assgnment nilai kejiranan dalam islam-1

Nilai-Nilai Agama Pendorong Memperkasa Tamadun PDF Print E-mail
Bicara HarakiTamadun secara harfi ertinya berada ditahap maju. Para pengkaji membahagikan tamadun kepada dua pengertian iaitu pengertian yang objektif dan pengertian yang subjektif. Pengertian yang objektif iaitu suatu himpunan fenomena kemajuan dalam bidang kesusasteraan, teknik, keilmuan dan undang-undang yang dipindahkan dari satu generasi ke satu generasi di dalam suatu masyarakat. Pengertian yang subjektif bermaksud tamadun digambarkan sebagai satu peringkat perkembangan kehidupan yang tinggi, yang berlawanan dengan kehidupan liar atau ganas atau digambarkan kehidupan yang dapat atau hampir dapat mencapai ideal atau bentuk kehidupan yang tinggi yang hendak dicapai.
Bentuk ideal kehidupan itu adalah subjektif sifatnya, bergantung kepada masa, tempat dan kepada nilai-nilai yang dianuti.

Sesuatu tamadun akan mengalami 3 peringkat iaitu:
a. peringkat kelahiran hingga mencapai peringkat puncak,
b. peringkat beku dan menurun,
c. peringkat keruntuhan dan kemusnahan.

Menurut Malik bennabi, tamadun peringkat kelahiran ditunjangi oleh idea keagamaan (fikrah diniyah)atau kerohanian dan ia bertemu puncak apabila kerohanian bercantum dengan akal. Kemudian tamadun itu akan menurun apabila unsur-unsur kerohanian sudah diketepikan. Tinggallah akan sendirian, tanpa bimbingan roh. Kemudian ia akan sampai kepada peringkat kehancuran apabila roh dan akal tidak lagi memandu kehidupan manusia. Ketika itu, hawa nafsu menjadi tuhan, berlaku korapsi dalam pentadbiran, penipuan, rompakan dan berbagai kebejatan moral yang akhirnya mempercepatkan lagi kehancuran sesuatu tamadun itu.

Krisis besar yang melanda umat Islam ialah krisis pemikiran dan kebudayaan. Ini termasuk hak individu mengkritik masyarakat dan masyarakat mengkritik individu iaitu adanya timbal balik dalam usaha ke arah membangunkan tamadun. Kuasa masyarakat dan hak individu hendaklah diakui. Tanpanya, masyarakat tidak lagi mempunyai kuasa untuk meletakkan nilai dan hukumnya ke atas individu dan individu pula bebas melakukan apa saja atas alasan itu adalah kebebasan yang tidak harus disekat. Perkara ini menyebabkan orang ramai tidak lagi terikat dengan ikatan agama dan ikatan undang-undang.

Hal yang demikian menyebabkan semua struktur masyarakat akan runtuh. Apabila berlakunya krisis kebudayaan orang ramai tidak dapat lagi berfikir secara praktikal dan melihat persoalan yang sebenar yang menimpa dirinya. Akhirnya lahirlah ulama, sarjana dan masyarakat yang berbicara persoalan yang remeh temeh seperti membincangkan jantina malaikat, hukum mengangkat jari ketika tasyahud dan sebagainya. Sedangkan persoalan membina tamadun dan memajukan umat diketepikan sahaja.

Untuk membina semula tamadun Islam, umat Islam harus kembali merenung diri sendiri untuk mencari penyakit yang dihadapinya. Mencari jalan untuk bangun tanpa mengetahui penyakitnya yang menyebabkan kejatuhan tidak dapat memperolehi kejayaan.

Tiga penyakit yang sedang dihadapi oleh masyarakat Islam hari ini ialah:
a. pemikiran yang mati,
b. jiwa yang lemah dan iman yang telah padam sinarnya.

Oleh itu, untuk membangun semula hendaklah diubati ketiga-tiga penyakit ini. Umat Islam perlu menghargai pemikiran dengan menganggap ia sebagai satu yang amat tinggi nilainya, bukan memilih jalan ‘benda’ untuk bangkit atau berada di bawah pemikiran penjajahan yang mendewakan Barat.

Umat Islam jangan terikat dengan pemikiran asing yang diimport dalam membentuk pemikiran mereka. Mereka perlu berpegang teguh kepada pemikiran Islam sendiri dan selari dengan nilai-nilai ajaran agama Islam. Di samping itu, kekuatan jiwa merupakan benteng utama dalam menghadapi cabaran zaman dan gelombang pergolakan dunia.. Umat Islam perlu mengangggap kerohanian sebagai satu aspek yang penting dalam membangunkan umat. Ajaran kerohanian ini perlu dilihat dalam konteks fungsi sosialnya yang mendatangkan faedah dan kebaikan kepada kehidupan manusia.

Dari latihan-latihan kerohanian ini akan lahir peribadi-peribadi mulia untuk membentuk suatu dunia yang aman damai.Malangnya, umat Islam tidak menghayati fungsi sosial agamanya di mana agama dan ajaran-ajarannya yang dinamik tidak dihayati dengan sebenarnya. Hasilnya lahirlah ajaran Islam dalam bentuk yang negatif dan beku. Amalan-amalan ibadat yang dilakukan tidak mempengaruhi tingkah laku dan perbuatan mereka.

Oleh itu, masyarakat Islam perlu membebaskan diri dari warisan negatif yang dipusakainya sejak enam abad yang lalu dan selagi mereka ragu-ragu untuk membawa perubahan ke dalam diri manusia sesuai dengan ajaran Islam yang murni maka selama itulah usaha-usaha untuk mewujudkan perimbangan, kestabilan dan kemakmuran di dalam kehidupan serta membentuk tamadun baru akan gagal. Antara sikap negatif yang perlu dielakkan dalam menguatkan tamadun iaitu penghakisan nilai-nilai pokok tentang kebaikan, kebenaran, kesetiaan dan timbulnya aliran kerohanian yang bercanggah dengan Islam.

Perkara ini berlaku akibat pegangan terhadap unsur-unsur fahaman yang salah dan pegangan kepada agama yang sesat serta penafsiran yang tidak benar. Di samping itu, budaya mendewakan celebriti diutamakan daripada budaya mengikut contoh teladan yang sempurna daripada para nabi dan rasul dan mereka yang telah berjasa dalam sejarah Islam. Budaya ilmu juga diperdagangkan untuk mengaut keuntungan jangka pendek sedangkan ia merupakan teras dalam pembentukan peribadi yang bersepadu dan melahirkan masyarakat berilmu.

Apabila kita berfikir tentang pembinaan tamadun Melayu ia mestilah berakar kepada nilai-nilai ajaran Islam dalam ertinya yang luas dengan mengambil kira spektrum yang mencakupi intelektual, rohani, moral, peribadi, kekeluargaan, kemasyarakatan, siasah, sains dan teknologi terkini dalam memenuhkan keperluan negara sebenarnya. Bangsa Melayu telah bersatu padu dalam pegangan Islam dan faham ahli Sunnah wa jamaah. Ini merupakan faktor asas yang tidak boleh diganggu gugat. Penghayatan kepada agama memberi kekuatan dan pendorong dalam membina tamadun.

Malik bennabi menegaskan bahawa tamadun tidak mungkin lahir melainkan dengan adanya kepercayaan agama. Malah tamadun sesuatu umat itu tidak akan lahir melainkan mengikut wahyu yang diturunkan dari langit. Jelaslah bahawa nilai-nilai agama yang diturunkan dari langit merupakan faktor yang sangat penting dan merupakan pengatur serta penyusun dalam pembinaan sesuatu tamadun. Oleh sebab itu, golongan yang menyeru manusia supaya kembali kepada ajaran agama dan keimanan dalam usaha membentuk tamadun lebih hampir kepada kebenaran dari golongan ahli politik dan islah yang memisahkan agama dari kehidupan. Pemisahan iman dari kehidupan menjadikan menjadikan manusia hidup tanpa erti yang menghilangkan ghairah untuk memahami sesuatu dan akan hilang nafsu untuk bekerja.

Itulah sebab kebangkitan umat Islam sekarang mengalami kegagalan. Pembinaan tamadun hendaklah berpaksikan kepada kerohanian dan akhlak Islam yang benar untuk menjamin kesejahteraan hakiki. Tamadun itu juga mesti berteraskan hidup mengikut aturan-aturan syarak dalam hubungan dengan Tuhan, keluarga, kejiranan, kemasyarakatan dan kebangsaan. Di samping tamadun itu, tamadun yang membangunkan ekonomi yang adil, sama rata dan saksama dengan agihan hartanya yang wajar, tanpa unsur penindasan dan penzaliman.


i Mana Nilainya Amalan Si Hamba PDF Print E-mail
Kita telah dianugerahkan oleh Allah s.w.t. dengan pelbagai nikmat untuk kita syukuri. Nikmat masa dan kehidupan, nikmat berkeluarga, nikmat makanan dan minuman serta bermacam-macam lagi yang tidak dapat kita nilaikan. Walau bagaimanapun, nikmat yang paling utama yang membezakan kita daripada makhluk-makhluk lain adalah nikmat akal yang telah Allah kurniakan kepada kita umat manusia ini, iaitu kemampuan kita untuk berfikir dan menganalisa serta membuat pertimbangan yang wajar sesuai dengan kehendak al-Khaliq.

Apakah kita telah menggunakan sepenuhnya segala kurniaan Allah s.w.t. itu dengan sebaik-baiknya? Perlulah kita meluangkan masa kita sehari-hari untuk bermuhasabah dan menilai segala amalan kita sebelum amalan-amalan tersebut dinilai oleh Allah s.w.t. kerana jika kita terus lalai dan sentiasa merasakan bahawa amalan serta perbuatan kita telah sempurna di mata Tuhan, ditakuti perkara-perkara kecil yang tidak kita perincikan dan perbaiki kecacatannya akan merosakkan amalan serta ibadat kita sepanjang hayat. Pergunakanlah akal anugerah Allah itu untuk sentiasa berfikir dalam meningkatkan kualiti hidup kita di dunia mahupun di akhirat
Bersama-samalah kita merenung dan mengambil iktibar berdasarkan lampiran kisah di dalam hadith ini.

Di dalam Kitab Minhajul ‘Abidin : Wasiat Imam Ghazali , terjemahan Ir. Zakaria Adham, telah disebutkan bahawa Ibn Mubarak telah menceritakan bahawa Khalid bin Ma’dan berkata kepada Mu’adz, “ Wahai Muadz, mohon diceritakan hadith Rasulullah s.a.w. yang telah engkau hafal dan engkau anggap paling berkesan, hadith yang manakah menurut tuan?”

Lalu, Muadz menjawab, “Baiklah, aku akan ceritakan.”

Walau bagaimanapun, sebelum menceritakan berkenaan hadith tersebut, beliau menangis, lalu berkata, “Aku rindu sekali dengan Rasulullah s.a.w, rasa-rasanya ingin segera bertemu dengan baginda.”

Beliau kemudian menyambung; “Tatkala aku mengadap Rasululullah s.a.w, baginda sedang menunggang unta dan menyuruhku naik di belakang baginda. Kemudian, kami berdua memulakan perjalanan dengan menaiki unta tersebut. Baginda Rasulullah s.a.w selepas itu menengadah ke langit dan bersabda yang bermaksud:

Puji syukur kehadhrat Allah Yang Berkehendak atas makhluk-Nya, ya Muadz! Muadz menjawab, “Ya Sayyidina Mursalin.” Baginda berkata selanjutnya, “Sekarang aku akan mengisahkan satu cerita kepadamu. Sekiranya engkau menghafalnya, ia akan menjadi sangat berguna kepadamu. Tetapi jika engkau anggap remeh, maka di hadapan Allah kelak, engkau tidak mempunyai hujjah.

Hai Muadz! Sebelum menciptakan langit dan bumi Allah telah menciptakan tujuh malaikat. Pada setiap langit terdapat seorang malaikat penjaga pintu, dan setiap pintu langit dijaga oleh seorang malaikat, menurut darjat pintu dan keagungannya.

Dengan demikian, malaikatlah yang memelihara amalan si hamba. Kemudian malaikat pencatat membawa amalan si hamba ke langit dengan kemilau cahaya bak mentari. Sesampainya pada langit pertama, malaikat Hafadzah memuji amalan-amalan itu. Tetapi setibanya pada pintu langit pertama, malaikat penjaga pintu berkata kepada malaikat Hafadzah:

“Tamparkanlah amal ini ke muka pemiliknya. Aku adalah penjaga orang-orang yang suka mengumpat. Aku diperintahkan agar menolak amalan orang yang suka mengumpat. Untuk mencapai langit berikutnya aku tidak mengizinkan ia melewatiku.”

Keesokan harinya, malaikat Hafadzah kembali naik ke langit membawa amal soleh yang berkilau, menurut malaikat Hafadzah amalan tersebut sangat banyak dan terpuji. Setelah berjaya melepasi langit pertama sampailah amalan tersebut ke langit kedua, penjaga langit kedua berkata, “Berhenti, dan tamparkan amalan itu ke muka pemiliknya, kerana hamba ini beramal dengan mengharap dunia. Allah memerintahkan aku agar amalan ini tidak sampai ke langit berikutnya.” Maka para malaikat melaknat orang itu.

Pada hari berikutnya, malaikat Hafadzah kembali naik ke langit membawa amalan seorang hamba yang sangat memuaskan, penuh sedeqah, puasa dan berbagai kebaikan, yang dianggapkan oleh malaikat itu sebagai amalan yang sangat mulia dan terpuji. Sesampainya di langit ketiga, malaikat penjaga berkata: “ Berhenti! Tamparkan amalan itu ke wajah pemiliknya. Aku malaikat menjaga kibr (sombong). Allah memerintahkanku agar amalan seperti ini tidak melewati pintuku dan tidak sampai pada langit berikutnya. Itu semua adalah kerana kesalahan si hamba kerana ia berlaku takabbur di dalam majlis.”

Malaikat Hafadzah naik ke langit membawa amal hamba yang lain. Amalan ini seperti bintang kejora, mengeluarkan suara gemuruh, penuh dengan tasbih, puasa, solat, ibadat haji dan umrah. Sesampainya pada langit keempat, malaikat penjaga langit berkata: “ Berhenti! Lemparkan amal itu ke wajah pemiliknya. Aku adalah malaikat penjaga ‘ujub. Allah memerintahkanku agar amalan itu tidak melewatiku kerana amalnya disertai ‘ujub.”

Malaikat Hafadzah kembali naik ke langit membawa amal hamba yang lain. Amalan itu sangat baik dan mulia, jihad, ibadah haji, ibadah umrah, sehingga berkilauan bak matahari. Sesampainya pada langit kelima, malaikat penjaga mengatakan: “Aku malaikat penjaga sifat hasad. Meskipun amalannya bagus, tetapi ia suka hasad kepada orang lain yang mendapatkan kenikmatan Allah s.w.t. Bererti ia membenci sesuatu yang Allah redhai. Aku diperintahkan oleh Allah agar amalan seperti ini tidak melalui pintuku.”

Kemudian, naiklah lagi malaikat Hafadzah ke langit membawa amal seorang hamba. Ia membawa amalan berupa wudhu’ yang sempurna, banyak solatnya, puasa, haji dan umrah. Sesampainya di langit keenam, malaikat penjaga berkata: “Aku malaikat penjaga rahmat. Amal yang kelihatan bagus ini tamparkan ke mukanya. Selama hidupnya, ia tidak pernah mengasihani orang lain, bahkan apabila ada orang ditimpa musibah ia merasa senang. Aku diperintahkan Allah agar amalan ini tidak melalui pintuku, dan agar tidak sampai ke langit seterusnya.”

Kembalilah malaikat Hafadzah ke langit dan amalan yang dibawa pada kali ini berjaya melepasi pintu-pintu langit yang lain sehinggalah langit ketujuh. Amalan kali ini tidak kalah baiknya dari yang terdahulu seperti sedekah, puasa, solat, jihad dan wara’nya pemilik amalan itu. Suaranya pun menggeledak bagaikan petir yang menyambar-nyambar dan cahayanya bak kilat. Tatkala sampai ke pintu langit ketujuh, berkatalah malaikat penjaga: “ Aku malaikat penjaga sum’at (sifat ingin terkenal). Sesungguhnya pemilik amalan ini menginginkan dirinya dikenali dalam setiap perkumpulan, menginginkan darjat yang tinggi di kalangan rakan-rakannya dan ingin mendapatkan pengaruh daripada para pemimpin. Aku diperintahkan oleh Allah agar amalan ini tidak melalui pintu ini dan sampai kepada yang lain kerana ibadah yang bukan kerana Allah adalah riya’ . Allah tidak menerima ibadah orang-orang yang riya’.

Kemudian, naiklah lagi malaikat Hafadzah ke langit membawa amal ibadah seorang hamba yang lain berupa solat, puasa, haji, umrah, akhlak mulia, pendiam serta suka berdzikir kepada Allah s.w.t. Dengan diiringi para malaikat, sampailah malaikat Hafadzah menembusi hijab-hijab sehinggalah sampai mengadap Allah Azzawajalla. Para malaikat itu berdiri di depan Allah yang Maha Agung dan para malaikat semuanya menyaksikan bahawa amal ibadah itu adalah benar-benar sah dan ikhlas kerana Allah s.w.t.

Kemudian Allah Taala berfirman;

Hai Hafadzah, malaikat pencatat amal hamba-Ku, Aku-lah Yang Mengetahui isi hatinya. Ia beramal bukan untuk Aku, tetapi diperuntukkan bagi selain Aku, bukan diniatkan dan diikhlaskan untuk-Ku. Aku lebih mengetahui daripada kalian. Aku laknat mereka yang telah menipu orang lain dan juga menipu kalian (para malaikat Hafadzah). Tetapi aku tidak tertipu olehnya. Aku-lah Yang Maha Mengetahui hal-hal ghaib. Aku Mengetahui segala isi hatinya, dan yang samar tidaklah samar bagi-Ku. Setiap yang tersembunyi tidak tersembunyi bagi-Ku. Pengetahuan-Ku atas segala yang telah terjadi sama dengan pengetahuan-Ku atas sesuatu yang belum terjadi. Pengetahuan-Ku atas segala yang telah lewat sama dengan yang akan datang. Pengetahuan-Ku atas orang-orang terdahulu sama dengan Pengetahuan-Ku atas orang-orang kemudian.

Aku lebih mengetahui atas sesuatu yang samar dan rahsia. Bagaimana hambaKu boleh menipu dengan amalnyaMereka boleh menipu sesama makhluk, tetapi Aku Yang Mengetahui hal-hal yang ghaib. Aku tetap melaknatnya…….!

Tujuh malaikat di antara tiga ribu malaikat berkata, “Ya Tuhan, dengan demikian tetaplah laknat-Mu dan laknat kami atas mereka.” Kemudian semua yang berada di langit mengucapkan “Tetaplah laknat Allah kepadanya, dan laknatnya orang-orang yang melaknat.”

Sayyidina Mu’adz (yang meriwayatkan Hadis ini) kemudian menangis tersedu-sedu. Selanjutnya berkata, “Ya Rasulullah, bagaimana aku bisa selamat dari semua yang baru engkau ceritakan itu?”

Berkatalah Rasulullah, “Memang begitulah, bila ada kelengahan dalam ibadahmu, maka; jagalah mulutmu jangan sampai mengaibkan orang lain, terutama kepada sesama ulama. Ingatlah diri sendiri tatkala hendak mengaibkan orang lain, sehingga sedar bahawa dirimu pun penuh aib. Jangan menutupi kekurangan dan kesalahanmu dengan menghina dan mengaibkankan orang lain. Janganlah membanggakan diri dengan menekan dan menjatuhkan orang lain. Jangan riyak dalam beramal, dan jangan mementingkan dunia dengan mengabaikan akhirat. Jangan bersikap kasar di dalam majlis agar orang takut dengan keburukkan akhlakmu. Jangan suka mengungkit-ungkit kebaikan, dan jangan menghancurkan peribadi orang lain, kelak engkau akan dirobek-robek dan dihancurkan oleh anjing jahanam, sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

“… dan (Malaikat-malaikat) yang mencabut (nyawa) dengan lemah lembut…”
(An-Nazi’at : 2)

Muadz seterusnya bertanya; “ Ya Rasululullah, siapa yang bakal kuat menanggung penderitaan berat itu?”

Lalu, Rasulullah s.a.w. menjawab, “Muadz, perkara yang aku ceritakan tadi akan mudah bagi mereka yang dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Engkau harus mencintai orang lain sebagaimana engkau menyayangi dirimu. Dan bencilah terhadap apa yang kau benci. Jika demikian engkau akan selamat.”

Khalid bin Ma’dan meriwayatkan bahawa, “Sayyidina Muadz kerap membaca hadith ini seperti kerapnya membaca al-Qur’an, dan mempelajari hadith ini sebagaimana mempelajari al-Qur’an di dalam majlis.”

Jika kita teliti kepentingan hadith ini nyatalah kepada kita bahawa segala-galanya perlulah bersih dan tulus serta niat semata-mata atas setiap apa yang kita lakukan hanyalah kerana Allah s.w.t. Di dalam hadith ini juga kita dapat menganalisa tentang penekanan hubungan vertikal iaitu antara hamba dengan Tuhannya serta horizontal, antara hamba sesama hamba, dan hamba dengan dirinya sendiri.

Keikhlasan serta ketelusan adalah asas utama di mana dalam peibadatan seorang hamba kepada Tuhannya sebagaimana firman Allah s.w.t;

Maksudnya: Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya. (Al-Bayyinah : 5)

Sebagaimana disebutkan di dalam buku Manusia dan Islam, karangan Dr. Haron Din dan lain-lain, keikhlasan adalah bukti praktikal kepada kesempurnaan Iman kerana Rasulullah s.a.w bersabda:

Maksudnya: Sesiapa yang cinta kerana Allah, marah kerana Allah, memberi kerana Allah dan menahan kerana Allah, maka sesungguhnya telah sempurna Iman.
(Riwayat Abu Daud, al-Turmudhi dengan Sanad Hassan)

Ibadat dan amalan yang tidak ikhlas dan dipengaruhi oleh perkara-perkara lain di hati seperti riya’, sum’ah serta ‘ujub tidak bernilai di sisi Allah sebagaimana yang telah dijelaskan di dalam hadith yang telah disebutkan sebelum ini.

Rasulullah s.a.w juga menekankan agar memelihara hubungan sesama manusia kerana itu semua merupakan nilaian yang menentukan penerimaan ibadat kita oleh Allah s.w.t.; sebagaimana yang dinasihatkan oleh baginda Rasul buat kita;

1. Jagalah mulutmu jangan sampai menghina dan mengaibkan orang lain, terutama kepada sesama ulama

2. Ingatlah diri sendiri yang penuh ketidaksempurnaan sebelum kita mengata dan menghina orang lain

3. Janganlah menutup kesalahan sendiri dengan menghina dan mengaibkan orang lain
4. Janganlah membesarkan diri dengan menekan dan menjatuhkan orang lain

5. Janganlah bersikap kasar di dalam majlis sehingga orang takut dengan keburukan akhlakmu.

6. Janganlah suka mengungkit-ungkit kebaikan yang telah dilakukan; dan

7. Janganlah menghancurkan peribadi orang lain seandainya tidak mahu dihancurkan oleh neraka jahannam kelak.

Hayatilah apa yang telah disampaikan oleh baginda Rasul dan renungkanlah di dalam diri kita adakah kita memiliki sifat-sifat seperti di atas atau pernahkah kita melakukan terhadap orang lain? Peruntukkanlah masa buat diri dan bermuhasabahlah. Pergunakan akal kita untuk berfikir apakah yang pernah terdetik di hati kita dan apakah yang pernah diucapkan oleh lidah kita.

Namun, janganlah kita menjadi manusia yang berputus asa dari rahmat Tuhan. Kita hendaklah sentiasa berdoa dan bermunajat kepada Allah s.w.t. agar sentiasa memelihara hati kita agar tidak leka dan tersasar jauh dari kehendak-Nya. Untuk mencapai tahap kesempurnaan iman sememangnya amat sukar tambahan pula dalam menghadapi keadaan masyarakat serta individu yang pelbagai. Namun, doa itulah penyelamat kita. Kita sesungguhnya tidak mampu memelihara diri kita sendiri, kerana itu, hendaklah sentiasa kita bermohon agar Allah memelihara diri kita dan berdoalah agar Allah tidak meninggalkan diri kita sedetik pun dari jagaanNya. Kita sebagai hamba hendaklah berserah sepenuhnya kepada Allah s.w.t. kerana hanya dengan limpah rahmat dan kurniaNya sahaja kita mampu untuk melepaskan diri dari pelbagai kemungkinan yang bakal berlaku. Wallahua’lam.

Pembinaan Tamadun dalam Konteks Islam Hadhari PDF Print E-mail
Kemerosotan dan kemunduran tamadun Islam merupakan perkara yang sering diperkatakan, bukan sahaja oleh para pemikir moden tetapi juga ulamak dan negarawan. Kemorosatam tamadun Islam ini menjadi semakin parah di sekitar abad ke 18 dan negara-negara Islam dijajah. Umat Islam mengalami kebekuan pemikiran dan kerohanian. Kemunduran ini bermula dari rentetan jatuhnya Baghdad di tangan tentrera Mongol pada tahun 1258. Beberapa pandangan dan pendapat diberikan bagi mengenal pasti faktor-faktor yang membawa kepada kelemahan umat Islam dan cara mengatasainya.


Antara perkara yang sering ditimbulkan ialah kefahaman yang salah terhadap Islam, amalan umat Islam jauh terpesong dari ajaran yang sebenar. Menyedari hakikat ini, para reformis Islam mula mengerahkan tenaga dan fikiran untuk mengembalikan umat Islam kepada ajaran Islam yang luhur.Antara ulamak reformis yang membicarakan perkara ini seperti Jamaluddin al-Afghani, Sayyid Qutb, Hassan al-Banna, Muhammad Abduh, Maududi, Syed Ahmad Khan, Agus Salim, Sokarno dan Mahathir Mohamad

Kepentingan sirah dan Manhaj Nabawi

Dr. Said Ramadhan al-Buti menegaskan bahawa tujuan memahami sirah ialah agar setiap orang muslim memperolehi gambaran sebenar tentang hakikat agama Islam secara sempurna yang tercermin dalam kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. sesudah ia difahami secara konsepsional sebagai prinsip, kaedah dan hukum. Oleh itu, mempelajari sirah mengandungi beberapa faedah. Antara lainnya ialah memahami keperibadian nabi melalui celah-celah kehidupan dan keadaan-keadaan yang pernah dihadapinya, untuk menegaskan bahawa nabi Muhammad bukan sahaja seorang yang terkenal di antara kaumnya sahaja tetapi sebelum itu baginda adalah seorang Rasul yang didukung oleh Allah dengan wahtu dan taufik dariNya. Kedua ialah agar manusia mendapat gambaran contoh terbaik dalam seluruh kehidupan yang utama untuk dijadikan dastur dan pedoman kehidupan.Tidak diragukan lagi, betapapun manusia mencari contoh terbaik mengenai salah satu aspek kehidupan, dia pasti akan mendapatkannya di dalam kehidupan Rasulullah secara jelas dan sempurna.

Oleh itu, Allah menjadikannya qudwah bagi seluruh manusia seperti firman Allah yang beermaksud : “ Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagi kamu.” (al-Ahzab 21) Ketiga ialah agar manusia mendapatkan dalam mempelajari sirah Rasulullah ini, sesuatu yang dapat membantunya untuk memahami kitab Allah dan menyelami tujuan-tujuannya. Ini disebabkan banyak ayat-ayat al-Quran yang boleh ditafsirkan dan dijelaskan maksudnya melalui peristiwa-peristiwa yang pernah dihadapi Rasulullah s.a.w. dan sikapnya.

Keempat ialah dengan mempelajari sirah ini seseorang muslim dapat mengumpulkan sekian banyak pengetahuan dan ilmu-ilmu Islam yang benar, sama ada dalam perkara akidah, hukum dan akhlak. Tidak diragukan lagi bahawa kehidupan Rasulullah merupakan gambaran yang kukuh dari sejumlah prinsip dan hukum. Kelima ialah agar setiap pendakwah Islam memiliki contoh hidup dalam aspek pendidikan dan dakwah. Adalah Rasulullah s.a.w. seorang dai, pemberi nasihat dan guru yang terbaik yang tidak berputus asa mencari pendekatan terbaik dalam pendidikan selama beberapa periode dakwahnya.

Satu perkara yang menjadikan sirah ini cukup relevan sehingga hari ini ialah kerana seluruh kehidupan baginda mencakupi seluruh aspek sosial dan kemanusiaan yang ada pada manusia baik sebagai peribadi ataupun sebagai anggota masyarakat yang aktif. Kehidupan Rasulullah memberikan kepada kita kehidupan yang mulia, baik sebagai seorang pemuda Islam yang lurus perilakunya atau sebagai pendakwah kepada Allah dengan hikmah dan nasihat yang baik, yang mengerahkan segala kemampuan untuk menyempurnakan risalah Islam. Juga sebagai ketua negara yang mengatur segala urusan dengan adil dan bijaksana, sebagai suami teladan dan seorang ayah yang penuh kasih sayang, sebagai panglima perang yang mahir, sebagai negarawan yang pandai dan jujur, dan sebagai muslim secara keseluruhannya dapat melakukan secara seimbang antara kewajipan beribadat kepada Allah dan bergaul dengan keluarga dan masyarakat dengan baik. Maka kajian sirah nabi adalah untuk melahirkan aspek-aspek kemanusiaan ini secara keseluruhan yang tercermin dalam qudwah yang paling sempurna dan terbaik. Umpamanya, jika anda seorang pembuka kota negara, ambillah pengajaran yang dilakukan oleh Rasulullah selepas kemenangan di Badar, Hunain dan pembukaan Mekah dan jika anda mengalami kegagalan ambillah pengajaran perang Uhud yang mana baginda berada di antara sahabatnya yang telah syahid dan mengalami kecederaan. Jika anda seorang guru lihatlah pengajaran yang dilakukan oleh Rasulullah di Suffat dalam masjid nabawi dan jika anda seorang pelajar maka gambarkanlah anda berada di antara Jibrail yang menyampaikan wahyu kepada nabi. Jika anda sebagai hakim, ikutilah penyelesaian Rasulullah s.a.w dalam meletakkan hajarul Aswad.

Nilai-Nilai Agama Pendorong Memperkasa Tamadun

Tamadun secara harfi ertinya berada ditahap maju. Para pengkaji membahagikan tamadun kepada dua pengertian iaitu pengertian yang objektif dan pengertian yang subjektif. Pengertian yang objektif iaitu suatu himpunan fenomena kemajuan dalam bidang kesusasteraan, teknik, keilmuan dan undang-undang yang dipindahkan dari satu generasi ke satu generasi di dalam suatu masyarakat. Pengertian yang subjektif bermaksud tamadun digambarkan sebagai satu peringkat perkembangan kehidupan yang tinggi, yang berlawanan dengan kehidupan liar atau ganas atau digambarkan kehidupan yang dapat atau hampir dapat mencapai ideal atau bentuk kehidupan yang tinggi yang hendak dicapai. Bentuk ideal kehidupan itu adalah subjektif sifatnya, bergantung kepada masa, tempat dan kepada nilai-nilai yang dianuti.

Sesuatu tamadun akan mengalami 3 peringkat iaitu peringkat kelahiran hingga mencapai peringkat puncak, peringkat beku dan menurun, peringkat keruntuhan dan kemusnahan. Menurut Malik bennabi, tamadun peringkat kelahiran ditunjangi oleh idea keagamaan (fikrah diniyah) atau kerohanian dan ia bertemu puncak apabila kerohanian bercantum dengan akal. Kemudian tamadun itu akan menurun apabila unsur-unsur kerohanian sudah diketepikan. Tinggallah akan sendirian, tanpa bimbingan roh. Kemudian ia akan sampai kepada peringkat kehancuran apabila roh dan akal tidak lagi memandu kehidupan manusia. Ketika itu, hawa nafsu menjadi tuhan, berlaku korapsi dalam pentadbiran, penipuan, rompakan dan berbagai kebejatan moral yang akhirnya mempercepatkan lagi kehancuran sesuatu tamadun itu.

Untuk membina semula tamadun Islam, umat Islam harus kembali merenung diri sendiri untuk mencari penyakit yang dihadapinya. Mencari jalan untuk bangun tanpa mengetahui penyakitnya yang menyebabkan kejatuhan tidak dapat memperolehi kejayaan. Tiga penyakit yang sedang dihadapi oleh masyarakat Islam hari ini ialah pemikiran yang mati, jiwa yang lemah dan iman yang telah padam sinarnya. Oleh itu, untuk membangun semula hendaklah diubati ketiga-tiga penyakit ini.. Di samping itu, kekuatan jiwa merupakan benteng utama dalam menghadapi cabaran zaman dan gelombang pergolakan dunia.. Umat Islam perlu mengangggap kerohanian sebagai satu aspek yang penting dalam membangunkan umat. Ajaran kerohanian ini perlu dilihat dalam konteks fungsi sosialnya yang mendatangkan faedah dan kebaikan kepada kehidupan manusia. Dari latihan-latihan kerohanian ini akan lahir peribadi-peribadi mulia untuk membentuk suatu dunia yang aman damai.Malangnya, umat Islam tidak menghayati fungsi sosial agamanya di mana agama dan ajaran-ajarannya yang dinamik tidak dihayati dengan sebenarnya. Hasilnya lahirlah ajaran Islam dalam bentuk yang negatif dan beku. Amalan-amalan ibadat yang dilakukan tidak mempengaruhi tingkah laku dan perbuatan mereka.

Oleh itu, masyarakat Islam perlu membebaskan diri dari warisan negatif yang dipusakainya sejak enam abad yang lalu dan selagi mereka ragu-ragu untuk membawa perubahan ke dalam diri manusia sesuai dengan ajaran Islam yang murni maka selama itulah usaha-usaha untuk mewujudkan perimbangan, kestabilan dan kemakmuran di dalam kehidupan serta membentuk tamadun baru akan gagal. Antara sikap negatif yang perlu dielakkan dalam menguatkan tamadun iaitu penghakisan nilai-nilai pokok tentang kebaikan, kebenaran, kesetiaan dan timbulnya aliran kerohanian yang bercanggah dengan Islam. Perkara ini berlaku akibat pegangan terhadap unsur-unsur fahaman yang salah dan pegangan kepada agama yang sesat serta penafsiran yang tidak benar. Di samping itu, budaya mendewakan celebriti diutamakan daripada budaya mengikut contoh teladan yang sempurna daripada para nabi dan rasul dan mereka yang telah berjasa dalam sejarah Islam. Budaya ilmu juga diperdagangkan untuk mengaut keuntungan jangka pendek sedangkan ia merupakan teras dalam pembentukan peribadi yang bersepadu dan melahirkan masyarakat berilmu.

Apabila kita berfikir tentang pembinaan tamadun Melayu ia mestilah berakar kepada nilai-nilai ajaran Islam dalam ertinya yang luas dengan mengambil kira spektrum yang mencakupi intelektual, rohani, moral, peribadi, kekeluargaan, kemasyarakatan, siasah, sains dan teknologi terkini dalam memenuhkan keperluan negara sebenarnya. Bangsa Melayu telah bersatu padu dalam pegangan Islam dan faham ahli Sunnah wa jamaah. Ini merupakan faktor asas yang tidak boleh diganggu gugat. Penghayatan kepada agama memberi kekuatan dan pendorong dalam membina tamadun. Malik Bennabi menegaskan bahawa tamadun tidak mungkin lahir melainkan dengan adanya kepercayaan agama. Malah tamadun sesuatu umat itu tidak akan lahir melainkan mengikut wahyu yang diturunkan dari langit. Jelaslah bahawa nilai-nilai agama yang diturunkan dari langit merupakan faktor yang sangat penting dan merupakan pengatur serta penyusun dalam pembinaan sesuatu tamadun. Oleh sebab itu, golongan yang menyeru manusia supaya kembali kepada ajaran agama dan keimanan dalam usaha membentuk tamadun lebih hampir kepada kebenaran dari golongan ahli politik dan islah yang memisahkan agama dari kehidupan. Pemisahan iman dari kehidupan menjadikan menjadikan manusia hidup tanpa erti yang menghilangkan ghairah untuk memahami sesuatu dan akan hilang nafsu untuk bekerja. Itulah sebab kebangkitan umat Islam sekarang mengalami kegagalan. Pembinaan tamadun hendaklah berpaksikan kepada kerohanian dan akhlak Islam yang benar untuk menjamin kesejahteraan hakiki. Tamadun itu juga mesti berteraskan hidup mengikut aturan-aturan syarak dalam hubungan dengan Tuhan, keluarga, kejiranan, kemasyarakatan dan kebangsaan. Di samping tamadun itu, tamadun yang membangunkan ekonomi yang adil, sama rata dan saksama dengan agihan hartanya yang wajar, tanpa unsur penindasan dan penzaliman.

MEMBANGUN TRADISI KEILMUAN ISLAM

Tradisi keilmuan Islam berkembang pesat dengan tertubuhnya pusat pengajian terkenal di Baghdad, Basrah, Kufah dan Andalus. Begitu juga perkembangan perpustakaan yang menjadi pusat penyelidikan para ilmuan Islam. Pada mulanya masjid dijadikan pusat penyebaran ilmu sebelum terdirinya kuttab (tadika), madrasah (sekolah) dan Jami’ah (universiti). Ada beberapa faktor yang menyebabkan tradisi keilmuan Islam ini berkembang pesat iaitu galakkan daripada pihak khalifah dengan mendirikan institusi pendidikan, toko-toko buku dan perpustakaan berkembang pesat, guru-guru yang mengajar dengan penuh keikhlasan serta kegiatan pembukuan dan menjilid yang pesat ketika itu.

Kita sungguh kagum apabila membaca sejarah umat Islam dahulu yang begitu berminat membaca , mengajar serta memperkembangkan ilmu. Masing-masing berlumba-lumba untuk memberi saham dalam memajukan institusi pendidikan dengan mewakafkan sebahagian daripada harta mereka.


Kegiatan keilmuan ini membuktikan bahawa tradisi keilmuan Islam berkembang pesat pada zaman tersebut bersama dengan kegemilangan tamadunnya. Sesuatu tamadun tidak dapat dibina tanpa tradisi keilmuan. Dengan kata lain, sesuatu tamadun berkembang berseiringan dengan tradisi keilmuan yang mantap dan tuntas. Oleh sebab itu, pembinaan tamadun kini mesti mengambil kira tradisi keilmuan dengan mewujudkan dan memperbanyakkan institusi pendidikan yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa. Begitu juga, kita perlu melahirkan ulama, sarjana dan pemikir yang berkaliber yang mampu membuat kajian, penyelidikan dan penterjemahan. Tanpa unsur-unsur tersebut institusi pendidikan dan keilmuan tidak akan berkembang.

Perkara yang kita kehendaki sekarang ialah ibukota Kuala Lumpur bukan sahaja terkenal sebagai destinasi pelancongan tetapi juga dikenali sebagai pusat keilmuan sekurang-kurangnya di rantau ini sebagaimana yang berlaku di kota metropolitan yang lain seperti London, Paris, St. Andrew, Sorboune dan Kaherah. Mereka datang bukan sahaja membawa balik barangan elektronik buatan Malaysia tetapi beg-beg mereka penuh dengan buku-buku tulisan ilmuan kita. Inilah yang kita harapkan. Untuk mencapai impian tersebut maka para sarjana dan intelek Islam tempatan perlu bekerja keras dalam mewujudkan suasana tradisi keilmuan yang harmonis. Perkara-perkara asas seperti buku rujukan perlu diperbanyakkan, penyelidikan mesti diperhebatkan dan perpustakaan perlu ditambah lagi atau sekurang-kurang buku-bukunya. Tabiat menulis di kalangan para sarjana dan ulama perlu dipertingkatkan lagi. Mereka perlu memikir apakah jenis buku serta penyelidikan yang diperlukan oleh masyarakat hari ini terutama dalam menghadapi pasca modernisme. Adakah hanya terbatas kepada buku-buku ringan semata-mata. Para penulis Islam perlu mengenal arus perdana dan keperluan yang harus dihadapi di zaman pasca modenisme ini. Sesungguhnya cabaran ilmuan sekarang lebih sengit dan tajam lalu menuntut penglibatan yang total daripada ilmuan itu sendiri. Pada hari ini para ulama dan sarjana tidak boleh maju hanya berbekalkan “air liur” semata-mata tanpa menghasilkan buku ilmiah terutama karya-karya agung Melayu yang sewajibnya diterjemahkan ke bahasa antarabangsa. Walaupun kemungkinan kita akan mengalami kerugian dari segi material. Dengan demikian, harapan untuk menjadikan Kuala Lumpur tempat tumpuan peminat-peminat buku untuk berkunjung akan tercapai.

Peranan Ulamak dalam pmbinaan tamadun

Menurut Dr. Abdul Halim El-Muhammady, para ulama masa kini perlu melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan seperti berikut :

1) Menyambung tradisi ilmu yang diasaskan oleh ulama tradisional melalui pengajaran dan penulisan, agar kesinambungan ilmu berterusan berlaku, terutamanya ilmu-ilmu asas keislamanan. Kesinambungan ilmu di segi penulisan telah terputus sejak seratus tahun yang lalu selepas meninggalnya ulama-ulama besar seperti al-raniri, Daud al-Fatani, Abdul Samad al-Falambani dan lain-lain. Penulisan ilmu yang dimaksudkan di sini ialah penulisan yang lengkap dan bercorak ilmiah dalam bidang-bidang tertentu.

2) Mereka perlu kepada perubahan dalam pengolahan ilmu dan pendekatannya, agar mudah difahami oleh generasi masa kini yang telah terbentuk pemikiran mereka dari disiplin ilmu yang berbagai dan suasana masyarakat yang berbeza. Teerutamanya ilmu-ilmu asas keislaman seperti pengajian al-quran, Sunnah, Fiqh dan sebagainya.

3) Mereka perlu memahami dan mengolah ilmu-ilmu yang ada kaitannya dengan perkembangan masyarakat kini seperti bidang undang-undang, ekonomi, kemasyarakatan, sains dan lain-lain, agar ilmu-ilmu ini dapat dimanfaatkan dan berkembang dalam masyarakat mengikut perspektif Islam dan mampu untuk memberi penyelesaian kepada permasalahan kehidupan masayakat Islam masa kini.

4) Ulama perlu terlibat secara langsung dalam pembangunan masyarakat di segi keilmuan dan kegiatan-kegiatan pembangunan lainnya di seluruh peringkat masyarakat dan sepatutnya mereka menjadi penggerak dan yang memberi sumbangan kepada inspirasi pembangunan masyarakat.

5) Mereka seharusnya melibatkan diri dalam memberi bimbangan kerohanian yang jelas untuk membina kekuatan kejiwaan kepada masyarakat, agar mereka tidak terpesung daripada pengaruh-pengaruh ajaran kebatinan dan ajaran-ajaran kerohanian yang boleh menyesatkan.

6) Mereka perlu melibatkan diri dalam memberi kesedaran kepada masyarakat dalam seluruh perinmgkat, melalui saluran yang rasmi dan yang bukan rasmi berasaskan ilmu dan penyelesaian pratikal untuk masyarakat.

7) Mereka perlu berusaha memupuk kemesraan hidup di kalangan masyarakat berasaskan Islam dan menghidupkan kembali tradisi perhubungan masyarakat yang telah diasaskan oleh ulama tradisional berdasarkan konsep ukhuwwah,kejiranan dan konsep jamaah supaya konsep-konsep ini dapat meredakan sentimen kelompok yang sedang berkembang dalam masyarakat.

8) Mereka hendaklah menjadi jambatan untuk perhubungan seluruh kelompok masyarakat untuk menjadi tempat rujukan dan contoh penghayatan pemikiran dan nilai-nilai yang positif untuk pembangunan dan kesatuan masyarakat, sebagaimana yang pernah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. para sahabat dan ulama yang silam.

9) Mereka perlu melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan organisasi dakwah di samping kegiatan-kegiatan rasmi lainnya, agar dapat dipupuk semangat kerja secara kelompok dan berorganisasi untuk memberi kekuatan kepada kerja-kerja untuk peningkatan dakwah Islam.

10) Menubuhkan institusi-institusi pendidikan yang bergiat untuk memupuk pendidikan Islam dan keilmuan Islam secara mendalam yang mencakup bidang-bidang ilmu asas keislaman, ilmu pelengkap dan ilmu-ilmu semasa yang lain untuk keperluan pembangunan umat.

Untuk membolehkan para ulama memainkan peranan besar dalam yang berkeasn dalam pembangunan negara, mereka haruslah mempunyai kualiti-kualiti seperti berikut :

a. pengetahuan yang mendalam bukan sahaja dalam bidang-bidang yang berkaiatan denagn ilmu-ilmu agama seperti fiqh, usul fiqh, tafsir, hadis dan pandangan-pandangan pelbagai mazhab yang muktabar tetapi juga memahami serta menguasai pelbagai cabang ilmu yang lain seperti sains kemasyarakatan, ilmu ekonomi dan lain-lain.

b. Memahami cirri-ciri peradaban Barat terutama dari segi ideologi dan system ekonomi sama ada kapitalisme, sosialisme, komunisme, dan globalisasi. Para ulama juga perlu memahami perbandingan agama (muqarah al-adyan) supaya ia dapat menjelaskan lagi keindahan agama Islam.

c. Memahami secara mendalam tradisi dan pemikiran tamadun besar dunia terutama tamadun cina dan India. Ini adalah perlu bukan sahaja kerana banyak yang boleh kita pelajari daripada tradisi dan ahli fikir dari kedua-dua tamadun yang besar ini tetapi juga kerana dengan ini kita akan dapat mengetahui warisan peradaban kaum-kaum yang terbesar di negara ini.
d. Mempunyai kebijaksanaan atau hikmah yang tinggi dalam mengutarakan pandangan terhadap perubahan yang hendak dibawa supaya pandangan-pandangan ini dapat dirterima bukan sahaj oleh orang Islam tetapi juga orang-orang bukan Islam.

Oleh itu, ulama merupakan satu golongan terpenting dalam sejarah pembangunan masyarakat manusia sama ada dari segi kerohanian atau pun kebendaan. Mereka adalah penggerak kepada kesedaran umat dan pengisi kepada pembangunan pemikiran dan budaya. Kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat Islam akan terjamin dan terserlah apabila wujud persefahaman antara ulama dan penguasa dalam membangunkan umat. Pertembungan antara kedua-dua pihak akan mengakibatkan kekacauan yang besar dalam masyarakat. Oleh itu, perkara ini sedaya upaya harus dielakkan. Adalah diharapkan kerjasama antara ulama dan penguasa dapat mempercepatkan lagi proses pembangunan masyarakat manusia terutama dari segi akhlak dan kerohanian.

Saranan kepada Era Kebangkitan Islam

Al-Qaradawi mengakui bahawa beliau sentiasa mengambil berat masalah kebangkitan Islam dan menjadi perhatian utama dalam penulisannya Perkara ini kerana kedudukannya masa kini serta masa depan umat Islam. Keperluannya amat mendesak agar kebangkitaan ini tidak melemahkan dan tidak melencong serta terus berusaha mematangkannya agar tidak menyimpang. Dengan demikian, kebangkitan ini tidak tergendala di tengah jalan atau keluar dari jalan yang lurus. Oleh itu, beliau menggaris sepuluh langkah menuju kematangan kebangkitan Islam atau memindahkan kebangkitan Islam dari masa transisi, impiam mahupun kekeliruan kepada kedewasaan dan kematangan. Sepuluh langkah yang diutarakannya ialah :

1. Dari Format dan simbol kepada hakikat dan substansi

Di antara manusia ada yang memerhatikan aspek luaran yang bersifat formalistis daripada isi kandungan, hanya pada bentuk bukan pada hakikat. Seolah-olah yang penting adalah memanjangkan jangut, memedekkan pakaian, memmbawa siwak, mengharamkan semua jenis lagu dan mewajibkan pemakaian purdah untuk wanita. Oleh itu, umat Islam perlu mencurahkan perhatiannya kepada substansi dan ruh ajaran Islam daripada format dan bentuk.

2. Dari retorika dan perdebatan menuju penerapan dan tindakan

di antara sikap negatifnya ialah bangga dengan sejarah masa dahuku tanpa mengubahnya dalam bentuk tindakan demi memperbaiki keadaan yang ada sekarang dan mengembangkannya lagi kea rah yang lebih baik. Membicarakansejarah masa lalu adalah baik selagi ia mendoromg untuk terus berpacu dalam kejayaan itu. Kita harus mencipta kejayaan dan tidak harus bangga tentang sejarahnya sahaja.

3. Dari sikap sentimental dan emosional menuju sikap rasional dan ilmiah.

Seorang muslim pasti dapat mengawal perasan dan meletakkan akal pada tempatnya. Ia berfikir secara rasional dan ilmiah.Ia tidak bersikap ektrim dalam mencintai dan membenci, tenggelam dalam dunia khayalan dan kecendurungan untuk bergantung kepada niat semata-mata tanpa berusaha untuk memperhatikan perkara yang benar.

4. Dari orientasi masalah cabang dan remeh menuju masalah pokok dan utama

Menurut al-Qaradawi perkara utama gerakan Islam kini aialah bidang pemikiran dan kebudayaan, bidang pendidikan dan kaderisasi. Pada hematnya, banyak ahli gerakan Islam menyibukkan diri dalam perkara-perkara sunat dan larangan yang besifat makruh sehingga kurang memperhatikan perintah yang bersifat fardu atau larangan-larangan yang bersifat haram.

5. Dari menyulitkan dan ancaman menuju kemudahan dan khabar gembira

Islam merupakan agama rahmat kepada manusia dan alam ini. Rasulullah memerintahkan untuk memudahkan dan tidak mempersulitkan. Pengertian mudah di sini bererti mengikuti manhaj yang memberi keluasan dan toleransi, juga keringanan yang jauh dari tindakan yang sulit, sukar dan berat. Sementara 'mempersulit' adalah manhaj yang menimbulkan kesulitan,kesempitan dan kesukaran terhadap manusia. Allah menjadikan fitrah manusia untuk menyukai kemudahan dan keluasan. Dalam syariat Islam, hukum-hukum dilandaskan atas kemudahan,bukan atas kesulitan.

6. Dari sikap kejumudan dan taklid menuju ijtihad dan pembaruan

Al-Qaradawi menegaskan bahawa pintu ijtihad masih terbuka dan ia sangat diperlukan dalam kondisi sekarang. Beliau membawa hujah Ibn Qayyim dan al-Saukani dalam menolak hujah golongan yang bertaklid dan menggangap pintu ijtihad telah tertutup. Menurut al-Qaradawi, taklid merupakan sifat tercela. Sama ada taklid kepada pendapat ulamak terdahulu mahupun taklid kepada peradaban barat yang melulu. Kedua-dua unsur tersebut menyebabkan kita berada dalam keadaan asing.Taklid terhadap orang-orang terdahulu menjadikan kita asing secara waktu sementara taklid terhadap barat membuat kita asing secara tempat. Memang orang terdahulu dekat dengan kita secara fikiran dan perasaan tetapi mereka tidak merasai masa tempat kita hidup sekarang, tidak merasakan kesulitan dan tekanan yang kita hadapi sekarang serta tidak tahu apa yang kita ketahui sekarang. Sementara orang-orang barat sebab tujuan dan pola berfikir mereka berbeza dengan tujuan dan pola berfikir kita. Maka taklid kepada mereka tidak mungkin menghasilkan sesuatu yang bermanfaat.

7. Dari fanatik dan ekslusif menuju toleransi dan inklusif

Menurut al-Qaradawi, berpegang teguh kepada ajaran agama bukanlah bersifat fanatik. Fanatik terjadi apabila seseorang itu memaksa akalnya kepada pemikiran tertentu dan tidak mahu membuka pintu berdialog dengan orang yang berlainan pendapat. Ia menganggap pendapatnya sebagai yang paling benar, tidak mungkin salah serta pendapat orang lain sebagai yang salah dan tidak mungkin benar. Antara ciri-ciri fanatik adalah orang yang tidak melihat selain dirinya, tidak mendengar kecuali ucapannya sendiri dan tidak percaya pada orang lain di luar kelompok atau jamaah yang dianggotainya. Di antara bentuk-bentuk toleransi ialah:

i. Melihat subtansi perkataan, bukan siapa yang mengatakannya
ii. Mengakui kesalahan dengan berani dan terus terang
iii. Menyambut baik kritikan dari luar dengan lapang dada
iv. Muhasabah diri dan menelaah kembali segala tindakan yang dilakukan dengan kesedarn yang tinggi.
v. Meminta nasihata dari pihak lain dengan senang hati
vi. Berlapang dada menarik balik keputusannya demi mencapai kesepakatan dengan pihak lain.
vii. Mengambil manfaat dari apa yang dimiliki pihak lain.
viii. Menghargai orang lain yang berlainan pandangan.


8. Dari sikap berlebihan dan meremehkan menuju kesederhanaan

Islam adalah agama yang moderat. Menurut al-Qaradawi manhaj moderat adalah metode dan cara terbaik yang dapat mengembangkan dakwah Islam sehingga umat Islam mencapai matlamatnya. Orang yang berpaling dari metodologi moderat sama halnya membunuh diri dan membawa kepada kebinasaan. Ia membawa kepada sikap berlebih-lebihan atau meremehkan seperti melalaikan solat. Bentuk dan ciri sikap berlebihan ialah :

a.Tidak mengakui pendapat orang lain dan fanatik terhadap pendapatnya sahaja.

b.Memaksa umat secar keras untuk beramal dan lupa perbezaan mnusia, ada yang kuat dan ada yang lemah, mewajibkan mereka semua dengan amalan sunat tanpa memperhatikan kedudukan mereka.

c.Bertindak keras bukan pada tempatnya dan masanya.

d.Keras dalam berdakwah dan tidak mengikuti manhaj al-Quran yang menyuruh berhikmah dan berlemah lembut.

e.Buruk sangka terhadap manusia dan menghina orang lain.

f.Saling mengkafirkan orang lain.

Al-Qaradawi menggariskan intisari ajaran moderat ini ialah :

i.Berasaskan kemudahan dan khabar gembira. Kemudahan dalam hukum-hakam dan khabar gembira dalam berdakwah.

ii.Berpaduan antara salafiah dan pembaruan atau antara tradisi dengan kemodenan.Maksud salafiah ialah kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah dan pembaharuan adalah menyatu dan mengikuti perkembangan dan tuntutan zaman.

iii.Penyesuaian antara salafiah dan sufisme dengan mengambil ajaran yang terbaik dari kedua-duanya sehingga menghasilkan jalan terbaik dari kedua-duanya.

iv.Bersikap moderat antara aliran zahiriyah dengan golongan takwil.Moderat antara sikap yang kaku dalam melihat zahir nas dan sikap yang berlebih-lebihan dalam mentakwilkan teks-teks agama.tidak terlalu luas dan tidak kaku.

v.Perimbangan antara perkara yang sabit dengan perkara yang berubah-ubah dalam Islam

vi.Melihat dan memperhatikan realiti.tidak banyak berbicara tentang masa lalu sehingga lupa akan masa depan atau terlalu idealistic tanpa melihat realiti yang ada.

vii.Toleransi dan hidup dalam ukhuwwah serta saling hormat menghormati.

viii.Berlandaskan syura dan memberi kebebesan kepada masyarakat.

ix.Megembalikan kedudukan wanita sebagai saudara kembar bagi kaum lelaki.

x. Menghidupkan kembali ijtihad.

9. Dari kekerasan dan kebencian menuju lemah lembut dan rahmat

Metodologi dakwah ditegakkan atas lemah lembuh, rahmat dan kasih saying. Rasulullah sentiasa menyeru kepada kelembutan dan menolak kekerasan. Al-Qaradawi menggariskan faktor-faktor kekerasan yang timbul di dunia Islam iaitu ;

a. Penindasan tehadap kaum muslimin seperti di Palestin, Chechnya dan Sudan
b. Penguasa yang zalim serta penindasan terhadap ahli gerakan Islam.
c. Membasmi aliran pemikiran moderat sehingga aliran pemikiran radikal menguasai orang ramai.
d. Kekurangan dalam pemikiran dan pengetahuan para pendakwah yang mengutamakan formalitas daripada substansi dan tujuan.

10. Dari ikhtilaf dan perpecahan menuju persatuan dan ukhuwwah.

Perkara yang dikhuatiri oleh al-Qaradawi adalah pertarungan, pentengkaran, perpecahan, saling mencurigai, bahkan saling menghancurkn antara sesama ahli gerakan Islam. Penyakit hasad dengki dan balas dendam terjadi di kalangan umat Islam..

Menurut al-Qaradawi, ahli gerakan Islam perlulah pemaaf dan saling memperkukuhkan ikatan persaudaraan. Adalah penting mereka memahami fiqh al-Ikhtilaf antaranya ialah :

i. Mengganggap perbedaan dalam perkara cabangan fikih sebagai rahmat dan kelapangan bagi umat ini serta kekayaan dalam proses pengambilan hukum.
ii. Memandang kemungkinan adanya kebenaran dalam pendapat yang berbeda
iii. Memandang bahawa orang yang berijtihad pasti akan mendapat pahala walaupun salah dan dimaafkan.
iv. Bersikap objektif terhadap pendapat yang berbeda dan mengemukakan pendapat yang lebih baik serta bersikap adil.
v. Bekerjasama dalam hal-hal yang disepakati.


Inilah sepuluh perkara yang menjadi asas kematangan dalam kebangkitan Islam kini. Beliau berharap kebangkitan Islam perlu ke tahap yang lebih baik dengan pengarahan yang lebih bijaksana dan teratur.

Oleh: Mohd Rumaizuddin Ghazali, Exco Dakwah ABIM

credit to http://www.mindamadani.my/content/view/129/2/

0 comments: