Kaulah Segalanya Episod 13

"hello, ni siapa?"tanya Shawal sejurus menjawab panggilan itu. Di pastikan Tuan Ikhwan dapat mengesan lokasi Hafiz berada. "masakan kau tak kenal aku. sudah gaharu cendana pula, dah tahu bertanya pula."suara lelaki itu bermadah. "hei Hafiz, kau nak apa ha? Kau jangan cuba apa-apakan Asy. Apa yang kau dapat dengan culik dia. Lebih baik biar kita yang berdepan."jerit Shawal. "waduh tenang Shawal, Asyrani selamat kat sini bersama aku. Kau tanya aku apa yang aku dapat? Aku dah dapat apa yang aku nak selama ni, Asy."kata Hafiz membisik. "kau jangan nak apa-apakan dia, aku sanggup beri apa sahaja tapi pulangkan Asy pada aku!"kata Shawal. Dia berasa tersangat bimbang tentang keadaan Asyrani. Hafiz mendiamkan diri kemudian dia berkata. "baik, esok petang aku nak kau datang seorang diri kat Bandar Tasik Pemaisuri. Bawak duit jumlah RM 200,000. Ingat seorang aja tau. Kalau aku dapat tahu kau bawak polis atau sesiapa sahaja, kau akan jumpa mayat Asyrani sahaja."Hafiz memberi amaran. Shawal memandang kepada Tuan Ikhwan, dia memberi isyarat kepada Shawal agar menurut kata-kata Hafiz. Dia sudah dapat mengesan lokasi Hafiz berada. "baik, aku akan datang esok petang. Yang penting kau jangan apa-apakan Asyrani. Kalau kau cuba nak sentuh dia. Aku cincang kau!"jeritnya. "Shawal, kau jangan risau, aku tak akan apa-apakan Asy, ye la, mesti kau takut sebab kau kan nak kahwin dengan dia. Kau mesti tak nak isteri yang dah tak suci kan."Hafiz ketawa kuat. "celaka kau Hafiz!! Binatang!! " ujar Shawal. Belum sempat dia katakan apa lagi, Hafiz sudah memutuskan talian.




Pagi itu, Shawal memberitahu kepada orang tuanya serta Badrul.Tuan Ikhwan telah merancang untuk menangkap Hafiz di rumah yang dikesannya semalam."biarkan saya pergi Shawal. Biar saya tebus kesilapan saya."ujar Badrul. "tak boleh Bad, ni pergaduhan antara saya dengan Hafiz. Lagipun dia dah pesan agar saya datang seorang. Kalau tak nyawa Asy dalam bahaya."ujar Shawal. Dia menghargai pertolongan Badrul namun dia harus menyelesaikan sendiri. Badrul mengangguk lemah. "sekarang yang harus kita fikrkan mana nak cari duit RM 200,000 dalam masa sehari. Banyak tu."ujar Shawal kepada ibu bapa Asyrani. "Shawal jangan risau, pasal duit tu, kami akan uruskan."ujar Puan Noraini. "Sekarang Shawal pulang dulu,pergi bersihkan diri dan berehat. Shawal perlukan banyak tenaga nanti."ujar Encik Yassin sambil menepuk bahunya. Dia agak kesian dengan lelaki muda itu. Shawal langsung tak tidur malam tadi. Biarlah dia berehat sebentar. Shawal hanya mengangguk. Baginya selagi dia tidak dapat pastikan Asyrani berada di depan matanya, dia tidak dapat bertenang masakan berehat. "kalau macam tu, Shawal mintak diri dulu." kata Shawal sambil bersalam-salaman. Ebi mengikutnya pulang sekali. Sudah semalaman dia tidak pulang.




"Sabarlah Wal, semua ni ada hikmahnya."ujar Ebi sambil mengusap badan Shawal semasa berada dalam kereta. Tiba-tiba Shawal memberhentikan keretanya di tepi jalan. Dia mengeluh panjang. Dadanya terasa sebak. "aku tak sanggup kehilangan dia Ebi, aku terlalu sayangkan dia."ujar Shawal. Manik-manik mutiara gugur dari matanya mengalir ke pipinya. Dia menutup mukanya. Ebi cuba memujuk Shawal. Dia sendiri tidak tahu bagaimana cara untuk memujuk Shawal. Selepas menghantar Ebi ke rumah, Shawal terus ke rumahnya. Dia membawa bersama telefon bimbit Asy. Takut-takut kalau Hafiz menelefonnya. Lagipun dia belum tahu lokasi Hafiz ingin berjumpa dengannya. Sampai di rumah, jelas wajahnya muram dan tidak bermaya. "macam mana Wal, dapat tak cari Asy? " tanya Encik Ruslan sambil membaca surat khabar. "dapat abah, tapi abang kena bersemuka dengan penculik tu. Sebenarnya penculik tu tak puas hati dengan abang sebab abang rampas kekasih dia. Petang ni kami akan berjumpa. Dia nak duit RM 200,000."ujar Shawal tidak bermaya. Puan Aishah dan Encik Ruslan berpandangan. "mmm tak apalah, kamu pergilah berehat dulu. Nanti mak pesan supaya adik-adik kamu tu tak kacau kamu berehat. Mak tahu sekarang kamu tak mahu diganggu."kata ibunya lembut. Shawal memeluk ibunya sekuat hati. Ibunya amat memahaminya. Ayahnya hanya memerhatikan 2 beranak itu. Encik Ruslan turut berasa sedih melihat anak sulungnya itu. Shawal melangkah longlai masuk ke bilik.




"hei Asy!! bangun, hari dah siang!"jerit Hafiz. Asyrani tersedar dari tidurnya. Badannya sakit-sakit kerana lenguh diikat. Sudah berapa gelen darahnya dihisap oleh nyamuk malam tadi. Perutnya sakit kembali. "aduh sakitnya perut aku, gastrik tak tentu masa nak datang."desis hatinya. Dia memandang tajam kepada Hafiz yang sedang enak menjamu sarapan di hadapannya. "dari aku layan dia makan baik aku buat-buat puasa kan senang."fikirnya lagi. "hoi, kau nak makan tak?" tanya Hafiz. Dia sedang gelojoh makan nasi bungkus. Di sisi meja, ada sebuah pistol. Asyrani menelan air liur. "tak nak."jawab Asyrani kasar. "jual mahal pulak, aku beli nasi goreng kat kau. Kau tak nak makan sudah."kata Hafiz. "petang nanti, kau akan dapat jumpa dengan mata air kesayangan kau tu."kata Hafiz dengan nada mengejek. "Shawal?"tanya Asyrani. "ya, dia nak bagi duit kat aku supaya aku lepaskan kau. Tapi aku tak sebodoh itu, lepas aku dapat duit tebusan tu, aku akan bunuh kamu berdua. Boleh kau bersama-sama kat syurga nanti."ejek Hafiz lagi. Dia ketawa berdekah-dekah.





Shawal baring berbantalkan lengannya di atas katilnya. Dia memandang siling. Fikirannya kosong yang ada hanyalah bayangan Asyrani. Dia tergiang-ngiang suara Asyrani ketika menyanyikan lagu Kaulah Segalanya yang seperti menjadi lagu tema kasih mereka. "bang, macam mana ni bang, saya tengok Shawal tu macam orang bingung aja."kata Puan Aishah semasa memasak di dapur. "entahlah, saya pun tak tahu nak buat macam mana. Cuba awak cakap dengan dia. Dia mesti dengar cakap maknya."kata Encik Ruslan. Selepas selesai memasak, ibu Shawal mengajak Shawal makan. "abang, jom makan nasi. Kasi tenaga sikit badan tu."seloroh ibunya. Puan Aishah duduk di birai katil. Dia melihat anak sulungnya baring. "tak apalah mak, abang tak lapar. Mak makanlah dulu ya." tolak Shawal lembut. Selera makannya tertutup. "janganlah macam ni, mak dan abah risau tengok abang macam ni. Makanlah sikit. Nanti boleh abang belasah penculik tu."kata ibunya. Shawal mendengar seloroh ibunya sedikit tersenyum. Shawal bangun dari pembaringannya. Dia berjalan menuju ke meja makan. Dia memberitahu ibunya bahawa dia akan ke rumah abang Asyrani selepas makan tengah hari.





Badrul melihat keluarga di rumahnya. Dia berharap apabila dia sudah tiada, keluarganya akan aman bahagia dan akan bersatu kembali dengan keluarga Asyrani. Awal pagi tadi, dia telah ke rumah Asyrani.Badrul minta izin dari mamanya untuk ke rumah Asyrani. Badrul bersalaman dan mencium kedua orang tuanya. Dato' Khalil dan Datin Julia berasa amat harian. Dia juga beria-ia memeluk adik-adiknya, Intan dan Danish. "Mama, Bad pergi sana dulu. Kalau ada apa-apa terjadi kat Bad, ampunkan dosa Bad dan halalkan makan minum Bad."kata Badrul. Sayu mendengar suara anak lelakinya itu. Kedua orang tuanya berpandangan. Mereka agak hairan dengan sikap anaknya itu. Aunty Julia memeluk anak lelakinya. Badrul keluar dari rumahnya. Dia nekad Asyrani harus diselamatkan meskipun nyawanya digadaikan!. Dia sanggup berkorban untuk Asyrani apa sahaja.




Pukul 2 petang, semua berkumpul di rumah Khairul. Mereka menunggu panggilan dari penculik itu. Shawal dan Khairul mundar-mandir bimbang. Badrul pula kelihatan tenang sahaja. Kedua orang tua Asyrani juga bimbang dengan keselamatan anak bongsunya itu. Mereka sudahmenyiapkan duit yang Hafiz minta itu. Berkat hasil bantuan Badrul sekeluarga. Telefon bimbit Asyrani berbunyi. Shawal memberi isyarat agar semua yang berada di sana diam sebentar. "hello."kata Shawal. "hello Shawal, kau dah siapkan wang tu?"tanya Hafiz. "dah, bila aku boleh jumpa Asyrani?"tanya Shawal. "sabarlah, aku nak kau datang kat tempat aku tinggal ni, catat alamatnya."kata Hafiz. Shawal mengambil sebatang pen dan sehelai kertas dan mencatit alamat itu. "datang pukul 5 petang ni. Aku nak kau datang seorang aja. Awas kalau kau libatkan polis!, aku akan tembak dia!!!"Hafiz memberi amaran keras.




Tuan Ikhwan mula merancang strategi. Shawal tetap pergi seorang diri tapi polis dan Badrul akan mengikutnya dari jauh. Pukul 4 petang, mereka bertolak ke tempat persembunyian Hafiz. Shawal berasa agak gementar. Perasaannya bercampur baur. Dia ingin menyelesaikan pergaduah hari ini juga. Dia akan pastikan Hafiz akan ditangkap supaya tiada ancaman lagi untuk Asyrani. Dia tidak rela melihat kejadian buruk terjadi kepada gadis yang amat dicintainya. Tepat pukul 5 petang, Shawal tiba di sebuah rumah yang agak sunyi kawasannya. Rumah itu kelihatan kemas. Jauh dibelakang kereta Shawal, Badrul mengekorinya bersama Tuan Ikhwan dan Ebi. Shawal duduk diam dalam keretanya. Menanti arahan berikutnya. Tiba-tiba telefon Asyrani berbunyi lagi. "hello, aku dah sampai."kata Shawal. "bagus, sekarang keluar dari kereta tu. Bawak duit sekali, jalan ke pintu depan rumah tu."arah Hafiz. Shawal mengikut perintah Hafiz. Apabila Shawal masuk ke rumah itu, dia dapat rasakan sesuatu yang kuat menghentam belakangnya. Shawal tersentak lalu jatuh pengsan. Semuanya berpusing. Shawal terjaga, dia sendiri tidak sedar sudah berapa lama dia pengsan. Belakangnya masih terasa sakit. Dia melihat dirinya diikat. Asyrani juga berada di hadapannya. Dia tertidur. Shawal bersyukur gadis itu tidak apa-apa. Shawal mengesot badannya mendekati Asyrani. Dia mahu gadis itu berasa selamat dengannya walau di mana jua.




"hei Hafiz lepaskan aku, aku dah beri wang yang kau nak tu. Sekarang lepaskan kami berdua."jerit Shawal. Jeritan Shawal mengejutkan Asyrani dari tidur. "hah? Shawal, macam mana Shawal ada kat sini?"tanya Asyrani yang masih kebingungan. "Shawal bawak wang tebusan, tiba-tiba Shawal pengsan sedar-sedar dah kena ikat. Sayang tak apa-apa?"tanya Shawal. Asyrani menggelengkan kepalanya. "wah, romantiknya pasangan kekasih ni. Meluat aku tengok."ketawa Hafiz. Hafiz duduk dihadapan mereka sambil ketawa berdekah-dekah. "Hafiz, aku dah bawak duit yang kau nak, sekarang lepaskan kami berdua."ujar Shawal. Sekali lagi Hafiz ketawa terbahak-bahak. Lagaknya seperti tauke besar. "kau ingat kau berdua boleh lepas, kenapa kau ni bodoh sangat ha?"ejek Hafiz. "aku takkan biarkan kau berdua hidup bahagia."ujar Hafiz lagi. "kau dah mungkir janji Hafiz."jerit Shawal. "suka hati aku lah. Aku boleh buat apa yang aku suka."jawab Hafiz. Dia berjalan ke arah Asyrani. Dia mengusap wajah Asyrani kemudian menarik Asyrani ke suatu sudut di rumahnya. "apa ni Hafiz, kau jangan nak apa-apakan aku?"jerit Asyrani kuat. Shawal panik. Dia berusaha menanggalkan ikatan yang kemas itu. Hafiz membaringkan Asyrani. Asyrani berusaha menolak tubuh Hafiz. Shawal tetap berusaha menghalang Hafiz. Namun pergerakannya terbatas kerana diikat.





Hafiz menampar Asyrani banyak kali hingga gadis itu tidak sedarkan diri. Gadis itu sudah terkulai layu. Ketika itu, Shawal tidak tahu hendak buat apa. "hei, Hafiz kalau kau betul berani, lawanlah dengan aku."jerit Shawal. Hafiz yang sedang rakus ingin meratah Asyrani terhenti. "Shawal, kau ni betul cari nahas. Macam nilah. Apa kata aku tembak kau dulu. Pastu baru kekasih hati kau ni."kata Hafiz sambil mengeluarkan pistol yang terselit di punggungnya. Dia mengacukan pistol ke arah Shawal. "any last word?"kata Hafiz. Dia menarik picu pistol. Shawal memejamkan matanya. Dia rela ditembak namun dia berasa seperti ada sesuatu yang menolaknya ke tepi. "Ya Allah."jerit lelaki itu. Rupa-rupanya Badrul yang telah menolaknya. Badrul telah selamatkan dirinya dengan menggadaikan nyawanya. Peluru tembakan itu terkena perut Badrul. Tuan Ikhwan menembak Hafiz. Dia pengsan tak sedarkan diri. Tuan Ikhwan mengarahkan agar pasukannya membawa Hafiz pergi sementara dia membantu membuka ikatan Shawal. Shawal segera berlari ke Asyrani. Pakaiannya koyak rabak.Shawal mengambil selimut yang berada di rumah itu lalu menutup badan gadis itu.



"Shawal, saya nak awak jaga Asy lepas ni."kata Badrul tersekat-sekat. Darahnya membuak keluar dari mulut serta luka tembakannya. "awak tak perlu korbankan diri awak. Sabar ya, ambulans dalam perjalanan. Awak kena bertahan."ujar Shawal. Kepala Badrul di atas riba Shawal. "tak apalah Shawal, saya dapat rasakan nyawa saya akan berakhir di sini."kata Badrul. Banyak darah berlumuran di atas lantai. Begitu juga dengan tangan Shawal. "Shawal, sebelum saya pergi, saya ada sesuatu nak mengaku pada awak. Saya mencintai Asyrani."beritahu Badrul. Kenyataan Badrul itu mengejutkan Shawal namun dia ingin mendengar penjelasan Badrul. "saya mencintai dia sejak kecil lagi namun saya tak mampu bahagiakan dia. Sekarang saya nak awak jaga dia. Jangan sia-siakan dirinya."kata Badrul menahan kesakitan. Sesekali dia menyebut nama Allah. Darah Badrul masih keluar dari mulutnya. "ada satu lagi, selepas jasad saya di kebumikan nanti, saya nak awak pergi ke kereta saya. Dalam dashboard tu ada sekeping surat. Saya nak awak baca surat tu depan semua orang termasuk keluarga saya dan keluarga Asy sekali."kata Badrul. "Tapi…."Shawal ingin berkata namun Badrul memintasnya. "anggaplah ni permintaan terakhir saya."pinta Badrul. Sinar matanya mengharap Shawal memenuhi permintaannya itu. Tiba-tiba nafas Badrul menjadi laju. "Ya Allah."ucap Badrul. Shawal menjadi panik. Dia membisikkan kalimah syahadah ke telinga lelaki itu. Dadanya berasa sebak. Kelihatan mulut lelaki itu terkumat-kamit. Akhirnya mata lelaki terpejam. Badrul sudah pun meninggal dunia. Shawal tersentap dengan tidak semena-menanya air matanya keluar. Dia benar-benar tidak sangka yang Badrul menyimpan hati kepada Asyrani dan sanggup bekorban nyawa untuk selamatkannya. Mayat Badrul ditutup dan dibawa ke hospital begitu juga dengan Asyrani.

0 comments: