Izinku Pergi Episod 6

“Ain, tunggu aku dulu.”jerit Linda sambil berlari mendapatkan Nur Ain yang jauh dihadapannya. Namun panggilan itu tidak dihiraukan oleh Nur Ain. Dia meneruskan perjalannya pulang ke rumah. Dia tidak mahu kemana – mana lagi. Sudahlah dia dituduh, dihina pula. Nur Ain benar – benar malu. Dia malu untuk berdepan dengan sesiapa lagi. Dia sedar dia bukan setaraf dengan rakan – rakannya yang lain. Air mata Nur Ain luruh lagi. Linda termengah – mengah berlari. “Nur Ain, tunggu aku dulu.”jeritnya lagi. Kali ini suaranya mendayu merayu. Nur Ain memperlahankan langkahnya. Dia menoleh belakang. Linda sudah tercungap – cungap. Nur Ain segera mengesat air mata yang dari tadi gugur di pipinya yang putih itu. “Ain, kau jangan lari tinggalkan aku. Kau okey tak ni?”tanya Linda sambil mengenggam erat tangan Nur Ain. “Linda, aku ni kan pencuri takkan kau masih nak berkawan dengan pencuri macam aku ni? Aku jahat Lin, kau pergilah nanti kalau duit kau hilang kau kata aku curi duit kau pulak.”suara Nur Ain tersekat – sekat menahan tangis. “hei Ain, kau ni kenapa? Aku tau kau tak curi duit tu.” Linda cuba menenangkan sahabatnya. “aku sedar aku ni tak setaraf dengan korang semua. Aku ni hanya anak pemandu teksi Linda. Aku sedar diri.” Air mata Nur Ain luruh lagi. Hatinya diruntun pilu. Sayu hati Linda mendengarnya. Lantas tubuh kecil rakannya itu dipeluk. “aku tak pernah anggap kau macam tu Ain. Bagi aku kaulah sahabat aku dunia akhirat. Persahabatan aku tak pernah memandang darjat dan rupa. Persahabatan kita lebih beharga dari satu lautan emas pun.”tenang suara Linda mengungkapnya. Tersentuh hati Nur Ain mendengarnya. Pelukannya bertambah erat.

“apa kau nak buat ni Kim?” Hakim berfikir sendirian. Jiwanya tak tenteram. Fikirannya masih terbayang - bayang peristiwa di sekolah tadi. Telinganya terngiang – ngiang kata abangnya. Dia marah pada dirinya sendiri. Dia sendiri tidak menyedari kenapa dia bertindak sedemikian. Takkan dia cemburu melihat kemesraan Nur Ain dengan Fariesh. “cemburukah aku?”soal hati Hakim sendirian. Dia sendiri tiada jawapan. Hatinya terasa bagai dicarik-carik ketika melihat Fariesh dengan Nur Ain. Ego lelakinya tercabar. Perasaan Hakim bercampur baur. Rasa marah dan bersalah berganti-ganti menyelubungi hatinya. Hakim mengimbau kembali ketika dia masih kecil, Haziqlah yang selalu menemaninya bermain bola sepak. Hakim mengeluh. Hakim melemparkan pemandangannya kepada sekumpulan kanak-kanak yang sedang leka bermain bola sepak di taman permainan. Sedang asyik dia mengelamun, tiba – tibanya kakinya terkena bola sepak. Salah seorang daripada kanak – kanak itu mendekati Hakim. “ni bola adik ke?”Tanya Hakim. Anak kecil itu mengangguk. Hakim menyerahkan bola berwarna hitam putih iu kepada anak kecil itu. “terima kasih abang.”ucap kanak – kanak tersebut sambil tersenyum. Mata kanak – kanak itu mengingatkannya kepada seseorang. Seseorang yang hatinya telah terluka dan dialah penyebabnya.

Hujung minggu Nur Ain dipenuhi dengan kerja-kerja di rumah dan di restoran. Dia malas untuk memikirkan kejadian petang semalam. Hatinya sakit. Puan Suraya hanya memerhatikan Nur Ain yang asyik melipat timbunan pakaian yang sudah kering. Mata anaknya itu kelihatan bengkak. Mungkin menangis. Tapi apa yang membuat dia menangis. Hati Puan Suraya dihantui seribu persoalan. Mesti ada perkara yang buat fikiran gadis sunti itu runsing. Nur Ain memandang sekelilingnya. Dia sedar, dia bukanlah gadis yang hidup serba mewah. Dia hanya tinggal disebuah rumah yang sudah usang. Rumah itu adalah hasil sumbangan orang-orang kampung kerna rumahnya sebelum ini telah hangus terbakar. Dia menatap wajah ibunya yang tua itu. Sudah bertambah garis usia diwajahnya. Nur Ain melepuskan keluhan kasar. “argh!!! Persetankan semuanya!! Aku sememangnya berpijak di dunia ni.”hatinya meronta. Nur Ain bangkit. Dia mengangkat semua kain yang dilipatnya ke bilik masing-masing. Sudah lewat 6 petang kelibatnya adik-adiknya yang bermain bola sepak belum lagi pulang. Dia pergi ke laman untuk menyiram pokok bunga kesayangan ibunya. Sedang asyik menyiram dedaun hijau itu terdengar sura garau menyapa telinganya. Nur Ain tersentak.

Seperti biasa, Hakim duduk seorang diri di atas kerusi batu. Dia asyik melihat kanak-kanak kecil bermain bola sepak. Nostalgianya kembali lagi. “abang, nanti Kim nak jadi macam abang. Abang pandai main bola. Nanti abang ajar Kim ye.”pinta Hakim yang ketika baru berusia 9 tahun. “baik. Nanti abang akan ajar Kim ya. Biar Kim jadi pemain bola sepak terhandal.” Segalanya masih segar di ingatan Hakim. Sejak peristiwa di sekolah, Haziq sudah jarang menegurnya. Dia seperti menjauhkan diri. Dia seperti marah dengan perbuatan Hakim itu. Tidak pernah mereka tidak bertegur sapa. Hati Hakim bagai diragut rasa pilu. Sudahlah abangnya jarang pulang ke Malaysia. Sepatutnya dia meluangkan masa bersama Haziq. Hakim melihat lagi kanak-kanak tersebut. Dia perasan budak lelaki yang semalam menegurnya ada bermain di situ. Pandai juga budak itu bermain. Desis hatinya. Tiba –tiba budak lelaki itu tersembam jatuh. Hakim tersentak. Ramai orang mengelilingi kanak – kanak tersebut. Hakim bingkas bangun pergi ke tempat kejadian. Berkerut muka budak itu menahan kesakitan. “kenapa dengan dia ni dik?”Tanya Hakim kepada salah seorang rakannya. “bola ni terkena kakinya. Dia tak pakai kasut bola. Tu yang sakit tu.”jawab rakannya itu. “biar abang bawak pergi klinik. Takut teruk kaki tu nanti.”kata Hakim. Dia tidak menunggu lama. Lantas dia mengangkat tubuh kecil ke motornya. Rakan kanak – kanak itu mengikut Hakim dengan basikal masing – masing. “adik pegang abang kuat – kuat ye.”kata Hakim. Pelukan kanak – kanak lelaki itu bertambah erat. Sebaik sahaja sampai di klinik, Hakim mendukung kanak – kanak itu dengan berhati – hati. “encik ni siapa?” Tanya jururawat berbaju kurung hijau itu. “dia adik saya.”jawab Hakim pantas. “sila ikut saya.” Arah jururawat itu setelah borang di isi. “macam kaki adik jadi macam ni?”Tanya doktor yang sedang membelek – belek kaki anak kecil itu. “kaki saya terkena bola sepak doktor.” “kalau macam tu kenapa tak pakai kasut bola?”Tanya doktor itu lagi. Kali ini kanak – kanak lelaki itu tak menjawab. Dia hanya menundukkan kepalannya. “Mohd Aniq Farhan!”panggil jururawat itu. “Mohd Aniq Farhan.”desis hatinya. Baru kini dia tahu nama kanak – kanak itu. Jururawat itu menerangkan ubat – ubatan yang harus diambil. “terima kasih sebab abang dah tolong Aniq.”ucap kanak – kanak itu. Hakim hanya mengangguk. “jom abang hantar balik.”ajak Hakim.

“mana Aniq ni? Dah lewat ni. Biasanya dia dah balik waktu cam ni. Desis hati Nur Ain yang sedang menutup jendela rumahnya. Nur Ain melabuhkan punggungnya ke kerusi rotan ayahnya. Dia terkenangkan peristiwa semalam. “assalamualaikum Nur Ain” sapa suara garau menyapa telinga Nur Ain. “waalaikumsalam…awak”. Nur Ain tersentak melihat kehadiran Haziq di situ. :maaflah kalau saya menganggu awak.” “tak apa. ermmm kenapa awak datang sini? Macam awak tahu rumah saya? Tanya Nur Ain. “sebenarnya saya ikut awak balik hari tu. Sebenarnya saya nak mintak maaf kat awak pasal apa yang berlaku hari tu.”pinta Haziq. “kenapa harus awak yang datang minta maaf? Awak tak rasa jijik ke datang rumah pencuri macam saya ni.”kata Nur Ain. “Ain, saya tahu awak tak bersalah. Semua orang dah tahu bukan awak yang curi duit. Malah duit tu tak pernah dicuri.”Haziq memulakan bicaranya. Nur Ain hanya mendiamkan diri. Kepalanya hanya tertunduk. Matanya berkaca. “saya datang ni untuk meminta maaf atas apa yang adik saya buat tempoh hari. Dia tak bermaksud buat demikian.”jelas Haziq. “kenapa dia tak datang sendiri? Awak fikir begitu mudah untuk saya memaafkan dia. Awak fikir tak betapa sakitnya hati saya. Maruah saya dicanang – canang macam dah tak berharga lagi.”manik – manik jernih luruh di pipi gebunya. Haziq membiarkan Nur Ain melayan perasaannya sendiri. Dia sendiri kesal dengan perbuatan adiknya walaupun perasaan jelas tergambar di wajah adiknya setiap masa. “dia akan minta maaf dengan awak. Bukan sebab saya tapi dia benar – benar menyesal atas perbuatannya.” Haziq membalas setelah lama mendiamkan diri. Ingin sahaja dipeluk gadis kecil itu namun mana mungkin perkara itu berlaku. Nur Ain mengesat sisa – sisa air mata di pipinya. “Ain, saya sanggup buat apa sahaja kalau itu sahaja mampu buat awak maafkan Hakim.”sayu suara Haziq. “saya pergi dulu. Awak fikirkanlah, sampai bila awak nak marah adik saya. Saya merayu pada awak Nur Ain. Maafkanlah Hakim.”pinta Haziq. Terus dia meninggalkan Nur Ain termanggu sendirian.

“assalamualaikum….mak…kakak…”suara kecil menerjah telinga Nur Ain menyentap lamunannya. Lantas dia bergegas ke pintu. Ain terkejut melihat kaki Aniq berbalut. “Aniq! Kenapa jadi macam ni?”Ain terus membelek – belek kaki adiknya tanpa melihat wajah menyelamatkan adiknya. “dia terjatuh.”tiba – tiba ada suara garau mencelah. Dia kenal benar suara itu. Nur Ain angkat kepalanya perlahan. Matanya berlaga dengan mata Hakim. “adik awak tak apa – apa. Saya dah bawak dia ke klinik. Doktor cakap kaki dia ok Cuma perlu banyak berehat.”ujar Hakim perlahan. “adik pergi masuk dulu ye.”arah Nur Ain kepada adiknya. Aniq berjalan menuju ke daun pintu. Tinggal Nur Ain dan Hakim berdua. Kekok. Itu yang dirasakan oleh kedua – duanya. “terima kasih kerana sudi selamatkan adik saya. Maklumlah kamikan keluarga pencuri. Nanti saya bayar balik yuran rawatan Aniq.”tenang sahaja suara Nur Ain namun bagai halilintar menampar pipi Hakim. Nur Ain gegas berpaling dari Hakim. Dia tidak berdaya berhadapan dengan lelaki yang pernah menjatuhkan maruahnya dihadapan khalayak ramai. Namun tangan Nur Ain diraih pantas menyebabkan Nur Ain terhenti. Tergamam.

“Nur Ain, saya tak kisah pun pasal duit rawatan tu. Kalau dia bukan adik awak pun saya masih akan tolong. Ain, maafkanlah saya. Saya benar – benar menyesal akan kata – kata saya tempoh hari. Please Nur Ain. Please forgive me.” tangan Nur Ain makin erat digenggam Hakim. “saya sanggup buat apa sahaja supaya awak maafkan saya.”ujar Hakim. “dapatkah awak kembalikan maruah saya dan keluarga saya? Dapat awak kembalikan air mata saya?”Tanya Nur Ain tegas. Hakim hanya mendiamkan diri. “sudahlah Hakim baik awak balik sahaja. Buang masa awak bercakap dengan manusia yang hina macam saya ni.”serak suara Nur Ain kedengaran. Nur Ain menarik tangannya. Hakim melepaskan tangan lembut itu. Nur Ain lantas masuk ke rumah dan biarkan Hakim keseorangan di laman rumah. Hakim termanggu sendirian. Hakim mengeluh kasar. Nur Ain segera ke biliknya. Air matanya tumpah lagi. Puan Suraya hanya memerhatikan anak sulungnya itu. Lama juga Nur Ain memerapkan diri dalam biliknya. Lama dia berfikir sendirian. Lantas dia membuat keputusan, dia tidak harus lemah!!!.

0 comments: