kaulah segalanya episod 2

"Hei, Anis bangun ni dah penat ayam berkokok ni" kata Asyrani kepada Anis yang sedang nyenyak tidur. Dia menyediakan sarapan. Cukuplah sekadar sandwish tuna sahaja sebagai alas perut di dinihari ini. Selepas sarapan, mereka berdua. bersiap untuk menghadiri kelas mereka. Sepanjang hari mereka sibuk kerana peperiksaan hujung semester semakin hampir. Hanya tinggal sebulan lagi. Hujung minggu itu, Asyrani bercadang pulang ke rumah.manakala Anis Farhana pulang ke rumah bapa saudaranya yang berada di Ampang Indah, Kuala Lumpur manakala Asyrani pulang pulang ke kampung halamannya di Kuantan.

Perjalanan ke Kuantan mengambil masa 4 jam. Dia selesa menaiki bas pada waktu petang dan sampai pada waktu malam. Pada pukul 10 malam, Asyrani sampai di Terminal Makmur, Kuantan. Dia disambut oleh ayahnya dan uminya serta bersalam dengan mereka. "dah lama ke abah sampai?" tanya Asyrani sebaik sahaja masuk dalam kereta Myvi yang berwarna merah milik ayahnya. "baru je, abah baru je sampai baru lepas dinner dengan Pak Cik Zaidi and family." kata Encik Yassin sambil memulakan pemanduan. Masing-masing mendiamkan diri "macam mana belajar kat sana okey tak? Anis tak ikut balik sekali ke?" tanya Puan Noraini. "Okey la jugak, sekarang sibuk study, dah dekat final exam, Anis minggu ni dia dah janji dengan papa dia nak pergi picnic dekat Port Dickson" jawab Asyrani jujur. "So hujung minggu ni, apa plan kita,nak pi mana-mana ke?" tanyanya kepada uminya. "Emmm tak kemana-mana kot, umi dan abah banyak kerja."ujar uminya. Sebaik sampai di rumahnya, dia terus ke kamarnya yang amat dirinduinya. "mmm masih seperti dulu" bisik hatinya. Asyrani memang tidak gemar biliknya dikemas oleh orang lain. Dia seorang yang agak liat untuk mengemas biliknya. Namun dia tetap tidak membenarkan sesiapa yang mengemas biliknya. Dia tidak mahu barangnya hilang. Nanti susah pulak nak dicari kalau diperlukan segera.

Hari sudah jauh malam, pukul 12 malam. Setelah membersihkan diri. Dia merebahkan punggungnya di atas katil. Asyrani memandangnya biliknya. Dindingnya dicat dengan warna cherry blossom. Ada sebuah katil kayu yang berwarna krim beralaskan cadar berwarna biru dan bercorak bunga ala funky, dia perlukan suasana yang tenang dalam biliknya. Terdapat sebuah meja tulis yang penuh dengan tulisan kata-kata semangat dan hikmat. Kelihatan juga tangga kayu untuk naik ke atas loteng. Biliknya mempunyai satu bilik loteng. Ruang itu digunakan untuk membaca dan melepaskan tension. Terdapat sebuah televisyen yang agak lama usianya, dan beberapa rak buku. Dia memang suka membaca terutama novel, buku motivasi, serta komik. Di pandangnya lagi biliknya itu, di dinding terletak sebuah lukisan ombak yang kuat di pantai. Lukisan itu telah dimenanginya ketika pertandingan Bahasa Inggeris ketika tingkatan satu. Terasa sejuk dingin tulangnya. Baginya ketika itu terasa seperti di luar negara. Dia memang teringin tinggal di luar negara dan berhajat untuk tinggal di Australia kerana bapa saudaranya, Salman tinggal di situ.

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan deringan bunyi telefonnya. Dilihatnya pemanggilnya, Shawal! Jerit hatinya. Asyrani pantas menjawab dan memberi salam untuk pembuka kata. Lantas Shawal menjawabnya. "hye, awak buat apa tu?" tanya Shawal. "hye, saya tengah berehat kat rumah, saya baru sampai di rumah tadi" ujar Asyrani. "Oh, rumah awak kat mana?" tanyanya kembali. "kat Kuantan, Shawal pernah pergi kat sini?" tanya Asyrani. Tak tahu kenapa hari ini dia ada kekuatan untuk bercakap dengan Shawal. "pernah tapi dah lama dah masa tu saya sekolah lagi, maklumlah cuti sekolah katakan, time tu umur saya 15 tahun. Sekarang dah tak boleh sebab sibuk kerja. "jelas Shawal. "Oh,Shawal boleh saya tanya sesuatu?" tanya Asyrani. "Apa dia?" tanya Shawal kembali. "Masa dekat Body Shop tu, perfume yang awak beli tu untuk siapa? girlfriend ke?" tanya Asyrani. Shawal ketawa kecil apabila mendengar pertanyaan itu. Suara ketawa itu buat jiwa Asyrani bertambah tak keruan. "Kenapa? awak jealous ke?" tanya Shawal kembali. Asyrani terkedu. "Emmm bukanlah, saya saja nak tahu, tu pun kalau awak nak bagitahulah."kata Asyrani dengan nada merajuk. "La dah merajuk ke? Hadiah itu bukan untuk girlfriend saya sebab saya memang tak ada girlfriend. Perfume tu untuk adik saya. Birthday dia dah dekat so nak beli present kat dia, puas hati?." Ujar Shawal sambil ketawa kecil. Asyrani hanya mendiamkan diri sahaja. "Oh siapa namanya ?" tanya Asyrani kepada Shawal. "Namanya Ummi" jelas Shawal. "Ummi tu suka benda yang berbau wangi ,biasalah perempuan kan, so saya belilah perfume untuk dia yang kanak-kanak punyalah."jawab Shawal.

Mereka berbual hampir setengah jam. Asyrani selesa berbual dengan Shawal. Shawal pandai membuat dia ketawa. Ada sahaja ceritanya. Dari situ, Asyrani lebih mengetahui tentang Shawal. Perbualan mereka terganggu apabila pintu bilik Asyrani diketuk. Rupa-rupanya umi yang masuk. "Oh Umi, masuklah adik tak buat apa-apa pun"katanya kepada Umi. Puan Noraini masuk ke kamar anak bongsunya itu sambil tersenyum. Asyrani berpesan kepada Shawal agar menunggunya buat seketika. "Siapa kat telefon tu adik" tanya Umi "Oh, kawan kat U, Umi ada hal penting yang nak cakap ke? ." jawab Asyrani. "A'ah, ni abah kata masa adik cuti sem ni, dia ajak adik pergi Port Dickson. Abah dah tempah chalet kat sana, Nana and Abang Khairul pun pergi tau. Abah tempah dua bilik, cam mana ok tak?tanya Umi. "Emmm adik tak kisah, adik ikut aja." Jawab Asyrani. Dalam hatinya sudah bersorak gembira kerana dapat melepaskan lelah dan mencari ketenangan. "Okey, adik sambunglah borak tu, Umi keluar dulu."ujar Umi sambil menuju keluar ke pintu biliknya. Selepas memastikan uminya keluar dari biliknya. Asyrani terus mencapai telefonnya sambil berkata "Hello Shawal, awak ada kat situ lagi ke?" tanyanya keresahan. Bimbang kalau sudah Shawal meletak ganggang telefon kerana terpaksa menunggu lama. "hello saya masih di sini, siapa tadi tu, apa yang dikatakannya ?"tanya Shawal yang setia menunggunya. "tadi Umi saya, dia ajak kami satu family pergi holiday kt Port Dickson time saya cuti nanti."jawab Asyrani. "bestnya, PD saya selalu pergi sana dengan kawan-kawan saya. Boleh hilangkan tension."balas Shawal. "ya kah? saya belum lagi sampai kat sana lagi, tu yang rasa nak pergi tu."ujar Asyrani. Suaranya makin tenggelam dek keletihan duduk dalam bas tadi. "Emmm Shawal, saya beransur tidurdulu ya, saya nak kena bangun awal esok, lagipun dah jauh malam ni. Selamat malam ya. Assalamualaikum."ujar Asyrani. "Waalaikumsalam, okey selamat malam untuk awak jugak,"balas Shawal. Asyrani merebahkan badannya atas single bed, mata dipejam perlahan-lahan. Akhirnya dia lena.


Shawal memandang siling dinding biliknya yang agak rendah. Sejak kebelakangan ini fikirannya resah, bayangan gadis bertudung itu ada di merata tempat. Kini dia sering teringatkannya. Dilihatnya adik-adiknya yang lain sedang nyenyak tidur. "aduh kenapa dengan aku ni, semua muka dia, nak tidur pun nampak muka dia" bisik hatinya. Setiap kali dia mendengar suara Asyrani, dadanya bergetar kencang, jiwanya bergelora hebat. Sebelum ini Shawal belum pernah merasakan getaran yang sebegini hebat. Mungkin juga kerana dia tidak pernah bercinta dengan mana-mana perempuan. Namun begitu, dia masih kabur dengan perasaan gadis itu padanya. Shawal bingung memikirkan hal ini dan lama kelamaan matanya kian layu menutup lalu terlena hingga pagi.


"Abang, bangun…..dah pukul 6.30 pagi dah ni, awak tu nak kerja cepat sikit, ish pergi sembahyang subuh tu"ujar Puan Aishah yang sedang sibuk menyediakan sarapan dan bekalan anak-anaknya untuk ke sekolah. Lantas Shawal buka mata dan lihat jam loceng di atas mejanya. "Ya Allah,aku tak sembahyang subuh lagi nih, tu lah siapa suruh tidur lewat malam tadi" desis hatinya. Namun dia tersenyum apabila memori bersama Asyrani malam tadi bertaut di benaknya. Ibunya hanya menggelengkan kepala melihat telatah anak terunanya yang tersengih sendirian. Selepas dia mengerjakan solat subuhnya terus dia ke meja makan dan bersarapan bersama adik beradiknya. "mak, mana Dafi? Tak nampak pun? Ummi pun mana mak?" "Oh Dafi dah keluar katanya ada hal, dia hantar Ummi sekali." jawab ibunya "fullamak, ari ni mak masak nasi goreng la, baunya lazat" kata Shawal. "la, kalau cam tu abang tak usah makan, kan dah ambik bau mesti dah kenyang, bolehlah Ayouk habiskan" kata adik lelakinya sambil menyuapkan nasi goreng ke dalam mulutnya dengan gelojoh sekali. "Eh, mengada betul budak ni, aku wrestling baru tau, makan tu ingat dunia sikit. Kang nanti terlebih besar nanti." kata Shawal sambil berdekah ketawa. Dia mengusap rambut adik kesayangannya itu. Farouk yang asyik makan hanya menjelirkan lidahnya."Shawal, jangan cakap kat Ayouk cam tu, tak baik tahu. Tak baik gaduh depan rezeki." tegur ibunya. Farouk tersengih-sengih kepada abangnya. "Ye la mak abang gurau aje mak, tak apa lah abang nak pergi kerja dah ni, jom Ayouk hari ni abang hantar pergi sekolah sebagai tanda maaf abang ye." Kata Shawal. "yeah dapat naik motor dengan abang" jeritnya keriangan. Sewaktu melangkah keluar dari rumah flat mereka yang berwarna kuning itu, kedua-duanya salam dan cium pipi ibunya. "hati-hati bawak motor ye" nasihat ibunya. Shawal dan Ayouk turun dari rumahnya yang berada di tingkat tiga terus menuju ke motosikal Shawal yang terletak di parking. Motosikal yang berplat WMJ 9467 yang banyak berjasa dalam hidupnya. Kemana sahaja dia pergi pasti digunanya motor itu walaupun dia telah membeli kereta sendiri namun diberi pakai oleh adiknya,Dafi. Selepas menghantar Farouk,dia terus menghala ke tempat kerjanya.


Sudah menjadi rutin dalam hari Asyrani, setiap pagi, dia akan pergi menziarahi kubur arwah mamanya. Hampir setahun mamanya pergi namun dia masih merasakan seperti semalam dia menjaga mamanya di hospital. Mamanya, Puan Norlailawati menghidap ketumbuhan di otak, Kanser otak. Beliau menderita selama 2 tahun. Semuanya bermula ketika sebelum Asyrani PMR lagi. Ketika dia mengambil result PMR juga mamanya berada di Kuala Lumpur untuk menjalani rawatan kemoterapi. Penyakitnya beransur pulih setahun kemudian. Mereka sekeluarga sempat mengerjakan haji bersama-sama. Kerap kali mamanya katakan pada Asyrani bahawa haji ini merupakan haji terakhir bersama. Mungkin haji yang akan datang beliau mengharapkan kami pergi bersama keluarga sendiri. Namun penyakitnya kembali lagi dan lebih aggressif. Arwah mamanya meninggal ketika 3 bulan sebelum dia mengambil peperiksaan SPM. Ketika itu memang dia hilang arah namun dikuatkan semangat untuk tempuhinya. Selepas dia serta abah dan umi menziarahi kubur arwah mama, mereka melilau mencari tempat untuk bersarapan. Jarang bagi mereka untuk menyiapkan sarapan terutama pada hari bekerja. Abah dan Uminya boleh di katakan workaholic, sibuk memanjang. Dia pulang ke kuantan selama 2 hari. Pada petang ahadnya, Asyrani mengemas begnya untuk bersedia pulang ke UNISEL semula. Dilihat tiketnya, basnya akan bertolak pada pukul 5 petang dan dijangka sampai pada pukul 9.30 malam. Sebelum naik ke bas yang bernama Maraliner itu, Asyrani salam kedua orang tuanya dan menghadiahkan senyuman kepada mereka. Dia terus menaiki bas dan mencari tempat duduknya. Setelah menyimpan barang2nya di tempat simpanan, Asyrani duduk di tepi tingkap. Di sebelahnya kosong. Jadi dia meletakkan barangnya di kerusi sebelahnya itu.


Bas bergerak dan masing-masing yang berada dalam bas melambaikan tangan kepada mereka yang berada di luar. "ahh…letihnya hari ini"bisiknya sendirian. Sedang melihat pemandangan di luar, fikirannya menerawang kepada lelaki yang baru di kenalinya. Sebelum ini Asyrani memang tidak pernah berkawan dengan lelaki sejak peristiwa silamnya dahulu. Takut dihina lagi. Setiap kali dia teringatkan jejaki yang tinggi lampai itu, hatinya berombak kencang. Nafasnya sesak. Lahir suatu perasaan yang berbeza, yang tak dapat ditafsirkan. Perjalanan mengambil masa 4 jam lebih. Dalam perjalanannya, dia banyak menghabiskan masa dengan membaca nota pelajarannya maklumlah dia ada ujian esok. "ah,tinggal sebulan lagi,lepas ni aku boleh honeymoon sekejap"jeritnya dalam hati. Dia tidak sabar untuk menantikan percutian ke Port Dickson itu. Pasti menyeronokkan dan menenangkan jiwanya.


Pukul 9.30 malam dia sampai di stesen bas Puduraya. Anis berjanji untuk mengambilnya. "manalah pulak minah ni, pantang kena tunggu ni" desis hatinya yang kini agak rimas kerana suasana orang yang ramai dan berpusu-pusu menaiki bas. Tiba-tiba telefonnya berbunyi "ha! Anis, mana kau ni penat aku menunggu ni" kata Asyrani. "sorry la Asy aku tak sihat la, sakit perut teramat sangat ni."ujar Anis yang suaranya seperti dalam kesakitan. "la, macam mana boleh jadi macam ni, habis aku kena balik sendiri la ni?" tanya Asyrani rasa simpati dengan Anis. "salah makan kot, mmm kau balik naik teksi aje la yerk, ok lah bye" kata Anis lalu memutuskan talian. Asyrani menggaru kepalanya yang tak gatal. "macam mana aku nak balik ni? Bahaya naik teksi malam-malam buta ni, silap hari bulan cari nahas aku."ujar dirinya sendirian. Nasib baik Asyrani hanya membawa beg sandang dan beg bajunya sahaja, kalau banyak-banyak barangan yang dibawanya. Penat dia nak membimbit ke hulu ke hilir. Sedang dia berjalan menuju ke tempat duduk di stesen bas itu, ada dua orang jejaka lelaki menegurnya. Mereka memandangnya dari atas ke bawah, Asyrani sudah mula panik, dia tahu mereka berdua ini bukan orang yang baik. "Dik, sorang je ke? nak abang bedua ni tumpangkan Cik adik balik ke rumah?" tanya salah seorang lelaki itu. Dia memakai t-shirt berwarna hitam, serta jeans yang agak kotor. Asyrani hanya mendiamkan diri. Dia sedar mereka bukan lelaki yang baik. Dia berundur setapak. "jomlah Cik adik, mari kami hantarkan, jangan risau kami tak akan mengapa-apakan cik adik. Nanti saya bagi upah."kata pemuda itu sambil memegang tangannya. Asyrani dah mula takut lalu berundur lagi lantas dia melarikan diri. Pemuda berdua itu mengejarnya. Semua orang melihat kejadian itu. Sedang Asyrani berlari, tiba-tiba dia terlanggar seseorang lalu rebah ke pangkuannya. Asyrani menjerit "tolong jangan apa-apakan saya, tolong!"jeritnya lagi sambil memejamkan matanya. Jejaka-jejaka itu itu sudah melarikan diri. "relax2 awak selamat." Asyrani mendengar suara lelaki itu sayup-sayup. Kedengarannya juga suara lelaki tersebut menghalau lelaki-lelaki jahat itu. Asyrani berasa kepalanya pusing. "tolong selamatkan saya,tolong."ucap Asyrani yang semakin lemah dan kemudiannya jatuh pengsan.

0 comments: