“Assalamualaikum Puan Syazana” serentak suara 5 Kreatif memenuhi bilik darjah itu apabila kelihatan seorang wanita tinggi lampai bertudung litup masuk ke kelas mereka. “Waalaikumsalam, duduk semua. Nur Ain mari sini.”arah guru kelas mereka itu. Nur Ain yang merupakan ketua kelas 5 Kreatif yang sedang sibuk menulis segera bangun dan menuju ke meja guru di hadapannya. “Hari ini berapa orang tak datang ?” tanya Puan Syazana. “Hari ini semua datang puan.” jawab Nur Ain Nadhirah sambil mengira jumlah pelajar di dalam kelas itu. Seramai 30 pelajar menghuni pelajar 5 Kreatif. “Bagus kedatangan hari ini. Ermm saya nak awak ikut saya ke bilik guru lepas ni.” kata Puan Syazana. Nur Ain mengeluh perlahan. Banyak kerja yang bertimbun di atas mejanya yang perlu dibereskan. Namun dia mengangguk lemah sebagai tanda hormat kepada wanita di hadapannya. Selaku ketua kelas wajar dia melakukan kerja itu tanpa merungut.
Sepanjang perjalanan ke bilik guru, Puan Syazana kerap bertanya gadis lincah di sebelahnya. Naluri wanitanya simpati kepada nasib gadis ini. Nur Ain Nadhirah yang hidupnya penuh dugaan. Dia hidup dalam serba kekurangan. Namun Nur Ain tabah hadapinya. Malahan dia sering kelihatan ceria dan tersenyum. Dia juga ringan tulang membantu guru-guru dan rakan-rakannnya. Nur Ain merupakan gadis yang pintar. Dia mendapat tajaan biasiswa dari Syarikat Petronas iaitu syarikat yang terkenal di Malaysia. Sebaik sahaja tiba di meja Puan Syazana, kelihatan 2 kelibat manusia yang dia tidak kenali. Seorang wanita yang agak berusia dan seorang lelaki yang memakai pakaian seragam sekolah yang kelihatan sebaya dengannya. “Assalamualaikum Puan Syazana. Saya dah selesaikan semua prosedur kemasukan anak saya ni.”kata wanita itu sambil mengusap belakang anak lelakinya. Pelajar baru itu kelihatan masam dan muram. Ain hanya mendiamkan diri. “Waalaikumsalam Datin Maimunah, baguslah macam tu, bolehlah saya masukkan dia ke dalam kelas. “Hakim, ni saya kenalkan ketua kelas awak, Nur Ain.” Nur Ain tersenyum. Namun Hakim hanya menunjukkan wajah selamabanya. “sekarang, bawak Hakim ke kelas.”perintah Puan Syazana kepada Nur Ain.
Sepanjang perjalanan, masing-masing mendiamkan diri. “saudara ni asalnya dari mana?”suara Nur Ain memecah kesepian. “buat apa kau nak tahu? Jangan nak menyibuk tau!” tengking Hakim. Kecut perut Nur Ain. “kenapa saudara ni? Salahkah saya tanya soalan itu?”tanya Nur Ain. “memang salah! Kau tak payah nak tahu pasal aku. Yang penting aku dah belajar sini. Sekarang mana kelas aku?” “kasar betul bahasa mamat ni. Harap muka je handsome.”desisi hati Nur Ain. Hatinya sebal dengan perangai lelaki itu. Nur Ain kembali diam. Malas dia mahu bersuara dengan lelaki seperti itu.
Tiba di kelas, Nur Ain bersuara. “attention class, hari ini kelas kita ada student baru.” “Kenalkan diri kamu.” kata salah seorang pelajar kelas itu. Hakim berdehem beberapa kali. “nama aku Mohd Amirul Hakim Shah. Aku berasal dari Kuala Lumpur. Aku pindah kat sini sebab ayah aku diarahkan bertukar ke sini.”kata Hakim. “sombongnya budak baru ni.”desis hati Linda. Nur Ain melabuhkan punggungnya di tempat duduknya. Selang beberapa saat, kelihatan seorang wanita yang separuh usia memakai skirt dan bercermin mata.
“ Good morning Puan Mary.”ucap Nur Ain dikuti isi kelasnya itu. Apabila semua pelajar duduk, Hakim terkial-kial mencari tempat duduknya. “kamu ni kenapa berdiri? Pergi duduk tempat kamu.”perintah Puan Mary yang mengajar subjek Biologi. Hakim tidak berganjak. Dia masih berdiri. Puan Mary memandang semula kepada Hakim. “kenapa tak duduk? Kamu nak ganti saya ajar Biologi ke?”Puan Mary bersuara lagi. Hakim hanya tertunduk. Malu diperlakukan begitu. Nur Ain yang dari tadi melihat bangun. “Puan dia ni new student. Dia tak ada tempat duduk lagi.” “oh, cakaplah awal-awal. Kamu ni tak ada mulutkah sampai Nur Ain yang kena jawabkan untuk kamu.” Seluruh isi ketawa. “silent class, sekarang ni saya nak kamu….duduk di tempat Linda, Linda kamu duduk sebelah Nadia.”kata Puan Mary yang matanya melilau mencari tempat duduk untuk pelajar lelaki itu. “tapi saya nak duduk sini.”Linda merengek. “no, saya nak boy ni tumpukan sepenuhnya pelajaran dia. Biar dia dapat catch up dulu.”ucap Puan Mary berbaur tegas. Linda mengeluh kasar.
Waktu rehat, Linda, Nur Ain dan Sarah berjalan seiringan ke kantin. “jom makan.” pelawa Linda. “aku puasalah hari ini.”jawab Sarah. “aku ada bawak bekal dari rumah.”jawab Nur Ain sambil menunjukkan tuperware yang berisi nasi goreng. “yelah aku pergi beli sekejap.” Masing-masing menjamu selera menikmati makanan mereka. “Nur Ain, kau tak rasa budak baru kelas kita tu pelik aja?” tanya Linda. “pelik? Mana ada, aku tengok cukup semua sempurna sifat dia.”jawab Nur Ain selamba. “eii…geramlah cakap dengan kau ni. Aku tengok budak tu macam samseng aja. Kasar semacam!” “entahlah biarlah dia dengan diri dia. Agaknya dia tak dapat biasakan diri dengan keadaan kat sini kot.” “tadi masa mula-mula dia layan kau macam mana?” tanya Sarah. “masa mula-mula tu aku buat baiklah dengan dia. Mula-mula aku senyum kat dia tapi dia balas dengan muka masam yang perasan macho tu. Masa nak pergi kelas aku adalah cuba nak berborak dengan dia tapi dia tengking aku balik. Lepas tu aku dah tak cakap apa-apa dengan dia lagi.”jawab Nur Ain panjang lebar. “eiii kereknya budak lelaki tu. Kalau aku jadi kau, dah lama aku belasah dia balik. Budak baru nak tunjuk lagaklah tu.” kata Linda. Dia tidak menyedari seseorang dibelakangnya memasang telinga dari tadi.
“oh mengata aku ye. Hei Nur Ain kalau ye pun kau tak suka aku. jangan nak cakap belakang tau! Ni sekarang aku kat depan. Cakaplah apa yang kau tak puas hati dengan aku!”jerkah Hakim. Wajahnya merah menahan marah. “saudara, mana ada saya ada cakap belakang. Mereka tanya saya pun jawablah.” Nur Ain cuba berlembut. Namun hatinya sebak. Rasa malu menyelubungi mana taknya pertengkaran mereka disaksikan ramai pelajar di kantin itu. “argh, aku tak peduli, dengar sini elok-elok. Kau tak payah nak jual cerita pasal aku kat orang lain. Kalau aku tahu siap kau!” ugut Hakim. Linda yang dari tadi menikus dibelakang Sarah berdiri di depan Hakim. “hei budak baru, kau sedar tak kau cakap dengan siapa? Nur Ain ni ketua kelas aku dan kau jugak. Pay some respect to her ok!” jerkah Linda. Suaranya bergema. “hei kau siapa nak masuk campur urusan aku dengan perempuan ni, suka hatilah.” tingkah Hakim. “hei sudahlah tu, ramai orang tengok. Nanti malu budak kelas kita.” Nur Ain cuba meleraikan pertelingkahan Linda dan Hakim. Masing- masing tidak mahu mengalah. Nur Ain memegang tangan Linda manakala pelajar lelaki lain cuba menahan Hakim.
“hei, Nur Ain kau jangan nak jadi hero kat sini lah!” kata Hakim dengan nada mengejek. Nur Ain mendiamkan diri. Lama kemudian dia berdiri di hadapan Hakim. “saudara Mohd Amirul Hakim bin Dato’ Hamzah! Saya selaku ketua kelas saudara meminta agar pergi dari sini. Saya berasa hairan masih ada lagi manusia yang bodoh sombong di dunia ini. Saudara tu baru lagi kat sini dah buat hal. Kalau ikutkan hati perkara ini saya boleh adukan pada pengetua namun saya masih lagi ada batas perikemanusiaan pada saudara. Kalau benar saudara tak sukakan sekolah kami yang tidak secantik sekolah saudara. Jangan buat kacau kat sini. Satu lagi, saya tak pernah benci saudara.” suara tegas Nur Ain menerpa ke telinga Hakim. Dia bungkam sebentar. Kata-kata Nur Ain berbekas di hatinya. Belum sempat ingin membalas kembali kata-kata Nur Ain, Linda berkata “hoi lelaki, kau tak sedar ke betapa baik hati Nur Ain lepaskan kau. Harap saja muka handsome tapi perangai macam sampah!” jerkah Linda. Hakim terkedu sekali lagi. Dia hanya membisu. Terasa dirinya kecil. Jerkahan 2 pelajar wanita itu membuat dirinya rasa tak menentu dan dibelenggu rasa bersalah. “Lynn, Sarah, jom pergi dari sini. Biarlah dia sendiri.” kata Nur Ain lembut namun berbaur tegas.
“Nur Ain, kenapa kau biar macam tu aja mamat tu? Patutnya kau boleh report pada pengetua. Semua cikgu kat sini percaya pada kau. Tentu mamat tu diambil tindakan nanti.”kata Linda yang sedang berjalan seiringan ke kelas mereka. “ biarlah dia Lynn aku malas nak layan mamat tu. Kalau aku report mesti dia nak serang aku lagi. Baik aku diam aja.”balas Nur Ain. “kalau kau diam nanti dia pijak kepala kau baru tahu.” Sarah yang dari tadi diam berkata. “lantaklah dia. Sudahlah, jangan fikir lagi. Baik kita fikirkan rancangan kita untuk Karnival Usahawan Sekolah.” balas Nur Ain kembali. Dia malas untuk bertelagah dengan rakan-rakannya.
Suluk
6 years ago
0 comments:
Post a Comment