Sebulan berlalu dengan pantas. Peperiksaan akhir mereka hampir menjelang tiba. Pagi keesokannya, Asyrani dan Anis sama-sama ke kelas dan kemudian pergi ke perpustakaan. Asyrani memang suka pergi ke sana. Kebanyakan masa di perpustakaan itu dihabiskan dengan menelaah pengajiannya dan bermain internet. Sehingga berjam-jam lamanya. Asyrani membuka emelnya. "banyak jugak emel aku ye"bisiknya sendirian. Mana taknya sudah seminggu tak membukanya. Dia mendapat emel dari Liyana.
Assalamualaikum asy!!!!
Kau ape khabar sekarang….
Dah lama kau tak contact dengan aku…..
Aku baru habis ujian kat sini…
Nanti cuti sem aku balik kuantan….
Nanti kita rewang2 satu Bandar ya?
Ajaklah Am ngan Sha skali……
Gembira tak terkata, lantas dia membalas emel tersebut
Waalaikumsalam Yana!!!!
Aku ok aje….
Ade byk hot story nak cite kat kau ni
Petang ni aku ada paper physics
Wish me gud luck ok
Nanti kau balik aku buat makan2 kat umah aku…….
Nanti aku aje mak cik berdua tu…….
Hu3
Salam miss u so much
Jam menunjukkan hampir pukul 1 tengah hari. Perpustakaan ini akan ditutup sementara untuk masa rehat bagi librarians. "jom kite pergi makan Asy, aku kebulur dah ni."ajak Anis. "jom la…perut aku pun dah berbunyi ni."jawab Asyrani sambil bersiap untuk ke kafeteria. Mereka pergi ke warung masakan campur. Asyrani mengambil nasi beserta ikan goreng pedas dan sup cendawan. Manakala Anis pula makan nasi bersama kari ayam dan telur goreng. Masing-masing minum air teh o' ais. Selepas makan, mereka pulang dan sambung belajar di bilik pula. Petang menjelma, debaran mereka bertambah. Mereka masuk ke dewan peperiksaan dengan langkah kaki kanan. Selama 3 jam mereka memerah otak, akhirnya peperiksaan berakhir. Peperiksaannya berjalan selama 5 hari. Asyrani berasa lega kerana semua papernya da habis namun Anis masih mempunyai paper yang terakhir esok iaitu bahasa Inggeris. Malam itu Anis mengajak makan di Bandar Shah Alam. "kau nak makan apa Nis?" tanya Asyrani yang sedang membelek menu di Restoran Padi.Semasa makan. banyak cerita yang mereka sebut. "Anis,minggu depan aku nak pergi PD, ikut family aku bercuti."ujar Asyrani sambil menyuapkan sup cendawan ke dalam mulutnya. "ya ke? Boleh la kau datang rumah aku, pastu aku kenalkan kau dengan Hafiz."kata Anis sambil senyum. "ok gak tu,huhuhuh nanti boleh la kau bawa aku jalan-jalan satu PD."balas Asyrani. "Shawal tahu tak?" tanya Anis sambil mengenyitkan matanya. "tahu, dia tanya aku pun jawab lah."jawab Asyrani bersahaja. .
Sesudah selesai makan, mereka pun pulang dengan menahan teksi. Malam itu, Asyrani mengemas buku-bukunya, maklumlah cutinya ini selama 3 minggu jadi mereka diminta mengosongkan bilik mereka. Asyrani tidak mahu kelam kabut nanti. Lagipun petang esok abangnya, Khairul Lukman datang untuk mengambil barangan untuk di simpan di rumahnya. Malam itu, dia berasa relax mana taknya, peperiksaannya sudah selesai. Dia berasa seronok kerana cutinya akan bermula esok.
Pada hari keesokannya selepas sarapan, dia menuju ke perpustakaan untuk membuka emelnya. Alangkah gembiranya dia, Liyana membalas emelnya
Salam
Hot story?
Kau ni tak habis2 ade je hot story kau
Aku dah excited nak dgr ni
Smpi nak blaja pun tak focus da tau….
Rindu gaban kat kau…..
Nanti aku datang rumah kau jamulah sikit
Nasi minyak ke? Ape ke?
Hihihihi…..
Mane tau kau dah pandai masak
Hehehe
C yu Asy…..
:h
Asyrani tegelak sendirian. Memang Liyana selalu menyakatnya namun tak pernah diambil enteng. Lantas dia menekan butang reply lalu membalas emel sahabat karibnya itu.
Salam beb….
Kau balik nanti aku ceritakan yerk
Hihihih
Hemo2 banyak cantik nak aku masak….
Kali ni bawak makanan sendiri….
Aku jamu biskut kering je kat korang nanti
Huhuhuhh
C u Yana.
Asyrani banyak menghabiskan masanya dengan melayari internet. Pelbagai website dibukanya. Dia juga mempunyai websitenya sendiri iaitu my space. Website ini menjadi kegilaan anak remaja sebaya dengannya untuk mencari teman baru. Sebaik sahaja dia log in, ada mesej masuk lalu pantas dibukanya. Rupa2nya si penghantar adalah adik angkatnya, Amal. Dia tinggal di Ampang, Kuala Lumpur. Dia muda 4 tahun darinya. Dia menghantar mesej kepada Asyrani yang berbunyi:
Salam hi kak Asy lalink…..
Ni Amal saje je antar mesej kat akak….
Khabarnya dah habis exam…cam mane?
Ok ke ko?
Huhuhhu…..
Nanti cuti kan….
bile nak pergi rumah Amal yerk…..
Amal tunggu tau….
Oklah Amal nak study ni minggu depan ade mid year test
Bye…..
Salam….
Gadis itu membaca sambil senyum sendirian lalu dia membalas…..
Salam dik….
Kak Asy br abis exam smlm….
Ok dan ko kot….
Could it be both
Insya Allah kalau ada masa yang sesuai,
Kak Asy datang ya
Belaja rajin2 nanti kak Asy kasi hadiah tau…
Bye….
Salam….
Asyrani melihat jam BUM Equipment yang berwarna hitam hadiah dari abangnya sewaktu hari jadinya tahun lalu. "alamak dah tengah hari dah….aku turun dulu la."bisiknya sendirian. Selesainya menutup computer, Asyrani berjalan melangkah keluar dari perpustakaan itu. Dia berjalan kaki menuju ke kafeteria yang berhampiran dengan hostelnya. Dia sudah berjanji untuk makan bersama dengan Anis dan Reza. Sampai di kafe dia melihat Anis melambai dengan wajah masam mencuka. Asyrani memesan nasi goreng dan air teh o' ais limau dahulu kemudian berjalan ke meja mereka. "Asy kau pergi mana tadi, kesian aku dengan Reza tunggu kau tau tak."marah Anis dengan bibirnya muncung. "eleh relax la, aku baru balik dari Cyber CafĂ© kat library tu."jawab Asyrani dengan nada memujuk. "adoi kau ni , tak kan tak tahu kalu aku dah jumpa komputer tu, tak bangun aku." pujuk Asyrani lagi. "kau dah kemas barang ke Asy?"tanya Reza yang sedang menyuap nasi ke dalam mulutnya. "sudah, tinggal baju je belum lagi."jawab Asyrani. Asyrani sudah menghabiskan makanannya dahulu daripada mereka berdua. Sesudah mereka semua makan, Reza mengajak mereka menonton wayang di panggung wayang berdekatan dengan kompleks beli-belah Puchong. Mereka menonton cerita The Pirates of The Carribean yang terbaru. Sesudah menonton, mereka pulang ke hostel masing-masing semuanya kelihatan penat. Reza sengaja mengajak mereka kerana dia dan Anis. Meraikan Anis sudah habis ujiannya. Malam itu, selepas makan dan mengemas,masing-masing baring di atas katil. "Asy, cuti sebulan ni kau buat ape?"tanya Anis "aku, duk rumah aje la, membesarkan badan lagipun aku bukan boleh keluar sesuka hati."jawab Asyrani. Di rumah, ayahnya agak tegas jika dibangkitkan soal keluar ke bandar tanpa sebab. Kedua orang tuanya bimbang Asyrani akan terpengaruh dengan budaya yang tidak baik. Malam merangkak sepi, Asyrani masih belum lelapkan mata. Tiba-tiba hpnya berbunyi menandakan ada mesej masuk. "oh Shawal rupanya"detik hatinya. Anis yang baru sahaja lena terkejut dengan bunyi hp Asyrani. "adoi Asy, kau tak tidur lagi ke? silentla hp kau tu"marah Anis dengan suara yang lemah. Asyrani membaca mesej itu.
Assalamualaikum Asy
Awak tengah buat apa?
Dah sihat?
Cam ne ngan exam?
Asyrani membalas pula….
Waalaikumsalam…
Shawal…..
Saya tengah kira bulu kambing sambil
tengok bintang….
Exam saya ok aje kot….
Tunggu aje resultnye ok @ ko
Beberapa minit kemudian Shawal kembali menghantar Asyrani
Oh dah nak tidur da ke? "
Saya doakan awak berjaya….
Mak saya kirim salam kat awak…
Tak pe lah…awak tidur dulu yerk…..
Selamat malam….
Sweet dreamx
Asyrani tersenyum sendirian. Shawal masih ingatkan dirinya. Dia sendiri tidak sangka yang pertemuan di kedai itu membawa kepada persahabatan yang erat. Dia juga tidak sangka Shawal menjadi laksamana untuk selamatkannya. Kelopak matanya terasa berat untuk dibuka. Akhirnya gadis itu terlena dalam senyuman.
Pagi Khamis, Asyrani hanya berehat sahaja di hostelnya hingga ke tengah hari. Dia ingin berehat. Anis pula tak habis-habis promotekan kampung halamannnya itu. Dia tidak sabar untuk memperkenalkan ahli keluarga serta teman lelakinya. Keluarga Anis tidaklah begitu besar. Ayahnya Dato' Mustapha bekerja sebagai CEO Syarikat Mus Holding manakala ibunya pula Datin Manisah yang menjadi surirumah tangga namun beliau amat aktif terlibat dalam banyak persatuan. Anis merupakan anak tunggal dalam keluarga itu. Dia ditatang bagai minyak yang penuh. Sedang Asyrani mengelamun dia mendapat panggilan telefon dari Shawal. "Assalamualaikum Asyrani, awak buat ape tu?"tanya Shawal sebagai pembuka bicara. "waalaikumsalam Shawal, saya baru lepas makan tengah hari dengan kawan-kawan. Shawal dah makan ke?"tanya Asyrani yang sedang melabuhkan punggungnya di kerusi biliknya. "dah, saya balik rumah sekejap tadi makan. Emmmm Asy…"ujar Shawal dengan nada yang lembut. "ya kenapa?"tanya Asyrani. "awak free tak malam ni?"tanya Shawal lagi. "Rasenya free, kenape?"balas Asyrani. "macam ni hari ni hari jadi Ummi, so mak saya buat makan-makan satu family, so boleh awak datang sama?"tanya Shawal. Dia benar-benar harap gadis itu datang. "tak pe ke? Tu kan majlis keluarga awak, saya ni orang luar aje."bilang Asyrani kepada Shawal. Dia berasa segan dengan keluarga Shawal. "la, tak pe mak saya beria nak awak datang, please Asy…"pujuk Shawal. Asyrani berasa serba salah, kalau dia menolak dia akan menyinggung perasaan Puan Aishah. "mmm oklahh Shawal, saya pergi, pukul berapa awak nak saya datang?"tanya Asyrani. "ha cam ni baru best, saya amik awak pukul 6 ok? Takut traffic jam nanti."ujar Shawal. "ermm tak apalah, saya datang naik train ya,cnanti susahkan awak je."balas Asyrani. "tak boleh, biar saya ambil awak, saya tak nak kejadian yang sama menimpa awak lagi."kata Shawal lembut tapi tegas. Asyrani akur dengan keputusan Shawal tu. "baiklah, nanti saya tunggu kat pagar guard ok"balas Asyrani. "baguslah kalau macam tu, tak apalah awak saya nak sambung kerja ni, assalamualaikum bye"balas Shawal. "waalaikumsalam"jawab Asyrani. Selepas menutup ganggang telefonnya, Asyrani melihat jam tangannya "Ya Allah, dah pukul 12 ni, hadiah Ummi tak beli lagi."jerit hatinya. Ingin di ajak Anis, dia tiada. Mungkin Anis di library. Terpaksalah Asyrani keluar seorang diri. Selepas memberitahu Anis, dia pun bersiap untuk pergi ke Puchong Mall. Tiba di sana, Asyrani pergi ke kedai. Banyak kedai yang dikunjunginya namun tiada satu yang mampu menarik minatnya. Tiba-tiba dia terpandang minyak wangi jenama Lancome. Dia teringat yang Ummi suka akan minyak wangi. Asyrani meminta agar jurujual itu memberinya sample minyak wangi terbaru. "bestya bau ni"ujar Asyrani. "cik, perfume ni dibuat from Narcissus, Clover and Wild Rose"balas jurujual itu. "Kalau macam tu, saya beli inilah, how much?" tanya Asyrani kepada jurujual tersebut. "now kita ada sale, so I give you RM 95 with free make up set ok."ujar jurujual itu sambil membungkus perfume itu ke dalam kotak. "oh ok, thanx miss"balas Asyrani sambil menghulurkan not RM 100 dari dompetnya. Selepas itu, dia pergi mencari kertas pembalut hadiah dan meminta hadiah yang dibelinya itu dibalutkan. Hampir pukul 3.30, Asyrani bergegas pulang ke kampusnya. Sebaik sahaja pulang, Anis sudah menunggunya di katil. "dah beli hadiahnya Asy?"tanya Anis. "aku beli perfume kat dia. Shawal kata dia suka sangat ngan perfume."balas Asyrani yang sedang menanggalkan tudungnya. Dia pejamkan matanya sebentar, mungkin kerana terlalu penat. Pukul 5, Anis mengejutkannya. "Asy, bangun dah pukul 5 ni, dah lambat ni."ujar Anis sambil mengagah tubuh Asyrani yang sedang nyenyak tidur. Lama kelamaan Asyrani membuka matanya dan terus melihat jam tangannya. "Ya Allah, dah lambat ni."Asyrani bergegas ke bilik air. Selesai solat asar, dia terus mencari baju yang ingin dipakainya. "Asy, kau nak pergi macam tu aje ke?"tanya Anis. "ye la, aku pakai baju ni la"jawab Asyrani sambil mengeluarkan sehelai seluar jeans yang bercorak bunga berwana coklat manakala bajunya pula sehelai blouse labuh ke lutut yang berwarna putih bersulamkan benang coklat dan labuci. "maksud aku, kau tak bersolek ke?"tanya Anis. "la, aku ni mana pandai bersolek-solek ni, geli aku."jawab Asyrani sambil ketawa. "mana boleh macam tu, kau kan nak pergi majlis hari jadi kena lah dress up cantik sikit. Mai aku make up kan kau."ujar Anis sambil mengeluarkan set make up lancome yang dibelinya tadi dan set make upnya sendiri. Selepas Anis menghias Asyrani dia kelihatan anggun dan bergaya. Selepas bersiap, Asyrani berkata kepada Anis "Nis,am I look good?" "better"jawab Anis. "Shawal mesti terpikat dengan kau."kata Anis. Asyrani malu mendengar pujian itu. "dahlah, ni nak dekat pukul 6 tu, kau turunlah dulu, gud luck"ujar Anis lagi. "ok, malam ni aku bawak kunci yerk…aku pergi dulu bye….."balas Asyrani sambil menyarungkan selendang tebal berwarna merah gelap bercorak ala Indian style milik arwah mamanya membalut tubuhnya.
Sebaik sahaja dia sampai ke pintu pagar, Shawal sudah pun menunggunya. Sebaik sahaja Shawal keluar dari pintu keretanya, dia terpesona dengan Asyrani. Lama juga Shawal memandangnya hingga membuatkan Asyrani bertambah malu. "shall we go?"kata Asyrani untuk memecah kesepian. "ok"balas Shawal yang baru tersedar mengalihkan pandangannya ke tempat yang lain. Sebaik sahaja masuk ke dalam kereta, wangian gadis di sebelahnya semerbak harum hingga jantung Shawal berdetak kencang. "mmm cantik awak, malam ni. " kata Shawal perlahan. "thanx, Anis yang beria buat saya macam ni."jawab Asyrani. Wajahnya merah menahan marah. Hp Asyrani berbunyi. "hello assalamualaikum adik."Asyrani kenal suara itu, abangnya. "waalaikumsalam abang,buat apa tu? Best tak kat Russia?"tanya Asyrani. Suaranya manja. "abang tengah check in bag, kat sini makin sejuk giler tau. Abang ade belikan hadiah untuk semua orang."ujar abangnya. "yeke….heheheeh mesti ade key chain betul tak?"duga Asyrani. "mestilah beli,kan adik abang suka key chain. Dah la ada kat airport ni. Ok bye….assalamualaikum."kata abangnya. "ok bang, bye…."balas Asyrani. Shawal hanya mendengar perbualan itu. "siapa itu?" desis hatinya. "siapa tu Asyrani,pak we ke? siap panggil abang lagi " tanya Shawal berbaur cemburu tapi nada yang mesra. "oh tadi abang saya, dia out station kat Russia company hantar dia"jelas Asyrani. "oh,dia keje ape?tanya Shawal. Hilang cemburunya. Menyesal dia cemburu tak tentu hala. "dia kerja kat Petronas Twin Tower as geologist."jawab Asyrani. "oh, hebat juga abang awak ni"balas Shawal. Asyrani hanya ketawa sahaja. 30 minit kemudian mereka sampai di rumah Shawal. Ummi sudah tunggu di muka pintu rumah berlari kepada Asyrani. "hye akak, cantik la akak hari ini.."puji Ummi. Asyrani hanya tersenyum sahaja. Masuk sahaja rumah Shawal, dia terus pergi kepada Puan Aishah lalu salam dengannya. Selepas itu, Asyrani meminta izin untuk solat maghrib di bilik. Sesudah solat dia keluar ke ruang tamu. Di atas meja terhidang sebiji kek coklat yang dibuat sendiri oleh ibu Ummi. Puan Aishah meminta Shawal menyanyi lagu hari jadi.
Selamat hari jadi……
Selamat hari jadi……
Selamat hari jadi Ummi…
Selama hari jadi…
"sedap pulak suara dia, macho lah"ketawa Asyrani sendirian. Selepas itu, Ummi meniup 12 lilin berwarna pink. Selepas itu, Ummi menyuap kek ke kedua orang tuanya kemudian abangnya dan adiknya. Ummi juga menyuapkan ke mulut Asyrani. Selepas makan kek, mereka ke ruang tamu untuk membuka hadiah. Ibu dan ayah Ummi menghadiahkannya sehelai tudung yang berwarna putih. Ada butiran manik kecil di hujung tudung itu. Seperti mana yang Asyrani tahu, Shawal menghadiahkan adiknya sebotol minyak wangi berjenama Body Shop. Gadaffi, abang keduanya memberinya wallet manakala adiknya Farouk memberi bingkai gambar berbentuk hati. Selepas Ummi selesai membuka hadiah, Asyrani menghulurkan sekotak hadiah yang dibalut dengan kemas. "bukaklah Ummi, harap sukalah."kata Asyrani. "apa nih?"tanya Ummi sambil mengoncang hadiah tu. "bukak la"ujar Asyrani. Ummi membuka pembalut hadiah berhati-hati. Dibuka kotak itu, terkejut dilihatnya sebotol minyak wangi yang berjenama ‘Lancome’. "terima kasih Kak Asy."bilang Ummi sambil memeluknya. "kamu ni Asyrani, susah-susah aja beli minyak wangi ni, mahal tu suka sangat la Ummi tu."kata Puan Aishah. "tak apalah mak cik, sekali sekala aje"jawab Asyrani. "kamu tu jangan manjakan sangat Ummi ni, nanti mengada2 pulak dia"kata pula Encik Ruslan. "Sian abang Shawal, lepas ni Ummi keliru pulak nak pakai perfume mana " kata Dafi sambil ketawa. Shawal mencubit lengannya. "tak pe la Asy, awak jangan layan sangat cakap Dafi ni, pandailah Ummi pakai perfume yang kita bagi tu. "mak, abang cakap 'kita' romantiknya"kata Dafi lagi sambil ketawa terkekeh. "Dafi, jangan kamu kacau Asy tu."kata ayahnya. "sorilah Asy, eh Kak Asy."ujar Dafi. Sebenarnya Dafi sebaya dengan Asyrani. "tak apa, Dafi panggil Asy, kita kan sebaya."balas Asyrani. "ok, Dafi panggil Asy, tu pun kalau abang tak marah."jawab Dafi lagi. Shawal berasa geram lalu bangun untuk memukul Dafi namun Dafi terlebih dahulu lari ke dapur. Semua orang ketawa melihat perkara itu. "mintak maaflah Asyrani, budak-budak ni memang selalu macam ni."ujar ibu Shawal.
Sedang duduk di ruang tamu, Ummi bangun menuju ke televisyen dan memasukkan cd karaoke. "Kak Asy, tolong la nyanyikan lagu untuk Ummi."pujuk Ummi. "mmm Kak Asy tak pandai nyanyi."kata Asyrani sambil membetulkan tudungnya. "ala boleh la akak, ni kan birthday Ummi boleh la."pujuk Ummi. "oklah ni untuk Ummi tau."kata Asyrani. "alamak aku ni mana pandai nyanyi dalam bilik air boleh la."desis hatinya. Shawal hanya memerhatikan gadis itu memilih lagu. Sedang Asyrani membelek lagu yang ada, dia terpandang lagu Kaulah Segalanya. Pantas dia mengambil lagu itu. Ahli keluarga yang lain masing-masing memandang Asyrani. Lagu bermula, Shawal terkejut lagu itu dipilihnya. Lagu itu memang amat diminatinya. "dia pun suka lagu ni?"desis hatinya. Teringat semasa mereka di dalam kereta tika di awal perkenalan mereka. Lagu itu bermula, Asyrani pun mencapai mikrofon lalu mengalunkan lagu itu dengan suaranya.
Kau mahu bak segalaCinta yang ku dahagaKehadiran dirimuMenyinari maka semua hatiku
Kaulah segalanyaYang menyinari hidupku kasihHanya satunyaYang kucintai
"merdunya suara dia" desis hati Shawal. Semua orang terpegun melihat Asyrani menyanyi. Mereka terus mendengar.
Hulur tanganmu kasihSambut cintakuJangan tinggalkan dakuSeorang diriTak sanggup lagi dilukai oh..
Maafkan dakuJika salahkuPeristiwa yang pernah ku alami duluAku tahu betapa pahitMu menerima sejarah hidupku oh..
Kaulah segalanyaYang menyinari hidupku kasihHanya satunyaYang kucintai
Sambutlah cintakuJangan kau pergi dari sisikuCintaku padamuIkhlas sejatiCintaku padamuIkhlas sejati
Sebaik sahaja lagu itu habis, semua mata tertumpu kepada Asyrani. Shawal tepuk tangan diikuti dengan yang lain. "Asy, awak ni pandai nyanyi la best dengar suara awak, abang ni cair tau" kata Dafi sambil mengusap belakang abangnya. "saya ni pandai nyanyi kat dapur aje"kata Asyrani menahan malu. Shawal hanya memandangnya dengan senyuman. Dirinya benar-benar terpesona dengan Asyrani. Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Asyrani meminta diri untuk pulang. Dia salam dengan ibu Shawal. "jaga diri baik-baik ya"kata ibu Shawal. Adiknya Ummi memeluk Asyrani sambil mengucapkan terima kasih kepadanya kerana hadir untuk menyambut hari jadinya. "Shawal, kamu pergi hantar dia balik, mak tak nak terjadi apa-apa kalau dia balik seorang " ujar Puan Aishah. Shawal yang hanya tadi mendiamkan diri menjawab "ok mak ditanggung beres, jom saya hantar awak balik."kata Shawal. Dafi dan Ayouk menahan ketawa melihat telatah Shawal dan Asyrani itu. Asyrani hanya tersenyum tunduk lalu melangkah keluar.
Di dalam kereta, sunyi sepi hanya kedengaran lagu yang berada corong radio. "mmm Asy, terima kasih banyak-banyak sebab datang hari ini, family saya hargai kedatangan awak."ucap Shawal. "sama-sama its ok, saya pun suka dengan family awak, supporting."puji Asyrani. "one more thing, saya suka suara awak, awak menyanyi bestla"ucap Shawal lagi. "sedap ke, saya ni pandai nyanyi kat dapur aje"balas Asyrani sambil membelek begnya. Hatinya berdegup kencang. "sedap ke suara aku, orang selalu je kutuk time aku nyanyi erm..."desis hatinya. Masing-masing mendiamkan diri melayan perasaan. "Asy balik sini bila pulak? " tanya Shawal. "bulan 7 nanti kenapa? " tanya Asyrani pula. "mmm tak ada la, saja je nak tanya, nanti awak lama tak ada, rindu saya dibuatnya."kata Shawal dengan nada menggoda. Asyrani tergamam sebentar. "ermm, hp kan ada, nanti kita boleh sms kan? " pujuk Asyrani. Shawal ketawa mendengar jawapan. Asyrani berasa aneh dengan perangai Shawal itu Sampai sudah Asyrani di hostelnya. Shawal membuka pintu kereta untuk Asyrani. "thank you, so kita jumpa sebulan lagi ya"ucap Asyrani. "ok….dan satu lagi awak nampak cantik malam ni "ucap Shawal sambil menghulurkan sekuntum bunga ros bersama sekeping kad. "nah untuk awak, kad tu awak baca nanti ya."ujar Shawal. Asyrani terkedu seketika. Dia tidak sangka Shawal akan bertindak pantas, mereka masih baru berkenalan. "terima kasih Shawal sebab bagi bunga ni, saya pergi dulu ya."ucap Asyrani. Dilihat wajah Shawal itu, memang lelaki itu tampan dan selalu membuat dadanya berombak kencang. Shawal memberi senyuman sambil melambai tangan kepada gadis bertudung itu. "Asy….andainya kau tahu hati ini"desis hatinya.
Sampai di biliknya Anis sudah tidur. Dilihatnya barang Anis sudah siap di kemas di dalam kotak. Selepas solat dan bersihkan diri, Asyrani baring di atas katil dia berasa teramat letih. Dia terpandang bunga ros segar yang beserta kad itu. Wangi sungguh bau bunga itu. Asyrani mengambil kad itu lalu membukanya. Kad itu berbunyi
Asy…
Saya tahu kita baru lagi kenal mengenali…
Saya tak pandai nak berhias dan bermadah kata…
Namun ikhlas saya ingin ungkapkan…
Beri saya peluang untuk berada di hati awak…
Salam sayang dari Shawal.
Asyrani terkedu membaca kadnya. Dia tidak sangka Shawal bertindak secepat ini. Sebenarnya dia sendiri keliru dengan perasaannya sendiri. Shawal memang seorang jejaka yang baik. Dia selalu membuat Asyrani berasa selesa dan selamat ketika bersamanya. Namun dia dihimpit dengan mimpi ngerinya. Namun kehadiran Shawal dalam hidupnya memaniskan senyumannya yang selama ini tawar. Mungkin dia juga mempunyai perasaan cinta Shawal. Dia sedar pintu hatinya yang dikunci rapat hampir dibuka oleh lelaki yang bernama Shawal. Dia lena dalam senyuman.
Shawal berasa gusar. Puas dia berpusing membetulkan pembaringannya Dia bimbang kalau Asyrani tidak suka isi kad itu. Itu yang termampu ditulisnya. Dia sedar mereka dalam peringkat perkenalan lagi. Namun selagi Shawal tidak mengungkap kata-kata itu, hatinya tidak tenang. "Asy…" sebut Shawal. "aik abang baru sekejap tadi Asy balik dah rindu ke?"usik Dafi. " taklah abang…just fikirkan apa yang akan berlaku nanti."jawab Shawal. "abang baru lagi kenal dia, bagilah dia masa"balas Dafi. Lagaknya seperti sudah berpengalaman. Shawal diam sahaja. Dia berharap Asyrani menerima seadanya. Dia memejamkan matanya. Harapnya supaya dapat tidur. Wajah gadis polos itu menerjah ruang fikirannya. Akhirnya Shawal terlena.
Keesokan paginya, Asyrani mengajak Anis sarapan bersama di kafe bersama-sama. "Asy apa cerita semalam? " tanya Anis. Excited. Asyrani menceritakan kisah semalamnya. Anis berkata kepadanya "nampaknya Shawal tu serious, kau macam mana?"tanya Anis. Asyrani hanya mengangkat bahunya. "emm terpulanglah pada kau Asy."jawab Anis lagi. Asyrani hanya mendiamkan diri sahaja. Sesudah sarapan mereka kembali ke bilik lagi untuk berkemas buat kali terakhir. Tengah hari itu, ayah Anis, Dato' Mustapha sudah tunggu di bawah untuk mengambilnya. Anis berasa sayu dan memeluknya. "Asy kalau senang contactlah aku " kata Anis tesedu sedan. "relax la Nis,kita cuti ni sebulan je. Bukannya tak jumpe langsung dah jumpa kan."ujar Asyrani sambil mengesat airmata Anis. Dia berasa sebak namun ditahan tangisnya itu. Telefonnya berbunyi. Abangnya sudah sampai. "oklah abang aku dah ada ni, aku pergi dulu ya."ucap Asyrani sambil mengangkat barangnya. "nanti kat PD, kau call aku tau"kata Anis. "ok"jawab Asyrani sambil tersenyum. Masuk dalam kereta abangnya "jom balik"ujar Asyrani. "jom, pakai seatbelt abang nak bawak laju-laju tau"usik abangnya. "janganlah, nanti muntah kang. Kereta abang yang kotor " usik Asyrani pula. Dia tahu abangnya tak suka keretanya kotor. Pelbagai cerita dengan abangnya termasuk cerita ketika abangnya di Russia. Lama kelamaan Asy tertidur sehingga tiba di rumahnya. Sampai di rumahnya, sudah petang. Dia disambut oleh orang tuanya. Malam itu, ayahnya memanggil semua ahli keluarga untuk mesyuarat keluarga. "ok, mula-mula abah rasa kamu semua tahu, kejadian yang menimpa kepada adik kamu, jadi abah nak ucap terima kasih kepada lelaki yang selamatkan adik tu. Shawal namanya kan. Nanti kalau kita semua pergi KL, abah nak jumpa personally dengan dia."ujar ayahnya. Masing-masing hanya mendiamkan diri sahaja. "secondly, abah tahu semua orang tension dengan kerja masing-masing so, abah nak bawa kamu semua pergi PD esok, ok."ujar ayahnya lagi. "wow, lama ke kite duduk sana? " tanya kakaknya pula. "kita pi seminggu, so sekarang pergilah kemas beg."perintah Uminya pula. Asyrani segera menyiapkan pakaian sambil hatinya berbunga agar dapat melepaskan tensionnya di sana
Suluk
6 years ago
0 comments:
Post a Comment