Beberapa minit kemudian, pengacara majlis tampil dengan memegang nama – nama pemenang pertandingan. Di sudut belakang, Nur Ain dan Hakim duduk sebaris dengan rakan sekelas. “Ain, kau memang hebat tadi. Aku terpaku dengar korang berdua bersajak. Macam nampak betul – betul bercinta. Ke korang berdua ni bercinta?”soalan halilintar Linda membuat kedua – duanya tersentap. Hakim hanya memandang Nur Ain. Nur Ain tertunduk malu. “mana ada, kita orang biasa – biasa aja.”jawab Nur Ain perlahan. “aku bangga dengan kau Ain. Sayang Fariesh tak ada.”balas Sarah pula. “hmm Fariesh.”nama lelaki itu meniti di bibir Nur Ain. Tiba – tiba terbit rasa rindu yang membuak pada lelaki itu. Hakim yang mendengar nama Fariesh terus berubah air mukanya. Rasa bahgianya bersama Nur Ain tadi tiba – tiba lenyap disambar kenangan Fariesh yang memenuhi ruang fikiran Nur Ain kini. Hakim hanya berdiam diri saja ketika itu. Masing – masing melayan perasaan.
“saya rasa kalian semua ternanti siapa pemenang sajak yang bakal pergi ke Kuala Lumpur akan datang.”ucap pengerusi majlis memecah kesunyian dewan. Tika dada mereka berdetak kencang. Masing – masing menanti jawapan. “Baik tempat ketiga dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist. Dijemput wakil kehadapan.” Hela nafas dilepaskan. Nur Ain merasakan sekolah mereka tidak akan memenangi pertandingan itu. Pasrah. Itu sahaja yang dia mampu. “tempat kedua seterusnya, pemenangnya ialah Sekolah Menengah Tengku Panglima Perang Tengku Mohammed. Diminta wakil tampil.”ucap lagi pengerusi majlis. Tika itu kelihatan wajah muram Ain. “taka pa Ain, kita dah buat yang terbaik.”pujuk Hakim. Nur Ain hanya mengangguk lemah. “hmm ….tentu kalian semua tak sabar untuk tahu siapa pemenangnya. Tempat pertama dimenangi oleh wakil dari…..Sekolah Menengah Bukit Setongkol. Di jemput wakil kehadapan.” Nur Ain tersentap mendengar nama sekolah mereka. Adakah ini benar? Atau cuma mimpi sahaja. “Ain, kita menang. Mari.”ucap Hakim. mereka berdua bangun dari kerusi. Satu tepukan gemuruh memenuhi dewan itu. Masing – masing bersalaman dengan pengetua sekolah dan menerima hadiah serta mengambil gambar. Tak berapa lama kemudian majlis itu berakhir dengan jamuan ringan.
“tahniah awak berdua. Kan cikgu dah cakap, kalau kita buat yang terbaik pasti kita akan dapat tempat yang terbaik.”puji Cikgu Syazana. Ain dan Hakim hanya tersenyum ceria. Tak putus – putus ucapan tahniah dari rakan – rakannya. Nur Ain sedar dia cuma membantu, tapi sejujurnya Hakim selayaknya mendapat pujian. Dia yang bersusah payah menggembleng tenaga menyediakan sajak itu. Matahari kian terik, tengah hari mula menunjukkan kuatnya, waktu sekolah telah pun tamat. Semua pelajar mula beransur – ansur beredar dari sekolah itu. Nur Ain berjalan seiring dengan Linda dan Sarah. Rakan – rakan mereka mengajaknya ke bandar untuk meraikan kemenangannya. Hakim juga akan hadir, tapi katanya lewat sedikit. Ada urusan khabarnya.
“aku bangga dengan kau Ain, lepas ni boleh la kau jejak KL tu. Dari dulu itu yang kau impikan kan?”ulah Linda. Mereka bertiga duduk bersama di perhentian bas menanti bas ke bandar. Nur Ain hanya tersenyum. Ya, memang dia sentiasa mengimpikan untuk menjejak kaki ke kota besar itu. Jika dulu kewangan yang menjadi persoalan namun kini peluang sudah ada di depan mata. Cuma dia pasti Hakim yang lebih gembira kerana dapat pulang kepada kawan – kawan atau barangkali kekasih yang dirinduinya. Tidak semena – mena cemburunya membuak.
“hei Ain, kau termenung apa?... kita orang dari tadi cakap kau buat bodoh je.”sergah Sarah. Lamunannya terhenti. “eh, kau cakap pe?...aku tak dengar tadi.”soal Nur Ain. Dia hanya malu sendiri. Tak guna cemburu pada sesuatu yang bukan hak miliknya. Lagipun dia sendiri tak pasti dengan perasaannya. Yang dia pasti tika mata mereka bertentang tadi ada satu getar sepantas kilat di hatinya “ya Allah, Lin, aku rasa kawan kita ni, kena penyakit angau ni. Dari tadi asyik duk termenung. Kalau bas lalu pun dia tak sedar.”usik Sarah. Linda tergelak besar sehingga ada beberapa remaja melihat tingkah mereka bertiga. Nur Ain tersenyum malu. “mana ada, aku tengok bunga – bunga kat kedai mak cik tu lah.”balas Nur Ain. Memang dari tadi matanya tak lari memandang jambangan tulip putih. Linda dan Sarah tergelak lagi. “orang dilamun cinta, semuanya indah belaka kan Sarah.”usik Linda pula. Belum sempat Nur Ain ingin membalas, bas tiba.
Mereka bertiga berjalan seiring menaiki bas tersebut. Tiba – tiba Nur Ain merasakan ada mata yang melihatnya di balik cermin kereta Myvi bewarna hitam. Segera di paling wajahnya namun dia gagal melihatkan wajah pemandunya. “Ain, kenapa?”Tanya Linda yang duduk di sebelah Ain. “ermm…aku rasa macam ada orang tengok aku dari jauh.. mungkin perasaan kot.”Nur Ain cuba menenangkan hatinya. “orang?...ke Hakim?...kan kita nak jumpa kejap lagi tak payah lah nak intai buah hati dia.”usik lagi Linda. Nur Ain tergelak kecil. Dia menjeling Linda. Namun hatinya senang dengan usikan Linda. Risaunya tadi hilang di balik tawanya.
Mereka tiba di Pusat Beli Belah Megamall. Hakim berjanji untuk menunggu mereka di KFC. Nur Ain dan rakan – rakannya bersama – sama memesan makanan mereka. Sejenak mereka duduk bersama makanan, Hakim tiba dengan wajah yang serius.. “wei romeo, mari lah kat sini, panggil Linda. Hakim menuju ke meja mereka. Wajahnya yang serius segera dimaniskan. “kau ke mana?... puas kita orang bertiga. Nasib baik tak berjanggut lagi.”sambung Linda. Sarah dan Nur Ain masing – masing asyik dengan makanan mereka. “aku…aku ada hal tadi. Aku pergi order jap.”bangkit Hakim meninggalkan mereka. Seperti sembunyikan sesuatu. “kenapa pulak mamat tu? Dah datang bulan ke?”ulah Linda. Bibirnya dijuihkan. Sarah dan Nur Ain hanya memandang sahaja. Masing – masing memandang Hakim dengan tanda tanya. Ingin bertanya tak berani pula, bimbang Hakim naik angin. Panas barannya tak menentu sangat.
Macam – macam mereka berbual. Hampir dua jam mereka lepak di situ. Nur Ain meminta diri untuk pulang. Bimbang pula dengan adik – adiknya. “Ain, saya hantar awak balik iya?”Hakim menawarkan diri membantunya. “hmm tak apalah, nanti kesian pulak Linda dan Sarah kene balik sendiri.”Nur Ain memberi alasan. “eh, tak apa, kau baliklah dengan Hakim, aku dengan Sarah boleh balik sendiri. Macam tak biasa je.”balas Linda sambil tersenyum penuh makna. Lama kemudian Nur Ain hanya mengangguk.
“kenapa diam je?”soal Hakim. Tadi dia melihat Nur Ain membisu dalam kereta. “tak adalah, Cuma letih sikit jer. Tak tau nak cakap apa sebenarnya.”jawab Nur Ain. Hakim tergelak dengan jawapan Nur Ain. Lurusnya. “la, ni dah cakap ni…kira cakaplah tu.”kata Hakim. Hampir serentak mereka tergelak. “hmmm well, hujung minggu ni, dapatlah kita pergi KL.”ujar Hakim. “ya, tak sabar saya. Saya ni tak pernah sampai kat sana lagi.” Balas Nur Ain. Matanya tak henti melihat deretan sepanjang kedai. “saya pun dah lama tak balik sana.”jawab Hakim. “ha….dapatlah jumpa dengan orang yang tersayang kan?”Nur Ain cuba mengusik. Hakim terdiam. Dia cuba untuk mengetahui kisah hidup Hakim. Manalah tau dia sudah berpunya. Nur Ain sendiri tak pasti dengan soalannya itu. Berbaur cemburu atau hanya untuk soalan. Hakim sedar tak lama lagi dia akan pulang ke pangkuan Milla, gadis yang pernah bertapak dalam hatinya. Namun kini dia sedar gadis itu bukan miliknya. Ego lelakinya tak mahu menerima. Biarlah dia berdepan dengan Milla sendiri untuk mendapat jawapan.
Suluk
6 years ago
0 comments:
Post a Comment