembarnya di peluk erat. Wajah anak – anaknya di tatap dengan penuh kasih sayang. “moga anak kita murahkan rezeki kita.”kata Nordin sambil memandang wajah isterinya. Esok, abang bawak anak – anak kita pulang ke rumah. Suraya hanya tersenyum.
“abang ingat nak buat kenduri doa selamat sekali dengan potong jambul. Su macam mana?”pinta Nordin. “saya ikut saja abang”. Suraya tersenyum mesra kepada suaminya. Anak sulong katakana. Apa salahnya di sambut sedikit biarpun kecil – kecilan. Walaupun pasangan suami isteri masing – masing sebatang kara namun kehadiran mereka di kampung itu membuat mereka dihargai. Seminggu kehadiran bayi kembarnya, kenduri di adakan. Ramai juga jiran tetangga yang hadir. Masing – masing melihat kembarnya. Pada ketika itu kembarnya di letakkan di tengah ruang tamu rumah mereka. Suraya sibuk melayan tetamu yang hadir sehingga membiarkan anaknya bersendirian dengan tetamu. Nordin juga sibuk berborak dengan rakan – rakannya. Malam beransur sunyi. Ramai tetamu meminta diri. Suraya pergi ke ruang tamu. Dilihat Shazlan tiada di dalam buainya. Sangkanya anak lelakinya bersama suaminya. “abang, mana Shazlan?”Tanya Suraya setelah mendapati Shazlan tiada di sisi suaminya. “eh, bukan ke, dia ada dengan Ain ke?”Nordin membalas dengan soalan. Suraya mula berasa risau. Masing – masing mencari Shazlan di pelosok rumah kecil itu. “Su, ada tak?”Tanya Nordin. Renik – renik peluh membasahi tubuhnya. Risau dan gelisah menjadi satu. “tak ada bang. Macam mana ni? Takkan dia kena culik.”gumam Suraya sendirian. “hisy, jangan cakap bukan – bukan.”tingkah Nordin. Namun persoalan itu terbit juga di benaknya. Walaubagaimanapun, siapa yang ingin menculiknya.
“Din, ada surat kat katil.”panggil rakan Nordin, Zamri. Dia memegang sepucuk surat yang disisipkan di bawah bantal Shazlan. Nordin dan Suraya berpandangan lalu segera ke katil anaknya.
Nordin nampaknya dirimu sudah ada anak. Ku ucapkan tahniah bukan kerna mendapat anak tapi kehilangan anak. Jangan harap kau jumpa dengan dia lagi.. inilah balasan kerna rampas Suraya dari aku.
Salleh
“Ya Allah.”itu sahaja yang mampu diungkapkan oleh lelaki itu. Rasa sebal menyelubungi dirinya. Jika dia lebih berhati –hati tentu perkara ini takkan terjadi. Suraya bagai orang melihat hantu rupanya. Wajahnya pucat. Dia terjelopok pengsan. Nordin tersentak lalu segera mengangkatnya. Isterinya dibaringkan di biliknya. Jirannya, Mak Limah berusaha menyedarkan Suraya. Nordin berada di sisi isterinya. Air direnjis – renjis ke muka wanita itu. Lama – kelamaan kelopak mata Suraya terbuka – buka sedikit demi sedikit. Nordin dari tadi memegang erat tangan isterinya. “abang, mana anak kita abang?... mana Shazlan?”Tanya Suraya bersuara serak – serak basah. “Su, sabar Su. Su rehat dulu ya.”pujuk Nordin sambil membelai rambut isterinya. “mana Shazlan? Saya nak Shazlan!”jerit isterinya. Air mata merembes deras. “saya nak Shazlan.”jerit lagi. Nordin dan Mak Limah berusaha menenangkan. Lama juga. Mereka menunggu Suraya tidur.
“macam mana ni? Apa kita nak buat sekarang?”Tanya Zamri. Dia mengenali Nordin telah lama. Suka duka mereka melalui bersama. “aku rasa, baik kita cari sekitar kat sini. Kalau tak jugak pagi esok kita report kat balai polis.”jawab Nordin. Fikirannya serabut. Hatinya rawan. Mengapa harus menculik Shazlan jika mendendaminya. Anak itu tak bersalah. Jika benar Salleh mendendaminya sepatutnya lelaki itu berhadapan dengan dirinya. Malam itu, Nordin mengumpul orang kampung untuk mencari Shazlan. Manalah tahu jika Salleh meninggalkan Shazlan di tepi jalan ataupun melihat kelibat Salleh sendiri. Namun pencarian mereka hampa.
Pagi itu, Nordin dan Suraya pergi ke balai polis untuk mengadu kehilangan anak mereka. Polis memulakan pencarian. Hampir seminggu Shazlan telah hilang namun masih belum dijumpai. Suraya kelihatan makin murung. Nur Ain di biarkan begitu sahaja malah tidak menyusukannya. Setiap malam, Nur Ain menangis namun Nordin yang akan bangun dari tidur dan mendodoikannya. Saban hari Suraya hanya termenung dan menangis. Nama Shazlanl sering meniti di bibirnya. Satu hari Nordin membawa Suraya berjalan. Mereka singgah di Rumah Anak – Anak Yatim Kenanga. Nordin sengaja membawa isterinya di situ untuk mengubati luka Suraya. Suraya melihat kanak – kanak yang yatim piatu bermain bersama – sama. Timbul rasa simpati pada mereka. Dia bayangkan nasib Nur Ain jika bayi comel itu dibiarkan sahaja. Dia sedar bahawa peluang untuk berjumpa dengan Shazlanmakin tipis. Tak semena - mena air matanya mengalir lagi. “abang, maafkan Su. Selama ni Su dah susahkan abang. Su abaikan abang.”Suraya menggenggam erat tangan suaminya. “tak apalah. Abang maafkan. Kita balik ya. Ain tunggu.”pujuk Nordin. Sebaik sahaja tiba di rumah, Suraya mendapatkan anaknya. Tubuh bayi itu dipeluk dan dicium dengan mesra dan kasih sayang. “mak mintak maaf sayang.”ucap Suraya. Nur Ain yang tidak memahami butir kata ibunya hanya tersenyum comel.
Selepas hari itu, tiada siapa yang membangkitkan tentang Shazlan. Malah hingga ke hari ini Nur Ain dan adik beradiknya tidak mengetahui kebenaran itu. Hanya Mak Limah dan Zamri yang benar – benar mengetahui. Mata Suraya dibuka perlahan. Air mata jernih mengalir lagi. Segera dikesat apabila melihat kelibat suaminya baru pulang. “Su, kenapa ni?”Tanya Nordin. Dia mendekati isterinya yang amat disayangi. “tak ada apa – apa bang. Su teringatkan Shazlan. Su rindukan dia.”terang Suraya. Nordin hanya memandang Suraya. Dia hanya mengusap belakang isterinya. Nordin mengeluh kasar. Dia pasrah apa yang berlaku.
0 comments:
Post a Comment