Izinku Pergi episod 2

“Assalamualaikum mak, Kim dah balik.”laung Hakim sebaik sahaja menjengah mukanya di muka pintu. Ibunya, Datin Maimunah tersenyum. “pergi mandi lepas solat kita makan sama-sama.”arah ibunya. Hakim cuma mengangguk. Selesai solat, dia berdiri di balkoni banglonya. Hatinya bercelaru. Hatinya menerawang kepada seseorang yang mencuri hatinya, Karmilla. Karmilla merupakan teman sekelasnya sejak dari tingkatan dua lagi. Mereka berkawan rapat sehingga menjadi pasangan kekasih. Mereka berdua kelihatan secocok, sama cantik, sama pandai dan sama darjat. Setelah mendapat berita pertukaran ayahnya itu, hati Hakim dirundung gelisah. Dia tidak mahu meninggalkan Karmilla. Walaupun sejak kebelakangan ini, Karmilla sedikit dingin dengannya.




“Milla, semalam ayah I ada buat bagitau sesuatu.”Hakim menyusun kata. Milla yang asyik membaca buku di perpustakaan itu mengalihkan pandangannya sebentar kemudian menghadap buku kembali. “dia cakap by end of this month kita orang satu family kena pindah Kuantan.”ujar Hakim. Terasa perit tekaknya untuk mengeluarkan kata-kata itu. “oh yeke? Habistu Qeem cam ne?” tanya Karmilla bersahaja seolah-olah tiada apa yang berlaku. Matanya masih lagi menghadap buku biologi itu. “I kena ikut sekali. Ayah I tak kasi duduk sorang-sorang so, terpaksa ikut mereka pindah.” sayu suara Hakim. “Qeem, I tak boleh nak paksa you untuk tinggal kat sini. Cuma I harap you kat sana ok aja. Jaga tingkah laku you. You tu pantang dicabar panas baran sangat.” Karmilla memandang Hakim. Dia tidak tahu kenapa hati nuraninya tidak diamuk rasa apa-apa pun apabila mendengar berita buruk dari Hakim itu. “you tak sedih. Nanti kita terpaksa berpisah. I dah tak boleh jumpa selalu lagi.” Hakim mengeluh sedih. Karmilla mengenggam erat jari-jemari lelaki dihadapannya itu. Matanya yang kuyu itu memandang tepat mata Hakim yang kian lesu itu. “Qeem, sejauh mana pun kita terpisah, kita kan masih boleh berhubung lagi. Kalau you ada masa you boleh turun KL kan? Nanti I pun selalu call you. So you tak akan rasa kehilangan I. Pergilah, you pergi untuk menimba ilmu dan mengikut kehendak family you bukannya you pergi mengorat kan?” Karmilla mengenyit matanya kea rah Hakim. Tidak semena-mena bibir Hakim terukir senyuman.





“Kim! Mari makan!”panggil ibunya. Hakim menyahut lalu keluar dari bilik tidurnya dengan langkah yang longlai. Sesungguhnya dia amat merindui gadis yang bernama Karmilla itu! “macam mana sekolah kamu hari ini?” tanya ibunya sambil menyuap makanan ke mulutnya. Selera Hakim mati tiba-tiba. Fikirannya menerawang kepada peristiwa yang berlaku di sekolah pagi tadi. “ermmm ok aja mak.”jawab Hakim lemah. Sebagai seorang ibu, Puan Maimunah mengetahui jika anaknya itu tidak gembira. “Kim, kita pindah dari KL ke Kuantan mesti ada hikmahnya. Setiap masalah yang berlaku pasti ada penyelesaiannya. Lambat-laun pasti Hakim boleh menyesuaikan diri.” kata Puan Maimana lembut. Namun kata-kata itu ibarat satu tamparan kepadanya. Dia menundukkan kepalanya. “abang kamu nak balik tak lama lagi.” ucap ibunya untuk mengubah topic perbincangan mereka. “ye ke? Bila?” wajahnya terpancar sedikit sinar gembira. Dia benar-benar merindui abangnya, Mohd Amirul Haziq yang menuntut di Universiti of Manchester dalam jurusan perniagaan. Dia memang rapat dengan abangnya. Keluarganya tidak sebesar mana. Hanya dua beradik sahaja. Ayahnya yang sibuk bekerja kurang memberi perhatian kepada anaknya. Lalu abangnya yang banyak menghabiskan masa bersamanya. Hakim meminta diri ke bilik sesudah makan.





Sedang dia mengulang kaji, fikirannya terbang kea rah seorang gadis yang jauh darinya. “Milla, alangkah baiknya kau ada di depanku.” Sebagai manusia…aku sayang padamu.” Hakim mengambil kata-kata yang ditulis dalam novel CINTA SEORANG RATU yang ditulis oleh Ramlee Awang Murshid yang merupakan novelis yang amat digemarinya. Karmilla seorang gadis yang cantik dan lincah. Gadis itu didamba ramai jejaka sekolahnya namun Karmilla jatuh hati padanya. Perkenalan di kelab badminton membawa kepada percintaan yang bagi mereka terlalu suci. Karmilla memiliki wajah yang jelita. Matanya cantik diserikan alis matanya yang lentik. Hidungnya mancung, pipinya gebu kemerahan. Bibirnya merekah menawan. Senyumannya berjaya membuat ramai terpaku. Karmilla berasal dari keluarga yang berada. Ayahnya melayu dan ibunya berdarah Jawa-Arab. Ayahnya Tan Sri Tajudin merupakan rakan niaga ayahnya. Jadi hubungan kekeluargaan mereka sememangnya rapat. Hakim mengeluh. Dia sedar sejak kebelakangan ini, Karmilla seperti mahu melarikan diri darinya. Sejak dia berpindah, belum pernah sekali Karmilla menghubunginya. Hakim berulang kali mencuba menghubungi Karmilla namun setiap kali ada sahaja alasan yang diberi oleh orang gaji keluarga Karmilla. “mungkin dia sibuk.”Hakim memujuk dirinya sendiri.


“Ain, tolong mak angkat pasu ni.”perintah ibu Nur Ain, Puan Suraya. Nur Ain yang asyik membaca novel KAULAH SEGALANYA meletakkan buku itu lalu membantu ibunya. Ibunya gemar menanam bunga. Pelbagai jenis bunga ditanam seperti pokok ros, orkid, bunga kertas, tanjung, melor dan banyak lagi. Selain itu, ruang belukar belakang rumahnya telah ditebas dijadikan tempat mereka menanam sayuran. Dengan itu, mereka tidak perlu bersusah payah untuk membeli sayuran atau buah-buahan. Keluarga mereka bukannya keluarga yang senang. Ayahnya Nordin, bukanlah pekerja yang bergaji besar. Dia Cuma bekerja sebagai pemandu teksi. Pekerjaan begitu pendapatannya tidak menentu. Ibunya pula suri rumah tangga sepenuh masa. Cuma kadang-kadang ibunya mengambil upah menyiapkan juadah untuk masjid atau kenduri-kendara. Sedikit sebanyak dapat menambah pendapatan keluarga. “mak, tak usahlah buat kerja berat ni. Mak tu bukan sihat pun.”ujar Nur Ain yang melihat wajah tua ibunya berkerut mengangkat pasu yang berat. Ibunya mengelap keringat di dahinya. Dilihat anak sulungnya itu gigih mengangkat pasu. “mak masih kuat lagi nak.”jawab Puan Suraya. Matanya melilau kelibat anak-anaknya yang lain. Dia masih mempunyai 5 orang anak lagi. 3 perempuan 3 lelaki. Memandangkan Nur Ain merupakan anak sulung, banyak beban tanggungjawab ditanggungnya. Namun Puan Suraya melihat anak gadis itu tidak mengeluh walau sekalipun.


Setelah membantu ibunya mengalihkan pasu-pasu itu, Nur Ain kembali ke bukunya. Ibunya mendekati anak gadisnya yang sedang asyik membaca. “nak, kamu periksa bila?”tanya Puan Suraya. “bulan 11 mak. Kira-kira ada 5 bulan lagi.”jawab Nur Ain. Mak ingat nak masukkan kakak ke pusat tusyen. Mak dengar kat bandar ada pusat tusyen bagus. Apakata kamu masuk?”cadang ibunya. Ibu mana yang tak mahu melihat kejayaan anaknya. Terutama Nur Ain yang dianggap sebagai harapan keluarga. Nur Ain yang asyik membaca itu tersentak. “mak, tak payah nak susah untuk kakak. Kakak boleh belajar sendiri. Baik mak belanja untuk adik-adik yang lain.”balas Nur Ain. Baginya adik-adiknya lebih penting. Walaupun dia juga ingin seperti pelajar yang lain mendapat pendidikan tambahan namun dia sedar kewangan keluarganya. “tak apalah lagipun tahun ni kamukan SPM. Penting bagi kamu.”kata ibunya lagi. “mak, tak perlulah. Duit tu kita boleh macam-macam lagi. Mak belanja untuk adik-adik yang lain.”sangkal Nur Ain lagi. Puan Suraya mengeluh. Anak sulungnya memang agak keras hati. Sukar dirinya untuk membuat anak itu berubah keputusan.


Selewat jam 12 malam. Pintu rumah diketuk. Nur Ain buka membuka daun pintu. Kelihatan ayahnya, Nordin tersenyum. Namun dalam keceriaan itu tersembunyi wajah lesu di lelaki tua itu. “ayah baru paling. Ayah nak air? Nanti Ain buatkan ”Nur Ain masih tersenyum walau dia sedih melihat keadaan ayahnya yang terpaksa bekerja siang malam semata-mata untuk mencari sesuap nasi. Ayahnya masuk dan berkata. “macam biasa. Buatkan ayah kopi. Kasi kaw tau.”usik ayahnya. Nur Ain masuk ke dapur. Kemudian dia meletakkan cawan yang berasa kopi panas itu di atas meja makan. Nur Ain kembali ke kamarnya. Dia melihat semua adik beradiknya sudah tidur. 6 orang adik beradik berkongsi dalam satu bilik yang sama. Berbekalkan lampu yang agak malap, Nur Ain masih menyambung ulang kajinya. Dia tidak mahu tidur adik-adiknya terganggu.




Sedang dia asyik menyelesaikan masalah mata pelajaran Kimia, dia terdengar perbualan ibu dan ayahnya. “abang, Su rasa kita patut hantar Ain ke pusat tusyen. Peperiksaanya makin dekat. Su risau bang.”kata Puan Suraya kepada suaminya ketika berjalan menuju ke dapur. Encik Nordin menghirup air kopi yang dibuat oleh anak gadisnya. “tapi kita mana ada duit nak tampung belanja dia.”jelas Nordin. Dia juga risau tentang pendidikan anaknya itu. Dia ingin melihat anaknya berjaya dengan cemerlang. Runtun hati Nur Ain mendengarnya. “tak apa bang, Su ada duit simpanan sikit, esok Su akan keluarkan. Su memang simpan duit ini untuk pelajaran anak-anak kita abang.”jelas Puan Suraya. Suaminya melepaskan keluhan berat. “awak dah tanya Ain?”tanyanya. “dah, tapi dia tak nak.”jawab Puan Suraya sambil menundukkan kepalanya. “habis tu, awak sendiri tahu, anak kita degil dank eras hati. Kalau dikata tak nak, maka tak naklah ia.”jawab Encik Nordin. “tak apa bang, demi anak-anak, Su akan buat apa sahaja untuk tengok mereka berjaya. Tentang Nur Ain, tahulah saya memujuknya.”balas Puan Suraya sambil tersenyum kepada suami tercinta. Nur Ain hanya mendengar perbualan mereka. Sesekali air matanya gugur. Dia cuba menyekanya. Terharu melihat kesungguhan orang tuanya untuk melihat dirinya berjaya. Dalam kesunyian malam itu, Nur Ain Nadhirah tekad untuk mengubah nasib keluarganya!





Sudah menjadi kebiasaan bagi Nur Ain pada hari cuti, dia akan ke Restoran Aliff. Restoran itu dimiliki oleh seorang India muslim. Setiap hujung minggu, dia akan ke sana untuk bekerja sebagai pelayan. Baginya selagi dia mempunyai kudrat dan bijak membahagi masa, dia akan melakukan apa sahaja yang dapat mengenyangkan perut keluarganya asalkan ia halal. Lewat malam baru dia pulang. Tika terselak daun pintu, Nur Ain berjalan perlahan di atas lantai kayu, dia melihat ibunya tersandar di kerusi malas. Setelah meletakkan barangnya, dia menuju ke kerusi ibunya. “mak, bangun dah lewat ni. Mak buat apa kat luar ni? Kenapa tak masuk bilik?”tanya Nur Ain. “mak tunggu kamu nak. Kamu dah makan?”tanya Puan Suraya kembali. “dah mak, tadi dah makan kat sana.”jelas Nur Ain.





“mari duduk sebelah mak.”pintu ibunya. Nur Ain segera duduk bersimpuh di sisi kerusi malas itu. “Kakak, mak tahu kamu terlalu sayangkan keluarga ini. Malah mak tahu kamu sanggup bersengkang mata untuk mencari rezeki buat keluarga kita. Kamu memang anak yang baik namun kamu pun harus fikirkan tentang diri kamu juga.”Puan Suraya mengusap rambut Nur Ain yang ikal panjang. “apa maksud mak ceritakan semua ini?”tanya Nur Ain. “Ain sebagai anak sulung dalam keluarga ni. Jadi Ainlah harapan keluarga kita. Dalam usia kamu sekarang, kamu sepatutnya perhatian kamu tertumpu pada pelajaran kamu. Bukan bekerja.”kata Puan Suraya panjang lebar. Nur Ain mengeluh perlahan. “tapi mak, biarlah kakak berbakti untuk keluarga kita. Biarlah kakak membantu keluarga ini. Ain sanggup melakukan apa sahaja untuk mengubah nasib keluarga kita. Puan Suraya sedar anaknya memang keras kepala. Anak gadisnya terlalu memikirkan tanggungjawabnya kepada keluarga daripada diri sendiri.

0 comments: