Kaulah Segalanya Episod 9

Hari itu, Asyrani berjanji dengan Anis untuk membawanya berjalan-jalan sekitar Bandar Kuala Lumpur. Dia ingin Anis gembira. Dia masih berasa serba salah kerna menjadi punca perpisahan Anis dengan Hafiz. Asyrani benar-benar tidak sampai hati untuk melukakan hati kawannya itu. Macam-macam yang dibelinya. Anis nampak gembira ketika keluar bersamanya. Sedang dia berjalan-jalan dia terserempak seorang lelaki yang memang dikenalinya. "Badrul!"jerit hatinya. Kali ini dia tidak keseorangan. Badrul bersama keluarganya membeli belah. Asyrani dapat melihat satu persatu wajah saudara maranya itu. Nasib baiklah mereka tidak perasaan. Asyrani menarik Anis yang terpinga-pinga ke tempat lain supaya tidak dilihat oleh mereka sekeluarga namun Badrul telah melihatnya namun begitu, Badrul tidak bergerak menuju ketempat gadis itu berdiri. Badrul faham masalah yang berlaku di antara keluarganya. "Papa, Bad nak pergi kat kedai Guess jap."pinta Badrul kepadanya ayahnya Dato Khalil. Ayahnya mengangguk kepala. Selepas Asyrani sudah tidak melihat keluarga Badrul lagi, dia mengajak Anis ke kedai buku. Tiba di kedai buku, dia mencari-cari keluaran novel PTS Publication terbaru. Anis pula mencari kaset album yang ingin dibelinya. Sedang asyik Asyrani membelek DARI KEPALA BATAS KE NEW HAVEN, bahunya ditepuk lembut.



"assalamualaikum Asyrani,"sapa lelaki itu. Lelaki itu menguntumkan senyuman hingga kelihatan barisan gigi yang tersusun putih. "waalaikumsalam er…. Bad. Err macam mana awak tahu saya ada kat sini?"tanya Asyrani. "saya ikut awak tadi, jangan risau mama and papa tak nampak awak."balas Badrul masih lagi tersenyum. Dia memahami jika gadis itu belum bersedia untuk menemui kedua ibu bapanya. Hubungan gadis itu dengan orang tuanya memang baik. Cuma gadis itu bimbang dihujani dengan pelbagai soalan yang tidak dapat dijawabnya. Badrul juga mengetahui yang Asyrani pernah mengalami tekanan perasaan. Pernah Asyrani mengambil ubat secara berlebihan selepas ibunya meninggal. Setelah Badrul menasihatinya, Asyrani masih mengambil ubat itu lagi namun tidak seperti selalu. Dia amat rapat dengan gadis itu sejak kecil lagi. Apa sahaja dibuat bersama. "thanks Bad, sebab faham masalah Asy. Asy tak…"belum sempat Asyrani mengahbiskan ayatnya. Jari Badrul hinggap di bibirnya. "Ssyy saya faham keadaan awak. Well, exam awak macam mana?”tanya Badrul berbasa-basi. Sebenarnya bukan soalan itu yang ingin diungkapkan. “oklah kot, entahlah…jangan kena repeat sudah. “Asyrani, boleh saya tanya sikit, lelaki saya jumpa kat kedai tu siapa? "tanya Badrul sedikit sebanyak ada jugak cemburu dihatinya. "oh, dia kawan saya."jawabnya. Baginya Badrul tidak perlu mengetahui statusnya. "bila Asy nak pergi jumpa atok? Dia selalu sebut nama Asy. Rindu sangat katanya."kata Badrul. Asyrani hanya mendiamkan diri sahaja. Dia tidak tahu apa yang ingin dijawabnya. "mmm, tak apalah Asy, ambil sebanyak masa yang ada. Cuma fikirlah atok yang sudah dimamah usia. Mmmm saya pergi dulu ya, awak jaga diri baik-baik. kirim salam kat Papa Yassin ya. "pesan Badrul. Dia tersenyum lalu terus berlalu.



"Asy tu bukan ke lelaki yang kau ..cuba elakkan diri tadi. Kenapa kau bercakap dengan dia. Siapa dia tu? " tanya Anis berkali-kali. Fikirannya diserang dengan pelbagai persoalan. "dia tu cousin aku, Badrul."jelas Asyrani. "habis tu kenapa kau elakkan diri daripada dia?"tanya Anis. "masalah keluarga Anis, entah bila boleh selesai."ujar Asyrani lagi. Anis hanya mendengar kata-kata Asyrani. Sayu sahaja bunyinya. Walaupun dia tidak tahu banyak tentang masalah yang Asyrani lalui namun dia tetap kagumi dengan kekuatan mentalnya rakan karibnya itu melawan masalah itu dengan tenang. Sebenarnya banyak perkara tentang Asyrani yang tidak Anis ketahui. Gadis itu terlalu berahsia. Selepas makan tengah hari, mereka pulang. Sebaik sahaja tiba di hostel, mereka sudah terbaring kepenatan. Walaupun tidak banyak yang dibeli mereka namun, mereka berasa puas hati. Asyrani kurang gemar membeli-belah namun dia suka melihat telatah dan kelibat orang lain yang lalu lalang. Berbeza dengan Anis pula, macam-macam yang dibelinya. Masing-masing tertidur.



"Dik, balik dik. Tok rindukan adik, balik ya."terdengar suatu suara. Kelihatan seorang wanita tua yang menangis mendayu-dayu meminta agar Asyrani pulang. Asyrani tersedar dari tidurnya. "Ya Allah, aku mimpikan nenek aku! " jerit hatinya. Lantas dia mengucap. Badannya berpeluh-pelih. Dilihat jam dindingnya itu. "Ya Allah dah pukul 5.30 ke, aku tak solat asar lagi. Inilah akibatnya tidur lepas asar, mimpi buruk-buruk."kata hatinya. Selepas solat, dia menggerakkan Anis. "woi, sembahyang dah lewat ni, bangun."kata Asyrani. Anis mengeliat manja. Keesokan harinya Shawal mengajaknya pergi menemaninya bermain futsal. Mereka tiba di Rio D'Futsal pada pukul 10 pagi. Sudah menjadi kebiasaan setiap hari ahad Shawal beriadah bersama temannya. Shawal berasa hairan Asyrani agak diam tak ceria seperti biasa, banyak celotehnya. Wajahnya ternyata muram. Namun Shawal tidak mahu menganggu mood kekasih hatinya itu. Selepas bermain, Ebi mendekati Shawal. "Wal, kenapa dengan Asy tu, dari tadi dia diam je."tanya Ebi. "entahlah aku pun tak tahu selalunya tak macam ni."jawab Shawal. "agaknya datang bulan kot."kata Ebi. "apalah kau ni, kesitu pulak difikirnya."ujar Shawal. Ebi hanya tersengih.




"Asy kenapa ni? Dari tadi Shawal tengok Asy diam je " tanya Shawal ketika mereka berjalan di sebuah taman rekreasi. Asyrani melihat anak-anak bermain dengan keluarga mereka. Hatinya tersentuh melihat sepasang ibu bapa menemani anak-anaknya bermain. Dia tidak pernah merasa seperti itu di waktu kecilnya. "tak ada apa." jawabnya ringkas. "Asy, Shawal sayangkan Asy tapi Shawal bimbang lihat Asy muram macam ni. Cuba bagitau apa yang runsing dalam fikiran Asy tu."ujar Shawal. Asyrani hanya mendiamkan diri. Dia tidak tahu sama ada harus dikhabarkan mimpinya itu kepada Shawal. Asyrani masih mendiamkan diri. "Asy, kenapa ni? Tiba-tiba nak berahsia dengan Shawal? Kalau tak nak cerita pun janganlah bua muka macam tu. Rosak mood Shawal tau tak."marah Shawal. Suaranya ditinggikan. Asyrani tersentak. Bungkam sebentar. Tangannya disentap kuat. Hatinya terkesima, dia tidak menyangka Shawal memarahinya. Air matanya bercucuran mengalir. Asyrani segera melepaskan tangan Shawal. Keadaan sungguh tegang waktu itu. Shawal menyedari perbuatannya yang kasar itu segera mendekati tubuhnya dengan tubuh Asyrani. "Asyrani, Shawal mintak maaf. Shawal tak sepatut marah Asy."kata Shawal sambil memegang bahu gadis itu. Asyrani terhenjut-henjut menangis. “you don’t love me. If you love me you’ll not do like this to me! I hate you!”ucap Asyrani. Dia mengundur ke belakang menjauhi Shawal. Dia terus berundur lalu berlari meninggalkan Shawal seorang diri. Asyrani segera mendapatkan teksi berdekatan. Shawal terpinga-pinga ingin dikejar gadis itu namun dia ingin Asyrani bertenang dahulu. Bukan dia tidak mahu memberitahu Shawal tapi buat masa ini biarlah dia sahaja mengetahui. Dia tidak mahu membebankan Shawal dengan masalahnya. Namun dia tidak menyangka Shawal boleh bertindak kasarnya. Hatinya sebal dan bercelaru.




Sudah beberapa hari dia tidak menerima panggilan dari Shawal. Anis hairan dengan sikap Asyrani yang agak berubah. Dia juga hairan yang Shawal tidak lagi menghubungi temannya itu. "Asy, kau ni kenapa? ada masalah dengan Shawal ke?"tanya Anis. "aku ok je."jawab Asyrani ringkas. Dia melontarkan pandangannya ke luar jendela. Dilihatnya banyak camar beterbangan. "yakah?"tanya Anis lagi. "aku ok kau jangan risau."jawabnya lagi. Tiba-tiba telefon tangannya berbunyi dilihat nombor yang tertera di skrin tidak pernah dilihatnya lantas Asyrani segera menjawabnya. "hello assalamualaikum "sapa Asyrani dahulu. "waalaikumsalam, Asyrani ni Bad. "jawab lelaki itu. "oh, Bad apa khabar? Mana awak dapat nombor saya? "tanya Asyrani. Anih juga Badrul mengetahui nombornya kerana sebelum dia memastikan tiada sesiapa saudara-maranya tahu nombornya. "khabar baik, kan hari tu kat kedai buku, saya ada mintak nombor kat awak." jelas Badrul. Anis memalingkan wajahnya ke Asyrani. Dia nampak Asyrani agak gembira berbual dengan lelaki yang dijumpainya dahulu. "oh ya kah? Saya tak ingat lah."jawab Asyrani sambil cuba mengimbas kembali pada hari dia bertemu Badrul tempoh hari. "awak apa khabar? Malam ni awak free tak?" tanya Badrul. "saya ok, malam ni? Saya tak da apa-apa rasanya kenapa?" tanya Asyrani. "saya ingat nak ajak awak keluar makan malam sama-sama jomlah."pujuk Badrul. Asyrani teragak-agak untuk menerima ajakan Badrul. Setelah berfikir lama Asyrani bersetuju. Badrul akan mengambilnya di hostel pada pukul 8 malam.



"Asyrani ni tak apa-apa ke? Saya nampak macam ada masalah aja."tanya Badrul ketika memandu kereta ke destinasinya. Mereka sampai di satu restoran makanan barat yang agak mewah yang terletak di Plaza Alam Sentral Semasa makan, hp Asyrani menjerit. Dilihatnya nama yang tertera di skrin telefon itu. "Shawal!"jerit hatinya. Lantas dia menekan butang merah dan menutup telefonnya. "siapa tu awak? "tanya Badrul ketika menyuap makanan. "entah, saya tak kenal nombor ni."jawab Asyrani selamba. "ya kah, ke pakwe call?"usik Badrul. "er..taklah."jawab Asyrani ringkas. "kenapa awak nak jumpa saya? " tanya Asyrani. "hari tu, saya balik jumpa atok. " kata Badrul. Asyrani yang sedang menyuapkan sudu dalam makanan itu tidak jadi. "apa khabar dengan atok? " tanya Asyrani tersekat-sekat dengan wanita tua itu. "atok sihat, cuma dia kurus sikit."kata Badrul lagi. "ya kah Bad, awak jagalah dia untuk saya. Susah saya nak kembali ke sana. Saya tak dihargai oleh semua orang. Walhal saya tak buat apa-apa pun."terang Asyrani. Badrul amat memahami masalah sepupunya. Dia juga serba salah kepada keluarga kerana merahsiakan perjumpaan dia dengan Asyrani. "sabarlah awak, sama-samalah kita doakan agar family kita ni bersatu kembali."ujar Badrul lembut. Selepas selesai makan, mereka keluar dari restoran. Tiba-tiba dia terserempak dengan seorang lelaki yang dikenalinya. "eh Asy, awak buat apa kat sini?"tanya lelaki itu. "oh. Ebi, saya saja-saja jalan-jalan kat sini. Ebi er..ni sepupu saya Badrul."ujar Asyrani. Ebi dan Badrul bersalaman. Kebetulan bertemu Ebi yang baru pulang dari pusat boling. Shawal memang ada menceritakan tentang hubungannya dengan Asyrani yang agak retak sejak kebelakangan ni. Ebi meminta diri meninggalkan pasangan itu. Selepas keluar dari restoran itu, Badrul dan Asyrani pulang. Sebaik sahaja sampai di hostelnya, Anis sudah menunggunya. "kau ke mana Asy?"soal Anis. "aku pergi makan dengan Bad."jelas Asyrani. "buat apa?"tanya Anis. "kami bincang pasal keluarga."jelas Asyrani lagi. Anis diam. Dia tidak mahu mencari gaduh dengan Asyrani.



"assalamualaikum Mak cik."sapa Ebi di muka pintu rumahnya. "waalaikumsalam Ebi masuklah. Shawal ada dalam bilik. Dia bad mood."kata Puan Aishah. Memang mood Shawal agak terganggu baru-baru ni. Ebi tahu apa sebabnya. Asyik berkurung dalam biliknya. "tak apalah mak cik saya masuk bilik dia."ujar Ebi. Ibu Shawal mengangguk kepalanya tanda beri keizinan kepada Ebi. Ebi mengetuk daun pintu bilik Shawal. "assalamualaikum Wal, ni aku Ebi."ujar Ebi sambil mengetuk pintu bilik. "masuklah pintu tak berkunci."kata Shawal. Ebi masuk dalam bilik Shawal. Shawal hanya baring di katil dengan berbantalkan lengan. "kau kenapa ni Shawal? Aku tengok kau ni tak bersemangat je."tanya Ebi. "aku ada masalah sikit dengan Asy la."ujar Shawal. Dia tidak mahu berselindung dengan rakan baiknya sejak di bangku sekolah lagi. "aku tahu, tadi aku nampak Asy kat Alam Sentral."ujar Ebi. Shawal yang sedang baring lantas bangun. "kau jumpa dia?"tanya Shawal. "Err...aku jumpa dia dengan…."Ebi berkata tersekat. "Ebi, cakap dengan siapa?!"jerit Shawal sehingga menarik baju Ebi. "sabar Wal, aku nampak dia dengan sepupu dia Badrul." kata Ebi. Shawal melepaskan Ebi. "patut dia tak nak angkat telefon aku. Rupa-rupanya dia keluar dengan orang lain! " desis hatinya. Hatinya teruji. Ego bagai dicabar. Dia ingin berjumpa dengan Asyrani untuk mendapat penjelasan.




Beberapa hari kemudian, setelah mendapat kekuatan, Shawal nekad untuk berjumpa dengan Asyrani. Dia inginkan penjelasan dari gadis itu. Walaubagaimanapun, Shawal telah berjanji pada dirinya supaya mengawal dirinya daripada marah kepada gadis itu. Shawal sedar Asyrani tidak bersalah sepenuhnya. Dia cuma menjadi mangsa keadaan. Petang itu setelah habis waktu kerja, dia terus meluncur keretanya ke UNISEL, Shah Alam. Sampai dipintu pagar, jaga yang bertugas sudah mengenalinya lalu membenarkan dia masuk. Shawal menunggu di bawah hostel Asyrani. Dia menelefon Asyrani, lama juga berdering, kemudian diangkat. "hello assalamualaikum Shawal."sapa Asyrani. Suaranya gementar namun dia amat rindukan suara itu. Sudah lama suara itu tidak menerjah ruang telinganya. "waalaikumsalam Asy ada kat mana ni?"tanya Shawal. "Asy ada kat dalam bilik."jawab Asyrani. "baguslah tu, Shawal ada kat bawah, Shawal nak jumpa sekejap."ujar Shawal dengan nadanya yang lembut. "ok, bagi Asy masa 10 minit ya."jawabnya. Asyrani berasa perasaannya bercampur baur. Dia amat gembira dengan pertemuannya dengan Shawal namun dia juga bimbang jika Shawal mempersoalkan tentang makan malam bersama Badrul tempoh hari. Dia pasti Ebi telah memberitahu Shawal.




Shawal memberhentikan mereka di taman yang biasa mereka singgah. Kebetulan pada waktu itu, tidak ramai kanak-kanak yang bermain. Shawal mengajak Asyrani duduk di bangku di bawah pokok yang agak rimbun. Masing-masing mendiamkan diri. Asyrani nekad untuk memberitahu kepada Shawal apa yang tersirat di hatinya. "Asy, sebenarnya Shawal nak mintak maaf . Shawal tak sepatut berbuat kasar hari tu. Shawal rasa macam tak berguna aja sebab Asy tak nak luahkan masalah Asy. Ego Shawal tercabar."ujar Shawal. "sepatutnya Asy percaya pada Shawal. Tu yang buat Shawal rasa macam Asy tak anggap Shawal ni…."belum semput Shawal menuturkan ayatnya, jari Asyrani hinggap di bibirnya. "Shawal sebenarnya Asy patut mintak maaf kat Shawal. Cuma masa tu Asy rasa tension sangat. Baru-baru ini masa Asy dengan Anis pergi jalan-jalan kt KL, Asy terserempak dengan Bad with his family. Asy cepat-cepat elakkan diri. Ingatkan dah selamat rupa-rupanya tak. Dia ikut Asy lepas tu dia bagitau keadaan atok Asy. Atok Asy sakit, dia ajak tengok tapi Asy tolak. Asy tak bersedia untuk berhadapan dengan sedara-mara Asy yang lain. akan banyak soalan mereka akan tanya yang Asy sendiri tak tahu nak cakap apa. Petang lepas jumpa Bad tu asy mimpi atok Asy. Dia nak jumpa Asy. Dia menangis kat Asy. Asy rasa sedih sangat. Walaupun keluarga Asy tak pernah larang dari berjumpa dengan mereka namun Asy masih ingat apa yang mereka lakukan pada Asy lepas mama meninggal. Baru-baru ini Asy jumpa Badrul sekali lagi. Dia kata dia nak ajak Asy balik Kuantan tapi Asy tolak sebab tak selesa balik dengan dia nanti apa kata mama dia. Jadi Asy tolak ajakan dia. Begitulah ceritanya." terang Asyrani panjang lebar. Air mata tidak berhenti mengalir keluar. Shawal berasa serba salah kerana cemburu membabi buta. Dia merapatkan badannya dengan gadis yang disebelahnya itu. "Asy, Shawal minta maaf sekali lagi pada Asy. Shawal tak sepatut bertindak melulu dan Shawal juga tidak harus cemburu membabi buta."Shawal mengaku kesilapannya. "Shawal jealous Asy dengan Bad?"usik Asyrani. Dia sudah mampu tersenyum. Bebannya rasa berkurang. "mestilah Shawal cemburu. Shawal sayangkan Asy mestilah Shawal tak nak Asy jatuh ke tangan orang lain."kata Shawal serius. “Shawal jangan bimbang hati Asy hanya milik Shawal. Kaulah segalanya.” Shawal hanya tersenyum. Banyak mereka berborak. Selepas itu mereka berdua pulang.




Sampai di hostel, kebetulan Anis berada di bawah. Dia melihat kelibat Asyrani dan Shawal pulang bersama. "dah berbaik dah tu."desis hatinya. Wajah Asyrani cukup ceria. Sampai dibiliknya Anis sudah mengusiknya. "ada orang tu bergaduh sakan sampai makan tak lalu tapi bila dah berbaik senyum tak ingat dunia."Anis ketawa terkekeh-kekeh. Keesokan harinya, Asyrani memang agak sibuk dengan tugasan yang diberikan. Seharian dia ada kelas dan tutorial. Memang penat. Sampai dibiliknya Anis sudah terbaring. Di atas mejanya terdapat sejambak bunga matahari kesukaannya. Dia hairan siapa yang berikan bunga itu. Jangkaannya Shawal lantas dia telefon Shawal. "hello assalamualaikum Shawal."sapa Asyrani. "waalaikumsalam sayang. Kenapa call Shawal ni?" tanya Shawal ketika itu dia baru sahaja sampai di rumahnya. "Asy nak ucapkan terima kasih kat Shawal sebab bagi bunga ni. Mana Shawal tahu Asy suka sunflower? "tanya Asy. "aik, bila masa Shawal bagi bunga. Shawal tak tahu pulak Asy suka bunga matahari."jawab Shawal. Setahu dia, dia tidak pernah memesan bunga untuk dihantar malah dia tidak tahu Asyrani gemarkan bunga matahari. "Shawal cakap betul-betul, siapa lagi yang nak bagi kat Asy selain Shawal."ujar Asyrani. Asyrani berkira-kira dalam fikirannya. Tak mungkin orang lain. "agaknya secret admire kot."kata Shawal. Perasaan ingin tahu siapa pengirim bunga itu membuak-buak. “isy tak ada maknanya tu.”kata Asyrani kembali. "cuba Asy kat celah-celah bunga, cari mana tau ada kad."arah Shawal. Asyrani melihat jika ada kelihatan kad. Di celah bunga itu, dia melihat sekeping kad bersampul surat putih. "ada kad la Shawal."beritahu Asyrani sambil mengambil kad itu untuk di baca. "bacalah isinya."kata Shawal. Dia sudah tidak sabar-sabar ingi tahu kandungan kad itu. Di bukanya kad itu, dia terkejut isinya serta nama pengirimnya.


Assalamualaikum Asy
Kau tak ingat aku lagi?
Aku yang pernah menjadi kekasih kau dulu,
Yang sekarang kau tolak aku mentah-mentah,
Aku tahu sekarang kau dah jadi milik orang lain
Aku cuma nak kata baik kau jaga diri kau elok2
Hati-hati tau……

"Hafiz!"jerit Asyrani. Shawal terkejut apabila Asyrani menyebut nama lelaki itu. Sudah lama lelaki itu tidak keluar dari bibir Asyrani. "dia kata apa? " tanya Shawal. Asyrani teragak-agak. "Dia ugut Asy."katanya tersekat-sekat. "ha! Asy report polis la."jerit Shawal. Dia bimbang keselamatan Asyrani. "tak payah la Shawal. Asy rasa dia main-main kot."kata Asyrani. Asyrani musykil Hafiz serius mengugutnya. "Asy ni, Shawal risau tau. Tak apalah esok Shawal datang ya."kata Shawal. Asyrani hanya mengiyakan sahaja. Shawal pun mematikan talian. Dia baring di atas katilnya. Dia bimbang akan keselamatan Asyrani. Namun gadis itu telah melarang dia melaporkan pada polis. Dia harus melakukan sesuatu agar Asyrani sentiasa selamat.

1 comments:

Anonymous said...

Amiable fill someone in on and this fill someone in on helped me alot in my college assignement. Thanks you as your information.