Assalamualaikum semua. Bad rasa semua orang ada kat sini kan. Semasa kalian semua membaca surat ini, Bad mungkin tiada lagi di sisi semua. Mula-mula sekali Bad ingin sekali mengucap jutaan terima kasih kepada papa dan mama Bad yang sanggup menjaga Bad dari kecil hingga dewasa. Kalian berdua telah memberi Bad segala-galanya. Kemudahan hidup,kemewahan namun Badrul tidak sempat merasakan kasih sayang dari kalian berdua. Papa terlalu sibuk berkerja lepas tu selalu bertekak dengan mama. Bad kesian tengok Intan dengan Danish. Mereka tertekan. Bad harap lepas Bad tak ada nanti. Papa berbaiklah dengan mama. Biarlah kasih sayang yang tak sempat nak beri pada Bad, kalian curahkanlah pada adik-adik kesayangan Bad. Bad harap sangat. Kemudian Bad ingin ucapkan terima kasih pada Papa Yassin dan Mak cik Ani sebab layan Bad dengan baik. Semua tahu lepas Mak Wati meninggal hubungan kita sekeluarga putus macam tu aja. Badrul mengaku semua tu berpunca dari keluarga kami. Bad juga tahu sepatutnya selepas Mak Wati meninggal kami sepatutnya bertanggungjawab menjaga keluarga Papa Yassin. Tapi kami tidak jalankannya. Kami tinggalkan Papa Yassin 4 beranak sendirian. Perkara menjadi semakin parah apabila Papa Yassin kahwin dengan Mak Cik Ani. Yang menjadi mangsa, Asyrani dan adik beradiknya. Dia pernah beritahu Bad, dia sedih sangat dengan keadaan sekarang. Dia ingin keluarga kita bersatu kembali. Dia ingin hubungan kita seperti dulu. Seperti ada Mak Wati. Bad pasti Mak Wati amat gembira kalau keluarga bersatu kembali. Bad harap semua keluarga bersatu kembali. Buang yang keruh dan ambil yang jernih.
Shawal berhenti seketika. Dia melihat masing-masing menitiskan air mata mendengar isi kandung surat itu tak terkecuali dirinya sendiri. Ibu Badrul sudah teresak-esak menahan nangis. Suami disampingnya memaut tubuh isterinya untuk menenangkan diri isterinya."mulianya hati kau Bad."desis hatinya. Setelah berdehem, dia memulakan bacaannya kembali.
Seterusnya surat ini dituju kepada Atok. Bad sayang sangat dengan Atok. Bad ada sorang aja Atok. Bad tak nak kehilangan sorang lagi. Atok selalu cerita kat Bad pasal Asyrani. Dia sebenarnya nak sangat jumpa Atok namun dia tak berdaya. Dia takut kedatangannya tak di alu-alukan oleh Aunty Mona. Dia takut pelbagai soalan dihujani. Soalan yang dia sendiri tidak tahu jawapannya. Asyrani sangat sayang kat Atok. Sebenarnya Bad selalu jumpa dengan Asy untuk beritahu perkembangan Atok dari masa ke semasa. Maafkan Bad sebab tak beritahu. Bad harap lepas keluarga kita bersatu kembali, Atok dan Asyrani atau sesiapa sahaja dapat bergembira apabila berjumpa.
Seterusnya surat ini Bad tujukan khas pada Asyrani. Bad rasa mesti semua orang berasa aneh, kenapa Bad sanggup korbankan diri Bad sendiri semata-mata nak selamatkan Asyrani? sebenarnya Bad sudah lama memendam perasaan ini. Tak sangka Bad dapat luahkan ketika Bad sudah tiada lagi. Sebenarnya Bad amat mencintai Asy sejak kecil lagi tapi Asyrani hanya menganggap Bad sebagai kawan rapatnya tak lebih dari itu. 3 tahun yang lalu, Bad berjumpa dengan Asy kembali namun pada ketika itu, dia sudah mempunyai kekasih. Mula-mula Bad agak kecewa namun setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Beberapa bulan demikian, Bad sudah disahkan menghidap penyakit radang paru-paru tahap kritikal. Tiada apa lagi yang dapat menyembuhkan Bad lagi. Bad dijangka dapat hidup dalam beberapa bulan. Nyawa Bad bagai telur dihujung tanduk. Namun kuasa Allah yang Maha Hebat menyebabkan Bad masih lagi dapat hidup hingga 3 tahun lebih. Bad rasa bersukur sangat. Bad tahu kalau Bad menjadi kekasih hati Asyrani pun, Bad tak mungkin akan membahagiakannya. Bad tidak mahu Asy menangisi kematian Bad. Bad tidak mahu Asy menjadi balu pada usia yang muda. Disebabkan itu juga Bad sanggup menggadaikan nyawa Bad untuk selamatkan Asy. Biarlah Bad tidak dapat memiliki hati Asy namun sekurang-kurangnya Bad dapat berjasa dalam hidup dia. Asy, Bad nak minta maaf kat Asy kalau ucapan Bad tadi mengugat hubungan Asy dengan Shawal. Bad juga nak mintak maaf sekiranya Bad ada lakukan kesilapan. Bad susun 10 jari mintak maaf. Walaupun Bad dah tak ada di samping Asy, Bad sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan Asy.
Akhir sekali surat ini dituju kepada Shawal. Saya nak minta maaf kalau sejak saya bertemu kembali dengan Asyrani mengundang rasa cemburu tapi percayalah Asyrani hanya mencintai awak seorang. Bukan saya, bukan juga Hafiz tapi awak. Shawal, saya nak berterima kasih kerana awak telah berjaya mengukir senyuman di bibir Asyrani. Shawal telah membuat dia bahagia. Saya meminta tangan Shawal agar jagalah dia baik-baik. Saya doakan agar awak dengan Asy bahagia hingga ke akhir hayat. Bad rasa dah sebutkan semua. Bad harap semua berbahagia. Akhir sekali Bad nak minta maaf jika ada kesilapan yang Bad pernah lakukan tanpa Bad sedari. Bad juga harap janganlah sesiapa tangisi pemergian Bad. Doakan agar dipermudahkan perjalanan Bad di alam baqa’ ini. Sekian terima kasih wasallam.
Shawal menamatkan bacaan suratnya. Dia berasa cukup tersentuh. Kini baru dia sedar betapa baiknya sepupu kekasihnya itu. Dia melihat keluarga Asyrani dengan keluarga lain berpelukan. Mereka saling meminta maaf. Asyrani juga cukup tersentuh. Dia benar-benar tidak mengetahui Badrul menyimpan perasaan padanya. Naluri wanitanya cukup tersentuh mendengar isi surat yang dibaca oleh Shawal itu. Namun dia juga gembira disebabkan Badrul keluarganya telah bersatu kembali. Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Asyrani mengimbas kembali kata-kata Badrul. Asyrani berjanji bahawa dia tidak akan melupakan Badrul dan tidak akan mensia-siakan hidupnya.
Selepas 2 hari peristiwa itu berlalu, dia sudah dibenarkan pulang. Asyrani membuat keputusan untuk pulang ke Kuantan buat seketika. Shawal telah pun memohon cuti untuk menemani Asyrani pulang. Dia tidak mahu gadis itu berasa sunyi. Kali ini Shawal membawa seluruh keluarganya. Sampai di Kuantan, mereka terus ke Tanah Perkuburan untuk menziarahi kubur arwah Badrul dan mamanya. Ketika ingin pulang, Asyrani masih lagi berdiri di hadapan kubur Badrul yang masih lagi merah. Asyrani memandang sayu. Kakaknya memegang erat. Shawal hanya melihat Asyrani dari jauh. Dia benar-benar ingin Asyrani tenang. Ketika dalam perjalanan pulang, dia memasang radio. Tiba-tiba lagu Izinku Pergi berkemundang di corong radio kereta.
Sinaran mata cerita segalanya,
Duka lara terpendam,
Memori semalam,
Tinggal segala cinta,
Tiada kembalinya,
Abadi kasih kita,
Kau bawa bersama,
Impi indah mekar saat cinta bersemi,
Sedetik asmara syurga selamanya,
Pergilah rinduku,
Hilangkan dirimu,
Tak sanggup menanggung derita di kalbuku,
Pergilah sayangku,
Bermula semula,
Semangat cintaku membara,
Kerana dia tiada niatku.
Sayu dia mendengar lagu itu. Ayah Asyrani lantas menukar siaran radio. Dia tidak mahu anaknya bersedih hati. Sampai di rumah, Asyrani masuk ke biliknya. Shawal sekeluarga tinggal di hotel berdekatan. Dia baring di sisi katilnya. Dia teringat ucapan Badrul dalam suratnya. Dia masih tidak menyangka Badrul mencintainya. Asyrani mengeluh sendirian. Telefonnya menjerit kuat. "hello, assalamualaikum."ucap Asyrani. "waalaikumsalam, Asy macam mana? Asy ok? " tanya Shawal. "Asy ok, cuba kadang-kadang teringatkan arwah Badrul.”ucap Asyrani jujur. Dia tidak mahu berselindung dengan Shawal. “Macam mana hotel yang Shawal duduk tu ok? Apa namanya?" tanya Asyrani sambil membuka radio dalam biliknya. "ok, hotel ni best. Ayouk suka sangat sebab ada swimming pool. Hotel ni nama dia Hotel Grand Continental. Lagipun dekat dengan shopping complex boleh cuci mata."jawab Shawal nakal. Asyrani tertawa mendengar jawapan Shawal. Memang adik bongsu Shawal itu memang suka berenang. "Shawal malam ni, abah Asy buat kenduri doa selamat dengan tahlil. Shawal datang tau. Kalau tak nanti Asy nak mengajuk."kata Asyrani manja. "Insya Allah Shawal datang sekeluarga malam ni."jawab Shawal. Asyrani memutuskan talian. Dia memilih siaran radio ERA. Sedang asyik dia baring di katilnya, ada sebuah lagu berkumandang. Lagu tu amat menggamit hatinya.
Ku mengerti perpisahan ini
Bukan kerana kau membenci
Tapi kasih
Yang pernah ku beri
Tiada lagi bersamamu,
Asyrani mendengar tiap bait lagu itu. Dia terbayangkan Badrul. Namun Asyrani berusaha menghilangkan bayangan itu. Dia cuba menjadi kuat untuk menghadapi hari yang mendatang. Lantas dia bangun dari pembaringannya. Dia menolong keluarganya menyiapkan apa yang patut untuk kenduri malam ini. Banyak juga dia menolong keluarganya. Sekurang-kurangnya kesibukannya itu boleh menghilangkan fikirannya yang rungsing mengingatkan arwah Badrul. Petang itu, mereka makin sibuk. Shawal sekeluarga tiba sebelum maghrib lagi. "Asy, lawalah rumah awak. Patut abang beria-ia suruh kami cepat-cepat siap ke sini."puji Dafi. Asyrani hanya tersenyum. Shawal mencebik. "dahlah, kaum lelaki duduklah di hadapan, yang perempuan mari ikut Asy." kata Asyrani sambil menunjukkan laluan. Hampir waktu maghrib, orang ramai makin memenuhi rumah itu. Keluarga arwah mamanya pun hadir. Hubungan kekeluargaan mereka kembali kuat dan kukuh. Di dapur pula, ada yang sibuk memotong buah dan kuih. Riuh rendah suasana. Asyrani tidak lupa menjemputnya rakan-rakannya. Sempat juga Asyrani memperkenalkan buah hatinya itu kepada rakan-rakan karibnya. Cuma Shakirah tidak dapat hadir kerana ada masalah peribadi. Selepas solat maghrib dan hajat, mereka dihulurkan dengan sekeping buku Surah Yaasin. Sebelum memulakan bacaan, Encik Yassin meminta izin untuk berucap sedikit. "assalamualaikum semua. Saya selaku tuan rumah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan dan puan kerana hadir ke kenduri ini. Seperti mana yang kalian semua tahu, saya adakan kenduri ini untuk memanjat kesyukuran kepada Allah kerana anak perempuan saya yang diculik sudah selamat dan dalam masa yang sama kenduri itu juga sebagai tahlil arwah isteri saya serta anak saudara saya Badrul yang terkorban ketika menyelamatkan anak perempuan saya. Sama-samalah kita doakan agar Allahyarham dan Allahyarhamah diberkati Allah. Setelah selesai membaca surah Yaasin dan solat isyak, tetamu dijemput menjamu selera. Asyrani disuruh supaya makan dulu mengelakkan sakit perut.
"Asy, bila kau konvo?" tanya Amna. "2 minggu lagi. kau macam mana sekarang?"tanya Asyrani. "Aku macam ni lah."jawab Amna. Dia kini sedang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan perniagaan. "kau dengan Shawal tu bila nak makan nasi minyak?. Aku tengok dah rapat sangat dah."usik Liyana pula. "apa lah korang ni, aku ni kan still study, degree tak lepas lagi. Biarlah habis degree dulu baru fikir nak buat benda lain."jawab Asyrani sambil mengisi lauk ke dalam bekas buffet. Liyana dan Amna ketawa mendengar jawapan Asyrani. Majlis berakhir dengan lancar sekali. Dia melihat ayahnya duduk berbincang dengan Encik Ruslan bersama Shawal. Dia ingin tahu apa yang dibualkan oleh mereka. Namun Asyrani sibuk dengan kerjanya hingga terlupa niatnya itu.
"macam mana Shawal kamu bersedia?"tanya Encik Yassin. "saya cukup bersedia pak cik Cuma persiapan macam mana?" tanya Shawal. "yang itu kamu jangan risau. Pak cik dan mak cik akan uruskan dan yang penting Asy tak boleh tahu rancangan ini."ujar ayah Asyrani. Dia yakin rancangan ini baik untuk anaknya. Dia ingin anaknya berasa dekat bersama orang yang disayanginya. Shawal tersenyum gembira. Dia tidak sabar menunggu hari esok. Encik Ruslan dan Encik Yassin bersalaman.
Tetamu kian surut, Nana memanggil Asyrani, katanya ada seorang wanita ingin berjumpanya di luar pagar. Asyrani pergi ke luar pagar. Dia benar-benar terperanjat apabila melihat wanita yang muram itu. Walau sudah lama tidak berjumpa namun dia masih mengingati wanita. "Puan Maznah!"jerit hatinya. Dilihat wajah wanita itu tidak bermaya. Ada sedikit belas di dalam hati Asyrani. Wanita mendekati Asyrani. Asyrani memaniskan mukanya. Dia bersalaman dengan wanita itu dan mencium tangan wanita itu. Wanita itu terperanjat lalu menangis teresak-esak. "Asyrani, mak cik mintak maaf pada kamu. Mak cik berasa kesal atas kejadian dulu. Mak cik menyesal kerana Hafiz telah menyebabkan Asyrani sengsara. Kamu telah kehilangan saudara kamu. Kamu maafkanlah Hafiz."kata Puan Maznah teresak-esak. Suaranya dapat didengari oleh orang lain. Encik Yassin dan Puan Noraini berdiri di belakang Asyrani. "cikgu, tak apalah, benda dah lepas jangan dikenang lagi. Saya dah lama maafkan Hafiz."jawab Asyrani. "mak cik lah punca utama perkara ini berlaku. Kalau mak cik tak hina kamu dahulu, kamu takkan berpisah dan Hafiz takkan berdendam dengan kamu. Ni semua salah mak cik."kata Puan Maznah sambil menepuk dadanya. Dia seperti orang yang tidak waras. Asyrani memeluk wanita itu. Simpatinya melebihi amarahnya. Bagi Asyrani biarlah perkara itu berlalu. Dia sendiri tidak mahu mengimbau kembali peristiwa hitam yang kerap menerjah fikirannya itu Puan Maznah berlalu. Dia berjalan entah ke mana tujuannya. Asyrani hanya menggeleng kepalanya. Walau apa sekali pun, Puan Maznah tetap orang yang patut dia hormati. Setelah perkara itu selesai. Asyrani menyambung kembali kerjayanya dan selepas itu dia berehat.
Pagi itu, Asyrani berasa hairan. Kakak dan uminya asyik mengetawakannya. Dia benar-benar pelik dengan keluarganya pagi itu. Begitu juga dengan abangnya. Jam menunjukkan pukul 11 pagi.. Asyrani tiba-tiba diminta memakai baju kurung. Apabila dia bertanya kepada uminya. "ada kawan abah nak datang."jawab Umi. Asyrani menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tidak pernah sebelum ini apabila rakan ayahnya datang, dia harus memakai baju kurung. Namun dia tetap menyarungkan baju kurung ke badannya. Asyrani memakai baju kurung sutera berwarna unggu. Dia nampak anggun. Kakaknya pula beria menghiasnya. Asyrani semakin aneh. Pukul 12 tengah hari, dia mendengar ada orang memberi salam. Dia segera menuju ke pintu untuk membuka pintu namun Khairul melarangnya. Dia menyuruh adiknya masuk ke bilik.
"assalamualaikum pak cik dan mak cik."sapa Shawal. Dia bersalaman dengan ahli keluarganya. Shawal kelihatan segak menggayakan baju melayu bewarna unggu gelap. Adik beradik Shawal memegang dulang berisi tepak sirih, dan barangan hantaran. "amboi macam dah janji je."usik Khairul. Shawal tersengih. Tetamu itu dijemput duduk. Encik Ruslan memulakan bicara. "assalamualaikum kat Abang Yassin dan Kak Ani. Seperti mana yang abang dan kakak tahu, kami datang ni membawa hajat yang besar." Ayah Asyrani mengangguk tersenyum. "kami sekeluarga datang ni untuk memetik bunga dalam taman abang."kata lagi Encik Ruslan. Shawal hanya mendiamkan diri. Dalam urusan itu, dia tidak sepatutnya bersuara. "taman kami ada dua bunga. Kalau ada yang berkenan, petiklah salah satunya."jawab Encik Yassin. "kami ingin memetik bunga yang muda untuk kumbang kami yang sulung."kata Encik Ruslan. "Lan, saya tak reti nak bermadah ni, kita teruskan aja. Kalau benar anak kamu benar ingin mengikat anak kami. Pihak kami bersetuju.
"Nana, siapa yang datang? Tadi suruh aku beria-ia pakai lawa-lawa pastu tiba-tiba tak bagi aku keluar. Peliklah."kata Asyrani. Nana hanya ketawa sahaja. Tiba-tiba pintu baliknya dikuak. Asyrani terkejut ibu Shawal masuk ke biliknya. "eh Mak cik, bila sampai? " tanya Asyrani. "baru sampai." balas Puan Aishah. Dia ketawa melihat anak gadis disebelahnya itu. Ternyata jelas Asyrani belum mengetahui hajatnya tengah hari itu. Puan Aishah duduk di atas katil di sebelah Asyrani. "Nak, mak cik suka sangat bila kamu berkawan dengan Shawal. Yalah sebelum ni, dia ni tak banyak kawan perempuan. Kamu banyak melakar senyumannya. Mak cik tahu dia tu sangat sayangkan kamu. Hampir 3 tahun kamu dah kenal jadi kehadiran mak cik di sini ingin menyarungkan cincin ini sebagai tanda pertunangan kamu berdua."bicara ibu Shawal. Asyrani terperanjat. "ha! Kenapa Asy tak tahu pun? " tanya Asyrani. Dia bagaikan tidak percaya akan berita yang disampaikan oleh wanita itu. Uminya duduk disebelah kanannya hanya tersenyum. "sebenarnya pertunangan ini di rancang malam tadi. Alang-alang mak cik sekeluarga ada kat sini jadi bolehlah majlis ini dibuat."jawab Puan Aishah lagi. Asyrani terkedu. Dia masih terperanjat dan dalam masa yang sama dia gembira. "macam mana adik, terima atau tak? Takkan tak nak kot " tanya Umi. "kalau tak, masuk angin keluar asap lah Shawal umi."kata Nana. Mereka ketawa serentak. Asyrani tidak tahu ingin berkata apa lagi. Dia hanya mampu mengangguk kepala tanda setuju.
"dia setujulah bang."Ayouk berbisik ke telinga abangnya. Shawal tersenyum puas. Di dalam bilik Asyrani. Ibu Shawal menyarungkan cincin bertatahkan nilam ke jari manis Asyrani. Asyrani bersalaman dengan Puan Aishah dan mencium wanita itu. Abangnya menjadi jurugambar itu turut bersyukur. " nampak gayanya adiklah kahwin dulu. Kiranya langkah bendul ni. Abang dengan Nana membujang dulu. Setelah selesai majlis itu, Asyrani mendail nombor Shawal. "hello assalamualaikum sayang. " sapa Shawal riang. "waalaikumsalam. Oh sekarang pandai wat kezutan kat Asy. Nak pengsan Asy dibuatnya tadi tau. Asy tak sangka tau."kata Asyrani. "hehehe….ni semua ayah Shawal yang rancang, Shawal ikut aja, sekarang Asy dah jadi tunang Shawal." kata Shawal. Asyrani ketawa. Hingga kini dia tidak sangka dia sudah menjadi tunangan orang. Lepas berborak Asyrani mematikan talian. Asyrani telah menetapkan bahawa dia akan melangsungkan perkahwinanannya selepas dia menamatkan ijazahnya. Keluarga Shawal bersetuju dan memahami kehendak gadis itu.
"hai Asy, congratulation."sapa Anis. Asyrani memeluk Anis. "Asy, aku simpati kat kau atas apa yang terjadi. Baru2 ni aku terjumpa kawan Shawal, dia cerita kat aku. aku tak sangka kau dan Hafiz ada kisah dulu. Aku pun tak sangka yang Hafiz sanggup buat macam tu kat kau."kata Anis. "tak apalah Nis, perkara tu dah berlaku. Biarlah ia berlalu seperti angin membawa musim. Aku pun nak mintak maaf sebab rahsiakan dari kau."kata Asyrani. "aku faham kenapa kau buat macam tu."kata yang Anis tersenyum lebar. Dia melihat sebentuk cincin bertatahkan permata nilam di jarinya. "Asy, sejak bila kau pakai cincin tu?"tanya Anis. "sejak aku menjadi tunangan orang."kata Asyrani sambil membetulkan jubahnya. "ha! Kau dah bertunang ke? Dengan Shawal ke? " tanya Anis. Asyrani mengangguk kepalanya. Anis memeluk Asyrani. Akhirnya rakannya itu mendapat kebahagiaan yang dicarinya. Mereka kemudian beratur menanti penyampaian sijilnya. Ketika namanya disebut, dia berjalan ke pentas, dia memandang abah dan uminya yang duduk di kerusi di dalam dewan. Mereka tersenyum bahagia. Asyrani berharap jika mamanya ada sekali bersama namun dia sedar mimpinya takkan jadi realiti. Asyrani pasrah.
Sebaik sahaja pulang ke rumahnya, ramai yang datang ke rumahnya untuk mengucapkan tahniah. Termasuklah adik angkatnya, Amal. "hai kak Asy, Amal nak ucap congrates la sebab berjaya dalam pelajaran dan bertunang. Tak bagitau Amal pun."kata adiknya itu. Mulutnya dimuncungkan. "sorrylah dik, bukan kak Asy tak nak bagitahu masalahnya semuanya berlaku sekelip mata. Akak tak tahu pun pejam celik, rombongan datang."ujar Asyrani. Malam itu tetamu kian surut. Akibat terlalu letih, Asyrani tertidur. Keesokan paginya, Dia melabuhkan punggungnya ke kerusi sofa sambil minum air teh yang dibuatnya tadi. Dia sendirian di rumah. Dia menutup matanya. Ayah dan uminya serta kakaknya pergi membelah-belah di KLCC. Abangnya bekerja. Asyrani mengimbau kembali zamannya sewaktu memulakan pelajaran di UNISEL. Semuanya manis-manis belaka. Lamunannya terhenti apabila telefonnya berdering.
"hello Asy,ni Ebi. Awak kena pergi stadium futsal sekarang. Shawal pengsan!"ujar Ebi cemas. Asyrani tergamam mendengar khabar itu. "ha! Macam mana dia boleh macam tu?"tanya Asyrani. Dia sendiri cemas. "dia demam tadi tapi dia berkeras nak main. Sedang dia main tiba-tiba dia pitam. Awak datang sini cepat."ujar Ebi. "baiklah, saya dalam perjalanan."balas Asyrani. Dia memutuskan talian. Dia kelam kabut bersiap. Lantas dia mencapai kunci kereta dan memandu ke stadium futsal. Sebaik sahaja memarkir kereta Spectra milik abangnya. Dia berlari masuk ke bangunan. Dia melihat kelibat Ebi. "Ebi, mana Shawal? Dia ok?"tanya Asyrani. Ebi mendiamkan diri. Dia menarik tangan Asyrani. Asyrani hanya menurut Ebi sahaja. Ebi membawa Asyrani ke tengah gelanggang. Ebi meninggalkan Asyrani sendirian. Asyrani aneh kerana tiada sesiapa di situ apatah lagi gelanggang itu kelihatan gelap. Tiba-tiba ada suatu cahaya terang menghala ke arahnya. Asyrani menutup matanya kerana silau. Kedengaran suara garau menyanyi. Suara yang amat dikenalinya.
Kau mahu bak segala,
Cinta yang ku dahaga,
Kehadiran dirimu menyinari,
Mekar semula hatiku,
Kau lukis hidupku,
Kau hias hatiku,
Kau sambut cintaku,
Tulis ikhlas,
Suci hatimu kasih,
Kaulah segalanya,
yang menyinar hidupku kasih,
hanya satunya yang ku cintai
sambutlah cintaku,
jangan kau pergi dari sisiku,
cintaku padamu,
ikhlas sejati,
hulur tanganmu kasih,
sambut cintaku,
jangan tinggalkan daku,
sorang diri,
tak sanggup diri dilukai,
maafkan daku,
jika salahku,
peristiwa yang pernah ku alami dulu,
aku tahu betapa pahitmu,
menerima sejarah hidupku,
kaulah segalanya,
yang menyinar
hidupku kasih,
hanya satunya,
yang ku cintai,
sambutlah cintaku,
jangan kau pergi dari sisiku,
cintaku padamu,
ikhlas sejati.
Shawal menghabiskan bait lagu itu sambil menghulurkan bunga matahari kepada gadis dihadapannya. Asyrani masih lagi terperanjat. Shawal senyum kepadanya. Membariskan gigi putihnya. "Shawal, sampai hati Shawal tipu Asy, Ebi kata Shawal pengsan."marah Asyrani. "ala, janganlah marah, marahlah Ebi, dia yang bagi idea. Satu lagi kejutan untuk Asy. Tunggu ya."kata Shawal. Dia menepuk tangannya. Tiba-tiba semua lampu di stadium itu menyala. "surprise!!"jerit semua orang. Rupa-rupanya Shawal sudah berpakat dengan rakan-rakannya untuk mengadakan party surprise untuk Asyrani. Sekali lagi Asyrani terperanjat. Mereka duduk di satu ceruk sambil memegang sepanduk tahniah. "kenapa nak buat surprise kat Asy? " tanya Asyrani kebingungan. "la, diaorang nak ucap tahniah sebab Asy berjaya tamatkan diploma dengan cemerlang dan tahniah untuk pertunangan kita."ujar Shawal melirikkan mata ke arahnya. Asyrani tunduk ke lantai. Malu. Mereka menjemput Asyrani makan bersama-sama. Pelbagai juadah di sediakan. Semua rakan Shawal hadir, Ebi, Rafiq, Fahrin, Afiq, Faizal dan Ryzal juga turut hadir. "macam mana Asy, best tak kejutan ni?" tanya Shawal ketika menyuapkan mee goreng ke mulutnya. "ye la tu, nak gugur jantung Asy bila tahu Shawal pengsan." ujar Asyrani menjuihkan bibirnya. "amboi sayang gak Asy kat Shawal ya."usik Shawal. "kalau tak sayang dah lama Asy tolak Shawal mentah-mentah tau."Asyrani melirik manja.
3 tahun sudah berlalu. Asyrani juga sudah tamat belajar. Dia sudah mendapat tawaran untuk bekerja di sebuah syarikat swasta. Shawal pula telah berhenti kerja dan memulakan perniagaan. Dia telah membuka stadium futsal di Wangsa Maju. Sambutan amat menggalakkan. Khairul sudah mempunyai pemaisuri di istana hatinya, Fazira. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Ain Shafeeqah manakala kakaknya, Nana sudah bertunang dengan jejaka yang bernama Hasif. Mereka bakal berkahwin dalam masa beberapa bulan lagi. Kini tibalah waktu yang amat dinantinya. Asyrani dan Shawal juga selesai diijabkabulkan. Setelah selesai melayan tetamu, pengantin itu masuk ke dalam kamar peraduan mereka. "abang, Asy nak mintak maaf kalau sebelum ini, Asy pernah menyakiti hati abang."ujar Asyrani sambil mencium tangan suaminya. "sayang, abang tak pernah rasa begitu pun. Abang sentiasa rasa bahagia setiap kali disamping sayang. Hari ini kan hari pernikahan kita jangan rosakkannya."kata Shawal. Dia memeluk erat isterinya. Terasa kehangatan. Bibirnya dipagut Shawal. Asyrani bahagia di sisi suaminya. Siapa sangka pertemuan di kedai Body Shop membawa kepada pernikahannya. Dalam diam Asyrani berjanji untuk setia kepada Shawal. Baginya KAULAH SEGALANYA.
TAMAT
Watak-watak
Siti Nur Asyrani: cahaya periang
Mohd Shawal: bulan Syawal
Hafiz Azimie: penjaga
Badrul zaman: bulan purnama sentiasa
Anis Farhana: teman setia yang riang gembira
Khairul Lukman:cahaya bijaksana
Siti Nur Liyana: cahaya kelembutan
Pesanan dari penulis….
Terima kasih semua kerana sudi membaca novel saya. Novel ini ditulis berdasarkan pengalaman hidup. Di harap kalian semua menyokong perjalanan saya sebagai penulis muda.
salam sayang dari
asyrani.
Suluk
6 years ago
0 comments:
Post a Comment