Izinku Pergi Episod 19

IZINKU PERGI EPISOD 19
Setelah semua barang siap kemas, Nur Ain mengangkat bagasinya ke ruang tamu rumahnya. Puan Suraya dan EncikNordin menanti anak sulongnya di ruang tamu. Hajat mereka untuk menghantar anaknya itu ke stesen bas tapi Nur Ain menghalang. Dia tak mahu menyusahkan keluarganya. Lagipun dia tak mahu keluarganya melihat wajahnya sedih meninggalkan mereka memandangkan ini kali pertama Nur Ain berjauhan dari keluarga. “ayah…mak, Ain pergi dulu iya.”Nur Ain bersalam dengan ayahnya lalu mengucup dengan penuh rasa hormat. “mak jaga diri elok-elok ia?”pesan Nur Ain pada ibunya. Segera dimaniskan romannya. Saat ini mata Nur Ain hampir berkaca. Puan Suraya hanya mengangguk sambil tersenyum manis. Kedengaran sayup – sayup enjin kereta tiba di perkarangan rumah memecahkan suasana sedih mereka.

Kelihatan Cikgu Syazana keluar dari keretanya. Beliau sempat member kalimah mulia kepada seluruh isu rumah itu. Cikgu Syazana tersenyum kepada Puan Suraya lalu bersalaman. “apa khabar kak?”Cikgu Syazana berbasa – basi. “baik.cikgu”Puan Suraya masih lagi tersenyum. “saya nak bawak Nur Ain pergi ke stesen bas. Kalau lambat nanti kena tinggal pulak.”ujar Cikgu Syazana. Segera tangannya mencapai beg Nur Ain ke bonet kereta. Nur Ain bersalaman dengan adik – adiknya. Aleya dan Aniq hanya tersenyum hambar melihat kakaknya pergi. “leya, jaga mak tau.”pesan Nur Ain sekali lagi. Entah berapa ribu kali dia berpesan pada adik kesayangannya itu. “akak, janganlah risau. Leya jaga mak first class punya.”Nur Ain tersenyum mendengar jawapan adiknya. Nur Ain melambai kepada keluarganya dari kereta Cikgu Syazana. Lama kelamaan imej keluarganya semakin kecil. Semakin jauh. “sudahlah Ain. Tak perlu bersedih. Awak pergi untuk 3 hari sahaja. Bukan lama sangat.”pujuk Cikgu Syazana melihat gadis disebelahnya bermuram durja. Nur Ain hanya tersenyum hambar.

Hampir 20 minit perjalanan, mereka tiba di Terminal Makmur. Hakim telah pun menunggu di sana. Setelah berbasa basi bas Plusliner telah pun membunyikan hon menandakan akan bertolak dalam beberapa detik lagi. Mereka berdua dengan cikgu mereka. Cikgu Syazana hanya memerhatikan kelibat Hakim dan Ain naik ke dalam bas. Setelah bas meninggalkan perkarangan terminal, Cikgu Syazana turut meninggalkan tempat itu.

Sepanjang dalam bas, Hakim banyak berbual dengan Ain. Nur Ain banyak mengetahui latar belakang Hakim. Serun pulak mendengar. tak berkelip mata Nur Ain mendengar cerita. Hakim yang melihat Ain begitu hanya ketawa kecil. “Ain, kalau awak buat macam tu, terkeluar pulak biji mata awak.”merah padam muka Nur Ain menahan malu. Hakim suka melihat Nur Ain malu – malu begitu. Dari situ Nur Ain tahu bahawa anggapan semasa mula – mula mengenali Hakim tesasar. Hakim seorang yang peramah malah ringan tulang membantu sesiapa yang memerlukan pertolongan. “banyak awak tahu pasal saya. Ceritalah pasal awak pulak.”ujar Hakim. “saya tak ada cerita menarik untuk orang dengar.”balas Ain. Ada mendung di wajahnya. “kenapa pulak awak cakap cam tu?”soal Hakim. “yelah. Saya orang susah.”balas Nur Ain. Terdengar dia mengeluh. “Nur Ain tak baik awak cakap macam tu. Setiap manusia dah diberikan ujian yang Allah tentukan. Dia takkan berikan kita ujian kalau kita tak mampu hadapinya. Setiap ujian yang Tuhan berikan pada kita pasti aka nada seribu rahmat dan hikmah di sebaliknya.”panjang lebar Hakim bercerita. Nur Ain hanya menunduk. Dia sentiasa reda dengan apa jua keadaan keluarganya. Cuma kadang – kadang ingin dia juga berasa hidup senang. Melihat kehidupan Hakim dan Fariesh membuat Ain agak sedikit cemburu. “lepas ni saya tak mahu dengar awak merungut lega. Kita hamba Allah harus terima cabaran baru dapat masuk syurga. Nanti insyaAllah kita berjumpa di sana.”Hakim tersenyum memandang Nur Ain. Pandangannya benar - benar menusuk kalbu Nur Ain hingga tiba – tiba hatinya berdetar. Perasaannya bergelora. Adakah ini cinta?

Bas Ekspress Plusliner sudah melewati Bentong untuk berhenti makan tengah hari. Nur Ain yang nyenyak tidur terjaga setelah diagah Hakim. Mereka berdua berjalan seiringan menuju ke ruang surau untuk menunaikan solat Zohor sebelum makan tengah hari. “Ain, petang ni saya nak bawak awak jalan – jalan area KLCC nak?”soal Hakim setelah menghabiskan makanannya. Nur Ain yang asyik menyuapkan nasi besinar – sinar matanya. “KLCC? Macam best je. Tak ganggu awak ke? Mana tau awak ada plan lain ke.”balas Nur Ain. “tak pun. Saya tak ada plan lain. Awak datang kat tempat saya. Biar saya jadi tourist guide awak ok.”Hakim mengenyitkan matanya kepada Nur Ain. Kemesraan mereka membuat beberapa mata memandang. Nur Ain hanya tersenyum. Dia mengangguk kecil. Hasrat hatinya memang ingin ke sana tapi dia segan. Lagipun dia tak mahu menyusahkan Hakim. Kini peluang sudah di depan mata. Dia mengikut sahaja. Setelah hampir 40 minit, bas ekpress bewarna hijau itu menyambung perjalanannya ke Bandaraya Kuala Lumpur. 2 jam kemudian mereka sudah pun berada di tengah – tengah Kuala Lumpur.

Bagai rusa masuk kampung, Nur Ain asyik melihat keadaan sekeliling Kuala Lumpur. Kamera di tangannya tak henti henti mengambil gambar. Hakim asyik melihat Nur Ain. Seketika dia ketawa kecil. Melihat ekpresi Nur Ain yang kagum melihat kepesatan pembangunan Kuala Lumpur. “awak janganlah jakon sangat. Nanti saya bawak awak pusing – pusing punya.”tegur Hakim. Pipi Nur Ain merah menahan malu. Terus dia menyimpan kamera dalam beg sandangnya. Hakim ketawa lagi. Lantas keluarkan telefon bimbit lalu mengambil gambar Nur Ain yang kusam itu. Nur Ain terkejut dan tergamam. Hakim ketawa lagi. “Hakim apa awak buat ni.”suara Nur Ain meninggi. “sshhh…jangan bising. Dalam bas mana boleh bising – bising nanti orang marah.”tegur Hakim. Namun dia masih lagi menahan ketawa. Dia suka melihat wajah Nur Ain merah menahan malu. “saya saja ambil gambar awak buat kenangan. Janganlah marah. Nanti bertambah lagi kedut kat muka awak.”Hakim mengusik lagi. Nur Ain pura – pura marah. Dia cuba ingin merampas telefon bimbit Hakim. “bagi saya handphone awak. Saya nak delete gambar tu.”tangan Nur Ain terkapai – kapai mengambil telefon bimbit Hakim. Hakim pula makin dijauhkan telefon bimbitnya menyukarkan lagi Nur Ain mengambil telefon bimbitnya. Tiba – tiba bas tersebut brek dengan tiba – tiba menyebabkan kepala Nur Ain terhantuk ke cermin tingkap.

“Ain awak tak apa – apa ke?”Hakim melihat Nur Ain meraba – raba kepalanya. Hakim lantas mengusap rambut Nur Ain. “biar saya tengok ada luka ke bengkak ke.”Nur Ain ingin menolak namun tangan Hakim lebih pantas. Setiap inci kepala Nur Ain dilihat. Takut – takut ada luka atau bengkak. “hmm nasib baik tak ada apa –apa. Lebam sikit kat tepi kepala. Itulah tak hati – hati dah terhantuk kepala.” Hakim membebel. Nur Ain hanya mendiamkan diri. Penumpang di sebelah mereka hanya melihat telatah pasangan remaja. Mereka hanya tersenyum. Mungkin mengingatkan kenangan zaman bercinta ketika remaja dulu. Mereka menjadi sepi sebentar. Masing – masing melayani diri sendiri.

Tak lama kemudian, mereka tiba di Hentian Puduraya. Kelibat orang ramai memenuhi Hentian Puduraya membuat Nur Ain berasa rimas. “Ain, jangan jauh sangat. Kat sini bukan macam kat tempat kita. Sini bahaya sikit.”Hakim berjalan merapati Nur Ain. Nur Ain memperkemas beg di tangannya. Takut di sambar orang. Disebabkan Cikgu Syazana mungkin tiba lewat di Kuala Lumpur. Terpaksalah mereka berdua pergi sendiri ke hotel yang disediakan. Turun sahaja dari Puduraya berderet teksi beratur di tepi jalan. “Ain, kita tunggu kawan saya ye. Dia janji nak amik kita.”Hakim sedang mengelap peluh membasahi dahinya. “kenapa kita tak naik teksi je? Kan senang.”Tanya Nur Ain. “tak apalah. Lagipun dia dah dekat. Dia bawak kita jalan – jalan. Lagipun Cikgu Syazana sampai lambat lagi. Nur Ain hanya mengangguk mendengar penjelasan Hakim. Mereka duduk di ruang menunggu teksi. Banyak kelibat memandang. Ada pandangan yang menakutkan membuat Nur Ain tak senang duduk. “awak, lambat lagi ke kawan awak datang?”Tanya Nur Ain. Wajahnya gusar. Hakim yang asyik membaca surat khabar memandang keadaan sekeliling bimbang ada wajah – wajah yang curiga. “tak apa Ain, awak jangan bimbang. Saya kan ada.”Hakim mengenyitkan matanya. Nur Ain hanya tersenyum malu. Pipinya terasa panas. Selang beberapa minit ada sebuah kereta Proton Gen2 berwarna putih berhenti di tepi jalan. Ada kelibat lelaki keluar dari kereta tersebut dan berjalan ke arah Hakim.

0 comments: