“Encik, kita dah sampai.”suara pemandu teksi menerjah ruang telinganya membuat dia tersedar dari tidurnya. “betulkah ni alamat rumah ni pak cik?”tanyanya lagi. Melihat sebuah rumah banglo tersergam indah. “ya nak, ikut alamat yang kamu bagi, nilah rumahnya.”jawab lelaki separuh abad itu. Setelah mengambil bagasinya dan membayar tambang teksi, dia melangkah ke pintu pagar dan memberi salam. Kelihatan seorang wanita tua di muka pintu. “Assalamualaikum.”suara garaunya menerpa telinga Datin Maimunah. Nafas tuanya sesak bagaikan tidak percaya jejaka yang dihadapannya kini. “Haziq, anak mak dah balik.”ucapnya. Haziq lantas mencium tangan ibunya dan memeluk ibunya erat-erat. Dia benar-benar rindukan keluarganya. “mari masuk Ziq, nanti kita tunggu adik kamu balik lepas tu kita makan sama-sama. Kim mesti gembira sangat.”kata Datin Maimunah. Jelas wajah gembiranya terpancar. Blog Haziq mengangkat begnya ke bilik. Waktu tengah hari hampir tiba, Haziq sudah pun membersihkan dirinya. Dia segera turun melihat ibunya tercinta.
“Ziq, hari ni mak masak lauk favourite Ziq.”kata Datin Maimunah. Haziq melihat semangkuk lauk asam pedas ikan parang. “thanks mak, you are the best.”ucap Haziq sambil memeluk ibunya. Dia membantu ibunya menyiapkan meja makan. Sudah menjadi rutinnya sejak dulu lagi. Setelah selesai, Datin Maimunah mengajak Haziq ke ruang tamu untuk menunggu Hakim pulang. “kenapa Haziq tak bagitau mak nak balik hari ni? Boleh mak tunggu kat airport. Tak adalah kena naik teksi tu ataupun Haziq malu dengan kawan-kawan Ziq. Yelah mak ni
“Mak, kenapa muka Ziq tak macam Kim. Kawan-kawan Ziq kata kalau adik beradik mesti muka sama. Kenapa kami tak sama?”tanya Haziq ketika diriba ibunya. Datin Maimunah bungkam seketika. Otaknya ligat mencari perkataan sesuai. Dia tidak mahu berahsia lagi. Disisinya suaminya sedang sibuk membaca
Anak angkat! Itulah dia sekarang. Dia bukan berasal dari darah keturunan Dato’ Kamarul Zaman dan Datin Maimunah malah dia tidak tahu siapa orang tuanya. Haziq memandang wajah kedua-dua orang tuanya. Air matanya gugur. Dia menangis teresak-esak. Datin Maimunah memeluknya erat. Ayahnya menghampiri anak lelakinya itu. Hakim hanya memandang. Dia tidak memahami kenapa semua orang disitu kelihatan sedih. “Haziq, walaupun kamu bukan berasal dari benih kami, namun selagi Haziq berbinkan Kamarul Zaman, Haziq adalah anak ayah buat selamanya!”suara Kamarul Zaman bergetar. Dikucup dahi anak lelakinya itu. Haziq tersenyum. Dia berasa bersyukur walaupun dia hanya sebagai anak angkat namun ayah dan emaknya tidak pernah berbelah bagi mencurah kasih terhadap dua anak mereka. Selepas itu, Haziq tidak pernah bertanyakan ibu bapa kandungnya lagi.
“lamanya mak termenung, ingatkan ayah ke?”usik Haziq. Kenyitkan mata kea rah ibunya. Datin Maimunah menjegilkan matanya dan mencubit lembut lengan Haziq. “tak ada maknanya nak ingatkan dia selalu. Dia
Tuk..tuk…tuk… “ha, mungkin Hakim dah balik, kuatnya dia ketuk mesti badmood tu.”kata Datin Maimunah sambil bangkit dari sofa buatan Itali. “nanti mak biar Ziq bukak pintu, biar dia terkejut giler punya.”kata Haziq sambil mengenyitkan matanya. Datin Maimunah hanya menggelengkan kepalanya. Anak-anaknya ini ada sahaja ragamnya. Haziq berjalan ke pintu. Dia membuka pintu perlahan-lahan lantas menjawab salam dan tersenyum. Dia melihat seorang pelajar lelaki yang hampir sama tinggi dengan dia. Lelaki di depannya itu bungkam seketika. “abang ke ni?”soal Hakim. Who else, my bro? Im the the only one your brother.”jawab Haziq tenang. Hakim lantas memeluk tubuh sasa abangnya. “dah, tak yah nak berdrama kat sini. Jom masuk, kita makan ni, abang dah lapar tunggu Kim balik ni.”kata Haziq. Hakim hanya mengangguk kepalanya. Dia masih terkejut dengan kepulangan abangnya. Sepatutnya abangnya pulang 2 minggu lagi. Hakim meletakkan beg sekolahnya di ruang tamu dan melabuhkan punggugnya ke meja makan. “wah, banyaknya mak masak.”kata Hakim. “mestilah kana bang kamu balik, kasi dia chance makan masakan Melayu. Asyik-asyik makan steak aje.”bebel Datin Maimunah. “mak takkan Melayu hilang di dunia.”Haziq memetik kata-kata Hang Tuah dalam cerita Puteri Gunung Ledang.
Selepas mandi, Hakim turun berborak dengan abangnya. Banyak perkara mereka borakkan. Datin Maimunah yang sibuk di dapur tersenyum melihat keletah anak-anaknya. Hakim tidak pernah bersikap prejudis walaupun dia sudahpun mengetahui Haziq bukan sedarah dengannya. Namun itu tidak pernah melunturkan kasih sayang mereka. “macam mana sekolah kau?”tanya Haziq. “ok aja. Cuma tak lama lagi Kim ada tolong kawan-kawan untuk Karnival Usahawan Sekolah. Kim kena in charge dalam games dan hadiah.”terang Hakim. “baguslah tu, korang jual apa?”tanya Haziq. “kita orang jual makanan melayu tradisional.”jawab Hakim. “oh, baguslah tu.”balas Haziq sambil menuangkan air teh ke cawan. “abang, boleh tolong Hakim?”tanyanya. “apa dia?”Haziq. “abang
Mereka berhenti makan di sebuah restoran mamak. Ramai pengunjung makan di situ. Sebaik sahaja duduk di meja makan. Mereka memanggil pelayan untuk mengambil pesanan mereka. Sedang mereka asyik berborak, perbualan mereka terganggu dengan suara merdu. “encik, boleh saya ambil pesanan?”tanya gadis itu. “ermm..bagi saya…ha? Nur Ain? Apa awak buat kat sini?”tanya Hakim. “sepertimana yang awak nampak, saya kerja kat sini.”jawab Nur Ain tenang. Haziq hanya mendiamkan diri sambil memandang gadis yang sedang bercakap dengan adiknya. “tapi
Selepas minum, dua beradik itu pulang ke rumah. Haziq mengajak adiknya bermain bola sepak di halaman rumahnya yang agak luas itu. Hakim tidak teragak-agak menerima pelawaan abangnya kerana mereka sudah lama tidak bermain bersama. Malah dengan bola sepak juga hubungan mereka bertambah erat. Masing masing nak tunjuk skill namun Haziq cuma main ala kadar sahaja, dia sudah dinasihatkan oleh doktor agak tidak melakukan aktiviti yang ekstrem supaya kakinya yang cedera itu tidak sakit kembali. Malamnya, Datin Maimunah memasak makanan kegemaran anak-anaknya. Dia berasa gembira melihat kedua-dua anaknya bersamanya. Dia teramat sayangkan anak-anaknya walaupun salah seorang dari mereka hanya anak angkat sahaja. Alangkah bahagianya jika suaminya bersama – sama. Namun kesibukan kerja membuat lelaki yang bernama Dato’ Kamarul Zaman lalai menguruskan anak-anaknya. Datin Maimunah ingin mengkhabarkan kepulangan anaknya itu kepada suaminya itu namun dilarang Haziq. Takut ganggu konsentrasi katanya. Datin Maimunah melihat anak – anaknya yang berselera menikmati makan malam mereka.
“hai, kenyangnya malam ni.”desis hatinya. Sudah kenyang begini terasa mengantuk pula. Haziq sudah pun berbaring di atas katil empuk beralaskan cadar putih. Namun dia sedar dia masih belum menjalankan kewajipannya kepada Tuhan lagi. Dia segera bangkit dan menuju ke bilik air.
“Nur Ain” tiba-tiba nama itu meniti di bibir merekah Haziq. Haziq mengeluh seketika. Wajah gadis itu terbayang di tubir matanya. Matanya yang redup menunjukkan penderitaan yang ditanggungnya. Iras wajahnya kelihatan lebih matang dari usianya. Haziq memejamkan matanya. Wajah Nur Ain muncul lagi namun kali ini tersenyum manis kepadanya. Gadis itu terlalu cantik untuk merasai kesusahan. Dalam diam Haziq berjanji untuk mendekati gadis itu!
0 comments:
Post a Comment