Pagi itu, selepas bersarapan dan memasukkan beg ke dalam kereta, mereka bertolak ke kubur arwah mamanya. Selepas itu, mereka meneruskan perjalanan ke Port Dickson. Perjalanan yang mengambil masa 5 jam amat meletihkan. Asyrani menghabiskan masa lapangnya dengan membaca novel. Kali ini dia membaca novel Sesuci Cinta karya Aina Emir. Yang lain semuanya nyenyak tidur. Dia mengeluarkan sekeping cakera padat yang mengandungi lagu-lagu kesukaaannya dan meminta ayahnya memasang cd tersebut. Lagu Kaulah Segalanya berkumandang. Asyrani menyanyi lagu ini dengan penuh perasaan. Ayahnya yang sedang memandu itu berkata "adik, kalau ye pun nak berangan nak masuk Akademi Fantasia janganlah nyanyi dalam kereta." "ala abah ni, relax la orang baru habis exam, nak hilang tension sikit."balas Asyrani. "kalau ye pun, nyanyilah slow-slow. Adik, lelaki yang selamatkan kamu tu, dah sampaikan terima kasih kami semua?"tanya ayahnya. "dah abah, dia orang pun kirim salam kat abah sekeluarga."ujar Asyrani yang sedang asyik membaca novel. Ayahnya menjawab salam tersebut. "bagus betul budak tu, dia tak ambik kesempatan kat kamu pun. Susah nak cari lelaki macam ni, dia kerja apa?"tanya ayahnya lagi. "oh, dia kerja office boy abah kat bank."jawab Asyrani. "oh… baguslah tu"jawab ayahnya. "lama lagi ke kita nak sampai ayah?" tanya Asyrani yang sedang asyik mendengar lagu harapan nyanyian Fazli Zainal itu. "dalam masa sejam lebih lagi, adik rehat dulu kamu tu tak sihat kang letih nanti, Shawal tak ada nak tolong." Usiknya ayahnya. "apa lah abah ni…hisy dari layan abah baik adik layan lagu ni."jawabnya. Namun lama- kelamaan, dia tertidur. Sejam kemudian dia berasa tubuhnya diagah, rupa-rupanya abangnya menggeraknya. "dik, bangun kita dah nak sampai ni " kata abangnya. Asyrani pun membuka mata. Dia meregangkan tubuh badannya.
Selang berapa minit kemudian, mereka tiba di sebuah pusat peranginan yang cantik. Chaletnya betul-betul di atas air. Ayahnya telah menempah 2 bilik berasingan. Masuk sahaja dalam bilik mereka. Mereka terpesona dengan seni bina dan hiasan bilik itu. Sangat unik dan cantik. Ada konsepnya tersendiri. Terdapat satu sudut yang terletaknya sekeping cermin untuk melihat air laut di kaki lantai. Terdapat sebuah katil bersaiz queen dan sebuah sofa ala Cleopatra. Petang itu, mereka berjalan mengambil angin di sekitar bilik. Sungguh cantik chalet mewah ini. Angin sungguh kencang hingga tudung yang membaluti kepalanya hampir tertanggal. Kakaknya mengajak Asyrani dan abangnya ke bilik rekreasi yang disediakan. Mereka bermain permainan yang disediakan. Ayah dan umi hanya melihat sambil tersenyum melihat telatah anak-anaknya itu. Selepas bermain, mereka terlihat karaoke box. "Nana, jom kita try? " kata Asyrani. "jom"sahut kakaknya. Mereka memilih lagu Diddy dan Yanie iaitu Saling Terpesona. Banyak lagi lagu yang mereka nyanyi seperti Everyday I love you daripada Boyzone, Biarlah Rahsia. Sedang mereka nyanyi, abang mereka mengetuk pintu. "wei korang bagilah kat abang pulak, sian abang menunggu ni."kata abangnya sambil memuncungkan bibirnya. "hisy, mengajuk pulak, dah tua bangka pun nak melalak lagi dah la biar Nana pergi ambik gambar dulu."usik Nana. "thanx, baiknya adik abang ni"sahut Khairul sambil memegang dagu adiknya. Khairul pula gemar kepada lagu sentimental dan irama 80-an. Dia menyanyi lagu Nassier Wahab, Salim. Abangnya memang berbakat dalam seni suara cuma dia tidak pernah memasuki mana-mana pertandingan nyanyian. Segan katanya.
Sementara itu,Asyrani dan kakaknya meninjau kawasan sekeliling. Tiba-tiba hp miliknya berdering. "assalamualaikum Asy, ni Anis, kau kenal lagi tak?"tanya Anis. "waalaikumsalam mestilah aku kenal kau lagi."jawab Asyrani sambil ketawa kecil. "malam ni kau free tak?" tanya Anis. "entahla free kot, kenapa?"soalnya Asyrani pula. "Ayah aku jemput kau datang dinner kat rumah aku, jomlah Hafiz pun ada."ajak Anis. "nanti aku tanya ayah aku dulu pastu aku SMS kau ok"jawab Asyrani. Dia tidak mahu memandai dalam membuat keputusan itu tanpa persetujuan ayahnya. Tiba-tiba hatinya tidak enak. Selepas puas meninjau, dia mengajak kakak dan abangnya pulang ke biliknya. Sebaik sahaja pulang, dia menelefon bilik ayahnya. "hello, abah ni adik ni, tadi Anis call, dia ajak datang rumah dia malam ni, boleh?"tanyanya. Lama juga menunggu jawapan ayahnya. Kemudian ayahnya menjawab "macam ni adik, adik ajalah yang pergi ye, abah dengan umi dah plan nak pergi rumah kawan abah."jawab ayahnya. "ala yakah, mmm tak apalah nanti adik suruh dia amik kat chalet yek " kata Asyrani. "ok, tapi kamu kene balik sebelum pukul 11 tau."pesan ayahnya. "ditanggung beres pak " balasnya gembira. Sebaik sahaja mendapat keizinan ayahnya dia terus menghantar pesan ringkas ke telefon tangan Anis.
Salam Nis….Ayah aku tak pergi sebab dia ada hal nak pergi rumah kawan dia…Tapi dia bagi aku pergi…Tapi kau kena ambik aku…Lepas isyak kau datang ye…Lagipun aku kena balik sebelum pukul 11…Ok see u there….
Beberapa minit kemudian Anis membalas
Ok,nanti pukul 9 aku ambik kau kat lobby hotel.Bye….
Jam sudah pukul 7.30 malam. Asyrani membersihkan badannya serta menunaikan kewajipannya sebagai muslim. Dia sudah memaklumkan kepada abang dan kakaknya yang dia akan pergi ke rumah Anis untuk makan malam. Tepat pukul 9 malam dia melihat Anis tiba dengan sebuah kereta Satria yang berwarna putih. Asyrani terus menuju ke kereta tersebut. "assalamualaikum Anis, kau sihat " tanyanya sambil membetulkan tudung yang disilangnya di bahu. Mereka bersalaman. "waalaikumsalam, aku sihat macam inilah. So best tak kat sini?"tanya Anis. " aku suka pergi kat sini. Cantik.” Asyrani menceritakan Anis tentang pemandangan di Port Dickson hingga tidak disedari mereka sudah tiba di Villa keluarga mereka. Tadi kakaknya sudah menghantar sms bahawa mereka telah keluar makan malam. Tiba-tiba di muka pintu, kelihatan sepasang suami isteri yang kiranya sudah separuh abad usianya tersenyum menyambut kehadirannya. "assalamualaikum, apa khabar Dato', Datin."kata Asyrani sambil menyalami tangan Datin Manisah yang lembutnya. Orangnya masih lagi bergaya begitu juga Dato' Mustapha biar pun dimamah usia. Namun tokoh korporat katakan. "mari masuk Asy, buat macam rumah sendiri."kata Anis. Asyrani terpesona dengan villa kepunyaan Anis ini. Sungguh cantik. Hiasan rumah mereka lebih kepada berkonsepkan kampung. Terdapat perabot-perabot kayu dan ukiran-ukiran kayu bermotifkan bunga. "so, parent Asy tak datang sekali?"tanya Datin Manisah. "tak, Datin, dia nak jumpa kawan lama katanya. " jujur Asyrani menjawab. "ayah dan umi kirim salam, mereka kirim buah tangan dari Kuantan untuk Dato' dan Datin.”ujar Asyrani sopan. Dia berasa kecil apabila berhadapan dengan mereka. "Asy, tak payah panggil kami Dato' ataupun Datin, panggil uncle dan aunty sudah " tegur Dato' Mustapha sambil tersenyum. "baik Dato'…ops uncle."jawab Asyrani. "so jom makan, ajak Dato' Mustapha. "tunggulah kejap papa, Hafiz tak sampai lagi."rengek Anis. Kemudian kedengaran suara orang memberi salam. Anis membuka pintu rumahnya. Di muka pintu, ada seorang lelaki yang agak tinggi, berkulit putih dan bermata sepet. Asyrani merasakan bahawa dia seperti pernah melihat jejaka ini. "Hafiz Azimie!!" jerit hatinya. Walau sudah lama tidak berjumpa, namun iras wajahnya tak mungkin Asyrani lupa. Jejaka itu juga agak terkejut dengan kehadiran seorang perempuan yang pernah dikenalinya suatu masa yang dulu.
"Asy inilah, Hafiz Azimie boyfriend aku. "Anis memperkenalkan Asyrani kepada Hafiz. Asyrani terkedu apabila tekaannya tepat. Dia benar-benar tidak menyangka mereka dapat berjumpa lagi. Lelaki itu menghulurkan tangannya, Asyrani hanya menyambut hambar sahaja. "cepatnya kau berubah Hafiz."desis hatinya sendirian. Hafiz hanya memandang gadis di hadapannya itu. Penampilan Asyrani sudah berubah. Dia bukan lagi budak perempuan hingusan yang selekeh. Asyrani kelihatan cantik. Matanya asyik memandang kepada gadis itu. Asyrani agak kurang selesa dengan pandangan Hafiz itu. Kerap dia melarikan pandangan matanya tiap kali bertaut. "Fiz, Asy pernah cerita kat i, yang dia dulu pernah duduk kat Kuantan, sama perkampungan pulak tu, takkan you berdua tak kenal."tanya Anis. "tak pun Anis, I tak perasan la pulak."jawab Hafiz tergagap. Dia tidak mahu Anis mengetahui kisah silamnya. "a'ah, Nis, aku pun tak pernah perasan pun dia wujud, maklumlah aku ni tak ambil tahu hal kat sekolah tu. Kera sumbanglah katakan"sindir Asyrani. Anis yang tidak tahu apa-apa ketawa. Diikuti Hafiz yang ketawa paksa. Selepas itu, banyak mereka borakkan. Ibu dan ayah Anis hanya tersenyum melihat telatah mereka bertiga. Namun begitu Asyrani kurang bercakap malam itu. Sesudah makan, ayah dan ibu Anis meminta diri untuk keluar. Katanya mereka ada hal dengan persatuan. Tinggal mereka bertiga. Kemudian Anis meminta diri ke tandas. Tinggal Hafiz dan Asyrani sendirian. Hafiz memandang tajam membuat Asyrani tak keruan. Cinta pertamanya hadir kembali!. Masing-masing mendiamkan diri. "kau ke mana selama ni Asy? " tanya Hafiz. Suaranya jantannya memecah kesunyian malam. "aku tak kemana-mana Hafiz. Aku masih ada di bumi ini."jawab Asyrani acuh tak acuh. "kenapa kau hilangkan diri dulu? " tanya Hafiz lagi. "dah la Hafiz, tutuplah kisah lama kita. Dah lama sangat dah. Kau pun dah ada girlfriend, jaga dia elok-elok. Dia tu best friend aku tau."jawab Asyrani. Dia tidak mahu lukanya yang bersarang dijiwa berdarah kembali. "kau dah tak ada apa perasaan kat aku lagi ke?"tanya Hafiz. Dia ingin menduga hati gadis di depannya itu. Muka Asyrani kelihatan tenang. "Hafiz Azimie, cerita dah lama berlaku. Kau anggaplah ni cerita cinta monyet kita dulu. Kita masing-masing dah besar dan matang."jawab Asyrani lagi sambil melihat jam tangannya.
Tiba-tiba Anis pun keluar. "rancak berborak nampak. Hafiz ada mengumpat aku ke? " tanya Anis sambil mengenyitkan mata kepada Asyrani. "eh, taklah borak-borak kosong je. Nis dah dekat pukul 10.30 ni. Aku kena balik ni. Kang bising pulak ayah aku."kata Asyrani sambil bangkit dari kerusinya. "oh oklah, Fiz…you balik dulu ye. I hantar Anis balik hotel dia. Kalau you ikut, I takut dia tak selesa you ada."ucap Anis dengan manja. Anis bersalaman dengan Hafiz. Tampak mesra. Kemesraan mereka makin menambiah lohong luka Asyrani yamg hampir tertutup itu. "oh,ok I balik dulu ye, good night girls. Assalamualaikum."ucap Hafiz pula. Serentak mereka menyahut salam Hafiz tu. "best tak family aku Asy?"tanya Anis sambil meneruskan pemanduannya. "best, mak ayah kau baik."puji Asyrani. "apa pendapat kau tentang Hafiz? " tanya Anis. Soalan itu bagaikan halilintar menebusi jantungnya. Terkial-kial dia berkata kepada Anis "well, he's good and kind." Asyrani tidak pernah menceritakan kisah itu kepada Anis. Apatah lagi sekarang. Anis. Dia tahu Anis terlalu mencinta Hafiz. Bagi Anis, Hafiz merupakan sebahagian dari hidupnya. Asyrani tidak sanggup membunuh hati kawan baiknya sendiri dengan menceritakan kisah silamnya. Lagipun Hafiz adalah kisah lamanya. Kemudiannya, Asyrani sampai di hotel yang didiaminya. "ok, Anis thanks for everything ok."kata Asyrani. Anis hanya membalas dengan senyuman dibibirnya. Tiba di hotel, keluarganya baru pulang. "dah sampaikan salam kami kat Dato' ? " tanya umi. "dah umi mereka pun kirim salam."jawab Asyrani longlai bunyinya. Setelah dia membersihkan diri. Dia pun baring di hujung katil. Abangnya masih leka melihat televisyen. Kakaknya pula sudah pun tidur. Asyrani meletakkan kepalanya di atas bantal yang empuk. Dia teringatkan apa yang berlaku tadi. Dia benar-benar tidak menyangka Hafiz yang dimaksudkan oleh Anis ialah lelaki yang hampir menjadi miliknya pada suatu masa dahulu. Namun dia pasti Hafiz sudah menjadi kisah lamanya. Namanya sudah lama terkubur jauh. "ah, kenapa aku nak fikirkan pasal dia. Buang masa aje."desis hatinya sambil memejamkan mata. Dia teramat penat.
Shawal melihat di jendela cuaca hujan lebat di Kuala Lumpur. Sejuk dingin hingga ke tulangnya. "kenapa dia tak balas kad tu, atleast contact aku ke. Ini tidak diam aja. " desis hati Shawal. Sudah 2 hari Asyrani tidak menghubunginya. Petang tadi semasa dia bermain futsal, dia terlalu memikirkan tentang gadis itu hingga tidak menyedari bola menuju ke arahnya lalu terkena bahunya yang sudah tercedera sebelum ini. Rakannya, Ebi pantas menuju ke arah Shawal apabila Shawal terduduk menahan sakit. "eh, wal kenapa kau ni? Kau tak nampak ke bola tu? " tanya Ebi sambil melihat kondisi Shawal. Shawal hanya menggeleng kepala. Wajahnya menahan kesakitan. Selepas makan ubat dan diurut sedikit, dia merasa lebih sihat. Namun Ebi agak risau dengan keadaan Shawal. "Wal, sehari dua ni aku nampak kau ni lain macam je, kau ada masalah ke?"tanya Ebi. Shawal menghela nafasnya. Dikesat keringatnya dengan tuala. " aku adalah minat kat sorang gadis ni. Baru kenal. Aku rasa aku dah jatuh hati kat dia. " terang Shawal. Ebi melopong mendengar pengakuan Shawal. "ha!! Macam mana kau boleh jatuh hati secepat tu, lepas tu? " tanya Ebi. "aku bagi kad pada dia dan minta dia beri peluang kat aku, tapi dia tak balas-balas pun. " jawab Shawal lagi. "habis tu? Pergilah cari dia. Minta jawapan darinya. " kata Ebi. "dia tak ada kat sini, dia tengah cuti sem. Dia tengah holiday kat PD " jawab Shawal lagi. "habis tu, kenapa kau tak nak pergi sana? " tanya Ebi. Shawal terdiam. Dia membuka beg duit dikeluarkan sekeping tiket bas yang dibelinya semasa Asyrani dikejar penjahat itu. “Wal, kalau kau betul-betul sukakan dia, carilah dia jangan terlewat. Nanti macam aku menyesal tak sudah.”kata Ebi berbaur penyesalan. Dia menyesal kerana walau sudah lama kenal dengan seorang gadis yang bernama Nadia namun tidak pernah diucapkannya. Nadia beranggapan Ebi pengecut dan mempermainkan hatinya. Akibatnya Nadia membawa diri ke Sabah dengan berkhidmat sebagai seorang guru sandaran. Ada ura-ura mengatakan bahawa dia bakal berkahwin. Yang menyesalnya Ebi. "patutkah aku datang? " tanya Shawal sendirian malangnya tiada siapa menjawab soalan itu.
Sedang dia melihat langit yang hitam pekat, dia dikejutkan dengan suara ibunya. "Shawal, apa yang kamu buat kat luar malam-malam ni. Sejuk tu lagipun dah lewat dah ni."kata ibunya. "saja ambik angin malam mak."jawab Shawal. "eh, ada ke hujan-hujan macam ni nak ambik angin nanti demam."kata ibu Shawal lagi. "kamu ni kenapa, mak tengok macam orang ada masalah aja."tanya ibu Shawal. Sebagai seorang ibu, dia mempunyai naluri keibuannya yang kuat dan dia sedar anak sulungnya agak murung. Puan Aishah memang menyedari sikap Shawal baru-baru ini. Dia menjadi agak pendiam. Rumah menjadi sunyi. "masalah negara aja mak."jawab Shawal sambil mengenyitkan matanya kepada ibunya. "hisy abang ni, dia loyar buruk pulak. Kamu risau pasal budak tu ke? " tanya ibunya lagi. Dia dapat mengagak fikiran Shawal menerawang kepada Asyrani. "budak mana mak? " balas Shawal seperti tidak paham apa yang ibunya maksudkan. "Shawal…Shawal, kamu dengar sini baik, kalau kamu suka pada dia, kamu kena cepat-cepat bagitahu. Jangan pendamkan perasaan kamu nak. Takut nanti dia dikebas orang. " nasihat ibunya panjang lebar. Dia lebih makan garam. "aik, mak ni cam tau je apa dalam hati aku. " desis hatinya sendirian. "Wal, kena pikat dia sebelum orang lain pikat dia. Kami semua suka kat dia."ujar lagi Puan Aishah panjang lebar. Shawal hanya mendiamkan diri. Benar kata-kata ibunya itu. Ibunya lebih arif apatah lagi hati wanita hanya wanita yang tahu. Akhirnya Shawal telah membuat keputusan. "mak, esok abang nak pergi PD boleh? Abang ada hal lah." tanya Shawal kepada ibunya. Ibunya berfikir lama. Dia mengangguk kepalanya. "pergilah, sampaikan salam mak pada keluarganya sekali ye."pesan ibunya. Shawal tersenyum. Dia berasa amat bahagia dan tidak sabar menunggu esok. Dia memejamkan matanya serta berharap hari esok lekas menjelma.
Suluk
6 years ago
0 comments:
Post a Comment