Pagi esok, Asyrani mengikut keluarganya melawat muzium yang berdekatan. Dia memang suka melawat muzium atau tempat-tempat yang bersejarah. Baginya ini akan menimbulkan semangat patriotik yang tinggi dalam diri masing-masing. Dia sebagai anak melayu bangga dengan pencapaian negaranya sekarang. Selepas melawat muzium, mereka pergi ke feri untuk menyewa sebuah bot. Seharian mereka berjalan. Badan terasa amat letih. Tiba-tiba telefon bimbit Asyrani berbunyi. "assalamualaikum Asy " ucap suara yang amat dikenalinya."waalaikumsalam ..Nis. Ada apa hal ni?"soal Asyrani sambil menguap. "esok, aku nak ajak kau pergi lunch, jomlah."ajak Anis. "ala Anis, malaslah aku."kata Asyrani. Dia tahu Hafiz mesti ada sekali. "ala Asy, janganlah cam ni, kita lunch kat luar, parent aku tak ada. Mereka ada wedding party. Jomlah Asy."pujuk Anis lagi. Asyrani benar-beanr tidak sampai hati menolak ajakan kawan baiknya itu. Dia serba salah antara Anis dan Hafiz. Akhirnya Asyrani menyetujui ajakan Anis itu. Anis akan mengambilnya pada pukul 12 tengah hari. Asyrani telah meminta izin ayahnya untuk makan tengah hari bersama Anis.
Jam menunjukkan pukul 10. peluh dingin membasahi pakaiannya. Dia turun dari bas yang dinaiki awal pagi tu. "eh, jom kita minum air dulu."ajaknya. "Shawal, sampai jugak kat PD akhirnya. Bas tu slow gila." kata Ebi. Shawal hanya mengangguk sambil mengibas bajunya. Mereka berhenti di sebuah kedai mamak. Shawal memesan mi goreng dan teh o' ais. Ebi pula memesan mi goreng dan air sirap. "ah…leganya minum air. Sejuk tekak aku." kata Shawal kepada Ebi sambil meneguk airnya. "kita nak kemana lepas ni? " tanya Ebi. "ermm kita pergi rumah kawan lama aku, Fahrin. Semalam aku dah call dia dah."ujar Shawal. Matanya melilau mencari kelibat sahabat lamanya itu. Tiba-tiba bahunya ditepuk dari belakang. Rupa-rupanya Fahrin dibelakang. "assalamualaikum bro."sapa Fahrin. "waalaikumsalam Fahrin. Terkejut aku. fullamak kau ni ada shape la sekarang, makin kacak aku tengok. " kata Shawal sambil memegang badan Fahrin. "ha, ni kawan aku Ebi."kata Shawal lagi. Mereka bersalaman. Fahrin mengajak mereka pulang ke rumahnya. "so, Shawal apa plan kau sekarang? " tanya Ebi semasa di dalam kereta. "a'ah Shawal sebenarnya aku pelik, kau ni jarang ambik cuti nak pergi holiday, kau ke sini tujuan apa? " tanya Fahrin yang sedang membawa kereta Mitsubishi Lancernya yang berwarna kuning itu. "mmm, aku ke sini nak cari orang. " jawab Shawal. "dia nak cari cinta dia."usik Ebi. "oh, jumpa awek la nih. Erm dia orang sini ke? Duduk area mana? " tanya Fahrin. "taklah dia orang Kuantan tapi dia holiday kat sini. Ni nama tempat dia."terang Shawal sambil memberi kertas yang mengandungi alamat hotel Asyrani. "fullamak, awek kau ni orang berada la, ni hotel mewah ni. Untung kau Wal."ujar Fahrin lagi. "dia anak orang kaya ke?"desis hatinya. Shawal memang tidak pernah mengetahui status keluarga Asyrani dan gadis itu tidak pernah memberitahunya. "aku ingat hari ini aku nak jalan-jalan kat tepi jeti. Kita makan kat tengah hari kat sana."ujar Shawal. Dia mengubah topik. "aku sokong kau."kata Ebi separuh menjerit. "aduh Ebi, kau nak bab makan nombor satu. Tapi bila depan perempuan terus jadi bisu."balas Shawal kembali. Ebi menarik muka masam. Fahrin hanya ketawa melihat sahabatnya itu.
Tengah hari itu, Anis mengambil Asyrani di lobi hotel. "amboi Anis, lawa kau hari ini. " puji Asyrani. "dah la Asy jom, Hafiz dah tunggu kat restoran tu."kata Anis. Asyrani hanya mendiamkan diri sahaja dalam kereta. Dia cuba menenteramkan dirinya. Anis banyak bercerita sesekali dia menyampuk. Dia berasa berdebar untuk bersua dengan Hafiz. Sampai di River World Restaurant, Hafiz sudah melambaikan tangannya apabila melihat 2 gadis genit itu. Hafiz sudah pun memesan lauk pauk. Makanan di restoran ini berasaskan makanan sungai seperti ikan, udang dan sebagainya. Cukup sesuai dengan kedudukan restoran terletak di atas jeti dan di atas air. Sesudah makan, Anis meminta diri untuk membuat panggilan sebentar. Tinggal Asyrani dan Hafiz berdua-duaan. Asyrani tak tentu arah apabila diperhatikan oleh jejaka di hadapannya. Kadang-kadang Asyrani membetulkan tudungnya apabila angin agak kuat ketika itu. "Asy, kenapa kau diam dengan aku?"tanya Hafiz sambil membuka sunglass yang dipakai sejak tadi. Terserlah ketampanannya. Dia memang lelaki yang kacak. "apa lagi yang aku nak cakap Fiz. Kau dah pun jadi milik orang."jawab Asyrani. Matanya tunduk dibawah, tidak mahu bertentang dengan Hafiz. "kau hilangkan diri terlalu lama Asy, kemudian Anis muncul. Dia benar-benar mengingatkan pada kau. " jawab Hafiz. Dia mahu wanita dihadapannya memahaminya. Asyrani kelihatan tenang tapi dalam hatinya yang bergelojak hanya Tuhan sahaja yang tahu. Tiba-tiba Hafiz menyambar dan mengenggam tangannya. Asyrani tergamam sebentar. Hafiz meramas tangan gadis di hadapannya. Dia ingin Asyrani rasa apa yang dia rasa. Hati lelakinya merindui gadis di hadapannya kini. Hatinya masih lagi pada terikat pada Asyrani. Kehadiran gadis itu kembali membuat hatinya tertaut kembali. "Fiz, lepaskan tangan aku nanti orang lain nampak." rayu Asyrani. Dia tidak sangka yang Hafiz sanggup berbuat demikian. "Asy, bagi aku peluang. Terima aku."ucap Hafiz. Asyrani tersentap. "Hei Hafiz kau ingat aku no anak patung ke boleh disimpan. Anis, kau nak letak mana? Dia tu kawan baik aku. kau nak aku betray dia? " ujar Asyrani separuh menjerit sehingga sekumpulan lelaki yang makan di belakang berpaling ke arahnya.
"Sedapnya makanan kat sini Fahrin."puji Ebi. Mereka sudah selesai makan. Shawal hanya memandang ke sungai. Dia berasa tenang berada di situ. Tiba-tiba Shawal bangun. "eh, kau nak kemana Wal?"tanya Fahrin. "aku nak bayar sat."jawabnya. "eh, tak payah la biarlah aku yang bayar. Kau kan tetamu aku kat sini." sahut Fahrin. Belum pun sempat Shawal menjawab, perbualan mereka diganggu dengan suara orang bergaduh. Seperti pernah dengar suara gadis yang sedang betutur itu. Dipusingnya belakang. Alangkah terkejut, seorang lelaki sedang mengenggam erat tangan seorang gadis yang amat dikenalinya. Namun gadis itu sedang berusaha melepaskan genggam lelaki itu. Cemburu Shawal membuak. "Asy!!"ujar Shawal separuh menjerit. Jeritannya itu membuat gadis itu mengalihkan pandangannya. "Ya Allah, Shawal!!"jerit hati Asyrani. Jauh disudut hatinya, dia gembira kerana lelaki yang dirinduinya saban hari muncul dihadapannya. "Shawal, awak buat apa kat sini?"tanya Asyrani. Tidak semena-mena Hafiz melepaskan tangannya. "saya makan dengan kawan2 saya."jawab Shawal. Asyrani menggosok tangannya sakit akibat diramas oleh Hafiz. Asyrani berdiri berdekatan dengan Shawal menjauhi Hafiz.Tiba-tiba Anis datang menerpa mereka. "eh Shawal, awak ada kat sini. Macam janji aje korang ni."usik Anis. Hafiz hanya mendiamkan diri. "siapa Shawal?"soalnya kepada hatinya sendiri. Lelaki itu tinggi juga. Memang sepadan dengan Asyrani. Wajah lelaki itu seakan-akan bintang Korea yang menjadi kegilaan remaja kini, Kim Rae Woon. Asyrani tersenyum mesra pada Shawal. "erm Asy, aku rasa pak we kau ni nak balik dah, pergilah teman dia."usik Anis lagi. Pipi Asyrani menjadi bertambah merah. Hafiz hanya menahan geramnya. Rupa-rupanya Asyrani sudah ada penggantinya. Shawal hanya tersenyum. "oh, ni ke perempuan yang Shawal maksudkan tu?"tanya Fahrin. "entahlah aku tak pernah jumpa dia lagi. Agaknya dialah itu. Kalau tak, takkan Shawal beria-ia datang kat situ. Ebi berjalan menuju ke arah Shawal. "Wal, Fahrin nak ajak aku pergi jalan-jalan dulu. Kau pergilah jalan-jalan dengan Cik Asy kau ni."usik Ebi. Shawal hanya ketawa. "ha, tengoklah Shawal, kawan awak pun tak ada masalah pun. Pergilah Asy."kata Anis. Hafiz hanya melihat kelakuan pasangan itu. Hatinya dikuasai amarah. Namun dia hanya mampu melihat aja. Asyrani pun berlalu bersama Shawal sesudah membayar bil makanannya tadi.
Fahrin telah meminjamkan keretanya kepada Shawal. Shawal telah memberhentikan keretanya dihadapan benteng pantai. Suasana dalam kereta sunyi sepi. Shawal mengajak berjalan di susur pantai. Tidak mahu berdua- duaan di dalam kereta mengundang fitnah dan maksiat. Mereka duduk di sebuah bangku. Shawal tidak tahu apa yang harus diungkapkan kepada gadis yan disebelahnya itu. "err…saya."serentak Asyrani dan Shawal berkata. Mereka tertawa. "well, ladies first."ujar Shawal. "tak apalah Shawal dulu." balas Asyrani. "emmm, siapa lelaki tadi? Pakwe ke?"Shawal serkap jarang. " taklah dia boyfriend Anis."jawab Asyrani. "habis tu kenapa dia pegang tangan awak?" tanya Shawal. Dia tidak berpuas hati dengan jawapan Asyrani. Masakan mereka tiada hubungan istimewa, siap berpegang tangan lagi. Shawal merasakan dadanya dicucuk berkali-kali. Namun tidak sampai hati untuk mendesak gadis itu. Asyrani kelihatan tertekan. Lama juga Asyrani mendiamkan diri. "sebenarnya saya memang dah lama kenal dia."terus terang Asyrani. Asyrani memulakan ceritanya. Bermula perkenalannya dengan Hafiz sehingga perpisahannya. Shawal berasa simpati mendengar cerita gadis itu. Dia dihina dan diperlekehkan. Maruah dirinya di awangan tika itu. Siapa yang sanggup melaluinya. "begitulah ceritanya. Tapi saya dan dia sudah tiada apa-apa lagi. Saya dah tak nak kena hina lagi."ujar Asyrani. Air matanya mengalir. Shawal berasa bersalah kerana telah membuka luka gadis itu. Ingin dirangkul gadis itu kalau itu dapat menenangkan perasaan gadis itu namun batasnya tetap dijaga.
Dada Shawal berombak kencang melihat air mata yang turun dari mata Asyrani. Segera dia mengelapnya. "Asy, saya minta maaf. Saya tak sepatut tanya soalan sensitif yang boleh melukakan hati awak. " ucap Shawal. Asyrani hanya tersenyum hambar. "saya tak kisah Shawal. Lagipun ini semua kisah lama saya. Cuma saya tak sangka dia muncul di depan saya. Perbuatan dia tadi benar-benar menakutkan saya." kata Asyrani yang sedang mengelap air matanya. Asyrani berasa lebih tenang apabila bersama dengan Shawal malah merasa lebih selamat. "tak apa Asy, kalau dia kacau Asy lagi, bagitau Shawal biar Shawal akan kasi warning kat dia sebab ganggu girlfriend Shawal. " usik Shawal. Shawal sudah selesa membahasakan Shawal dan Asyrani membahasakan diri sebagai Asy. Asyrani hanya melakar senyuman. Shawal mudah membuat hatunya terubat. "dahlah tu mengusik Asy ni, Asy kena balik ni dah lewat la."kata Asyrani sambil melihat jamnya. "mari tuan puteri. " usik Shawal lagi. Asyrani menjeling manja. Jelingan terpanah ke dalam hati Shawal. Arghh indahnya tika itu. Sampai di hotelnya, abangnya kelihatan sedang duduk di ruang lobi sambil membaca surat khabar. Shawal tidak sedar yang dia dan Asyrani diperhatikan abangnya. Abangnya berjalan meluru ke arah mereka. "eh adik, kata pergi lunch dengan Anis. Ni siapa pulak ? " tanya Khairul. Asyrani menggelabah. Abangnya mesti berfikir yang bukan-bukan. Muka abangnya terpamer serius. "erm bang, ni lah Shawal. Dia yang selamatkan adik time kat Pudu hari tu. Time makan tadi, kami terserempak. " jelas Asyrani. "oh, jadi kamulah laksamana adik saya ye."usik abangnya. "jadi tak muka garang abang."kata abangnya. Asyrani membeliakkan matanya tanda marah. Lantas lengan abangnya menjadi mangsa jari-jemarinya. Khairul Lukman mengaduh kesakitan. Shawal hanya senyum. Takut juga kalau tidak disenangi oleh abang Asyrani. "adik pergilah masuk bilik, abang nak cakap sikit dengan laksamana adik ni." kata abangnya sambil mengenyitkan mata. "oklah abang, jangan tanya dia pelik-pelik nanti lain jawapannya"jawab Asyrani. Mereka serentak ketawa.
"mula-mula abang nak ucapkan terima kasih kerana selamatkan adik abang."ucap Khairul ikhlas dari hatinya. "tak apa bang, memang kebetulan saya terjumpa dengan dia masa tu. Jadi saya harus selamatkan dia." balas Shawal dengan rasa rendah diri. Khairul menepuk bahu lelaki yang telah selamatkan nyawa adiknya itu. Dia merasa bangga kerana masih ada lagi lelaki yang tidak mengambil kesempatan terhadap gadis. "Shawal suka adik saya ke? " tanya Khairul. Dia sengaja ingin menduga hati anak muda itu. Shawal tidak tahu sama ada mahu menjawab. Bimbang menerima jawapan negatif dari abangnya. Dia jadi gelisah. Tangannya bermain dengan jamnya. Khairul melihat reaksi anak muda yang tinggi lampai itu. "abang harap, kalau benar Shawal suka dan sayangkan dia. Jangan kecewakan dia. Dia sebenarnya tu banyak masalah namun dia tak pernah beritahu orang lain. Dulu dia tu pernah tertekan dan murung masa arwah mamanya meninggal. Jadi abang harap Shawal tak lukakan hatinya. " jelas abang Asyrani. Dia tidak mahu adiknya dikecewakan suatu hari nanti. Shawal tersenyum. Kini dia memahami mengapa Asyrani tidak pernah berkawan rapat dengan lelaki dan agak tidak selesa semasa mereka bertemu buat pertama kali. "saya takkan sia-siakan dia abang."jawab Shawal yakin. "baguslah tu, Cuma satu je abang nak pesan, abang tak nak kalau kamu berdua bercinta sampai mengakibatkan pelajarannya merosot."nasihat Khairul. "baik bang. Saya mintak diri dulu bang ya." ucap Shawal. Khairul mengangguk kepalanya. Mereka bersalaman. Shawal menuju ke kereta dengan perasaan gembira. Akhirnya, dia mendapat lampu hijau dari abang Asyrani.
Shawal tiba di rumah rakannya Fahrin hampir pukul 4 petang. Dia berasa gembira pada tika itu. Dia melabuhkan punggungnya ke kerusi di ruang tamu. Fahrin dan Ebi yang sedang khusuk melihat televisyen itu tersengih-sengih. Shawal membaling bantal ke arah mereka berdua. "Wal, lawa lah awek kau tu. Macam mana kau boleh kenal dia?"tanya Fahrin. Dilihat gadis yang bersama Shawal. Memakai tudung dan berkelakuan sopan. "aku potong line dia masa nak bayar barang. Mula-mula dia marah pastu bila aku kata, aku kena rushing baru dia cool. Pastu jumpa lagi masa dia kena kejar dengan penjahat, dia pengsan kat aku and aku bawa balik rumah. Lepas tu aku dengan dia agak baik." terang Shawal. Kawannya melopong. " kau bawa balik rumah? Kau buat apa? Kenapa tak hantar balik rumah dia? " tanya Fahrin bertubi-tubi. "adoi Fahrin apalah kau ni. Takkanlah aku nak buat perkara terkutuk tu. Rumah aku kan ada family aku. Mak aku yang jaga dia"jelas Shawal. "oh, kiranya time tu bibit percintaan korang bermula." usik Ebi. " memandai je kau ni Ebi. Dia sendiri tak tahu perasaan aku." jelas Shawal. Dia berdehem beberapa kali. Dia berfikir adakah masih ada ruang kosong di hati gadis yang telah mencuri hatinya. Dia benar tidak dapat menduga hati Asyrani.
"Abah, tadi abang terjumpa lelaki yang selamatkan adik. Kebetulan dia terjumpa adik masa makan dengan Anis, dia yang hantar adik balik tadi."terang Khairul. "yakah? Kenapa tak bawak jumpa dengan abah. Abah nak berterima kasih kat dia." kata ayahnya. "ya tak iya. Tak apa lah, nanti malam esok abang mintak adik jemput dia makan malam,ok?" tanya Khairul. "bagus jugak macam tu." balas ayahnya sambil meneruskan pembacaannya. "dik, abah nak jumpa Shawal esok. Nanti cakap kat dia ye."ujar kakaknya, Nana. "ha!, kenapa pulak? " tanya Asyrani. " la tanya aku pulak, kan mamat tu selamatkan kau mesti abah nak jumpa dia." jawab kakaknya. "dahlah kalau nak tahu lebih, tanya abang, aku penat la.lagipun aku nak rehat pagi ni nak naik jet ski."balas kakaknya. "naik jet ski? nak ikut?."kata Asyrani namun kakaknya telah pun tidur. Malam itu mereka hanya makan di hotel sahaja kerana terlalu penat. Sebelum tidur, Asyrani menghantar pesanan ringkas kepada Shawal.
Malam itu, Ebi memasak untuk rakan-rakannya. "Ebi, rajinnya kau masak. Ada apa-apa ke?"usik Shawal. "ala, bukan selalu aku nak masak Shawal. Ni angin memasak aku dah datang, aku masaklah." kata Ebi sambil meletakkan lauk pauk ke meja. Shawal turut menghulurkan tangannya. "eh, korang memasak ke? Ni nak masuk program cari mertua ke? " tanya Fahrin. Mereka ketawa. "wow, ada lauk best ni. Kau ni pandai masaklah Ebi. Senang nak kahwin nanti."usik Fahrin. Fahrin dan Shawal ketawa berdekah-dekah. Mereka menikmati makan malam mereka dengan penuh nikmat. Selepas makan, mereka duduk di ruang tamu untuk menonton televisyen. Shawal mengambil gitar Fahrin dan menyanyi.
Beribu bintang dilangitKini menghilangMeraba aku dalam kelamRembulan mengambangKini makin suramPudar ilhamku tanpa arahSedetik wajahmu munculDalam diamAda kerdipan ada sinarItukah bintang atau rembulanTerima kasih kuucapkanIzinkan kumencuri bayangan wajahmuIzinkan ku mencuri khayalan denganmuMaafkanlah oh...Andai lagu iniMengganggu ruangan hidupmuKau senyumlah oh...Sekadar memoriKita di arena iniKau ilhamkuKau ilhamku...
Shawal menyanyi lagu itu dengan penuh feel. Ebi dan Fahrin ketawa melihat Shawal. "Fahrin, macam ni agaknya kalau orang angau."kata Ebi. Mereka ketawa lagi. Shawal pun turut sama ketawa. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Ada mesej. "ha! tu mesti dari dia."kata Fahrin. Shawal menekan button hpnya. "memang dari dia."bisik hatinya. Fahrin dan Ebi hanya senyum melihat telatah Shawal.
Assalamualaikum Shawal,
Asy apa khabar?
Tengah buat apa?
Shawal segera membalasnya.
Waalaikumsalam Asy
Shawal ok aje,
Ni tengah main gitar dengan kawan2 ni.
"samapikan salam aku kat dia tau."kata Ebi. "ye la"jawab Shawal. Beberapa minit kemudian, Asyrani membalas mesejnya.
oh, main gitar…
Asy nak tanya malam esok Shawal ada masa tak?
Shawal pula membalas.
Malam esok….
X ada apa2 rasanya.
Kenapa nak pergi dating ke?
Kawan2 Shawal kt sini kirim salam kat Asy….
Asyrani membalas
Waalaikumsalam
Dating?
Hu3
Bukan, keluarga Asy nak jumpa Shawal
Mereka nak ucap terima kasih sebab selamatkan Asy tempoh hari.
Shawal menggaru kepala yang tak gatal. "nak jumpa aku?" desis hatinya. "kenapa Shawal? " tanya Ebi. "Asy ajak aku makan malam dengan keluarga dia malam esok."jawab Shawal. "oh baguslah Shawal. Kalau family dia suka kau atleast cinta tak terhalang." kata Ebi lagi. Fahrin pula mencelah. "tapi kau kena hati-hati Wal. Mereka ni orang berada."nasihatnya. "tak pe bro, kau pergi je dulu. Tak try tak tahu kan penerimaan mereka kan. " ujar Ebi. Shawal mengeluh. "oklah aku pergi." balasnya perlahan. Dia harap keluarga Asyrani menerimanya. Lalu dia membalas mesej Asyrani.
Ok, Shawal pergi
Tapi pukul berapa dan dimana?
Asyrani membalas
Mmm pukul 8 malam tepat
Kat hotel Asy.
Be on time ok
Ayah Asy tak suka menunggu.
Shawal tersenyum membaca pesanan gadis itu.
Baiklah tuan puteri,
Tuan putera akan datang tepat pada waktunya…..
Ok selamat malam ye
Good night
Mimpikan Shawal ok.
Shawal meletakkan telefonnya di atas meja. Dia baring di katilnya. Dia memejamkan matanya menunggu malam esok tiba.
Suluk
6 years ago
0 comments:
Post a Comment