kaulah segalanya episod 3

"Good morning mak." ucap Shawal kepada ibunya yang sedang sibuk menggoreng popia di kuali. "opocot mak kau, Ya Allah kamu ni Shawal jangan sergah mak cam tu, silap hari bulan kena heart attack nanti. Dah pukul 9 da?"kata Puan Aishah sambil ketawa. Sunyi rumahnya waktu itu mana taknya semua adik beradiknya sudah ke sekolah dan belajar.Shawal mengambil cuti hari ini. "kawan kamu tu macam mana? semalam dia demam panas kan? Dah kebah ke?"tanya ibunya bertubi. "dia okey mak, dia dah kebah sikit tapi still panas lagi." terang Shawal. "kesian dia, nasib baik kamu jumpa dan selamatkan dia, kalau tak, rosak budak ni nanti."bilang lagi ibunya yang kini sedang meletakkan popia yang digorengnya di atas pinggan. Sedang rancak berbual, tiba-tiba mereka dengar suara perempuan menjerit. "Tolong, jangan dekat dengan aku!, pergi!" jeritnya berulang kali. Shawal dan ibunya bergegas ke bilik Shawal. "Ya Allah budak ni meracau dah ni, Shawal tengokkan dia sekejap mak pergi ambik air" kata ibunya sambil bergegas menuju ke dapur mengambil segelas air. Shawal merangkul tubuh Asyrani untuk menenangkannya. "jangan bimbang Asy, awak selamat."bisik Shawal di telinganya. Namun dia masih menjerit lagi. Sempat dia melihat rupa Asyrani yang tak bertudung, rambutnya panjang serta hitam berkilat, walaupun mukanya jelas pucat namun masih jelas wajah polosnya. Ibunya muncul di pintu biliknya lantas menyapu air ke muka Asyrani. Lama kelamaan dia membuka matanya perlahan-lahan. Dia melihat suasana rumah yang tidak pernah dilawatinya sebelum ini. Dia berasa aneh dan sedikit takut. Peristiwa malam tadi berlegar-legar di benaknya. "Di mana saya?"tanya Asyrani sambil memicit kepalanya yang pening. "awak ada kat rumah saya, Asy."



Asyrani kenal suara itu, dia melihat Shawal, dia berada dalam pelukan Shawal. Asyrani berasa malu lantas melepaskan pelukan itu. Shawal yang sedar lalu bangun dan duduk disebelah ibunya. "Asyrani terlanggar Shawal semalam masa penjahat tu kejar kamu." terang Puan Aishah. "aduh malunya aku, dahlah tak pakai tudung ni, mana tudung aku?"desis hatinya. Lantas Asyrani mahu bangun mencari tudungnya. Namun tubuhnya rebah kembali kerana tidak berdaya. Kepalanya masih pening. "Asyrani cari apa?"tanya ibu Shawal. "emmm saya cari tudung saya mak cik" ujar Asyrani tersekat-sekat. Kerongkongnya terasa pedih. "Oh, nanti mak cik ambilkan ya, mak cik basuh malam tadi" kata Puan Aishah yang sedang menuju ke luar kamar Shawal. Tinggal mereka berdua dalam biliknya. Masing-masing mendiamkan diri. Asyrani berasa kekok berada dalam bilik bersama Shawal apa lagi,dia tidak menutup aurat. Fikirannya masih terganggu dengan apa yang berlaku semalam. Shawal juga mendiamkan diri.dia duduk agak jauh dari gadis itu. "apa yang aku nak cakap ni"desis hati Shawal. "Ermm Shawal,terima kasih kerana selamatkan saya. Kalau awak tak ada tentu saya…."ucap Asyrani tersekat-sekat sambil menangis. Bahunya terhenjut-henjut menahan tangis. "awak jangan nangis ya, semuanya dah selamat. Saya dah lumatkan kaki penjahat itu agar dia tak kacau awak lagi" ujar Shawal. Asyrani tersenyum sedikit mendengar lawak Shawal tu. Tiba-tiba ibunya muncul, "Asyrani,ni tudungnya, kamu pergilah mandi dulu. Ni baju mak cik kamu pakailah dulu"kata ibunya lembut sambil menghulurkan baju kurung kedah dan kain batik serta tuala. "terima kasih mak cik"ucap gadis itu sambil bangun dari katil dan memakai tudung. "sama-sama nak, bilik air kat belah kanan tu ya" ujar Puan Aishah. Asyrani pun menuju ke bilik air. Shawal hanya memerhatikannya. "Shawal, apa yang kau tengok tu, dah la pergi tolong kemas dapur kejap, tak baik pandang anak dara orang macam tu."kata ibunya tegas.



Sesudah mandi, Asyrani keluar dari bilik air dengan memakai pakaian yang diberi oleh Puan Aishah. Asyrani memakai baju kurung kedah berwarna putih yang bercorak bunga kecil2 serta kain batik lepas Terengganu. Rambutnya yang basah itu ditutup dengan kain tuala. Dia berjalan pantas ke bilik untuk mengelak dari sesiapa yang melihat auratnya. Shawal yang ketika itu sedang minum air teh panasnya tersedak. Asyrani yang sedar segera berlari masuk ke bilik. Ibunya yang perasan menegur "adoi Shawal kamu ni kenapa? tersedak pula, tulah pandang anak dara orang lagi."marah ibunya sambil ketawa. "eh, tak ada lah mak,ni ada orang sebut nama abang ni" jawab Shawal sambil ketawa. Mukanya terasa panas. Selesai bersiap, Asyrani lantas mencapai telefon bimbitnya lalu menelefon sahabatnya, Anis. "assalamualaikum, Anis ni aku asy" kata Asyrani sebaik sahaja Anis mengangkat panggilannya. "waalaikumsalam Asy, pergi mana malam tadi?, kenapa tak balik rumah?, resah aku tunggu semalaman tau,aku telefon umi kau tau semalam tanya pasal kau."ujar Anis. Asyrani cuba menenangkan Anis. Dia menceritakan segala kepada Anis. Anis berjanji akan memberitahu pensyarahnya tentang keadaan Asyrani. Asyrani juga menelefon telah uminya dan menceritakan perkara sebenar. Ayah dan uminya berasa bersyukur dan meminta Asyrani menyampaikan ucapan terima kasih kepada Shawal.



Selepas rambutnya kering, dia bersiap keluar dari bilik itu. Sebenarnya Asyrani kurang selesa memakai kain batik itu kerana dia tidak pernah menggunakannya apa lagi memakainya namun ibu Shawal beria-ia memberi dia memakai pakaian tersebut lagipun baju-bajunya masih lagi basah di ampaian dan dia tidak ingin menyinggung perasan wanita tua itu apatah wanita itu telah banyak membantunya. Sebaik sahaja Asyrani keluar, ibu Shawal mengajak ke meja makan. "mari makan Asyrani." "baik mak cik" jawabnya. Di meja terhidang nasi goreng dengan telur mata kerbau, popia goreng serta air teh o' yang panas. Namun selera Asyrani tersekat kerana masih terasa pening dia hanya mengambil 2 biji popia sahaja dan meneguk secawan teh. "Asy, makanlah banyak sikit, awak tu tak sihat, nanti kalau awak pengsan, kesian saya yang kena dukung awak" kata Shawal sambil menghirup air dari cawan tehnya. Wajahnya selamba sahaja. Asyrani agak terkejut dengan kenyataan Shawal itu. "so, dia dukung aku semalam, aduh malunya aku."desis hatinya "betul cakap Shawal tu, makan nasi sikit ya" pujuk ibunya pula. Asyrani berasa serba salah lalu dia meghulurkan pinggan agar Puan Aishah menyendukkannya nasi goreng itu. Sesudah makan, ibunya menuangkan secawan teh lagi kepada Asyrani. "dah lama kamu belajar kat Shah Alam?" "baru lagi makcik baru 5 bulan" ujar Asyrani jujur. "keluarga kamu ada berapa orang?" tanya ibu Shawal. "emm 6 orang mak cik, ayah, umi, abang, kakak ,saya dan…….arwah mama saya" jawab Asyrani agak tersekat-sekat. Setiap kali orang bertanyakan perkara itu, dia berasa sedih. Wajahnya berubah menjadi muram. "mak cik mintak maaf, mak cik tak tahu." kata ibu Shawal. "tak apa mak cik." Jawab Asyrani sambil tersenyum tapi hambar dan tawar. Shawal sudah mulai perasan akan perubahan muka Asyrani cepat mencari idea untuk menceriakan Asyrani kembali. Hatinya tak tenang melihat gadis itu bersedih apa lagi menangis.



"Asy, tengah hari ini awak lunch kat sini ye? boleh la awak berkenalan dengan adik saya, Farouk n Ummi. Boleh la ya, pukul 3 nanti saya hantar awak balik" pujuk Shawal dengan nada mengharap. "mmm ok la…tapi kena cepat tau saya ada exam malam ni" jawab Asyrani sambil tersenyum hingga nampak barisan giginya yang putih. Tengah hari itu, Asyrani menolong ibu Shawal menyediakan makanan manakala Shawal pula sibuk membasuh motornya di bawah rumah flatnya itu. Asyrani sedar walaupun dia masih tidak sihat namun dia harus menghormati tuan rumah dan tidak mahu dilabel anak dara pemalas "Asyrani panggil Shawal naik atas, dah dekat pukul 1.30 ni, dia kena pergi ambik adik dia, kalau lambat bising la pulak Ayouk dengan Ummi tu."kata Puan Aishah kepada Asyrani yang sedang memotong sayuran. Asyrani yang mendengar arahan itu lantas menyarungkan seliparnya dan turun ke bawah untuk memanggil Shawal. Sampai di bawah, dia melihat Shawal sedang khusyuk mengelap motor hondanya itu. Dilihatnya dia membasuh motor tidak berbaju. Dia berasa segan untuk menegur Shawal. Sedang Shawal asyik mengelap motornya dia perasaan ada mata yang sedang memandangnya. Dilihatnya rupa-rupanya Asyrani sedang memerhatikannya. "alamak, macam mana dia ada kat sini? Malunya aku, dah lah tak pakai baju, hisy mana baju aku ni. Shawal pantas menyarungkan bajunya. Asyrani yang sedar Shawal sudah perasaan akan kehadirannya segera menundukkan kepala. Lantas dia berkata "Shawal, mak awak panggil katanya suruh awak ambik adik awak dari sekolah."kata Asyrani. Dia masih lagi menundukkan kepalanya lalu terus berjalan ke tangga dengan pantas sebelum dia naik sempat lagi Asyrani berkata "Shawal, awak pakai baju terbalik." kata Asyrani sambil ketawa. "aiseyman, potong markah macho aku, apa lah aku ni pakai baju terbalik, mana taknya dia renung aku macam nak makan aku aje, tak keruan aku dibuatnya."desis hati Shawal sendirian sambil membetulkan bajunya. Apabila Shawal naik atas ibunya menyuruh dia pergi mengambil adiknya dari sekolah sementara Asyrani pula sibuk menyediakan hidangan. Sampai sahaja di tepi kawasan sekolah, Shawal memarkir keretanya. Jam menunjukkan pukul 1.15 tengah hari manakala adik-adiknya pulang pada pukul 1.30 tengah hari.



Sementara menunggu kepulangan mereka, dia terkenangkan peristiwa malam tadi. Semasa dia sedang membeli tiket bas, tiba-tiba dia dilanggar hingga hamper terjatuh. Mula-mula ingin dimarah namun apabila melihat orang yang melanggarnya sedang ketakutan akibat dikejar dua lelaki itu. Shawal lebih terkejut apabilaorang yang melanggarnya itu seorang gadis yang dikenalinya, Asyrani!!. Puas Shawal memperkenalkan dirinya namun Asyrani masih lagi menjerit. Dia seperti orang hilang pedoman. Dia betul-betul ketakutan sehingga pengsan. Shawal bertambah panik, dia segera mendukung gadis itu ke kerusi yang berhampiran. Waktu itu dia hanya menunggang motosikal, jadi dia terpaksa menelefon kawannya, Rafiq agar membantu membawa Asyrani pulang. Sebaik sahaja Rafiq tiba, dia bertanya kepada Shawal apa yang berlaku.Shawal menceritakan segalanya. Shawal meminta agar Rafiq menghantar gadis itu ke rumahnya kerana pada waktu tersebut pintu pagar hostelnya sudah ditutup. Sebaik sahaja sampai dirumah, semua orang terkejut apabila melihat Shawal pulang membawa seorang gadis. Shawal menceritakan hal yang sebenarnya kepada ahli keluarganya. Mereka memahami situasi Shawal. Shawal menjadi risau apabila malam itu, Asyrani diserang demam panas, dia masih tidak sedarkan diri. Tika itu semua ahli keluarganya tidur. Sepanjang malam Shawal menjaganya, sempat dia meneliti wajah Asyrani dengan lebih dekat. Mata yang sepet, hidungnya kecil, bibirnya kecil kemerah-merahan. Gadis itu memang menarik perhatiannya. Gelodak jiwa Shawal makin membara. Harum semerbak wangian yang dipakainya. Shawal tertidur di muka pintu untuk mengelakkan kata-kata kurang enak sementara adik-adiknya tidur di ruang tamu. Awal pagi itu, ibunya mengejutkannya dari tidur. Puan Aishah juga pelik kenapa anak sulungnya itu beria-ia menolong gadis itu. Sedang asyik dia mengelamun, dia tersentak akibat ketukan di cermin pintu keretanya. Rupa-rupanya adik2nya telah pulang. "bang, kakak tu, ada lagi ke kat rumah kita?" tanya Farouk. "a'ah dia ada lagi, petang nanti abang hantar dia balik" jawab Shawal sambil memfokuskan pemanduannya di jalan raya. "dia tu cantikkan bang, dia nampak comel." kata Ummi. "betul tu bang, dia tu ada pakwe ke? Ke abang pakwe dia?" tanya Farouk kepada Shawal sambil tersengih-sengih. "kepala hotak kau Ayouk, abang dengan dia tu kawan biasa aje. Lagipun manalah abang tau dia tu dah berpunya atau tak."kata Shawal sambil menggosok rambut adiknya itu.


Sebaik sampai di rumah, anak-anak kecil itu berlari mendapatkan ibu mereka lalu disalaminya. Puan Aishah mengarah mereka semua mandi dan solat dahulu sebelum makan. Makanan sudah terhidang atas meja. Baunya cukup menyelerakan. Encik Ruslan, bapa Shawal juga sudah pulang dari kerja. Setelah semuanya siap, Farouk diminta membaca doa makan. Asyrani melihat mereka makan dengan asyik sekali. Dia agak kekok dan segan berhadapan dengan ayah Shawal kerana kelihatan garang. Shawal bersuara "sedap la mak masak ari ni" "eh, mak tak masak pun mak cuma tolong sediakan bahan aja, kawan kamu si Asyrani ni yang masak. "jawab ibunya. Asyrani tersipu-sipu malu apabila ada yang memuji masakannya. "ish sedap ke? Aku main bantai je tadi"bisik hatinya "oh ya kah? kalau cam tu, abang nak tambah nasi lagi la" ujar Shawal sambil menyendukkan nasi ke pinggannya. Sesudah makan, Asyrani pergi ke dapur untuk memotong buah tembikai. Kebetulan pada waktu yang sama Shawal juga bangun untuk meletakkan pingannya ke dapur. Ketika mereka berdua di dapur, Asyrani mengambil pinggan Shawal dan membasuhnya. Masing-masing mendiamkan diri.


Sesudah habis memotong buah tiba-tiba Shawal bersuara "ermmm terima kasih kerana sanggup makan tengah hari kat rumah saya yang kecil ni dan awak masak sedap" kata Shawal tersekat-sekat. Pipinya terasa panas. "ermm its ok, sebenarnya….."sedang Asyrani berkata tiba-tiba dia mendengar suara orang ketawa rupa-rupanya Farouk sedang mencuri dengar perbualan mereka. Asyrani berasa sangat malu lalu terus ke ruang makan untuk menghidang buah itu. Shawal berasa geram dengan adiknya itu lantas diangkat adiknya itu "ha, Ayouk mengintai abang yek, rasakan" "ala abang, jangan la macam ni, relax la beb" kata Farouk sambil ketawa berdekah-dekah. Ibunya yang muncul di dapur menegur Shawal "eh Shawal, jangan buat adik kamu macam tu, silap hari bulan kamu hayun tercucuk pisau tu."marah ibunya. Farouk membalas "ermmm tak apa mak, sebenarnya abang ni geram sebab Ayouk menghendap…."Shawal segera menutup mulutnya sambil tersengih-sengih untuk elakkan ibunya tahu. Dia membawa adiknya ke hadapan. Puan Aishah hanya menggelengkan kepala melihat karenah anak-anaknya.



Hampir pukul 3, Asyrani meminta diri dari rumah Shawal. Sayu hendak meninggalkan mereka. Asyrani telah menukar baju asalnya yang sudah kering.Bagi Asyrani mereka terlalu baik dengannya terutama ibu Shawal. Asyrani mengucap ribuan terima kasih kepada Puan Aishah serta Encik Ruslan sekeluarga kerana membantunya. Di dalam kereta, Asyrani banyak memuji keluarga Shawal. "keluarga awak bestlah. Saya seronok….mereka baik dengan saya, I really appreciate that." ujar Asyrani. Shawal memandang gadis di sebelahnya, pipi gadis itu kemerah-merahan. "tak apa, kita kan disunatkan memuliakan tetamu, betul tak?" jawab Shawal dengan suara yang lembut."ermm Shawal saya nak tanya sikit boleh, harap awak tak marah"ujar Asyrani. "apa dia?"tanya Shawal. "ermmm mak awak cakap malam tadi awak…..awak ada…."tanya Asyrani tersekat-sekat. Dia cuba untuk menyusun kata. Shawal yang memahami apa yang hendak Asyrani sampaikan lantas memotong. "tak ada apa-apa yang berlaku Asy, saya jaga sebab awak demam panas semalam kebetulan semua orang dah tidur lagipun saya tidur kat tepi pintu, awak jangan bimbang ok" terang Shawal panjang lebar. " “Maafkan saya kerana mencurigai awak.”ungkap Asyrani. “awak berhak… ermm awak tadi tak kecil hati ke masa mak saya tanya pasal tu" tanya Shawal. Cuba tidak membuat Asyrani tidak kecil hati. "pasal apa?"tanyanya kembali. "masa kita sarapan tadi,mak saya tanya pasal keluarga awak, saya tengok awak tersekat-sekat time jawab soalan tu."terang Shawal. "oh, pasal tu tak apa, saya tak kisah pun."jawab Asyrani. Dia hanya memandang depan. Shawal tahu bahawa Asyrani berasa sedih apabila bercakap tentang ibunya. Sesiapa pun akan sedih jika diri ditanya soalan yang mengamit jiwa. Lalu dia mencari topik lain "one more thing, saya nak mintak maaf, pasal Farouk tadi. Dia menghendap masa kita….berborak kat dapur tadi."ujar Shawal tersekat-sekat. "aiseyman, kenapa pulak dengan aku ni, angin sasul aku dah datang ke? Kacau tul."desisi hatinya. "ala tak apa biasalah budak-budakkan"jawab gadis bertudung kuning itu. "so bile Asy nak balik Kuantan lagi?, jadi ke pergi Port Dickson?" tanya Shawal kembali memecah kesunyian mereka di dalam kereta. "lepas saya habis final " terang Asyrani. "oh, seronok la Asy dapat jalan-jalan. " kata Shawal lagi. Asyrani hanya menghadiahkan senyuman yang manis. Tak lama kemudian, mereka pun tiba ke hostel. Shawal memberhentikan keretanya di depan asrama mereka lalu keluar dan membuka pintu kereta untuk Asyrani. Asyrani tergamam dengan perbuatan jejaka yang tinggi lampai itu. "Shawal, sekali lagi saya nak ucapkan terima kasih berbanyak-banyak kerana selamatkan nyawa dan maruah saya dari menjadi mangsa rogol dan menjaga saya ketika saya demam panas malam tadi."ucap Asyrani perlahan kelihatan mutiara jernih turun dari kelopak matanya. Shawal berlagak gentleman lantas mengeluarkan sapu tangannya dan mengelap air mata gadis itu. Asyrani tergamam melihat tindakan Shawal itu. Dia melihat ramai mata memandang lalu berundur ke belakang. Shawal yang menyedari perbuatan Asyrani itu lantas meminta maaf namun Asyrani hanya senyum sahaja kepada dia. Selepas itu, Asyrani berjalan menuju ke tangga hostelnya. Shawal memerhatikan bayangan gadis itu hingga ianya hilang.


Sebaik sahaja sampai di biliknya, Anis terus memeluknya dan meminta maaf berkali-kali. Pipinya dicium berulang kali. Asyrani hanya tersenyum sahaja. "tak apa aku tak marah pun."jawab Asyrani. "macam mana kau boleh ada kat rumah mamat handsome tu?"tanya Anis sambil mengemas barang-barangnya. "aku terlanggar kat stesen bas dia lalu jatuh pengsan masa aku kena kejar dengan dua badigol tu."jawab Asyrani. Dia berasa geram kepada dua pemuda itu. Anis khusyuk mendengar penjelasan Asyrani. “wah untunglah kau Asy, korang ni betul-betul ada jodoh. Bestlah dapat berkenalan dengan bakal mak mertua kau."kata Anis sambil ketawa kecil. Asyrani berasa geram lalu membaling bantal kepada gadis itu. "dah lah, aku nak mandi, malam ni ada exam, kang busuk pulak hall tu nanti"kata Asyrani kepada Anis sambil mengambil tuala serta menuju ke bilik air. Petang itu dia mempunyai ujian bagi subjek Anatomy and Physiology. Selepas keluar dari dewan itu, dia berjumpa dengan Anis . "wei susah gila la paper tadi,nak pecah kepala aku di buatnya."kata Anis. "tu la pasal kenapa Prof Razif bagi soalan susah sangat. Jangan fail sudah. Aku tak nak repeat. " balas Asyrani. "dah, jangan cakap pasal ni, baik kita balik petang esok ada last paper untuk cuti sementara." kata lagi Asyrani sambil menuju ke cafeteria untuk makan malam. Sedang dia makan hp miliknya berbunyi. "Ada mesej masuk "jerit hatinya. Asyrani tersenyum melihat penghantarnya. Anis hanya memerhatikan gelagat rakannya itu. Sahlah orang itu adalah Shawal.

Mesej Shawal berbunyi

Assalamualaikum Asy….Awak apa khabar?Cam mane ngan exam awak?Ok tak?Awak dah makan ubat ke?


Asyrani membaca mesej itu lalu membalasnya


Waalaikumsalam….Shawal Saya sihat kot….Awak apa khabar…..Exam susah gila sampai nak korek aje otak ni…..Saya baru nak makan malam. Sekarang ada kat cafe baru nk makan……


Shawal ketawa membaca mesej balasan Asyrani. Mungkin konsentrasinya terganggu kerana peristiwa malam tadi. Dia membalas kepada Asyrani


La….jangan makan ubat lambat tau….Nanti lari jadual mkn ubat yg saya letak kt dalam plastic ubat awak. Tak apa lah awak makan la….Kita borak esok ya,Selamat malam. Assalamualaikum, Sweet dreams

Asyrani membaca mesej itu lalu membuka beg plastic ubatnya memang terdapat sehelai kertas yang mengandungi jadual makan ubatnya.


"Siapa mesej itu, pakwe kau ke Asy?"tanya Anis yang sudah tersengih-sengih. "amboi laser mulut dia oi mak cik, dia tu bukan pakwe aku, kita orang just friend je"terang Asyrani. Anis hanya tersengih-sengih. "well love always start from friends isn't it?"usik lagi Anis. "dah la, dari aku hadap kau baik aku hadap makanan aku ni lagi best, kenyang."kata Asyrani sambil memuncungkan bibirnya. Anis ketawa besar. Dihadapannya terhidang teh o' ais dan nasi goreng cina. Selepas makan dia menyeluk plastic yang di maksudkan Shawal tadi. Dia memakan ubat seperti yang ditetapkan. Selepas semuanya selesai, mereka berdua pulang ke bilik untuk berehat. Sesudah solat isyak. Asyrani duduk di tingkap untuk melihat bulan dan bintang sambil menelaah pelajaran. Itulah yang akan dilakukannya saban malam. "Asy, apa yang kau suka sangat tengok bintang tu?" tanya Anis. Dia agak hairan kenapa Asyrani melakukan perkara itu setiap malam dan apabila bulan dan bintang tidak kelihatan, dia kelihatan muram. "tak ada apa-apalah Nis, aku suka tengok bintang, cantik"jelas Asyrani walaupun bukan itu penjelasan sebenarnya. Asyrani termenung sendirian di jendelanya. Dilihatnya terdapat 3 bintang yang begitu cerah mengelilingi bintang yang malap. Asyrani menganggap bintang itu sebagai metafora kepada persahabatannya. Dia sering teringat teman-teman rapat lamanya iaitu, Liyana, Amna dan Shakirah. Mereka merupakan sumber inspirasi dan kekuatan untuk terus bangkit ketika dia mengalami masalah dulu. Cuma sekarang masing-masing sibuk dengan belajar. Liyana sekarang belajar di Kolej Matrikulasi Pahang dalam sains hayat. Amna pula mengambil tingkatan 6 di sekolah lama iaitu di Methodist Girl Secondary School manakala Shakirah pula sedang mengambil diploma sains di Kolej Polytech Teknologi Mara di Kelantan. Masing-masing berjauhan dan sibuk. Asyrani merancang untuk bertemu dengan mereka bertiga apabila cuti nanti. Matanya layu menatap buku yang dibaca untuk peperiksaan esok. Dia menyimpan buku itu dan menutup tingkap. Dia baring di katilnya, Anis sudah tidur. Mungkin terlalu letih mengulangkaji pelajaran tadi. Fikiran Asyrani menerawang kepada kejadian pagi tadi. Dia berasa malu sangat ketika berada di dalam pelukan Shawal namun terasa kehangatannya. Teringat juga semasa Ayouk menghendap mereka berborak. Panas mukanya ketika diusik oleh Ayouk. Matanya makin kuyu dan lama kelamaan terpejam. Asyrani lena dalam mimpi siangnya

0 comments: