Kaulah Segalanya Episod 7

Tepat jam 8 malam, Shawal melangkah kaki ke lobi The Legend Water Chalet. Dia kelihatan segak dengan memakai kemeja putih berjalur hijau menegak dan jeans. Semerbak bau minyak wangi Ralph Lauren yang disemburnya. Rambutnya disisir rapi. Dia ingin memastikan kelihatan kemas. Dia mash lagi tidak melihat kelibat Asyrani. Lantas diambil telefon bimbitnya untuk menelefon gadis itu. "hello Asy, Asy kat mana Shawal dah sampai ni."kata Shawal. "ya kah, Shawal tunggu kat lobi dulu yerk. Nanti Asy datang."balas Asyrani. Shawal melilau mencari kerusi sofa kosong. Di suatu sudut yang agak sunyi. Shawal duduk di situ sambil memerhatikan hotel mewah itu. Hiasan daripada ukiran kayu menkaguminya. Dia tersentak apabila Asyrani menegurnya. "hai Shawal."sapa Asyrani. "hai, macam mana Shawal hari ini, handsome tak Shawal? " kata Shawal sambil membuat satu pose di hadapan Asyrani. "eii, Shawal ni perasan la. " balas Asyrani sambil menjeling manja. Kehadiran Shawal di hadapannya memang membuat dia tidak tentu arah. Wangian yang dipakai Shawal membuat nafas Asyrani menjadi kencang. Senyuman Shawal hampir mengugurkan jantungnya. Asyrani hanya menundukkan kepalanya. "dah la tuh, jom pergi ke restaurant. Mereka dah tunggu dah. "ujar Asyrani. Shawal berasa gugup apabila berhadapan dengan mereka.

"Assalamualaikum pak cik,mak cik. Apa khabar ?"sapa Shawal sambil bersalaman dengan semua ahli keluarga Asyrani. "baik." Shawal kemudian duduk di sebelah Khairul. Masing-masing menguntum senyuman. " baru sampai Shawal? " tanya Encik Yassin sekadar berbasa-basi. "a'ah baru lagi pak cik." jawab Shawal. Shawal melihat keluarga Asyrani. Agak sederhana, seorang abang, seorang kakak dan Asyrani anak yang bongsu. "bila Shawal datang sini?" tanya ayah Asyrani. "dah dekat 2 hari pak cik. " Shawal memaniskan senyumannya. Dia tidak mahu menimbulkan persepsi buruk kepada orang tua Asyrani. "Shawal kerja kat mana? " tanya ibu Asyrani pula. " Shawal kerja sebagai office boy kat Ambank." jawabnya jujur. Baginya tidak apa yang perlu diselindungkan. Dia bangga dan gembira dengan pekerjaannya kini. Sedang mereka berborak, makanan pun tiba. Semuanya ala Thai Seafood. Ayahnya menjemput makan. Masakan di sana cukup sedap cuma bagi Shawal terlalu pedas. Dia kurang makan masakan pedas. Asyrani memang gemar memakan makanan pedas. Banyak perkara yang diborakkan. Semua ahli keluarga Asyrani sangat baik dan mesra. Selepas makan, ayah Asyrani mengajak mereka semua ke pondok berdekatan dengan chalet mereka. Encik Yassin mengajak Shawal ke suatu sudut. Dia memulakan perbualan.

"sebenanarnya pak cik dan sekeluarga nak ucapkan ribuan terima kasih banyak kepada Shawal kerana selamatkan Asyrani. Pak cik tak tahu macam mana nak balas jasa kamu." kata Encik Yassin. "perkara kecik tu pak cik, masa tu dia terlanggar saya lalu pengsan. Mula-mula saya tak perasan campur panik lagi lepas saya tengok muka dia baru saya perasan tu Asy."jawab Shawal panjang lebar. "oh, jadi sebelum ni Shawal dah kenal Asyrani? " soal ayahnya Asyrani. "ya pak cik, kami kenal semasa saya nak beli hadiah untuk adik saya."jawab Shawal lagi. "hmmm nasib baik Shawal memang dah kenal dia, kalau orang asing pak cik tak tahu apa yang akan terjadi."ujar ayah Asyrani lagi. "tak apa pak cik, kalau orang tu bukan Asyrani pun saya tetap akan tolong."jawab Shawal jujur. Memang ketika itu, dia ikhlas membantu gadis itu. "pak cik hargai kejujuran kamu, Shawal."ujarnya lagi. Encik Yassin kagum dengan kejujuran anak muda itu.

"Nana, agaknya abah cakap apa kat Shawal tu?"tanya Asyrani pada kakaknya. "manalah aku tahu. Handsome gak mamat tu yerk macam pelakon Korea. Korang ni ada apa-apa ke?" kata Nana. Dia mengenyitkan mata kepada adiknya yang duduk di sisinya. "mana ada apa-apa, just kawan la." jawab Asyrani. "ya ke, sanggup datang sini jumpa kau tu tak ada apa-apa ke?"usik kakaknya lagi. "taklah, dia datang nak jumpa kawan dia."jawab Asyrani. Setelah selesai berborak, ayah dan umi Asyrani meminta diri untuk masuk bilik. Tinggal 3 beradik itu bersama Shawal. Shawal senang berbual dengan Khairul. Orangnya cukup sporting. Pada awalnya dia kelihatan tegas namun sebenarnya dia mesra orangnya. Kakak Asyrani pula agak pendiam. Dia muda setahun dari Shawal. Jam menunjukkan pukul 11 malam. Shawal meminta diri untuk pulang. Khairul meminta adiknya menemani Shawal ke kereta. Sampai di kereta, "Asy, terima kasih sangat sebab ajak Shawal makan. Jasamu dikenang."kata Shawal. Asyrani ketawa. Shawal memandangnya. Asyrani terus berhenti dan menunduk. Pipinya merona merah. "Asy ingat lagi tak pasal kad tempoh hari?"tanya Shawal. "alamak apa aku nak cakap ni."desis hati Asyrani. "Shawal tak mintak awak bagi jawapan sekarang dan Shawal tak pernah paksa Asy terima Shawal. Cuma Shawal nak Asy bagi Shawal peluang untuk berada di hati Asy."ujar Shawal ikhlas. Asyrani hanya menundukkan kepalanya. Jari-jemarinya bermain dengan telefon bimbitnya. Dia tidak tahu untuk menyusun kata yang seterusnya. Belum sempat Asyrani berkata-kata, Shawal bersuara "tak apalah Asy, Shawal balik dulu. Jaga diri baik-baik ya." Shawal melambaikan tangannya disambut dengan senyuman manis Asyrani.


"Shawal da balik dik?"tanya Nana. "mmmm…..baru je balik."jawabnya. Moodnya hilang. Fikirannya bercelaru. "Shawal tu budak baikkan?"tanya abangnya. "baik la jugak. Ada budi pekerti."jawab Nana. "adik, cam mane exam hari tu?"tanya Khairul lagi. "ok je abang. Tapi susah gak la."jawabnya. "eleh selalu cakap susah akhirnya dia jugak dapat pointer gempak."kata kakaknya. "yelah tu, banyak la korang ni. Esok kita nak ke mana?"tanya Asyrani. "Entahla, tengoklah abah kata apa esok. Dah la tidur la korang. Abang dah mengantuk ni."ujar abangnya sambil menguap. Asyrani merasa gembira berbaur gelisah pada malam itu. Dia asyik memikirkan kata-kata Shawal.

Asy , ingat lagi tak pasal kad tempoh hari? Shawal tak mintak Asy bagi jawapan sekarang. Shawal tak pernah paksa Asy terima Shawal. Cuma Shawal nak Asy bagi peluang untuk Shawal berada di hati Asy
.
"macam mana sekarang ni Asy."desisnya hatinya. Dia bimbang dia akan dikecewakan. Dia takut benar dia dihina lagi. Dia takut untuk menyerahkan hatinya. Dia takut tidak dapat memberi tumpuan dalam pelajaran nanti. Namun jauh di sudut hatinya, dia amat menyayangi lelaki itu. Lelaki yang sering membuat dirinya tersenyum. Lelaki yang sering membuat jantungnya berdegup kencang. Asyrani pasrah, jika Shawal tercipta untuknya dia menerimnya dengan redha. Sejarah kisahnya bersama Hafiz akan ditutup rapat hingga tiada apa yang bisa membukanya lagi. Lama kelamaan dia memejamkan matanya.


"Fiz, you ni kenapa asyik diam je? Sejak I balik, you macam tak suka I balik ni kenapa sayang? " tanya Anis manja. Hafiz hanya mendiamkan diri. "Fiz! You dengar tak, I cakap dengan you ni."jerkah Anis. Geram melihat Hafiz tiada respons ketika bersamanya. "I tak apa-apa, just penat jer"jawab Hafiz acuh tak acuh. Fikirannya menerawang kepada gadis yang pernah dicintai dan disayanginya dahulu. Asyrani kian menawan. Dia menyalahkan diri kerana tidak menunggu Asyrani. Memang diakui Hafiz seorang yang playboy dan mata keranjang di sekolahnya. Namun setelah berjumpa dengan Anis, dia merasakan perwatakan Anis serupa dengan budak perempuan yang pernah berada di hatinya. "Fiz! You ni nak keluar dengan I atau tak? " jerit Anis. Lamunan Hafiz beterbangan. "jomlah." kata Hafiz sambil lewa aja. Anis berasa geram. Dia berasa aneh, sejak dia bercuti Hafiz kelihatan risau. Dia asyik termenung sahaja. Dari fizikal memang tampak sihat tapi dalamannya hanya dia sahaja yang tahu. "kalau macam nilah sikap you kat I, baik you balik sekarang, hilang mood I nak pergi shopping."kata Anis geramnya tak terkata. Dia menghempas pintu biliknya. Hafiz ditinggalkan terpinga-pinga di ruang tamu.


"amboi Shawal, kenapa dengan kamu ni, asyik menyengih aje sejak balik dari Port Dickson."usik Encik Ruslan. "mana taknya bang, dia pergi jumpa mata air dia."usik pula ibunya. "mana ada apa-apa mak, Wal ok aje."jawab Shawal. "yakah, biasalah tu kalau orang angau. Semuanya ok. Macam mana pertemuan kamu dengan Asy?"ujar ibunya. Ketika itu Shawal sudah berada di dalam biliknya. "oklah mak, Cuma dia masih tak jawab. Wal dapat jumpa family dia. Pak cik Yassin kirim salam kat keluarga kita. " jawab Shawal terang-terangan. "oh baguslah macam tu, sekurang-kurangnya keluarga mereka kenal kamu dari awal lagi."kata ibunya. "ni satu lagi, kamu jangan desak dia terima Shawal. Mak tak nak nanti dia tak bahagia. Dia budak baik. Shawal kena slow sikit."nasihat ibunya. "baiklah mak, Wal ikut cakap mak."ujar Shawal sambil memeluk tubuh ibunya.


Sebulan cutinya berlalu, Asyrani kembali ke universitinya. Semester barunya, dia masih lagi ditempatkan bilik bersama Anis. Asyrani perasan akan perubahan sikap Anis yang agak muram dan pendiam. Dia tidak lagi periang seperti dulu. Suatu hari Asyrani mencari ruang untuk bercakap dengan Anis. "Anis, aku tengok sejak kebelakangan ni, kau sedih memanjang kenapa?"tanya Asyrani sambil mengusap kepalanya. Anis masih membatukan diri. "Nis, kalau kau ada masalah, bagitau kat aku. Mana tahu aku boleh tolong."ujar Asyrani. Kelihatan mutiara jernih gugur ke pipinya. "Hafiz dah tinggalkan aku. " kata Anis tersedu-sedu. Asyrani terkejut. Dia mengusap belakang Anis. "dia kata, dia dah ada orang lain. Aku rasa macam orang bodoh aje. Bertahun aku bercinta dengan dia macam nak rak, tak sangka berakhir begini."ujar Anis terhengguk-henguk menangis. Asyrani hanya mampu menyeka air mata Anis di pipinya. Asyrani berasa bersalah dia merasakan dialah punca perpisahan Hafiz dengan Anis. Asyrani hanya mampu meminta Anis bersabar.


Sudah menjadi kebiasaan di hujung minggu, jika Asyrani tidak pulang ke kampung halamannya pasti dia habiskan masanya bersama Shawal. Hubungan mereka bertambah baik dan makin erat. Minggu ini Shawal mengajaknya ke gelanggang futsal. Asyrani hanya duduk diluar melihat Shawal bermain futsal. Futsal memang sukan kegemarannya. Setiap minggu dia akan datang bermain bersama teman-teman rapatnya. Selesai bermain, Shawal duduk di sebelah Asyrani. "hebat tak Shawal main?"tanya Shawal sambil mengesat peluhnya dengan tuala yang dihulurkan oleh Asyrani. "boleh tahan. " jawab Asyrani. "boleh tahan je? orang main macam nak rak tapi kata boleh tahan je. Team saya menang tau. Sebagai hadiahnya kiss me."usik Shawal. Asyrani membeliakkan matanya. Lantas dia mecubit lengan Shawal. Dia mengaduh kesakitan. "hoi, korang ni kalau nak bermanja pergilah tempat lain. Geli-geleman aku tengok."kata Ebi sambil mengesat peluh dilehernya. Asyrani hanya senyum sahaja."aku lengsing kang baru tahu."kata Shawal sambil mengangkat lengannya. "aku nak pergi minum, kau nak ikut?"tanya Shawal. "tak kacau ke korang nak berdating ni?"usik Ebi lagi. "eh mamat ni orang dah ajak ni seribu rahmat tau. Dah la jom ajak kawan-kawan yang lain. " ujar Shawal. Ebi, Afiq,Faizal, dan Ryzal membontoti Shawal ke restoran mamak berdekatan. Di restoran mamak, masing-masing memesan makanan. Asyrani agak kekok kerana dia dikelilingi ramai lelaki dan tidak mengenali rakan-rakan Shawal namun Shawal berkeras ingin membawanya. Sementara mereka berborak, Asyrani meminta diri untuk ke bilik air. Sesudah keluar dari bilik air, dia tersempak dengan seseorang yang amat dikenalinya. Matanya terpaku pada raut wajah lelaki itu. “benarkah dia?”desis hatinya.


Hampir setahun mereka tidak berjumpa. "assalamualaikum, Asyrani " sapa lelaki itu. "waalaikumsalam."jawabnya tersekat. "lama kita tak jumpa kan?"kata lelaki itu sambil tersenyum padanya. Shawal yang sedang rancak berbual dengan rakan-rakannya mengalihkan pandangannya. Dia melihat Asyrani berbual dengan lelaki yang dia tak kenali. Shawal lantas bangun dan berjalan ke arah mereka berdua. "rancak berbual nampak."sapa Shawal. Mereka berdua memandang Shawal. "hai, saya Badrul sepupu Asyrani. " kata lelaki tegap di hadapannya sambil menghulurkan tangannya. Mereka berjabat salam. Rasa cemburu membuak-buak di dadanya. "mmm, tak apalah, saya pergi dulu Asyrani."kata Badrul. "Bad sampaikan salam saya pada mama awak...tak apalah biakan ajalah. bye."kata Asyrani. Shawal berasa aneh. Dia melihat Asyrani tidak begitu mesra dengan lelaki yang sudah pun berlalu. "nanti Asy ceritakan pada Shawal. It's long story."ujar Asyani tanpa disoal Shawal. Shawal hanya mengangguk kepalanya.


"Lepas arwah mama Asy meninggal, abah Asy kahwin dengan umi tapi adik beradik mama Asy tak setuju. Bagi mereka tiada sesiapa yang dapat mengantikan tempat kakak mereka. Tapi Asy masih ingat lepas mama tak ada, tak ada sesiapa yang mempedulikan kami sekeluarga. Macam keluarga terbuang rasanya.” Asyrani menghela nafasnya. Perit baginya untuk membuka semula cerita ini. Dia menyambung kembali. “Akhirnya hubungan Asy dengan keluarga arwah Mama Asy terputus macam tu aje. Kadang-kadang abang Asy ada bawak Asy pergi jumpa nenek Asy tapi tak selalu. Kalau nak harapkan abah, dia takkan hantar kami sebab bagi dia tiada guna dia datang kalau mereka tak dapat nak terima hakikat yang abah kahwin lain. Asy dengan Badrul memang agak rapat sebab kami sebaya dan saling membantu dalam pelajaran. Masa kenduri arwah mama Asy, dia sanggup tak datang sekolah seminggu semata-mata nak teman Asy. Dia ajar Asy belajar, solat sama-sama, banyak perkara yang dibuat bersama-sama. Asy tahu dia buat macam tu supaya Asy tak rasa kosong dan sepi. Tapi lepas je abah Asy kahwin semua menyepikan diri. Ni pun dah dekat setahun tak jumpa dia. Tak sangka boleh jumpa kat sini." terang Asyrani panjang lebar. Kini Shawal tahu serba sedikit tentang masalah yang dialami oleh gadis kesayangannya ini. "Asy, Shawal harap agar Asy dapat bersatu kembali dengan keluarga mama Asy. Air yang dicencang tak akan putus tau sayang. Dah sampai kat kolej ni."kata Shawal. "Asy jangan fikir banyak-banyak pasal ni. Ok bye."kata Shawal. "ok assalamualaikum."ucap Asyrani sambil melambaikan tangannya.


Asyrani masih lagi teringat kenangannya apabila keluar bersama rakan karibnya, Liyana,Amna dan Shakirah semasa cuti mereka yang lepas. Masing-masing menceritakan kisah masing-masing. Begitu juga dengan Asyrani. "Asy, kau pasti ke perasaan kau pada mamat tu? " tanya Liyana. "entah aku pun tak tahu, tapi aku sentiasa teringatkan dia." jawabnya. "tapi macam mana dengan Hafiz? " tanya Amna pula. "Hafiz dah jadi kenangan silam. Dia sudah ada teman wanita iaitu kawan karib aku di UNISEL."jawab Asyrani lagi. Sebak dadanya mengingat perkara tersebut. "tak apa lah Asy, awak fikir yang mana patut. Asalkan tidak menganggu pelajaran awak."nasihat Shakirah. "saya tak nak awak dikecewakan lagi." katanya lagi. "thank you all semua. Apalah aku dah bagi mood sedih. Dahlah jom kita pi kedai buku, nak beli buku baru la."kata Asyrani. Cuba menceriakan suasana. Mereka keluar dari restoran lalu berjalan menuju ke kedai buku. Lama juga mereka keluar. Masing-masing melepaskan rindu kerana sudah lama tidak bersua.

0 comments: