Izinku Pergi Episod 5

Jam sudah melewati pukul 12 malam. Nur Ain masih sibuk mengulang kaji pelajarannya. Seluruh isi rumah masing – masing enak dibuai mimpi. Nur Ain mendengus perlahan. Rambutnya yang terurai dibiarkan jatuh ke bahunya. Dia memikirkan sesuatu. 2 hari lepas dia terdengar adiknya lelakinya Aniq Farhan meminta ibunya untuk yuran peperiksaan UPSR. Kata anak kecil itu, jika yuran tidak dijelaskan dia tidak dibenarkan mengambil peperiksaan. Sayu hati Nur Ain apabila mendengar ibunya hanya menjawab “bagi tau cikgu Aniq yang mak mintak tangguh dulu. Nanti hujung bulan ayah dapat gaji kita bayar ya.”pujuk Puan Suraya. Aniq hanya mengangguk sahaja. Nur Ain mendengus kembali kali ini lebih kasar. Dia harus mencari duit untuk membayar yuran peperiksaan Aniq. Dia akan cuba untuk memudahkan keluarganya. Sayup sayup kedengaran enjin kereta memasuki perkarangan halamannya. Nur Ain segera ke ruang tamu untuk membuka pintu. Dia memaniskan wajahnya untuk menghilangkan wajah gusar ayahnya yang sugul. Nur Ain mencium tangan ayahnya. “ayah nak kopi?”tanya Nur Ain. Nordin hanya menggelengkan kepalanya. Dia melangkah longlai masuk ke kamar peraduannya.

Nordin mengeluh kasar. Dia terbaring lesu. Seharian dia keluar mencari rezeki tapi hanya beberapa pelanggan menggunakan khidmatnya. Nordin mengerti kini ramai mempunyai kenderaan sendiri dan tidak lagi mengguna teksi sebagai pengangkutan utama mereka. Dia cuba pejamkan mata namun terbayang wajah – wajah sayu anak- anaknya serta isteri tercinta. Suraya harus dibedah segera agar penyakitnya sembuh. Namun begitu, 3 orang anaknya bakal menghadapi peperiksaan besar. Nordin dalam dilemma. Dalam usaha menyembuhkan isterinya, dia harus berusaha membantu menyelesaikan masalah sekolah anak – anaknya.

Hari – hari berlalu dengan pantas sekali. Karnival usahawan telah pun tiba. Pada yang hening itu, keadaan berjalan lancar. Seawal jam 9 pagi karnival dimulakan dengan perbarisan unit beruniform dan pancaragam. Sejurus itu, pengetua sekolah mereka, Encik Kamil Iskandar mengiri tetamu kehormat mereka, Datuk Sufian Kassim untuk merasmikan pembukaan karnival ini. Nur Ain nampak sibuk menguruskan aktiviti kelas mereka. Dia harus memastikan aktiviti jualan mereka dijalankan dengan lancar. Awal pagi lagi dia sudah datang ke sekolah dengan membawa makanan untuk dijual. Beberapa rakan sekelasnya membantu untuk menghiasi khemah mereka. Sekitar jam 11 pagi, padang sekolah mereka mula dibanjiri dengan ramai pengunjung yang ratanya penduduk di situ. Gerai jualan kelas Nur Ain mendapat sambutan yang menggalakkan. Keuntungan yang diperolehi lebih daripada yang disangkakan. Nur Ain kelihatan sibuk menjaga kaunter. Kelihatan juga Fariesh disampingnya. Hakim pula sibuk menguruskan permainan yang diuruskannya dan dibantu pula oleh Adelia. Sesekali dia melontar pandangannya kepada Nur Ain yang sedang bermesra dengan Fariesh. Fariesh mengusiknya hingga Nur Ain pura-pura merajuk dan kemudiannya menampar lengan Fariesh. Tiba – tiba hati Hakim terasa panas. Dia meluat aksi dua remaja dihadapannya yang dianggap mabuk asmara. “ala….macam dia sorang ada awek….aku pun ada….” Desis hati Hakim. Namun dia cepat tersedar bahawa dia tak sepatut berasa cemburu kepada Fariesh kerana dia dengan Nur Ain tak pernah ada hubungan istimewa. Cemburukah aku?

Matahari semakin tinggi, barang jualan juga hampir habis dijual. Tinggal sedikit lagi. Ketika Nur Ain asyik menjalankan tugasnya, dia ditegur oleh seorang lelaki. Seperti pernah dilihat lelaki itu namun memorinya gagal memberi gambaran. “nak beli apa encik?”tanya Nur Ain mesra. Lelaki itu hanya tersenyum kepada Nur Ain. Terpaku sebentar Nur Ain namun pantas dia menundukkan mukanya. Malu. Fariesh yang dari tadi memandang serius kepada lelaki dihadapannya. “ermm saya nak cari Hakim, dia ada tak?”tanya lelaki itu. “ada, sekejap ya, saya panggil dia.”jawab Nur Ain. Mata Ain melilau mencari kelibat Hakim. Matanya menangkap imej Hakim yang sedang berehat dibelakang gerai mereka. “Hakim! Ada orang nak jumpa awak!.”jerit Nur Ain. Hakim yang asyik berborak dengan Adelia bingkas bangun dan menuju kepada lelaki yang menunggunya dihadapan gerai. “eh, abang, asal lambat datang? Makanan dah nak habis ni….”ujar Hakim. “abang ada hal tadi. Sorry ye.” “ha!!! Baru aku ingat mana aku jumpa laki ni.”desis hati Nur Ain. Baru dia teringat, dia pernah berjumpa dengan lelaki itu ketika dia bekerja di Restoran Alif. Ketika itu Hakim memperkenalkan lelaki itu sebagai abangnya. Nur Ain hanya tersenyum melihat dua beradik itu. Dia menyambung kembali kerjanya. Hampir pukul 3 petang, mereka sudah bersiap untuk menutup gerai mereka. Masing – masing sibuk mengemas khemah mereka. Haziq juga ringan tulang membantu. Sesekali matanya mencuri pandang terhadap Nur Ain. Tipulah jika tiada getaran dihatinya tika melihat wajah polos itu.

“eh kenapa duit tinggal sikit. Mana yang lain. Tadi banyak.”desis hati Hakim. Ketika itu dia ingin memasukkan hasil jualannya di dalam bekas yang berisi wang jualan. Otaknya cepat membuat kesimpulan.“Ain, mari sini jap!”laung Hakim. Nur Ain segera berjalan ke arah Hakim. “mana duit jualan kita? Awak curi ke?”Hakim cuba membuat kesimpulan. Berubah benar wajah Nur Ain ketika itu. Aneh. Baru tadi, dia mengira duit itu dan meletakkan duit itu kembali di dalam bekas yang bewarna biru itu. “awak jangan tuduh saya sesuka hati. Saya tak curi pun duit itu.”Nur Ain cuba menjelaskan namun Hakim mencelah “eleh, mengaku ajalah, saya tahu awak mata duitan. Pantang tengok duit. Memang orang miskin macam tu.”sekali lagi Hakim menuduhnya. Hati Nur Ain bagai direntap kasar. Tersentak. Air matanya tumpah. Dia melihat sekelilingnya. Ramai orang disekelilingnya. Mereka semua memandang Nur Ain dan berbisik antara satu sama lain. Wajah Ain bagai dibakar. Malunya teramat. Tak pernah dia dimalukan seperti ini. “Kim, tak baik tuduh dia cam tu. Tanya dulu betul – betul.”tegur Haziq. Dia tidak suka tindakan adiknya. Dia masak benar dengan perangai adiknya. Panas baran tak bertempat. Dia sendiri tak percaya gadis ayu itu berbuat demikian. “argh….Kim tak peduli. Dah memang dia yang jaga kaunter duit itu. Kalau hilang dialah yang ambil.”jerit Hakim. “Ain tak curi!!! Tak curi!!!!”jerit Nur Ain. Dia sudah tak tahan lagi mendengar tohmahan lelaki dihadapannya. Terasa maruah dirinya dicananng-canang. Dia bingkas berlari meninggalkan padang. Haziq yang ingin mengejar gadis itu namun dia menghentikan langkahnya. Biarlah Nur Ain tenang dahulu.

Sejurus itu, Fariesh dan Puan Syazana baru sahaja tiba di khemah. Mereka berdua hairan melihat suasana tegang. “eh mana Nur Ain?”tanya Puan Syazana. “cikgu tak payah cari pencuri tu. Entah – entah dia dah lari sebab takut kena tangkap.”selamba sahaja jawapan Hakim. Dia sendiri tak tahu bagaimana kata-kata hina itu boleh keluar dari bibir merahnya itu. “Kim….tak baik cakap cam tu.”Haziq menegur Hakim lagi. Geram rasanya melihat perbuatan Hakim. “hey, Hakim jaga mulut kau…kang aku tempeleng baru tahu.”marah Fariesh. Panas hatinya mendengar tuduhan Hakim. Sudah bertahun dia mengenali teman baiknya itu. Tidak pernah sekalipun Nur Ain mencuri apalagi mengambil barang orang lain tanpa keizinan. “memang kau nak menangkan dia. Kau kan suka kat dia. Dari tadi aku nampak kau gatal sangat dia.”marah Hakim semakin menjadi – jadi. “suka hati aku nak buat apa dengan dia. Dia kawan aku. Apa kena mengena dengan kau.”tengking Fariesh. Linda yang dari tadi melihat pertengkaran tersebut membuat keputusan untuk mendapatkan Nur Ain. Dia faham benar hati rakannya itu. “memang tak ada kena mengena dengan aku. Tapi kau tak risau ke berkawan dengan budak miskin tu. Nanti habis duit kau dia cukur.”sinis nada Hakim. “hei!! Hakim kau jangan lebih – lebih.”tubuh Fariesh yang sasa menolak Hakim hingga hampir terjatuh namun Haziq segera menahannya. Tapi Hakim menepis tangan abangnya. “habis kau nak pukul aku? Marilah aku tak takut pun.”jerit Hakim. Haziq cuba menahan Hakim. Pelajar lain juga cuba menahan Fariesh.

“sudahlah kamu semua. Jangan bergaduh!”teriak Puan Syazana mengheningkan suasana. “kamu ni tak malu ke bergaduh dengan kawan sendiri. Masing – masing dah ada otak yang matang. Kenapa macam budak kecil ni.”marah Puan Syazana. Fariesh dan Hakim masing masing menundukkan kepala. “Nur Ain tak pernah mencuri Hakim! Saya percaya dia.”tegas suara guru kelasnya. “tapi cikgu, kalau dia tak ambik duit tu, mana duit itu pergi.”Hakim masih ingin pertahankan dirinya. “duit tu tak kemana – mana Mohd Amirul Hakim. Tadi Fariesh dah beri kat saya. Kebetulan masa tu dia tak ada kat situ. Tengok apa yang awak dah buat Hakim.”marah Puan Syazana. Muka Hakim segera berubah. “ya Allah, apa aku dah buat ni…”terbit sesalan dari hati Hakim. “kau dah dengar tu? Sampai hati kau tuduh Ain macam tu. Aku tak sangka masih ada lagi orang kaya yang suka menindas orang yang lebih susah darinya. Apa kau nak buat sekarang? Nak mintak maaf kat Ain? Kau pasti dia maafkan kau? Kau dah hina dia tau!!”suara Farish bak halilintar menampar pipi Hakim. “sudah, saya tak nak panjangkan lagi hal ini. Sekarang kamu bersurai. Besok pagi saya nak awak mintak maaf pada Nur Ain depan kami semua.”arah Puan Syazana. Semua yang berada situ mula melangkah meninggalkan Hakim dan Haziq.

“tengok apa yang kamu dah buat Hakim. Abang tak sangka dan tak suka kamu buat macam ni. Tak baik cakap macam tu kat Ain. Kamu dah macam orang takbur. Kita ni bukan kaya sangat pun. Kalau nak dibandingkan Fariesh tu. Keluarga dia jauh lagi senang dari kita.”tegur Haziq. “Kim…tahu…. Kim tak sengaja tadi.”terketar ketar suara Hakim. “Kim tak fikir apa perasaan Nur Ain bila Ki cakap cam tu. Kalau abang ada kat tempat dia, abang pun malu gak tau.”Haziq bersuara lagi. Hakim hanya mendiamkan diri. Otaknya berserabut. “bodoh!”itu aja yang mampu hatinya bersuara. Dia mengutuk dirinya atas kebodohannya. “tulah cakap lepas aja.” Marah suara hatinya. Hakim mengerutu sendirian. Haziq yang melihat kelakuan adiknya menarik adiknya untuk pulang. Namun Hakim menolak. “abang balik dulu, Kim nak buat sesuatu kejap.”jelas Hakim suaranya tenang kembali. Haziq mendengus perlahan. Dia mengangguk perlahan. Biarlah dia… Hakim meninggalkan Haziq. Dia harus berbuat sesuatu. Harus!!

0 comments: