"Doktor macam mana dengan keadaan anak saya?" tanya Encik Yassin kepada Doktor Abdullah. "dari segi fizikalnya, anak encik memang sihat sepenuhnya. Namun dari segi mentalnya, dia mengalami trauma yang teruk atas apa yang berlaku pada dirinya. Saya tak pasti bila dia akan sedar."jelas Doktor Abdullah. Encik Yassin terduduk mendengar penjelasan doktor dihadapannya itu. Dadanya sebak. Puan Noraini cuba menenangkan keadaan suaminya. "sabar ya bang. Insya Allah, adik akan sedar juga akhirnya."pujuk isterinya lagi. Sudah 3 hari kejadian itu berlaku. Jenazah Badrul sudah pun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Ubi, Kuantan. Hafiz pula sudah ditembak mati sekarang menunggu keluarganya menuntut mayatnya. Walaupun Asyrani tidak diperkosa namun perbuatan Hafiz itu memberi kesan yang hebat kepada Asyrani. Dia ditempatkan di unit rawatan rapi dan masih lagi menggunakan alat bantuan pernafasan.
Hampir seminggu Asyrani berada di hospital, selama itulah Shawal sentiasa menemaninya. Habis sahaja waktu kerja, dia terus memecut motornya ke Hospital Ampang Puteri. Saban malam dia menemani Asyrani. Saban malam, dia melihat Asyrani terbaring kaku. Saban hari juga dia bercerita pada Asyrani tentang apa yang berlaku dunia sekelilingnya. Kadang-kadang air matanya menitis melihat gadis yang di sayanginya tidak dapat bangkit dari tidurnya. Namun kata doktor, walaupun Asyrani tidak sedarkan diri namun dia dapat mendengar. Khairul juga menemaninya. Ibu bapa Asyrani telah pulang ke Kuantan untuk seketika atas urusan syarikat. Pada waktu siang, kakaknya Nana akan menjaganya. Khairul pula berjaga di waktu malam. Kadang-kadang Shawal menemaninya. Walaupun Asyrani masih lagi tidak sedarkan diri namun dia amat bersyukur kepada Illahi kerana menyelamatkan Asyrani dari menjadi mangsa perkosaan atau mangsa bunuh.
"Asy bangunlah sayang, Shawal datang ni." bisik Shawal ke telinga Asyrani. Air matanya gugur lagi. Air matanya begitu murah kini bagai dijaja di jalanan. Hilang ego kelakian di hadapan gadis yang terbujur kaku itu. Dia benar-benar rindukan gadis itu. Rindukan gelak tawanya, senyumannya, suaranya dan segala-galanya. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa saratnya rindunya itu. Lagu tema perncintaan mereka, KAULAH SEGALANYA berlegar-legar di minda Shawal. Dia menyeka air matanya. Tiba-tiba dia melihat tubuh Asyrani bergerak atas bawah. Nafasnya gadis itu tidak stabil. Dia menjerit "tidak!!! Jangan!!! Pergi!!!!"jerit Asyrani. Shawal memanggil jururawat. Jururawat segera memberi ubat penenang. Dalam masa beberapa minit, Asyrani berhenti semula dani tidur kembali dari seperti tiada apa yang berlaku. Namun di hujung mata gadis itu, titisan mutiara gugur. Mengikut kata nurse itu, sudah menjadi normal pesakit yang trauma memberi tindak balas refleks sedemikian.. Shawal hampa mendengar jawapan itu. "Sayang, Shawal balik dulu, malam besok Shawal datang lagi." bisik Shawal ke telinga gadis itu. Sebaik keluar dari bilik itu, Shawal tidak dapat mengawal perasaannya, dia menjerit menyebut nama gadis itu. "Asy!!". Khairul cuba menenteramkan. Dia sedar lelaki itu tertekan. Shawal berasa agak bimbang . Dia takut Asyrani tidak dapat menerima kenyataan Badrul sudah pergi meninggal dunia.
Shawal memandu keretanya pulang ke rumah. Sedang dia memandu kereta, dia mendengar sebuah lagu yang mengusik hatinya.
Tidak kesampaian cinta kita,
Di bawah harapan ku pendam rahsia,
Ku di kejauhan,
Mendoakan,
Agar kau bahagia tiada lagi duka,
Daku rela mengundur diri,
Ku pasti dikau kan fahami
Sayu Shawal mendengar lagu Harapan nyanyian Fazli Zainal itu. Dia bayangkan Badrul. Shawal melepaskan keluhan yang berat. Jika dia tidak muncul dalam hidup Asyrani tentu Badrul bahagia bersama Asyrani. Perasaan serba salah menerpa seketika. Namun masa tidak boleh diundur lagi. Badrul pergi menghadap Illahi dan takkan kembali. Shawal masih teringat permintaan Badrul supaya membaca surat yang ditulisnya dihadapan keluarga Asyrani dengan keluarganya sendiri. Kini surat itu sudah berada di tangannya. Shawal ingin sahaja dibuka surat itu untuk ketahui kandungannya namun itu adalah amanah dari Badrul yang harus dia hormati. Dia ingin menunggu Asyrani sihat sepenuhnya supaya apabila surat ini dibaca Asyrani dapat tenangkan diri. Sampai di rumah, Shawal melangkah lemah masuk ke biliknya. Selepas solat, dia terus baring di atas tilam mengharap dirinya tidur awal.
"Asy, awak kena kuatkan semangat. Asy kena keluar dari sini. Asyrani belum sedia lagi"kata seorang lelaki. Asyrani dapat melihat lelaki yang berada di di hadapannya itu. Dia melihat Badrul memakai baju putih. Wajah Badrul terpancar sinar. Badrul tersenyum. Asyrani berasa aneh. Tempat disekelilingnya tidak pernah dilihatnya. "saya ada kat mana ni?" tanya Asyrani. "awak ada kat tempat yang awak sendiri tak bersedia lalui. Lepas awak keluar dari sini, bahagiakanlah diri awak."ucap Badrul. Asyrani masih kurang mengerti. Dia berasa aneh kerana dia berada di suatu tempat yang amat putih. "saya pergi dahulu Asy, semoga awak bahagia di sisi Shawal. Sampaikan salam sayang pada keluarga saya."kata Badrul. "awak nak ke mana?"tanya Asyrani. "ke tempat yang saya sepatutnya pergi. Selamat tinggal."kata Badrul. Badrul tersenyum kepadanya. Tiba-tiba bayangan Badrul hilang. Semuanya gelap. Asyrani membuka matanya perlahan-lahan. Dilihat abangnya yang tertidur disebelahnya. Asyrani menggerakkan tangannya. Khairul tersedar. Dia menjerit apabila melihat adik kesayangannya itu membuka mata. "adik da sedar."kata abangnya sambil memegang tangan adiknya itu. Asyrani tersenyum hambar sambil berkata "nak air." Khairul tersenyum lantas menghulurkan straw berisi air kosong ke dalam mulut Asyrani. Khairul lekas memanggil jururawat yang bertugas.
"Alhamdulillah encik Khairul, akhirnya Cik Asyrani sudah sedar dari tahap komanya."ucap Doktor Abdullah apabila menjalankan pemeriksaan rutin kepada badan Asyrani pagi itu. "Syukurlah doktor, bila dia boleh pulang?" tanya Khairul. "belum lagi. Buat masa ini, saya nak observe dia. Dia sekarang sudah pulih, tapi kalau boleh jangan beri dia tekanan."ujar Khairul. "baik doktor, terima kasih doktor."ucap Khairul berkali-kali. Berita itu disampaikan kepada seluruh keluarganya. Dia mengucap syukur ke hadrat Illahi. Tengah hari, saudara maranya ramai mengunjungi Asyrani. Gadis itu sudah boleh tersenyum dan bercakap. Asyrani tidak pernah bertanyakan tentang Hafiz. Dia mahu seseorang memberitahunya kemudian. Seseorang yang telah menyelamatkannya. Asyrani meminta abangnya menyarungkan kepalanya tudung supaya senang jika tetamu datang. Asyrani berasa bahagia kerana ketika itu semua saudara maranya yang sudah lama tidak berjumpa dengannya datang melawatnya. Rakan-rakan karibnya juga datang, Liyana,Amna dan Shakirah. Neneknya juga datang melawatnya. Semasa pertemuan mereka, nenek Asyrani memeluknya. Asyrani benar-benar rindu pada wanita tua itu. Semua keluarga sebelah arwah mamanya hadir kecuali seorang. Asyrani mencari kelibat lelaki itu. Petang menjelma, seorang demi seorang meminta diri untuk pulang. Dia berasa amat letih lalu terlelap.
"Shawal, tadi Ebi call mak, katanya Asy dah sedar, pergilah jenguk dia." kata Puan Aishah. "a'ah betul tu bang, pergilah tengok Kak, Asy, Ummi dengan Ayouk rindu sangat kat dia."kata Ummi yang sedang membantu ibunya melipat kain. Shawal mendiamkan diri. Dia sedang menonton televisyen." Wal dah tahu tadi. Mmm nantilah mak. Wal penatlah. " jawab Shawal acuh tak acuh. Kemudian dia masuk ke biliknya. Puan Aishah dan Ummi berpandangan. "apa kena dengan abang tu mak? " tanya Farouk yang baru muncul di muka pintu rumahnya. Shawal memang amat gembira apabila mendengar Asyrani telah sedar. Ingin dia pergi melawat gadis itu namun dia masih lagi berasa serba salah atas kematian Badrul. Asyrani pasti sedih apabila mengetahuinya. Baginya jika dia tidak muncul dalam hidup gadis itu, Badrul tidak akan pergi. Rasa bersalah membelenggu dirinya. Sedang dia berbaring, daun pintu biliknya diketuk.
"abang, ni Ayouk, boleh masuk? " tanya Ayouk ketika di luar bilik. "masuklah."ujar Shawal ringkas. Ayouk masuk ke kamarnya, dia duduk di sisi Shawal. Dia melihat abangnya berwajah muram. "abang ni kenapa? " tanya Ayouk. Shawal menggelengkan kepalanya. "Ayouk tahu, abang tengah fikir pasal Kak Asy kan?"tanya Ayouk lagi. Shawal mendiamkan diri. Dia bangun dan duduk di sebelahnya adik bongsunya itu. "Entahlah, abang rasa bersalah sangat, abang rasa abanglah penyebab sepupu Kak Asyrani meninggal. Abanglah menghalang percintaan mereka. Abang yang bersalah."kata Shawal tersekat-sekat. Dadanya menahan sebak. Air matanya luruh lagi. Farouk mendekatkan badannya dengan abangnya. "abang tak boleh salahkan diri abang. Kan tu takdir Allah. Takdir menunjukkan Kak Asy milik abang."ujar Ayouk, lagaknya seperti orang dewasa walhalnya umurnya baru setahun jagung lagi. Shawal tersentuh mendengar kata-kata adiknya itu. Tubuh adiknya yang kecil itu dipeluk erat. Dirinya bagai ditusuki suara halilintar yang menyedarkan dia dari lamunannya. Dia harus menerima hakikat bahawa Badrul sudah meninggal kerana Allah telah menetapkan Asyrani akan menjadi suri hidupnya. Dia segera bangkit dan menuju ke bilik air. Dia ingin berjumpa dengan gadis yang amat dirinduinya itu.
"Assalamualaikum, apa khabar semua? " sapa Shawal ketika berada di ruang menunggu luar bilik Asyrani dengan wajah yang ceria. Dia bersalaman denga ahli keluarga Asyrani. "baik, mak cik dengan pak cik baru sampai. Kami bertolak bila dapat tahu, Asyrani dah sedar."ujar Encik Yassin. Di wajahnya sedikit ceria terpamer. "Shawal nak tengok Asy ke? Pergilah masuk tapi dia tengah tidur tu. Kamu mesti rindu kat dia."usik Nana. Shawal tersenyum. Dia melangkah ke bilik Asyrani. Dilihat Asyrani sedang tidur nyenyak. Dia meletakkan bunga matahari di atas meja. Dia melihat raut wajah gadis itu, ada tercalit sedikit ceria. Mungkin dia gembira kerana ramai yang telah berjumpa dengannya hari ini. Mengikut kata ayah Asyani, neneknya telah datang melawat Asyrani siang tadi. Shawal duduk di sebelah katil Asyrani. Dia dapat membayangkan betapa sedih Asyrani apabila mengetahui Badrul sudah lagi tiada. Shawal terbatuk lalu mengejutkan Asyrani dari tidurnya. "eh, Asy terjaga, sorrylah, tak apalah Shawal keluar dulu, Asy rehat la ye."bangun Shawal dari kerusi itu. "Shawal nanti, jangan pergi. Jangan tinggalkan Asy. Temankan Asy."kata Asyrani. Tangan Asyrani memegang erat tangan Shawal. Shawal tak jadi bangun. "Asy kena banyak-banyak berehat tau nanti baru ada tenaga kalau kita nak jalan-jalan."usik Shawal. "apalah Shawal ni. Shawal, Asy mengantuklah."ucap Asyrani. Matanya kuyu menahan mengantuk. "tak apalah Asy tidurlah, esok malam Shawal datang lagi ya sayang."ucap Shawal sambil menyelimutkan Asyrani. Dia mencuit hidung Asyrani. Asyrani tersenyum mesra. Dia keluar dari bilik itu. Dia berasa serba salah kerana masih merahsiakan kematian Badrul.
Ramai keluarga hadir malam itu. Semua itu atas kehendak Shawal. Shawal telah meminta kedua-dua keluarga Badrul dan Keluarga Asyrani datang sendiri. Sesak kawasan bilik Asyrani. Shawal masuk ke bilik Asyrani. Dia berlagak seperti biasa. "Shawal, kenapa ramai sangat orang kat luar tu?" tanya Asyrani. Dia sendiri aneh melihat kesemua keluarganya hadir. "dia orang kan nak tengok Asy."jawab Shawal. "Shawal sembunyikan sesuatu dari Asy ya? mana Badrul, dari semalam Asy tunggu namun tak datang lagi. Sampai hati dia tak jenguk Asy."kata Asy muram. Shawal berasa makin serba salah. "Asy sebenarnya Badrul bukan tak boleh datang tapi dia takkan datang."kata Shawal perlahan-lahan. Asyrani tersentak. "apa maksud Shawal? " tanya Asyrani. Dia benar-benar bingung. "sebenarnya semasa Asy hampir nak di….. oleh Hafiz, Shawal telah cuba menghalangnya. Hafiz cuba tembak Shawal tapi dengan tidak semena-mena Badrul telah muncul dan tolak Shawal ke tepi lalu dia yang terkena tembakan itu."ujar Shawal tersekat-sekat. Dilihat wajah Asyrani di hadapannya, terkejut dan kaku. Asyrani menjadi bungkam. "selepas itu, apa yang terjadi?"tanya Asyrani. Matanya sudah mula berkaca. "Badrul meninggal di tempat kejadian. Jenazahnya sudah selamat dikebumikan kat Kuantan."jawab Shawal. "tidak!!!" Asyrani meraung sekuat hatinya. Air mata jernih menitis. Dia telah kehilangan seorang rakan baiknya. Shawal berusaha untuk menenangkannya. Asyrani menangis sekuat hatinya. Ayah dan Umi Asyrani masuk ke dalam bilik. Mereka berusaha menenangkannya. Mereka bertanya kepada Shawal. Shawal berkata "saya beritahu dia perkara sebenar tentang Bad."jawab Shawal. Kedua orang tua itu hanya mendiamkan diri. Mereka tahu lambat laun Asyrani pasti mengetahuinya. Beberapa minit kemudian, Asyrani sudah mulai tenang. Dia mulakan bicaranya. "tak sangka Bad dah pergi tinggalkan Asy, rasanya baru semalam Asy jumpa dengan dia."kata Asyrani. Esakannya makin perlahan. Kini dia mengerti kenapa Badrul muncul dalam mimpinya itu.
"maafkan Asy, Aunty Ju. Disebabkan Asy, Aunty Ju dah kehilangan Badrul."ujar Asyrani tersekat-sekat. Aunty Julia memandang anak gadis itu. Baginya sudah takdir Yang Maha Esa. "tak apa adik, nak buat macam mana, Allah lebih sayangkan dia."ujar Aunty Julia sambil mengusap belakang anak gadis itu. Asyrani melihat wanita di hadapannya kelihatan tenang. Dia tahu Aunty Ju sedang menangis dalam hatinya. Aunty Ju memeluk Asyrani erat. Shawal hanya memerhatikan perbualan mereka berdua. "Adik jangan sedih, walaupun Bad tak ada kat sini namun dia tetap ada dalam hati kita."ujar Aunty Ju lagi. Asyrani hanya mendiamkan diri. Dia terbayang waktu dia bersama Badrul. Sungguh indah. Dia masih terbayang sewaktu mamanya baru meninggal, Badrul yang sentiasa memujuknya ketika dia sedih. Air mata Asyrani gugur lagi namun dia tahu walau tangisan berdarah sekalipun dia tangisi, Badrul tidak akan kembali menyinari harinya.
Malam kian larut, Asyrani sudah mulai tenang, Shawal memulakan bicara. Ketika itu dia menjemput keluarga Asyrani dan ibu bapa saudara-saudara Asyrani serta nenek Asyrani di ajak masuk ke dalam bilik itu. "sebenarnya tujuan Shawal kat sini bukan ingin mencampuri urusan keluarga kalian semua. Sebelum Badrul meninggal, dia berpesan supaya membaca surat ini di hadapan semua. Saya sendiri tidak tahu apa dalam isi kandungannya. Hanya Allah dan Badrul sahaja yang tahu."ujar Shawal. Dia melepaskan keluhan berat. Semua mata memandang ke arahnya. Asyrani juga turut memandangnya. Dia benar-benar ingin mengetahui isi surat itu. Shawal membuka sampul surat itu. Hatinya berat untuk membacanya. Namun dia cuba mencari kekuatannya.
Suluk
6 years ago
0 comments:
Post a Comment