Suasana Restoran Alif kelihatan sibuk. Kelibat pekerja – pekerja ke hulur – hilir menjalankan tugas mereka dan pengunjung datang. Sudah menjadi kebiasaan hujung minggu ramai pengunjung bertandang. Restoran Alif memang terkenal dengan roti canainya. Setiap pengunjung yang datang pasti memesan roti canai. Nur Ain juga tidak lepas menyibukkan diri dengan kerjanya.
“Good Morning mak , ayah, abang.”sapa Hakim memandang ahli keluarganya yang duduk di meja makan menanti untuk sarapan. Hampir serentak dijawab. Di meja, terhidang pelbagai hidangan disediakan. Hakim berjalan dan duduk di sebelah abangnya. Sekeping roti di ambil dan disapu dengan planta. Haziq melihat adiknya yang sedang makan. Ada sesuatu yang bermain difikirannya. Namun di bantutkan. Kebetulan hari ini Dato’ Kamarul Zaman berehat di rumah setelah pulang dari Langkawi atas urusan syarikat. “belajar kamu macam mana Hakim?”Tanya Dato’ Kamarul Zaman. “so far oklah. Minggu depan Kim ada pertandingan sajak. Kalau menang, kami akan pergi ke KL untuk pertandingan sajak.”jawab Hakim. “kamu pula macam mana Haziq? Bila kamu nak balik London?”soalnya kepada Haziq pula. Sudah tangunggjawab seorang ayah untuk mengambil berat perihal anak – anak meski Haziq bukan anak kandungnya. “Ziq pun ok aje. Ziq balik Manchester minggu depan. Nak balik awal sikit. Ziq ingat nak kerja kat sana.”jawab Haziq. Sambil menghirup kopi yang dibancuh. “kerja apa? Tak usahlah. Kalau tak cukup duit, kamu mintak dengan ayah sajalah.”pintas Datin Maimunah. “tak apalah mak, duit Ziq cukup cuma nak cari duit sendiri. Nak belajar berdikari.”jawapan itu sudah menjadi kebiasaan Haziq. Sejak mengetahui dia anak angkat , dia nekad untuk tidak menyusahkan ibu bapa angkatnya. “hmmm tak apalah, tapi kalau kamu nak apa – apa cakap kat ayah.” Haziq hanya mengangguk. Masing – masing menyambung menikmati sarapan.
“abang, macam mana dengan sajak yang Hakim mintak tu?”Tanya Hakim sejurus masuk ke kamar abangnya. “dah lama siap. Saja abang simpan dulu takut nak betulkan je. ” Haziq tertunduk – tunduk mencari buku catatannya di laci mejanya. Kelihatan sebuah buku bewarna biru dikeluarkan. Di balik helaian buku itu ada sehelai kertas yang telah dilipat di celah buku. Haziq menyerahkan kertas berwarna biru itu ke tangan adiknya. Sajak itu benar – benar menyatakan hasrat hatinya. Hasrat yang taK mungkin dia lakukan. “abang ni hebatlah.”puji Hakim. Mana taknya. Walaupun dia pandai bersajak namun untuk menulis barisan puitis bukan mudah baginya. Tidak seperti Haziq. Abangnya pandai menulis sajak. Semasa sekolah dulu, abangnya rajin menghantar sajak ke surat khabar. Hampir sebulan sekali kiriman abangnya dipaparkan di dada akhbar. Haziq hanya tersenyum mendengar pujian adiknya. Hakim meminta diri ke biliknya. Haziq merebahkan punggungnya ke katil. Badannya direbahkan. Dalam benaknya muncul satu nama. “Nur Ain Nadhirah.”
Hujung minggu sebegini, keluarga Fariesh banyak menghabiskan masa di rumah. Pagi itu Fariesh sibuk mencuci keretanya. Dia sanggup habiskan duitnya untuk kereta kesayangannya itu. Kereta itu dihadiahkan oleh ayahnya semasa hari lahir yang lalu. Selesai kerjanya, dia duduk di anjung rumahnya menghadap kolam renangnya. Dia melepaskan lelahnya di situ. Fikirannya menerawang kepada Nur Ain. Nur Ain Nadhirah Nordin. Namanya seindah rupanya. Tingkahnya seayu wajahnya. Sejak sekolah rendah mereka telah berkawan. Dia cukup senang berkawan dengan gadis itu. Sudah lama dia menyimpan perasaan pada gadis manis itu. Namun dia belum bersedia untuk meluahkannya. Dia tak sanggup kehilangan gadis itu. Baginya biarlah mereka begini.
Sedang asyik mengelamun, suara Tan Sri Abdullah menerjah ruang telinganya. “Fariesh, mengelamun nampak.” “eh papa, duduklah.”Fariesh menarik kerusi disebelahnya mempelawa ayahna duduk. Tan Sri Abdullah duduk disebelahnya. “sebenarnya papa ada hal nak cakap dengan Fariesh ni.”ayahnya memulakan bicara. “apa dia papa?”Tanya Fariesh. “sebenarnya macam ni, syarikat papa sekarang agak maju. Jadi pentadbiran syarikat papa pindah kat Pulau Pinang. Cawangan terbaru papa.” “jadi?”Fareish menanti kata – kata bapanya yang seterusnya. “So, papa ingat nak kita sekeluarga pindah ke sana.” Kata Tan Sri Abdullah. Fariesh yang sudah dapat mengagak kata – kata papanya hanya mengeluh kecil. “macam ni, papa dan mama dah berbincang. Kalau Riesh nak tinggal kat sini kami faham. Kamu kan nak SPM tahun ni. Tapi Riesh terpaksa tinggal dengan Mak Lang. Rumah ni papa akan jual. ”terang ayahnya lagi. Fariesh tahu perangai Mak Langnya. Wanita itu gemar berkira. Keluarga mereka memang tak sebulu. Pasti ada pertengkaran tiap kali bertemu. Fariesh mengeluh. “nanti Riesh fikir dulu” Tan Sri Abdullah hanya mengangguk. Dia meninggalkan anak tunggalnya untuk berfikir dulu.
Pagi itu, persekolahan berjalan lancar. Semua pelajar kelihatan lebih serius memandangkan peperiksaan SPM bakal tiba. “Hakim, macam mana dengan sajak tu?”soal Nur Ain. “oh, dah. Nanti petang nanti kita berlatih.”jawab Hakim sambil menuturkan senyuman. Senyuman yang ikhlas. Mata mereka bertaut Tak semena – mena Nur Ain hanya tertunduk. Ada gelora di hatinya. Nur Ain hanya mengangguk lembut lalu meninggalkan Hakim.
“Riesh nanti Ain tak balik ye.”kata Nur Ain sambil menggalas beg sekolahnya. “Ain nak pergi mana?”Tanya Fariesh. Masing - masing berkemas untuk pulang. “Ain ada latihan dengan Hakim. Mungkin petang sikit baru Ain balik.”jawab Nur Ain. Fariesh hanya mengeluh. Baru dia ingin memberitahu berita yang dikhabarkan ayahnya semalam. Fariesh hanya mengangguk lemah dan meninggalkan Nur Ain. Kemudian Hakim pun muncul. “Ain, awak dah siap? Kita start pukul 2.30 ye. Saya nak solat dan makan tengah hari. Kita makan sama – sama ya.”pelawa Hakim. Lama berfikir baru Nur Ain mengangguk setuju dengan pelawa Hakim. Setelah solat, Hakim mengajak mereka makan di kantin. Selesai makan, mereka menuju ke kelas mereka kembali. Nur Ain bercadang untuk buat latihan di kelas mereka memandangkan kelas mereka tidak digunakan oleh pelajar lain.
“ni sajaknya.”Hakim menghulurkan sehelai kertas biru kepada Nur Ain. “Izinku pergi? Boleh ke kita buat sajak cinta?”soal Nur Ain setelah membaca bait sajak itu. “Cikgu Syazana kata tema bebas. Jadi bagi saya sajak cinta tak ada masalah. Awak baca dulu. Lepas tu baru kita baca.” Balas Hakim. Nur Ain membaca kembali bait – bait sajak itu. Sungguh indah. Terdetik adakah benar Hakim yang menulis sajak ini. “saya dah habis baca. Sajak ni memang best. Sangat puitis.”puji Nur Ain. Hakim hanya tersenyum. “saya ada idea nak bagi mood untuk sajak ni.”kata Nur Ain. “apa kata kalau kita masukkan muzik.”kata gadis itu lagi. “muzik?” “ya. Macam ni. Masa kita present nanti kita masukkan muzik piano. Sebab bagi saya muzik piano mampu menyentuh hati. Sajak ini agak sedih kalau kita masukkan mood sedih lagi menarik persembahan kita.”Nur Ain memberi penerangan sambil menulis perancangannya dalam kertas tersebut. “saya setuju saja asalkan boleh buat kita menang.”balas Hakim. Matanya tak lepas melihat raut wajah yang sering menganggu tidurnya. Masing – masing memulakan latihan. Sedar tak sedar sudah lewat petang. Nur Ain meminta diri pulang. Hakim mempelawa untuk menghantarnya. Nur Ain menolak. Hakim keras mendesaknya pulang bersama. Bimbang jika kejadian lalu berulang kembali. Namun Nur Ain memberi alasan untuk pergi berjumpa majikannya. Hakim terpaksa mengalah. Dia tak mahu terlalu memaksa gadis itu.
Sebaik sampai di rumah, Nur Ain membersihkan diri dan menjalankan kewajipannya sebagai muslimah. Sesudah itu, dia mengemas rumahnya dan memasak untuk makan malam. Adik – adiknya masih belum pulang. Kata ibunya Aleya pergi menjemput Aniq pulang dari sekolah. Nur Ain perasan sejak kebelakangan ibunya kelihatan muram dan murung. Nasi dijamahnya sedikit. Kadang – kadang di waktu ibunya menangis seorang diri. Seperti menanggung beban yang berat. Pernah sewaktu ibunya di hospital Ain mendengar ibunya meracau menyebut satu nama. ‘Shazlan’. Bila ditanyakan kepada ayahnya, ayahnya pura – pura tidak mendengar seolah – olah merahsiakan sesuatu dari mereka adik – beradik. Perasaan ingin tahunya melonjak namun pantas dia padamkan. Dia tidak mahu memaksa ibunya. Dia tahu ibunya sakit. Dia tidak mahu kesihatan ibunya terganggu. Asyik dia memotong sayur kedengaran suara adik – adiknya di luar. Nur Ain menjengah di muka pintu. “assalamualaikum akak.”hampir serentak Aleya dan Aniq melafaz kalimah suci. Nur Ain menjawabnya dan tersenyum. “baru balik ya. Dah lah pergi mandi. Dah dekat maghrib nanti ada momok kacau kalau Aniq tak mandi.”usik Nur Ain. Aniq yang ketakutan percaya dengan kata – kata kakaknya berlari ke biliknya dan pantas mencapai tuala. Aleya dan Nur Ain terkekek – kekek ketawa. Puan Suraya hanya melihat dari jauh. Alangkah bahagianya jika anaknya seorang lagi. Dia pasti jika Shazlanl sudah besar pasti dia sebijak dan pintar seperti Nur AIn. Keluhan kasar kedengaran.
“dik, ni duit yang adik mintak hari itu.” Nur Ain menghulurkan beberapa keping duit ketika Aniq sibuk membuat kerja sekolahnya. Pantas Aniq mencapai duit itu. “terima kasih. Baru tadi cikgu Tanya. ”ucap Aniq. Nur Ain hanya tersenyum. Dia amat prihatin tentang adik – adiknya. Sebagai anak sulong sudah menjadi tanggungjawab menjaga adik – adiknya memandangkan kedua – dua orang tuanya tidak mampu untuk menjaga mereka. Dengan kondisi Puan Suraya yang tidak sihat dan kewangan Encik Nordin yang tidak menentu membuat Nur Ain merasakan dirinya bertanggungjawab menjaga mereka. Dia bersyukur kerana masih berkudrat menggunakan tulang empat keratnya. Mohd Aniq Ikhwan satu – satunya adik lelakinya. Dia berharap suatu hari nanti adik lelakinya berjaya dan dapat merubah nasib keluarganya.
0 comments:
Post a Comment