Kaulah Segalanya Episod 8

Hari demi hari bulan demi bulan hubungan antara Shawal dengan Asyrani bertambah baik. Mereka saling bertolak ansur. Shawal tahu bahawa Asyrani agak sibuk dengan pelajarannya manakala Asyrani pun memahami kerja Shawal yang memang meletihkan. Shawal juga kerap membawa Asyrani pulang ke rumahnya. Keluarganya amat menyenangi kehadiran Asyrani. Pada hujung minggu itu, ayah Asyrani ingin mengadakan kenduri tahlil kepada arwah mama serta arwah datuknya. Dia mengajak Anis namun Anis menolak kerana berasa kurang sihat dan ingin berehat. Dia juga mengajak Shawal sekeluarga datang. Shawal berjanji akan datang ke rumahnya. Pada tengah hari sabtu itu, Shawal sekeluarga pun tiba di rumahnya. Mereka di ajak bermalam di rumah Asyrani. Shawal datang bersama ibu dan ayahnya serta adik bongsunya. Ketibaan mereka disambut mesra oleh ibu bapa Asyrani. Shawal melihat rumah Asyrani yang simple tu. Rumah teres setingkat yang berwarna putih diluarnya. Di dalam rumah, di suatu sudut terdapat sekeping gambar pemandangan Masjidil Haram di Mekah yang digantung. "assalamualaikum."lamunan Shawal tersentak. Asyrani menyapanya. "oh mak, terkejut Shawal waalaikumsalam. Cantik rumah Asy. simple tapi comel. Belum masuk bilik Asy lagi."usik Shawal "dah jangan nak mengada, Shawal tak boleh masuk bilik Asy . Shawal tidur di bilik abang Khairul. Ayah dan mak Shawal boleh tidur di bilik Asy."kata Asyrani. "ala, tak aci la macam tu."kata Shawal sambil memuncungkan bibirnya. "aci tak ada kat sini, aci kat India. Pergilah berehat kat dalam tu, awak tu driving jauh-jauh mesti penat."bebel Asyrani. "yelah nenek."usik Shawal. Dia meletakkan begnya di dalam bilik abang Asyrani. Asyrani pula menunjukkan biliknya kepada ibu dan ayah Shawal. "minta maaf la mak cik, bilik saya ni sempit sikit katil sorang je. Saya ada letak katil tarik bawah katil ni."kata Asyrani sambil menunjukkan tilam itu. "tak apa Asyrani, terima kasih banyak bagi kami tidur kat sini. Nanti, kamu tidur dimana?"tanya Puan Aishah. "oh, mak cik jangan risau, saya tidur di bilik kakak saya. "kalau ada apa-apa yang pak cik dan mak cik perlukan beritahu saya ya."kata Asyrani. "baiklah. Terima kasih ya Asyrani."kata pula Encik Ruslan. Asyrani pun meminta diri. Dia sibuk menguruskan pinggan mangkuk yang ingin dipakai. "cantik jugak bilik dia bang, siap ada loteng lagi ni."kata Puan Aishah sambil melihat sekeliling biliknya. Cukup tenang suasana bilik itu.



Tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Di buka daun pintu, dilihat Shawal tersengih. "Shawal apa kamu buat kat sini? Ni ..kan bilik Asy."kata ibunya. Shawal masuk ke dalam bilik itu. "mak, lawanya bilik dia comel."kata Shawal. Shawal melihat suasana bilik Asyrani. Di atas meja terdapat gambarnya semasa kecil dan besar. Wajah Asyrani ketika kecil seakan-akan anak cina. Comel. Terdapat dua rak yang penuh dengan buku yang tersusun rapi. Asyrani memang gemar membaca. Setiap kali ke kedai buku, ada sahaja buku yang dibelinya. "dahlah tu pergi balik ke bilik kamu."arah ibunya. Shawal hanya tersenyum dan kembali ke biliknya. Selepas berehat, Shawal keluar dari biliknya dan membantu. Dia menolong Khairul memasang kanopi. Begitu juga ayahnya. Asyrani yang melihat segera berkata "pak cik, tak payah buat kerja ni. Pak cik berehat la, biar Shawal yang buat."kata Asyrani. "tak apa Asyrani. Pak cik dah biasa dah."kata ayah Shawal. Asyrani hanya tersenyum. Kalau boleh memang dia tidak mahu meyusahkan keluarga Shawal. "Asy, pergilah buat kerja, anak dara tak boleh malas nanti susah nak kahwin."usik Shawal mengenyitkan matanya. Asyrani memandang geram. "dah la abang, jangan kacau dia."tegur ayahnya. Asyrani tersenyum kambing lalu berlalu.
Waktu maghrib sudah hampir masuk, Asyrani siapkan diri. Dia memakai baju kurung sutera hijau dan tudung berwarna hijau muda. Shawal pula memakai baju melaju berwarna hijau pucuk pisang. "wei, kau dengan Shawal ni janji ke pakai colour sama?"usik kakaknya. Asyrani hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala. Ramai tetamu sudah mula tiba. Dia mencari kelibat rakan-rakannya. Amna, Shakirah, Farah, Amyra dan ramai lagi sudah tiba. Abangnya melaungkan azan manakala datuknya menjadi imam. Setelah solat mereka mengadakan bacaan Yaassin. Selepas itu mereka solat isyak dan menjamu selera. Ramai sanak- saudara datang namun keluarga arwah mamanya tidak jua tiba. Puas dia menunggu. Asyrani bertanggungjawab untuk mengangkat lauk ke tempat makan. Shawal pula ringan tulang membantunya. Ramai yang bertanyakan siapakah lelaki yang bersamanya itu. Namun dia hanya menjawab kawan sahaja. Malam itu dia amat sibuk melayan tetamu yang hadir. Begitu juga dengan orang tuanya. Kira-kira 200 orang telah hadir. Shawal berasa kagum kerana rupa-rupanya keluarga Asyrani memang dikenali ramai. Malam merangkak gelap. Sudah ramai tetamu yang pulang. Masing-masing sibuk mengemas perkakas masuk ke rumah. Memang memenatkan apatah lagi Asyrani belum menjamah apa-apa makanan sejak petang tadi lagi. Perutnya memang terasa sakit namun dia terlalu sibuk hingga membiarkan sahaja sakitnya begitu sahaja.



Setelah selesai kerja-kerja membersih dan mengemas, jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Shawal melihat wajah Asyrani agak pucat. "Asy kenapa ni pucat je muka? " tanya Shawal. Wajahnya berkerut menahan kesakitan. Shawal agak risau. "kenapa ni adik? Gastrik ke?"tanya uminya. Asyrani hanya mengangguk kepala. " siapa suruh tak makan, dari tadi abah pesan makan dulu sebelum buat kerja. Ini tidak."marah ayahnya. Asyrani hanya mendiamkan diri. "sudahlah, lepas ni adik pergi makan pastu makan ubat."perintah ayahnya tegas. Disebabkan masing-masing sibuk Shawal diarahkan agar menemani Asyrani makan dan memastikannya makan ubat yang diberikan. "kesian Asy, kena marah dengan abah Asy." kata Shawal sambil melihat Asyrani menyuapkan makanan sedikit demi sedikit. Dia tiada selera kerana perutnya sudah masuk angin. "kalau Shawal tahu Asy ada gastrik dah lama Asy pastikan Asy makan tau."kata Shawal lagi. "tak pa Shawal, Asy memang da biasa macam ni. Lagipun Asy selalu makan ubat tapi hari ini aja lambat sikit."kata Asyrani. Setelah selesai makan, dia menyambung kembali membuat kerjanya namun Shawal melarang. "Asy, ni kerja lelaki, Asy pergilah berehat. Takkan nak Shawal dukung lagi."usik Shawal. Asyrani tersenyum hambar. Shawal tahu sebenarnya gadis itu menangis di dalam hati. Kegusaran nyata jelas di wajahnya. Dia menunggu kunjungan saudara-maranya terutama neneknya tapi tidak juga tiba. Namun Shawal hanya orang luar. Dia tidak mampu menjernihkan hubungan keluarga yang sudah lama renggang itu.



Sebelum masuk tidur, Shawal berbual dengan abang Khairul. "abang boleh Shawal tanya sikit? " tanyanya sambil menyediakan tempat tidur. khairul yang sedang khusyuk mengemas tempat tidurnya mengalih pandangan kepada Shawal. "mmm, kenapa Asyrani kelihatan sedih malam ni?"tanya Shawal. Khairul menceritakan cerita yang bermula dari 2 tahun lepas hingga sekarang. Perbualan agak lama juga namun Khairul sudah mengantuk. Dipendekkan jalan ceritanya. Kini baru Shawal tahu susah payah yang dimaksudkan abang Asyrani tempoh hari. Dia harap suatu hari nanti semuanya akan menjadi pulih. Esoknya, dia akan pulang begitu juga dengan Asyrani. Ayouk sudah lama tidur. tidak banyak ragamnya hari ini. Pagi keesokannya selepas sarapan, Encik Yassin mengajak Shawal sekeluarga menziarahi kubur arwah isterinya serta berkunjung ke pasar tani. Raut wajah Asyrani hanya tenang sahaja. Masing-masing sedekahkan Al- Fatihah. Selepas itu mereka singgah ke pasar tani untuk membeli barangan. Banyak juga pasangan suami isteri dari Kuala Lumpur itu membeli. Begitu juga ayah dan umi Asyrani banyak juga membeli. Setelah pulang mereka bersiap untuk memasak untuk tengah hari. Asyrani dan kakaknya menolong Puan Noraini dan Puan Aishah menyediakan hidangan. Lelaki pula masih lagi menyelesaiakn sisa-sisa kerja yang ditinggalkan semalam.



Selepas makan tengah hari, keluarga Shawal meminta diri untuk pulang. "pak cik, mak cik, Shawal mintak diri dulu."kata Shawal sambil bersalaman. "terima kasih Kak Aishah sebab sanggup datang dari KL."ucap uminya sambil memeluk Puan Aishah. Begitu juga Encik Ruslan dengan Encik Yassin. "adik, kamu nak balik pukul berapa?"tanya ayahnya. Pukul 5 petang nanti."jawab Asyrani. "apa kata kalau kamu balik dengan mereka lagipun abang kamu ni balik esok nanti. Kesian pulak kamu nak balik malam-malam bahaya."cadang ayahnya. "tak apalah abah nanti menyusahkan pak cik sekeluarga."ujarnya. Asyrani tidak mahu menyusahkan sesiapa. "tak apalah Kak Asy, jomlah kita balik sama-sama." pujuk Farouk. "a'ah betul tu Asy, balik sekali dengan kami. Pasti tak ada bahaya yang menimpa."kata Puan Aishah. "dengar tu adik, pergi kemaskan barang kamu."perintah ayahnya. Asyrani bergegas ke bilik kakaknya dan mengemas begnya. 20 minit kemudian dia keluar bersama sebuah beg dan beg sandangnya. Asyrani bersalaman dengan keluarganya.



"Asy duduk belakang ya, biar pak cik bawak kereta."ujar Encik Ruslan. Ibunya juga duduk dihadapan. Terpaksalah dia duduk sebelah Shawal. Ayouk berkeras duduk ditepi tingkap. Asyrani hanya mendiamkan diri sahaja. Lama-kelamaan matanya terpejam. Dia terlena selepas itu. Mata Shawal belum lagi mengantuk. Dia melihat gadis yang berada di sebelahnya. Asyrani sudah tidur begitu juga dengan Farouk. Tiba-tiba kepala Asyrani terlentok ke bahu Shawal. Pipi mereka rapat. Shawal tergamam namun dia membiarkan sahaja. Wajah gadis itu terlalu dekat dengannya. Bibirnya yang merah mungil itu, hidungnya yang kecil, pipinya yang gebu. Semuanya membuat nafas Shawal sesak. Puan Aishah hanya menggelengkan kepala. Anaknya memang sudah angau. Jiwa remaja katakan. Shawal tidak terlelap walaupun sesaat dia ingin meneliti wajah gadis itu. Bau minyak wangi yang dipakai harum menusuk hidungnya. Sampai di tol Gombak, ayahnya berhentikan kereta di kawasan rehat. "Wal kejut adik kamu dengan Asyrani. Kita berhenti kat sini kejap."ujar ibunya. Selepas mengejutkan adiknya. Shawal membisik Asyrani agar bangun. Asyrani yang baru tersedar dari tidurnya terkejut dia berada di bahu Shawal. Pipi mereka bersentuhan. Asyrani dapat mendengar nafas Shawal yang naik turun. Mata mereka bertentangan. Asyrani yang menyedari lantas dia bangkit dan keluar dari kereta itu. Wajahnya merona merah menahan malu. Shawal hanya tersenyum.


Sampai di Kuala Lumpur, Asyrani dipelawa untuk berehat sebentar di rumah Shawal. Asyrani mengerjakan solat Maghrib sejurus itu, dia makan malam bersama mereka. "bang, lawa tak rumah Asy?"tanya Dafi. "lawa la jugak, tapi kan bilik dia lagi lawa siap ada loteng lagi. Ada bintang-bintang bercahaya pulak tu. "kata Shawal mengusik. Asyrani terkejut bagaimana Shawal boleh mengetahui biliknya. "Shawal ni beria-ia nak jumpa mak cik tempoh hari, ingatkan apa rupa-rupanya nak tengok bilik."ujar Puan Aishah. Shawal tersengih macam kerang busuk. Asyrani menjeling tajam. Lepas makan, Shawal menghantar Asyrani pulang ke hostelnya. "Asy, boleh Shawal tanya sikit? " tanya Shawal ketika dalam kereta. "apa dia? " soal Asyrani. "Asy tak pernah beritahu Anis ke tentang Hafiz?" Asyrani terdiam. "tak, dia tak tahu pun tapi sekarang mereka dah break up. Semuanya berpunca dari Asy."ujarnya. "tak, Asy tak bersalah langsung dalam hal ni. Hafiz yang buat keputusan ini."kata Shawal. Namun di hatinya risau. Bimbang jika Asyrani diganggu olehnya. "tak apalah kita lupakan pasal tu. Saya nak ucapkan ribuan terima kasih dari pihak saya sekeluarga sebab jemput ke rumah awak."kata Shawal. Baginya itu satu penghargaan yang besar. "tak apa Shawal, saya gembira awak datang rumah saya yang tak seberapa tu."balasnya. Apabila sampai di hostelnya, Asyrani meminta diri namun sebelum itu dia telah menghulurkan sekeping kad yang bersampul hijau. "bukak kad itu bila kat rumah nanti."pesannya. "ok assalamualaikum, selamat malam."ucap Asyrani. Dia tersenyum. Mudah-mudahan Shawal memahami senyumannya yang tersirat. Shawal masih lagi melihat kad itu. Di pandang Asyrani, bayangan gadis itu kian menghilang.



Sampai dibiliknya , dia melihat Anis yang sedang menggunakan komputer. "hai Anis, ini aku bawak makanan dari rumah aku kat kau. Aku bawak daging masak lemak cili api."kata Asyrani sambil meletakkan begnya di tepi katil. Anis yang sedang asyik menghadap komputer berkata "aduh perut aku yang kenyang ni jadi lapar balik. Kecur air liur kau buat."kata Anis sambil tersenyum. Asyrani perasan sejak berpisah dengan Hafiz dia menjadi seorang yang pendiam dan bertambah kurus. "best tak Shawal datang rumah kau?"tanya Anis. "oklah dia banyak tolong aku."ujar Asyrani. "mestilah kena tolong girlfriend sendirikan."usik Anis. "ye lah kau, kau makan dulu ye, aku nak mandi ni. Lepas ni boleh tidur." Asyrani. Anis masih asyik memakan makanan yang dibawanya walaupun sudah lewat namun seleranya terbuka melihat lauk yang dibawa rakannya itu. Sebelum tidur, Asyrani baring di katil lagi. Anis menyambung kembali kerjanya. Asyrani berfikir, dia berharap agar Shawal sudah membaca kad itu. Pada awalnya dia tidak mahu memberinya. Namun dia tidak mahu mensia-siakan peluang yang ada. Dia harap Shawal gembira dengan jawapannya.


"amboi Shawal, kamu ni sejak balik dari tadi asyik termenung. Lepas tu tersengih sorang-sorang. Macam orang tak betul aja."kata ayahnya. Dia melihat Shawal duduk ditepi birai katil sambil melihat tingkapnya. "mana taknya bang, anak kita tu sebenarnya dah angaukan si Asyrani tu."usik ibunya pula. Shawal hanya tersengih tidak tahu sama ada mahu mengiya atau menidakkannya. "kamu tu Shawal, kalau tengok budak tu macam nak makan dia. Lepas tu usik dia macam-macam. Kesian mak tengok kamu buli dia. Merajuk nanti padan muka. Menyesal tak sudah nanti." ujar Puan Aishah sambil melipat timbunan kain yang kering. "ye la mak, Dafi tengok abang selalu usik Asy sampai merah muka dia."kata Dafi pula. "saya setuju!"jerit Ummi dan Farouk serentak. Shawal hanya tersenyum sahaja. "Asyrani tu pernah berpunya ke?"tanya ibunya. Shawal tersentak dengan soalan itu. "ada, dulu masa sekolah rendah. Cinta monyet katakan. Susah dia nak lupakan budak lelaki tu. Lepas tu baru-baru ni masa kami pergi PD dia dapat tahu budak lelaki tu dah jadi teman lelaki kawan baik kat UNISEL mak."ujar Shawal panjang lebar. "oh, kenapa dia berpisah dengan budak lelaki tu?"tanya ibunya. Khusyuk mendengar cerita Shawal sehingga timbunan kain itu tidak berusik. "mak budak lelaki tu cikgu sekolah dia. Mak dia larang hubungan mereka berdua. Katanya tak setaraf. Katanya anaknya sesuai dengan gadis yang cerdik."kata Shawal lagi. "hisy tak sangka dalam dunia ada lagi manusia yang berfikiran kuno lagi."kata ayahnya pula. "betul tu mak. Lepas mereka jumpa semula kat PD, lelaki tu selalu ganggu dia. Masa tulah abang terjumpa mereka berdua. Budak tu cuba pegang tangan Asy. Lepas tu baru-baru ni Asy kata kawan baik dia dengan budak lelaki tu dah putus. Asy rasa serba salah. Dia bimbang dia menjadi punca perpisahan mereka." kata Shawal lagi. "ye ke Wal, kalau macam tu kamu kena hati-hati. Budak tu mungkin akan kacau Asy balik. Mana tahu dia berdendam. Dia takkan biarkan kamu bahagia dengan dia. "kata ibunya. Shawal turut berasa bimbang namun dipendam rasanya itu. Shawal baring di tilamnya. Sedan dia cuba untuk tidur, dia melihat kad yang diberi oleh Asy tadi. Dibukanya kad itu semerbak bau wangi. Ada tulisan di kad itu.


Shawal…
Shawal sentiasa buat Asy rasa selamat dan tenang
Andai kata ruang di hati ini Shawal inginkan
Asy sanggup berikan.
Salam
Asyrani



Begitulah kata-kata dalam kad itu. Asyrani berasa amat gembira. Akhirnya Asyrani memberi peluang kepada dirinya untuk membuktikan cintanya. Dia berjanji pada dirinya sendiri agar tidak akan mensia-siakan Asyrani apalagi mengecewakannya. Kalau ikut kata hatinya sudah ingin dia menjerit namun semua orang sudah pun tidur nanti menganggu pula. Shawal lena dalam senyuman. Dia tidak sabar ingin menemui gadis yang telah menambat hatinya!

0 comments: