Izinku Pergi Episod 3

"Assalamualaikum semua."suara lantang Puan Syazana ketika memasuki kelas 5 Kreatif. Semua pelajar berdiri sebagai tanda hormat pada guru mereka. Puan Syazana merupakan guru Bahasa Melayu dan juga guru kelas mereka. Puan Syazana seorang guru yang sofistikated. Walaupun dia seorang yang lemah lembut dan baik hati namun dia amat tegas dengan pelajarnya apabila berkaitan dengan soal pelajaran dan tanggungjawab. "ok kelas, hari ini kita belajar KOMSAS." kata Puan Syazana. Kedengaran keluhan beberapa keluhan pelajar. Walaupun KOMSAS kelihatan mudah untuk dipelajari namun untuk memahaminya agak sukar. Ini kerana terdapat komponen dari sastera klasik yang sukar. "pelajar sekalian, saya tahu ini sukar bagi kamu untuk mempelajarinya namun begitu kamu harus berusaha kerana ini semua adalah tinggalan nenek moyang kita. Seperti kata Hang Tuah 'Takkan Melayu hilang di dunia'. Ini untuk supaya kamu semua mengerti cara hidup serta adat mereka."terang Puan Syazana panjang lebar. "erm sekarang kamu bukak sajak yang bertajuk 'Keindahan yang Hilang.'ujar Puan Syazana. "baik, siapa nak baca?"tanya Puan Syazana. Suaranya bagai memecah keheningan pagi itu. Tiada siapa yang mengangkat tangan. "Hakim, kamu baca."arah Puan Syazana. Hakim merengus perlahan. Dia bangkit dari kerusinya lalu dibacakan sajak itu.



Sayup-sayup undan tua berlagu hiba
terbang beriring di rembang petang
renik-renik mengirai bulu carik
melayang satu-satu berbaur debu
lesu berapungan di air lalu.

Daun-daun menghijau alangkah segar
kemilau danau disinar mentari
kali tenang betapa lembut mengalir ke muara
kedamaian melingkar rimba
lalu tumpah kasih nan jernih
erat bertaut cinta kasih.

Malam hiba dadanya ungu luka
pungguk tersedu pilu di atas batu
bulan tiada lagi mendandan wajah
bintang malam pudar sinarnya.



Suara lantang Hakim bergema. Semua mata tertumpu pada dia. Kagum. Amirul Hakim cuba membaca sajak itu sepenuh hati. Dia cuba menghayati tiap bait sajak ini. "Ok, Nur Ain awak sambung sampai habis."kata Puan Syazana. Dia turut kagum dengan intonasi dan gaya yang ditampilkan oleh Hakim. Hakim duduk dengan wajah bangga. Di sekolah lamanya dahulu, dia memang juara dalam bersajak, berpuisi serta berpidato. Nur Ain bangun lalu mengalunkan suaranya mengikut bait sajak tersebut.



Orang bicara bulan bintang di makmal
pada buku, data dan komputer
lalu bulan dan cakerawala bisa diteroka
bisa kembara di planet dan angkasa.

Undan patah sayap gugur bulunya bertaburan
suara siapa parau mendera di malam lara
kali tenang tiba-tiba airnya bengis melanda
kepada siapa anak-anak kota desa berhutang nyawa?
Bulan kini bukan lagi menara kasih jernih
bintang-bintang bukan lagi saksi sumpah kekasih.



Nur Ain menghabiskan sajak itu dengan ucapan terima kasih. Semua pelajar tepuk tangan kecuali Hakim. Nur Ain hanya tersenyum sahaja. "eiii banggalah tu."desis hati Hakim. Nur Ain melabuhkan punggungnya. Dia dapat merasakan Hakim sedang merenungnya dari tepi. Tidak selesa. Nur Ain memalingkan wajahnya ke hadapan. Hakim yang menyedari cepat-cepat mengalihkan wajahnya ke depan kelas. Sejak peristiwa itu, Hakim tidak pernah menegurnya lagi. Mungkin dia malu. 1 jam belajar Bahasa Melayu Nur Ain rasa mengantuk. Tambahan pula di pagi-pagi ini. Berair matanya kerana berkali-kali menguap. Semua pelajar begitu juga. Otak mereka masih lagi malas untuk bekerja. Semasa waktu rehat, Puan Syazana memanggil Nur Ain dan Hakim. Selepas makan, mereka berdua menuju ke bilik guru. "ada apa cikgu?"tanya Nur Ain lembut.




"macam ni, sekolah kita ada anjurkan Minggu Bahasa. Ada macam-macam aktiviti. Setiap kelas ada satu aktiviti dan kelas kita terpilih untuk aktiviti bersajak."ujar Puan Syazana. "jadi?"tanya Hakim selamba. Caranya seperti biadap dengan wanita dewasa di hadapannya. Nur Ain memandang tajam ke arah Hakim. "sudahlah, tak payah nak bertekak. Macam ni, saya kagum tengok kamu berdua bersajak tadi. Jadi saya memutuskan awak berdua akan mewakili kelas kita."ujar Puan Syazana. Terbeliak mata Hakim. Mereka berdua berpandangan. Nur Ain hanya mendiamkan diri. Kelihatan tenang sahaja wajahnya. "tak naklah cikgu, saya tak kisah kalau bersajak tapi bukan dengan dia."angkuh suara Hakim. Nur Ain masih mendiamkan diri. "Hakim, kamu tak boleh macam ni. Kamu mesti professional. Saya dah masukkan nama kamu berdua sebagai peserta dan saya tak boleh tarik balik nama tu. Apa yang saya harapkan agar kamu berdua dapat bekerjasama supaya kita menang. Kalau kamu menang kamu akan dibawa untuk melihat pertandingan sajak di Kuala Lumpur."kata Puan Syazana. Hakim mengetap bibir. Geram. Dia pasti semua orang dalam sekolah itu tahu tentang pergaduhannya dengan Nur Ain dulu tapi mengapa harus Cikgu Syazana gandingkan mereka berdua. "Arghhh!!! Persetankan ini semua!!! Yang penting aku harus ke KL supaya aku dapat berjumpa dengan Karmilla."dalam diam Hakim akur dengan kehendak guru kelasnya itu. "bila pertandingan tu cikgu?"tanya Hakim. "ha! Macam nilah bagus. Pertandingan tu bulan depan lepas Karnival Usahawan Sekolah."jawab Puan Syazana.




"Nur Ain, kelas kita akan buat apa nanti?"tanya Puan Syazana. "saya dah bincang dengan penolong saya, Farish dengan bendahari kelas kita, Suzie. Kami nak buat gerai jual makanan."terang Nur Ain. "la, kan banyak budak yang lain jual makanan. Nanti tak laku lah."pintas Hakim. "sebenarnya cikgu, kami ingat memjual makanan tradisional Melayu. Di samping itu, permainan dan cabutan bertuah juga diadakan."jelas Nur Ain. "hmm bagus jugak cadangan tu. Macam ni, saya nak awak tulis cadangan ni dalam kertas. Nanti saya tengok balik. Saya kena pergi sekarang."kata Puan Syazana sambil melangkah keluar. Nur Ain mengangguk lembut. Hakim menrengus perlahan. Mereka berdua kembali ke tempat duduk. Sementara menunggu guru seterusnya datang, Nur Ain bangun kembali. Dia berdiri menghadap rakan sekelasnya yang lain. "kelas, saya ada perkara nak bincang dengan kamu semua. Kita semua tahu bulan depan ada Karnival Usahawan Sekolah jadi saya dah berbincang dengan Suzie dan Fariesh yang kita akan jual makanan tradisional. Apa pendapat korang?"tanya Nur Ain untuk persetujuan mereka. "mana kita nak dapat makanan tu?"tanya Zaim. "mak Linda dan mak saya boleh menyediakan makanan berat. Sementara Nayla akan menyediakan kuih-muih."ujar Nur Ain. Dia menarik nafas sebentar. Semua mata masih lagi memandang kepadanya. "kerusi dan meja saya akan minta kebenaran dengan sekolah. Selain itu ada permainan yang diadakan. Tapi masih belum ada volunteer lagi. Siapa nak?"tanya Nur Ain. Masing-masing mendiamkan diri.




Nur Ain mengeluh. Masing-masing enggan membantunya. Beginilah reaksi pelajar kelas 5 Kreatif apabila diminta pertolongan. Masing-masing menjadi tunggul kayu. Tiba-tiba Hakim bangun dan mengatakan "biar saya yang jadi." Nur Ain tersenyum tanda terima kasih. Hakim bungkam sebentar. Mata mereka beradu. Namun Hakim segera menundukkan mukanya. Tidak semena-menanya hatinya berdebar-debar. "baguslah kalau macam tu. Hakim nanti awak siapkan sekali hadiah bagi cabutan bertuah ok."rancak Nur Ain bercakap. Wajahnya tenang. Puan Zulaikha masuk ke kelas. "selamat pagi cikgu."bergema kelas 5 Kreatif memberi ucap selamat kepada guru Matematik Tambahan mereka. Hakim kelihatan segar. Masakan tidak subjek ini merupakan subjek yang paling disukainya walaupun genap pelajar mengatakan Matematik Tambahan susah. Baginya subjek ini mencabar dan membuatnya tidak putus asa untuk mencuba. Sejam kelas berlalu. Sebaik sahaja guru mereka melangkah keluar. Nur Ain membuat pengumuman sekali lagi. "sesiapa yang terlibat nanti lepas balik kita stayback kat Laman Ilham." Semua mengangguk tanda setuju. Loceng berbunyi menandakan waktu rehat. Hakim melangkah sendirian ke pondok kecil berhadapan dengan kebun sekolah. Saban hari dia ke situ. Di situ dia mendapat ketenangan. Di situ juga dia mengamit memori ketika bersama Karmilla. "Oh Milla, jika kau tahu betapa rindunya aku padamu."desisi hati Hakim. Sudah sebulan Hakim menetap di bumi Kuantan ini namun Karmilla hanya mendiamkan diri. Dia teringat lagu yang agak popular diputarkan di mana-mana corong radia. Nyanyian Dafi, iaitu bekas pelajar program realiti tv. Lirik Bila Terasa Rindu bermain-main di benaknya.




Apa agaknya khabarmu di sana?Di sini ku sedang dibelenggu rinduBeginikah rasa seksa perpisahanSungguh anehnya hidup berasinganHati terasa bagai tertinggal di situMeskipun tubuh dah jauh beribu batuSesaat seperti tahun lamanyaSemasa kau tiadaApa yang terdaya…Bila terasa rindu ku sebut namamuDengan harapan kau akan muncul dalam tidurBila terasa rindu ku bayang wajahmu dalam anganDan barulah ku terasa bagai disembuhJauh sekali hidup di sini berbezaBeribu kali lagi ku selesa di sanaTak sabar menantikan detik kepulanganNamun hingga ituApa yang termampu…Bila terasa rindu ku sebut namamuDengan harapan kau akan muncul dalam tidurBila terasa rindu ku bayang wajahmu dalam anganDan barulah ku terasa bagai disembuhTerlintas di fikiran untuk meminggirkan sajaSemua pencarian di siniTetapi ini sebahagian dari pengorbananBekalan andainya hari sukar mencabar




"thanks sebab datang. So kalau boleh kita bincang tentang perjalanan karnival ni. Saya tak nak ada sebarang masalah nanti."tegas suara Nur Ain menerpa mereka. "Suzie akan menjadi pembantu saya sepanjang karnival so you can find her or me."jelas Nur Ain. "kita nak bincang apa?"tanya Hakim. "macam ni, saya nak setiap pelajar yang uruskan ini ada pembantu. Kamu lantik sesiapa yang kamu nak. Saya dan Linda akan bertangunggjawab untuk sediakan makanan. Tapi saya mungkin akan sibuk time karnival untuk uruskan hal lain. Jadi saya mintak tolong dengan korang semua untuk bantu saya jugak."terang Nur Ain. "Modal yang kita peruntukkan untuk dalam lingkungan RM 400. So kita akan mintak budak kelas kita bayar RM 5."jelas Nur Ain panjang lebar. "kan masih tak cukup lagi."kata Hakim. "cam ni Hakim, Cikgu Syazana bersedia memberi tambahan modal untuk kita semua."jawab Fariesh sambil tersenyum ke arah Nur Ain. "kalau macam tu, rasanya tak ada apa-apa lagi. Kita pulang ok. Kalau ada apa-apa saya inform kamu semua."kata Nur Ain. Mereka mengemas barang mereka untuk pulang. Sedang Nur Ain melangkah keluar di pintu pagar. Kelihatan Fariesh memanggilnya. "Ain tunggup jap." Nur Ain berhenti melangkah. "jom balik sama-sama. Kita naik bas sekali ok?"ajak Fariesh. "ok."senyum Nur Ain. Fariesh dan Nur Ain merupakan kenalan sejak kecil lagi. Mereka rapat antara satu sama lain. Begitu juga keluarga mereka. Mereka berjalan seiringan. Hakim melangkah sendirian melihat telatah mereka berdua. Hatinya disentap rasa cemburu. Namun dia cepat menyedarkan dirinya bahawa Nur Ain hanyalah rakan sekelasnya sahaja. "Qim! Kau sedar tak dia tu kawan kau aja. Tak lebih dari tu. Hati kau tu untuk Milla aja!!!" jerit hati Hakim. Dia melangkah ke tempat letak motosikal. Hatinya tersentap lagi melihat kemesraan Nur Ain dan Fariesh di stesen bas namun dia memecut motornya sehingga deruman enjin membuatkan ramai mata memandang. Sebaik sahaja tiba dia tiba di rumahny, dia melihat sepasang kasut di depan pintu rumahnya. "siapa pulak datang rumah ni?"desis hatinya. Sebaik sahaja memberi salam, pintu rumahnya dibuka. Salamnya dijawab dengan suara garau. Melihat kelibat lelaki itu, hati Hakim riang kembali.

0 comments: