Izinku Pergi Episod 14

“Selamat pagi semua.”Puan Syazana melangkah masuk ke kelas 5 Kreatif. Semua pelajar bangun. Hampir serentak jawapan mereka. Masing – masing duduk kembali. “Nur Ain!”panggil Puan Syazana. Nur Ain segera bangun ke meja guru. Guru kelasnya membuka buku kedatangan. “hari ini hanya Fariesh tak hadir cikgu.”kata Nur Ain sebelum sempat Puan Syazana bertanya. Puan Syazana memandangnya dengan wajah kehairanan. “awak ni lupa kah Ain? Fariesh kan dah pindah. Dia ikut ayahnya ke Pulau Pinang. Semalam hari terakhir dia kat sekolah ni.”kata Puan Syazana. Nur Ain merasakan lututnya lemah. “oh…a’ah saya lupa lah cikgu.”Nur Ain cuba memaniskan romannya. Puan Syazana hanya tersenyum. Wanita itu juga tahu keakraban mereka. Mungkin Nur Ain tidak biasa lagi dengan pemergian Fariesh.

Sekembali pulang ke rumah, Nur Ain menjengah kamarnya. Dia duduk di katil. Fikirannya kini berserabut. Tudung sekolahnya ditanggalkan memperlihatkan rambutnya yang ikal panjang menghurai ke pinggang. Matanya dipejamkan teringat pertemuan mereka yang pertama.

“Hai! Nama saya Fariesh”tegur Fariesh. Nur Ain ketika itu duduk bersebelahan dengannya. Hanya tersenyum. Ketika itu mereka dalam darjah empat. Nur Ain baru berpindah ke sekolah itu. Hari pertama baginya amat menyusahkan. Tiada sesiapa yang dikenalinya. Tangan Fariesh dihulur segera Nur Ain menyambut tangan itu. “nama saya Ain.” Selepas itu bermulalah bibit persahabatan mereka.

Kelopak mata Nur Ain terasa panas. Matanya dibuka. Air jernih mengalir dari tubir matanya. Dalam hatinya memikirkan apa puncanya Fareish berbuat begitu. Sampai hati meninggalkan dirinya. Walhal mereka persahabatan mereka tak pernah dilanda badai kecuali perisriwa beberapa hari yang lalu. Tiba – tiba Nur Ain teresak – esak menangis. Galaunya sudah tak dapat dipujuk lagi. Bagi dirinya persahabatan mereka berdua membawa sinar dalam hidupnya. Fariesh selalu ada disisinya tika dia memerlukan rakan. Kini dia sendiri tempuhi hidupnya. Air matanya tidak dapat dibendung lagi. Mengalir deras bagai sungai dilanda banjir. Esaknya bertambah kuat. Segera dikatupkan mulutnya. Hingga badannya menggigil menahan sendu. Tidak mahu ibu ayahnya melihatnya begini. Dia sendiri tidak mahu membebankan masalahnya kepada kedua ibu bapanya.

Keesokkannya, Nur Ain melangkah longlai ke kelas. Matanya bengkak menangis malam tadi. Sarah hanya memerhati rakan karibnya. Timbul seribu penyesalan. Nur Ain melabuhkan punggungnya di kerusinya. Wajahnya kosong. Sejurus duduk, fikirannya menerawang pada Fariesh. Air matanya gugur namun belum sempat dia menyekanya Hakim pantas menyeka dengan tisu. Nur Ain meluru pandangannya pada Hakim. “Ain, saya tak tahu masalah apa yang awak alami tapi awak tak patut macam ni.”ujar Hakim. Nur Ain hanya mendiamkan diri. Belum sempat Hakim menuturkan kata. Puan Mary masuk. Pelajaran mereka berjalan seperti biasa namun kehadiran Puan Mary dihadapan Nur Ain bagai di angin lalu. Tumpuannya terganggu.

Loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan tamat. Nur Ain mengemas barangnya untuk pulang. Tika melangkah keluar, Hakim memanggilnya. “Ain, awak nak kemana tu? Kita ada latihan hari ini.”kata Hakim. “alahai dia nih, aku tak da mood la.”desis hati Nur Ain. Dia hanya mendiamkan diri. Nur Ain tetap melangkah pergi namun Hakim menarik tangannya. Nur Ain tersentak. “Nur Ain Nadhirah, saya tahu awak ada masalah tapi janganlah campur adukkan dengan hal pelajaran. Pertandingan ini penting buat kita semua. Hujung minggu ni dah pertandingan itu. Saya tak boleh buat seorang. Saya perlukan awak.” Nur Ain melepaskan keluhan berat. Dia hanya mengangguk pada Hakim tanda setuju.

Hakim cuba memberi keselesaan pada Nur Ain. Nur Ain juga cuba menumpukan perhatiannya. Dia mahu menang. Sekurang – kurang boleh merawat kesedihannya. Dia sedar Hakim cuba menggembirakannya. Dia juga tahu pertandingan ini penting bagi Hakim. Nur Ain cuba sedaya mungkin. Tatkala Nur Ain mengalunkan suaranya sudah cukup membuat Hakim terpesona. Bayangan Milla lenyap begitu sahaja. Setelah sekian lama gadis itu mendiamkan diri, tiada lagi cinta di hatinya. Yang ada cuma kenangan yang memedihkan.

“Ain, biar saya hantar awak balik ya?”ajak Hakim. Nur Ain hanya memandang seraut wajah tampan itu. Jika dulu setiap hari Fariesh yang akan hantar dia pulang. Kini…..berkaca matanya. Namun segera kembali ke alam nyata. Dia sedar kini di depannya Hakim bukan Fariesh. “Ain, are you ok?”Tanya Hakim. Ibu jarinya dipetik menghentikan lamunan Nur Ain. Nur Ain tersenyum malu dan hanya mengangguk. Mereka berdua berjalan menuju kea rah kereta Hakim. Dalam kereta Nur Ain tak banyak bercakap hanya mendengar Hakim dari tadi asyik berceloteh tentang penyampaian sajak mereka akan datang. Sebelum pulang ke rumah, Hakim mengajak Nur Ain ke kedai makan. Katanya ingin berbincang. “Ain, awak ni kenapa? Saya tengok awak ni macam ada masalah. Muka awak tak bersemangat sangat. Semua orang risaukan awak tau.”Hakim memulakan bicaranya.

“saya ok je lah Hakim. Mana ada masalah.”bidas Nur Ain sambil tersenyum biarpun jelas senyum itu dibuat – buat. Air teh o ais yang diminumnya bagai pasir kesat ditekak. “Ain, saya ada mata, saya dapat lihat apa yang terjadi sekeliling saya. Saya nampak awak muram. Mata awak bengkak , awak dah jadi seorang pendiam. Awak berubah Nur Ain.”panjang lebar Hakim ulah. Nur Ain hanya terdiam kaku. Matanya berkaca. “hmmm saya….saya..sebenarnya rindukan Fariesh.”ujar Nur Ain. Giliran Hakim pula terdiam. “baru - baru kami bergaduh lepas tu terus dia pindah dari sini. Saya sendiri tak tau apa salah saya kat dia.” Air mata mula bergenang di tubir matanya. “hmmm takkan dia tak beritahu apa – apa pada awak?”Tanya Hakim. Nur Ain hanya menggeleng. “dia pergi macam tu je, saya sayangkan dia.”hati Hakim pula yang sakit mendengar perkataan ‘sayang’ itu. “sayang?”Tanya Hakim. Tika itu Tuhan saja yang tahu apa perasaanya. “yelah, saya sayang dia. Dia kawan baik saya dari kecil. Kami sama sekolah rendah and menengah. Saya sayangkan persahabatan saya dengan dia. Dia banyak berada di samping saya. Sekarang saya dah sendiri.”jawab lagi Nur Ain. Sendunya ditahan. Hakim menarik nafas lagi. Rupa – rupanya mereka hanya teman sahaja bukanlah kekasih yang seperti mana dia anggap. Hakim memandang wajah Nur Ain. “Ain, awak sabar ya, mungkin semua ini ada hikmahnya. Izinkan saya berada di sisi awak. Saya nak bantu awak.”lancar saja Hakim menuturkan ayat itu. Dia sendiri tak sedar terpacul ayat itu. Dia membetulkan punggung di kerusi itu. Nur Ain berkerut mendengar kata –kata Hakim. “I mean, you my friend. Of course I will help you. Kita kan kawan.”ujar Hakim sambil tersengih. Nur Ain lantas tersenyum. Selamat aku. Desis hati Hakim. Nur Ain tersenyum mendengar kata- kata lelaki itu. Dalam tidak disedarinya, dia amat selesa dengan kata- kata Hakim.

Sampai di rumah, Nur Ain segera membersihkan diri dan tunaikan tanggungjawabnya ada yang Esa. Seusai solat. Dia kembali ke meja belajarnya. Buku matematik dibuka. Entah kenapa hatinya hari ini berbunga riang setelah Hakim memujuknya. Namun dalam riangnya tiba – tiba ingatannya melayang pada Fariesh. Entah apa yang dibuatnya kini.

Disini kita pernah bertemu

Mencari warna seindah pelangi

Ketika kau menghulurkan tanganmu

Membawaku ke daerah yang baru

Dan hidupku kini ceria

Kini dengarkanlah dendangan lagu

Tanda ingatanku

Kepadamu teman

Agar ikatan ukhuwah kan bersimpul padu

Kenangan bersamamu takkan ku lupa walau badai datang melanda

Walau bercerai jasad dan nyawa

Mengapa kita ditemukan

Dan akhirnya kita

Dipisahkan…mungkinkah menguji kesetiaan

Kejujuran dan kemanisan iman

Tuhan berikan daku kekuatan

Mungkinkah kita terlupa tuhan ada janjinya

Bertemu berpisah kita

Ada rahmat dan kasihnya

Andai ini ujian

Terangilah kamar kesabaran

Pergilah derita hadirlah cahaya.

Lagu Untukmu Teman nyanyian merdu lunak milik kumpulan nasyid Brothers yang pernah popular satu masa dulu bermain di benaknya. Air mata Nur Ain kembali bergenang. Sehingga kini dia tertanya – tanya kenapa Fariesh menghilang. Tadi sempat Hakim sengaja lalu di depan rumah Fariesh. Kelihatan kosong dan berkunci. Nur Ain mendengus kecil. Tumpuannya terganggu. Segera buku itu ditutup. Lebih baik aku masak untuk makan malam. Nasib baik Aleeya rajin membantunya. Kadang kala tawa mereka kedengaran hingga ke ruang tamu. Encik Nordin dan Puan Suraya yang ketika itu sedang berehat hanya tersenyum melihat telatah anak dara mereka.

“eeiii kak, jangan lah nyanyi kat dapur.”kata Aleeya yang sedang asyik memotong daging untuk digoreng. “kenapa pulak?”tanya Nur Ain. “akak ni kalau nak sangat masuk akademi fantasia, tak perlulah nyanyi kat dapur. Nantikan kena kahwin dengan orang tua.”usik Aleeya. “oh, suka ya usik akak neh. Kang sudip ni melayang kat kepala hang kang.”balas Nur Ain mencengkak pinggang persis ibu yang garang. Serentak mereka ketawa berdekah. 20 minit kemudian semua makanan sudah tersedia di ruangan makan. Semua ahli keluarga mereka bersila dan menikmati makanan mereka.

Malam kian larut. Entah kenapa matanya terasa susah benar lena. Adiknya Aleeya baru sahaja siapakan kerja sekolahnya. “kak, tak tidur lagi ke?..teringat kat abang Fariesh ke?”usik Aleeya. Nur Ain hanya tersenyum. “akak, Leeya rasa lah, abang Fariesh buat macam tuh sebab dia frust kat akak.”kata Aleeya yang sedang asyik mengemas buku-bukunya dalam beg sekolah. “frust apa pulak nyer”soal Nur Ain. “la takkan akak tak tahu. Semua orang tahu abang Fariesh tu suka kat Kak Ain. Kak Ain jer buat tak tahu.”balas Aleeya panjang lebar. “hah,dia suka kat aku? Kalau dia suka kenapa dia tak beritahu aku.” Hati Ain terdetik sebentar. “hmmm ala, Leeya ni ada – ada saja. Sudahlah dah lewat ni. Pergi tidur.” Pujuk Nur Ain. Malas melayan adiknya. Sesekali kedengaran Aniq berdengkur. “betulkah Fariesh suka kat aku?”soal Nur Ain pada dirinya sendiri. Dia biarkan pertanyaan itu hilang sendiri. Nur Ain lena dalam pertanyaannya.

0 comments: