Izinku Pergi Episod 13

Hari dihitung , tinggal beberapa hari lagi pertandingan mereka. Nur Ain dan Hakim masih lagi cuba mengemaskan persembahan mereka. Rakan mereka Siu Ting bersetuju untuk bermain piano. Kebanyakan masa Nur Ain dihabiskan bersama Hakim. Fariesh kerap berasa terpinggir. Kerap juga api cemburu menyala marak melihat jelingan dan ketawa mereka berdua. Kedudukannya tergugat.

“Ain, asal macam nak jauhkan diri dari Riesh je. Riesh ada buat salah ke?”Fariesh memulakan bicara. Sengaja dia mengajak Nur Ain ke sebuah kedai makan berhampiran dengan sekolah sejurus tamat waktu persekolahan. Nur Ain yang sedang menyedut minumannya hampir tersedak. “aik mana ada? Ain kan sibuk dengan pertandingan tu. Riesh tak ada buat salah pun.”jelas Nur Ain. “hmmm bukan apa. Riesh tengok Ain selalu sangat berkepit dengan si Hakim. Sampai nak balik pun Ain tak nak balik Riesh.”Farieah menjuihkan bibirnya. “ala Riesh, kita orang kan berlatih. Ain nak sangat menang pertandingan tu. Dapat pergi KL tau. Tengok persembahan sajak kat Istana Budaya. Nanti kalau dah habis pertandingan tu Riesh nak bawa Ain pergi mana Ain ikut.”pujuk Nur Ain. Pujukan seperti ini mudah benar meruntuhkan pagar cemburunya. Dia hanya mengangguk.

“Riesh…Ain nak tanya sikit boleh tak? ”Nur Ain memulakan bicaranya. Dia teringat kata – kata Sarah dulu. “Tanyalah, banyak pun tak apa.”seloroh Fariesh. Hatinya terubat dengan pujukan Nur Ain tadi. “macam ni. Kita dah kenal lama kan. Banyak perkara kita kongsi bersama. Hmmm…macam mana nak cakap ni….sepanjang kita kenal ni pernah tak Riesh jatuh hati kat sesiapa.”terpacul juga ayat itu. Kali ini Fariesh pula yang tersentak. “maksud Ain, Riesh pernah suka kat seseorang tak?” Lama Fariesh mendiamkan diri. Ingin sahaja dia menjerit. “sejak mengenali dirimu, aku cinta padamu!!” tapi jeritan hanya di halkumnya. Tak berani dia meluahkan. Dia takut benar kehilangan Nur Ain. Fariesh menggeleng. “baguslah macam tu.”kata Nur Ain. Fariesh membulatkan matanya. Tak faham. “macam ni, ada seseorang suka kat Riesh tau. Dia suka kat Riesh sejak mula – mula kenal lagi”terang Nur Ain. Fariesh tak senang duduk. Gembiranya datang. Perkiraannya Nur Ain memaksudkan dirinya. Senyumannya melebar. Mungkin sebentar lagi dia akan meluahkan perasaannya.

“siapa? Ain ke?”Tanya Fariesh. “Hisy….Ain buat apa….Sarah lah.”Fariesh tergamam mendengar jawapan Nur Ain. Senyumannya tiba – tiba mati. Kegembiraanya lenyap serta merta. “Sarah?” “Ya, Sarah, baru – baru ni dia ada tanya Ain. Dia ingat kita berdua ni couple. Nak gelak pulak Ain. Kita kan kawan.” “kawan?!!!”desis hatinya. Tika itu hati Fariesh remuk. Berkecai. “So, kalau Riesh suka Sarah. Boleh lah Ain tolong rapatkan korang berdua. Mana tau sampai ke jinjang pelamin. Dapatlah Ain jadi pengapit.”usik Nur Ain. Wajah Fariesh merah menahan merah. Telinganya panas hingga tak sanggup lagi mendengar kata – kata dari mulut gadis itu. “cukup!”jerkah Fariesh. Terhenti tawa Nur Ain. “Riesh ni kenapa?”Tanya Nur Ain. Terkejut dengan perubahan Fariesh. “tak payah nak rapat – rapatkan kami. Aku tak suka. Jangan sibuk dalam hal aku.”jerit Fariesh lalu meninggalkan Nur Ain termanggu sendirian. Malu juga rasanya apabila Fariesh memarahinya. “aku?” tak pernah sebelum ni Fariesh membahasakan seperti dengannya. Mungkin dia tersilap langkah. Nur Ain mengeluh. Dia bangun dan pergi ke kaunter bayaran lalu berjalan longlai pulang.

“damn it!!!”Fariesh menyumpah. Dia menhenyakkan dirinya di sofa lembut dalam biliknya. Hatinya terlalu kecewa. Dia benar – benar mencinta gadis itu. Nur Ain pula menganggap hubungan mereka selama ini cuma kawan. Rupa – rupanya Sarah dalam diam meminatinya namun tiada sekelumit perasaan untuk gadis itu. Sarah juga cantik. Gadis itu juga anak orang berada. Dia juga bijak. Cuma dia bukan Nur Ain Nadhirah! Fikirannya benar – benar serabut. Lama dia berfikir. Muncul satu keputusan. Keputusan yang akan merubah hidupnya walau terseksa.

Pagi itu seperti biasa, Nur Ain menjalankan tugasnya sebagai Ketua Kelas untuk memeriksa kedatangan pelajar – pelajar 5 Kreatif. Dia melihat Fariesh yang duduk di tempat duduknya. Fariesh merenung Nur Ain tajam. Mukanya masam. Nur Ain pantas mengalih pandangan. Sewaktu rehat, Fariesh menjauhkan diri. Terpaksalah Nur Ain makan bersama Linda dan Sarah. Sarah perasan akan tingkah laku Fariesh dan Nur Ain. “Ain, asal aku tengok hari ni kau dengan Fariesh menjauhkan diri. Biasanya korang berdua macam ulat gonggok. Berkepit saja.”Tanya Sarah sementara Linda mendapatkan air untuk mereka. “mana ada. Kami ok je.”jawab Nur Ain sambil menyuap nasi goreng ke mulutnya. “korang tak gaduh pasal aku kan?”Sarah serkap jarang. “eh, pandai – pandai je kau ni. Tu Linda dah bawak air tu.”Nur Ain cuba menukar topik. Air sirap yang diambil oleh Linda diminum. Sarah hanya memandang rakannya itu. Dia dapat mengagak sesuatu berlaku antara Nur Ain dan Fariesh. Sesuatu yang membabitkan dirinya.

“Riesh, marah Ain lagi ke? I’m so sorry.”kata Nur Ain. Rasa serba salah juga. Tapi masalahnya dia tak memahami kenapa Fariesh harus memarahinya sedangkan sebelum ini Nur Ain pernah mengusik lebih dari itu tidak pula Fariesh marah. Fariesh hanya memandang Nur Ain. Pandangan itu di tatap puas – puas. Tangan Nur Ain pula diraih. Tangan halus itu digenggam. Nur Ain tergamam. “stay away from me.”kata Fariesh lalu meninggalkan Nur Ain. Terpaku sendirian gadis itu. Air mata berlinangan di tubir mata. Nur Ain terasa ada orang di belakangnya. Rupa – rupanya Hakim. Pantas Nur Ain menyeka air matanya. “Ain, kenapa ni? Awak nangis?”Tanya Hakim. sebenarnya. Dia terdengar perbualan mereka secara kebetulan ketika mahu ke tempat letak motosikal. “tak ada apa – apa. Saya okey. Hakim hari ini saya tak nak berlatih. Fikiran saya terganggu.”kata Nur Ain. Hakim hanya memandang Nur Ain. Ingin air mata gadis itu disekanya. Hakim mengangguk. Dia tidak mahu Nur Ain berlatih separuh hati. Biarlah dia tenangkan fikiran. Lagipun persiapan sudah disediakan. Hakim melihat kelibat Nur Ain melangkah longlai hingga bayangan gadis pujaannya hilang.

Dari jauh Fariesh hanya melihat pasangan itu. Dalam hatinya kosong. Persahabatannya selama ini hanyalah persahabatan. Nur Ain tak pernah mencintai dirinya seperti dia mencintai gadis itu. Fariesh menyumpah diri sendiri kerana tidak berani menyatakan perasaan di hadapan Nur Ain. Dia telah merugikan masa bertahun – tahun. Perasaan yang disimpan selama ini remuk begitu sahaja. Cintanya tak di balas. Fariesh berusaha untuk membenci gadis itu walaupun Nur Ain tidak pernah membuat salah kepadanya. Mungkin dengan cara itu dia dapat melupakan Nur Ain. Dia melangkah masuk ke kereta kesayangannya. Lantas dia meninggalkan perkarangan sekolahnya. Selamat tinggal sekolah. Selamat tinggal kenangan. Selamat tinggal Nur Ain Nadhirah.

0 comments: