Lama Badrul menunggu tapi Asyrani tidak muncul juga. Hampir 30 minit dia menunggu Asyrani. Bimbang juga jika penyakit lama Asyrani kembali semula. Badrul memang sedia tahu tentang penyakit gastrik yang Asyrani alami. Dia juga tahu penyakit gadis itu bertambah serius. Akhirnya dia membuat keputusan untuk pergi ke tandas perempuan. Dia ternampak ada seorang wanita yang menyapu di luar pintu masuk tandas. "assalamualaikum mak cik, mak cik ada nampak ada seorang gadis yang pakai tudung berwarna putih, bajunya bewarna biru. Dia pergi ke tandas. Saya tunggu dia sampai sekarang tak keluar-keluar lagi."tanya Badrul sopan. "apa hubungan kamu dengan dia ?" tanya wanita itu. "dia sepupu saya. Mak cik ada nampak dia tak?" tanya Badrul lagi. "oh, bukan dia bersama suaminya ke? Tadi mak cik nampak ada seorang lelaki yang mendukungnya pergi. Katanya isterinya tak sihat. Agaknya mengandung kot."jawab wanita itu. "eh, sepupu saya tu tak kahwin lagi. Ini ke gadis yang mak cik cakap tu?"tanya Badrul lagi sambil mengeluarkan gambar Asyrani yang memang sedia ada di dalam dompetnya. Hatinya gelisah. Dia bimbang jika Asyrani diculik. Wanita itu meneliti gambar gadis yang diberi oleh lelaki di hadapannya itu. "ya nak, memang budak ini." jawab Mak cik itu mengesahkan lagi jawapan yang bermain di dalam minda Badrul. "Ya Allah, Asy diculik. Apa yang patut aku buat ni?"desis hatinya sendiri. Badrul meminta diri dan sebelum itu dia sempat bertanyakan tentang rupa lelaki yang menculik Asyrani itu.
Badrul berlari sekeliling stesen itu mencari kelibat Asyrani dan penculiknya. Dia mati akal. Apa yang patut dibuatnya sekarang. Merata tempat dia mencari Asyrani. Dia sendiri tidak dapat mengagak siapa yang menjadi dalang dalam penculikan itu. Dia menelefon abang Asyrani, Khairul tentang Asyrani. Abangnya sangat terkejut lantas dikhabarkan berita itu kepada keluarganya yang berada di Kuantan. Berita ini cukup menggemparkan keluarganya. Malam itu juga ayah dan uminya bertolak ke Kuala Lumpur. Keluarga Badrul juga mengetahuinya. Badrul berasa amat bersalah kerana tidak dapat menjaga Asyrani dengan baik. Walaubagaimanapun, neneknya tidak diberitahu kerana bimbang akan terkena serangan sakit jantung. Masing-masing bekerjasama mencarinya. Malam kian menjelma. Badrul kian risau dan gelisah. Dia merasakan dialah bertanggungjawab atas kehilangan gadis yang amat disayanginya itu.
Jam tangannya sudah menunjukkan pukul 10 malam "lambatnya Asy ni, dia tak pernah lambat." desis hati Shawal. Shawal sudah lama tiba di taman yang menjadi tempat biasa mereka berjumpa. Shawal berasa tidak sedap hati. Tak mungkin Asyrani melupakan janjinya. Dia menuju ke rumah Asyrani di Bangi. Apabila dia sampai di rumah Asyrani, dia melihat ramai orang disekitar rumah gadis itu. Hatinya berasa resah. Apabila dia melangkah dia melihat abang Asyrani berjalan mundar-mandir. "assalamualaikum Abang Khairul, ramai orang kat sini. Asy ada tak abang?"tanya Shawal sambil bersalaman. "eh, kamu tak tahu lagi ke? Adik kena culik " kata lelaki yang di hadapannya. Berderau darah Shawal mendengarnya. Jantungnya bagai berhenti seketika. "hah! Asy kena culik bila?" tanya Shawal. "petang tadi masa dia keluar dengan Badrul. Katanya adik nak pergi toilet lepas tu tak muncul-muncul dah. Lepas tu dia tanya mak cik tukang sapu dia kata ada seorang lelaki yang dukung Asy. kata lelaki tu Asy tu isterinya."jawab Khairul. Hatinya berkecamuk. Dia berasa terganggu. Ayahnya sebentar lagi sampai. Dia sepatutnya menjaga adiknya. Khairul menyalahkan diri sendiri.
Shawal berasa lemah lututnya. Dia nampak kelibat Badrul yang duduk di kerusi. Dirinya ditemani oleh seorang wanita disisinya. "Bad, macam perkara ini boleh berlaku? " tanya Shawal kepada Badrul. Ingin dimaki lelaki yang di hadapannya kerana tidak menjaga Asyrani dengan baik. "saya mintak maaf Shawal, saya tak jaga Asy dengan baik. Lepas mak cik tu beritahu saya, saya cari dia merata-rata tapi tak berjumpa. Bingung saya dibuatnya. Awak kalau nak marah saya. Silakanlah. Memang saya bersalah pun."jawab Badrul. "Badrul, kalau boleh memang saya nak marah, tapi marah tak boleh selesaikan segalanya. Dah report polis? " tanya Shawal. Badrul menggelengkan kepalanya. "abang Khai kata tunggu papa Yassin dulu. "jawab Badrul. "Bad tau macam mana rupa orang yang culik Asy tu?"tanya Shawal lagi. Wanita yang berada di sisi Badrul itu mendengar aja perbualan anak muda itu. "mengikut kata mak cik tu, lelaki itu putih, agak tinggi jugak, wajah dia macam anak cina sikit."jelas Badrul. Shawal tersentak. "saya tahu ni kerja siapa."jawab Shawal. Badrul dan wanita itu berpandangan. "saya nak call kawan saya dulu kejap ya."kata Shawal. "siapa tu Bad? Beria-ianya dia. Mama tak tahu dia tu family kita." ujar Aunty Ju. Pertama kali dia menjejakkan kaki ke rumah anak saudaranya itu. Dia berasa kasihan melihat anaknya. Dia tahu Badrul tertekan kerana baginya, dialah punca kehilangan Asyrani. "dia tu kekasih Asy."jawab Badrul ringkas. Fikirannya betul-betul bercelaru. Namun dia harus bijak menyusun strategi untuk menyelamatkan Asyrani.
"hello Ebi, kau kat mana tu? Aku nak jumpa kau sekarang boleh tak? emergency ni!" kata Shawal. "ada apa ni Shawal?"tanya Ebi. Dia mendengar suara Shawal agak tergopoh-gopoh. "Asy, Bi, dia kena culik. Kau kena tolong aku. kau kena datang kat rumah Asy ni " kata Shawal. "Astaghfirullahal a'zim, ok aku datang sekarang."jawab Ebi. Shawal duduk sendirian. "benarkah dia menculik Asy? " fikir Shawal. Shawal merasakan lelaki itu merupakan suspek utama dalam kes ini kerana lelaki itu pernah mengugut Asyrani. Shawal berjumpa dengan Khairul. "bang, saya rasa saya tahu ni kerja siapa? " kata Shawal. Khairul melopong mulutnya. "siapa dia Shawal?"tanya Khairul. Dia berasa geram dan juga hairan kerana setahunya adiknya tidak pernah bermusuh dengan sesiapa pun. "Hafiz."jawab Shawal ringkas. Khairul agak sedikit terkejut. Sudah lama dia tidak mendengar nama lelaki itu. Badrul yang turut berdiri di situ terkejut. "kenapa? " tanya Badrul. "mengikut sifat fizikal yang Bad cakap dan sebelum ni Asy pernah terima ugutan darinya tapi tu dah lama dah. Rasanya dah dekat 2 tahun lebih. Mula-mula saya nak report tapi dia tak bagi."balas Shawal panjang lebar. "tapi apa motifnya?"tanya Badrul lagi. "dia tu sebenarnya pernah menjadi teman lelaki Asyrani dulu. Lepas Asyrani putuskan hubungannya, mereka berjumpa kembali kat Port Dickson masa Asy bercuti kat sana. Hafiz tu kekasih kawan baik Asy kat UNISEL. Baru-baru ni, kami ada jumpa dengan dia kat Carrefour. Dia pandang kami macam nak makan je. Saya rasa dia tak boleh terima hati Asy tidak lagi padanya."jawab Shawal lagi. Dia semakin pasti yang Hafiz menjadi dalang semua ini. Dia sudah mememberitahu ayah dan emaknya tentang kehilangan Asyrani. Mereka dalam perjalanan ke sini.
"Khai macam mana perkara ini boleh terjadi? Kamu tak jaga adik ke?"tengking Encik Yassin di hadapan orang ramai. Kedua orang tua Asyrani baru sahaja tiba bersama kakak Asyrani. Khairul hanya mampu mendiamkan diri. Hatinya bungkam. Dia tidak tahu apa yang ingin dijawabnya. Dia terlalu sibuk bekerja hingga mengabaikan adiknya. "Sabarlah Yassin. Khairul tu tak bersalah. Keadaan dah jadi macam ni kita tak boleh salahkan siapa-siapa pun."Encik Ruslan cuba menenangkan Encik Yassin. "Sabarlah Aini, akak yakin Asyrani tu selamat."Puan Aishah memeluk Puan Noraini yang menangis tersedu-sedu. Walaupun Asyrani itu hanyalah anak tirinya, dia tetap sayangkan gadis itu dan yang lain seperti anaknya sendiri. "Ebi, macam mana nak buat sekarang ni?"tanya Shawal. Buat masa ini, dia langsung tak boleh berfikir. "aku rasa baik kita semua pergi laporkan pada pihak polis."kata Ebi. "saya rasa tak payah libatkan pihak polis. Saya takut penculik tu apa-apakan Asyrani. Macam ni, saya ada kawan. Dia polis bahagian jenayah. Saya akan panggil dia tolong."Badrul mencelah. "betul gak tu, yang penting sekarang keselamatan Asy. kalau ada apa-apa berlaku kat Asy, aku tak sanggup nak hadapinya.”jawab Shawal pada Ebi
"Kamu buat apa kat sini Julia?"tanya Encik Yassin. Wanita itu hanya mendiamkan diri. "kamu sukalah kan, dulu masa kakak kamu sakit, kamu tak pergi jenguk dia apalagi lepas dia meninggal. Baliklah Julia. Kamu tak diperlukan di sini. " ujar ayah Asyrani keras. "abang Yassin, maafkanlah Ju sekeluarga. Berilah peluang pada Ju untuk tebus kesalahan Ju. " kata Julia. Dia mula menangis. Encik Yassin hanya melihat tanpa bersura. Dia tidak pasti sama ada ini adalah kenyataan atau sandiwara sahaja. Hatinya cukup terluka akibat perbuatan mereka semua. Puan Noraini cuba memujuk suaminya. "abang, janganlah macam ni, kesian kak Ju ni. Yang sudah tu sudahlah." Encik Yassin merengus perlahan. Julia memeluk Puan Noraini. Dia menangis sekuat-kuatnya. Kini baru dia tahu, dia sudah berprasangka dengan wanita yang dipeluknya kini. Wanita yang disangka perampas kebahagian kakaknya sedang memeluk menenangkannya!
Asyrani tersedar dari pengsannya. Kepalanya terasa berat. Belakang kepalanya sakit, mungin kerana dipukul tadi. Dia melihat jam tangannya "sudah pukul 1 pagi."desis hatinya. Dia melihat dirinya. Tangan dan kakinya diikat oleh tali. Dia melihat keadaan sekelilingnya. Dia berada di rumah yang agak kemas. Semuanya tersusun rapi. Asyrani berasa hairan. Adakah ada orang ingin mengenakannya atau benar-benar ini kes culik. Tak mungkin penculik tinggal di rumah yang cantik seperti ini. "dah sedar sayang. " Asyrani mendengar kata-kata lelaki yang berada di belakangnya. Dia sedang mengelap pistolnya. "Hafiz!!" jeritnya. Hafiz tersenyum. Dia berasa puas. Dia takkan biarkan Shawal bahagia dengan Asyrani. "hei kau nak apa dari aku?"jerkah Asyrani. "jangan jerit sayang. Kalau kau jerit, tiada siapa yang dengar."kata Hafiz. Dia ketawa berdekah-dekah. "kau nak apa ha?"tengking Asyrani. "aku nak engkau. Kau tau tak disebabkab kau, aku berpisah dengan Anis, ayah dia dah tak tanggung pelajaran aku, aku gagal diploma, keluarga aku halau aku bila aku sebut nama kau. Semuanya kerana kau tahu tak."jerit Hafiz. "yang kau buat siapa suruh, aku pernah tak suruh pun. Kau kena ingat Fiz, kita dah tak ada apa2 lagi."jerit Asyrani. "diam! Aku tembak baru tau."kata Hafiz sambil mengangkat tangannya. "tembaklah, aku tak kisah pun, nanti polis cari kau."jerit Asyrani. Pang!! Satu tamparan hinggap di pipi kiri Asyrani. Terasa perit pipinya tika itu. Asyrani mengaduh perlahan. "kau ni berani sangatlah Asy. Nilah masalah kau main cakap lepas je. Aku rasa sekarang mesti family kau tengah cari kau dan semestinya Shawal kesayangan kau tu mesti tengah cari kau merata-rata tempat."ujar Hafiz lembut. Tangannya mengusap pipi Asyrani yang ditampar tadi. "hei, jangan sentuh aku!"kata Asyrani kasar. Hafiz berasa geram lalu menampar pipi Asyrani berulang kali hingga gadis itu pengsan. Lelaki itu tersenyum. Puas hatinya.
"apa yang kita kena buat sekarang ni?"tanya Encik Yassin. "buat masa sekarang ni, kita kena tunggu panggilan dari penculik it. Dia boleh telefon bila-bila masa sahaja. Apabila dia telefon, kami akan kesan dimana dia."jawab Tuan Ikhwan, rakan Badrul. "mak cik, pak cik berehatlah dulu. Nanti kalau ada apa-apa Shawal bagi tau ok."bilang Shawal. Dia cuba menghilangkan kegusaran mereka. Nana membawa mereka masuk ke bilik. Kini yang tinggal hanya, Shawal, Khairul, Badrul,Tuan Ikhwan dan Ebi. Aunty Julia sudah pun pulang. Masing-masing mendiamkan diri. Badrul masih lagi tebayang waktu dia bersama dengan Asyrani. Dia berasa amat gembira ketika bersama gadis itu. Walaupun gadis itu tidak mempunyai perasaan cinta kepadanya atau mengetahui perasaannya, dia sudah bersyukur kerana sudah dapat membuat Asyrani gembira ketika bersamanya. Badrul sedar walaupun Shawal tak muncul dalam hidup Asyrani, dia tetap tidak dapat bersama dengan Asyrani. Dia tidak dapat membahagiakan gadis itu. Lama-kelamaan, Badrul meminta diri pulang untuk mandi dan solat isyak. Khairul sudah terlelap di sofa. Tuan Ikhwan dan Ebi sibuk berbincang. Tinggal Shawal sendirian.
Waktu menunjukkan pukul 3 pagi. Shawal mengambil wuduk, dia solat hajat di bilik tetamu. Dia berdoa menghadap kepada Yang Esa.
"Ya Allah, Ya Tuhanku kau ampunilah dosa-dosa kedua ibu bapaku dan keluargaku, ampunilah dosa-dosa ku. Ya Allah berilah aku kekuatan untuk menempuhi segala dugaan yang kau takdirkan untuk aku. aku pasrah Ya Allah. Wahai Tuhanku yang Maha Pemurah, kau selamatkanlah kekasihku dari segala bahaya. Berilah dia kekuatan dan keselamatan. Kau selamatkanlah dia Ya Allah. Sesungguhnya aku amat sayangkannya. Ya Allah yang Maha berkuasa, kau berilah petunjuk agar aku dapat selamatkannya. Ya Allah yang Maha pengasih kau perkenanlah doa hambaMu ini. Di sini hambaMu yang kerdil meminta agar Asyrani selamat. Sesungguhnya Kaulah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Aamin.
"Shawal berdoa. Gugur air matanya. Dia masih duduk bersimpuh di atas tikar sejadah. Shawal bangkit dari duduknya. Dia melipat sejadahnya. Tiba-tiba Ebi menerpa masuk ke bilik. Shawal terkejut, dia membetulkan songkoknya. "Wal, telefon Asy berbunyi, nombor itu tak dikenali. Tuan kata mungkin Hafiz." Shawal segera ke ruang tamu. Khairul menyuruh dia menjawab panggilan itu.
Suluk
6 years ago
0 comments:
Post a Comment